Sunday, February 12, 2012

KEDAI MAKAN YANG PENUH...SEBUAH MITOS ATAS FAKTANYA

"Jangan Makan Kat Kedai Super Sedap Kaw Lagi!"

"Apa hal? Aku tengok Elok je. Makanan Sedap, Ramai Orang, Makanan banyak pilihan, Ok je"

"Jangan. Sebab Makanan ko makan tu, ada kencing Jin..Itu yang sedap!"

Aik? Betul ke?

Pernah diri anda lalui perkara atau dialog seperti di atas? Jadi apa yang anda fikirkan sekarang? Terus makan di kedai tersebut atau sebaliknya.

Nasi bersama ketam | Gambar : Google

Inilah keadaan yang selalu yang kita lalui atau dengar apabila terdapat kedai yang sangat ramai pelanggannya. Akan ada kedengaran suara-suara yang akan mengatakan kedai makan yang mempunyai ramai pelanggan akan ada macam-macam pelaris yang digunakan.

Saya sendiri pernah mengalami keadaan sepeeti tersebut. Kedai laris yang punyai banyak pilihan makanan, ramai pelanggan sering dikatakan punyai "pelaris" ke atas jualan mereka. Apakah itu adalah salah satu mitos atau rekaan pada pandangan kita?

Melalui pengalaman saya sendiri, antara cerita-cerita pelaris yang pernah didengar seperti;

1. Ayat Pelaris - Tauke kedai, meletakkan ayat-ayat "pelaris" untuk membolehkan kedai makanan atau restoren nampak bagus dan makanan terasa sedap. Ini menyebabkan pelanggan "ketagihan" untuk datang semula.

2. Kencing Jin - Sangat jijik untuk didengar bukan. Tapi ada cerita yang mengaitkan kencing jin menyebabkan makanan yang kita minta menjadi sangat sedap.

3. Ramuan@Bahan tambah yang pelik - Apa yang pelik? Saya sendiri percaya anda pernah terdengar, ada cerita yang mengaitkan ramuan@bahan campuran sebagai tambahan kepada perisa sesuatu makan tersebut. Contoh, menambah seluar dalam untuk menyedapkan rasa air sup sesuatu hidangan.

Itulah sebab kepercayaan seseorang kepada sesuatu perkara. Namun, jom kita fikirkan sekali lagi, adakah benar kerana perkara tersebut perniagaan sesuatu makanan menjadi sangat popular dan punyai pelanggan yang setia? 

Kita makan kerana lapar dan kita inginkan kepuasan dalam pengambilan makanan kita seharian. Bukan setakat perut tapi juga perasaan. Pada saya, pendapat-pendapat di atas adalah sangat tahyul semata-mata dan sebuah cerita rekaan.

Bila diperhatikan kedai atau restoran yang ramai pelanggan, faktanya anda akan selalui lalui perkara seperti;

1. Layanan - Layanan yang sangat cepat. Tidak perlu menunggu terlalu lama memberi tempahan makanan dan minuman yang kita mahu. Pelayan juga tidak kasar atau menyombong bodoh pada pelanggan. Memberikan senyuman dan melayan karenah pelanggan dengan sabar.

2. Pilihan - Selera pelanggan atau manusia, sangat berbeza. 100 orang mungkin akan punyai 80% selera yang berbeza. Jadi, dengan restoren atau kedai makan yang menghidangkan pilihan yang sama untuk bertahun-tahun atau sedikit pilihan, adakah anda akan jangkakan orang yang ramai datang kekedai tersebut?

3. Rasa - Hari ini tidak cukup masin, esok sudah langsung tawar. Adakah anda akan meneruskan niat untuk  singgah di restoren tersebut? Tepuk dada, tanya selera. Pedas, tawar, masin, pahit, manis elemen rasa yang menentukan kesedapan sesuatu makanan. Kita sendiri pun tidak mahu merugikan duit untuk makan makanan yang tidak tentu rasanya bukan.

4. Masa - Perut lapar terkadang mendatangkan marah. Marah menyebabkan tidak selesa. Selesakah anda apabila perut lapar dan menunggu makanan sehingga 1jam? Atau tidak sampai langsung?

Jadi, jika 4 perkara tersebut semuanya tidak ada pada sebuah restoren atau kedai, adakah anda akan terus menerus datang ke premis tersebut kecuali tiada pilihan lain? saya jangkakan 95% daripada anda akan katakan tidak.

Kesimpulannya, adakah kejayaan atau kegagalan sebuah restoran atau premis makan sangat berkait rapat kepada perkara tahyul dia atas atau fakta yang ada? Sebagai manusia yang boleh berfikir baik, tidak mungkin akan kita tidak terfikirkan perkara tersebut.

Bagaimana dengan contohnya KFC dan McD? adakah mereka menggunakan pelaris untuk melariskan jualan mereka?

p/s : Bosan mendengar tahyul tentang kedai makan.

Soalan : Pernah lalui perkara yang sama? Tinggalkan dalam ruangan Komen untuk berkongsi pengalaman.

6 comments:

  1. kadang-kadang memang ada orang buat keje khurafat macam ni..setiap perbuatan terkutuk akan dibalas.

    tapi tak leh kata yang sedap je ada guna pelaris.tak semestinya kan.kadang2 dh dimasak dgn bacaan bissmila..pakar masak,layanan bagus,tempat slesa,harga patutan..so tak heran la kan laris.

    yang pasti kita as customer kene sentiasa berjaga-jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tapi asyik2 sekarang kalau laris sikit, terus kata ada"laris" itu yang pelik tu...

      Delete
  2. Sebenarnya kedai itu laris sebab makanannya enak dan kebersihan terjaga.

    ReplyDelete
  3. prnah dgr jgk mende2 camni..tapi berhati2 jela..bace Bismillah..InsyaAllah xde pape.. ^^

    ReplyDelete
  4. o.0 x pernah tau pun wujud benda2 camni..

    tapi yelah, dah namanya orang Melayu. Kebanyakkan mudah percaya pd hal tahyul mahyul ni, dan suka sangat menyebarkan khabar angin yg boleh menjatuhkan pihak lain.. :(

    ReplyDelete
  5. aku pernah dengar kalau pekerja yg kebanyakannya pekerja asing dari seberang pernah mengunakan pelaris "black magic" kat kedai makan...contohnya letak seluar dalam dalam bekas masakan sup utk sebagai pelaris atau dia orang buat nasi kangkang...hahaha..tak tau ke betul atau tak !! aku pun tak tahu..yang pasti hati-hati ler pilih kedai makan kerana perkara itu mmg ada berlaku cuma tak tau bila dan kat mana...hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.