Korea's Got Talent, Sung Bong Choi ialah sensasi internet terkini. Ingat Susan Boyle yang juga telah mengegar dunia dengan suaranya. Tapi, Sung Bong Choi uniknya juga punyai cerita beliau yang sukar dan sangat menyedihkan
Apabila ditanyakan oleh juri, kenapa ruangan keluarga dalam ruang borang dibiarkan kosong. Jawapnya, beliau tidak punyai keluarga. Dia tinggal di rumah asuhan kanak-kanak tapi telah melarikan diri kerana telah didera. Mengejutkan.
Jadi, sepanjang 10 tahun, beliau hidup keseorangan, menjual Gula-gula getah dan air minuman tenaga untuk meneruskan hidup. Menjadikan tandas dan bawah tangga sebagai tempat untuk berteduh namun dia teruskan juga kehidupan.
Apabila ditanya lagi, kenapa beliau ingin menyanyi? Katanya, ramai menganggap menyanyi sebagai satu cara untuk bersuka atau bersenang tapi baginya ianya sebagai cara untuk mengharungi kehidupannya yang perit selama 10tahun. Baginya, Menyanyi adalah salah satu perkara yang beliau suka semasa keseorangan.
MUST SEE VIDEO
HOMELESS KOREAN BOY IN KOREAN GOT TALENT SHOW
HOMELESS KOREAN BOY IN KOREAN GOT TALENT SHOW
Selesai menyanyi, ditanyakan dimana dia belajar menyanyi? Jawapnya hanya daripada seorang vokalis yang beliau hanya dengar dan lihat di sebuah kelab malam di Korea sekaligus terus menjadi idolanya. Sejak itu beliau terus menyimpan cita-cita dan mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang vokalis.
Seperti sebuah cerita rekaan drama, namun inilah kebenaran kehidupan. Beliau hanya menganggap kesusahan yang beliau hadapi hanya akan berlaku seperti hari-hari biasa yang berlalu.
Motivasinya, kesukaran hanyalah satu rintangan kehidupan. Lama atau cepatnya kesukaran ianya pasti berlalu. Tapi, bercita-cita adalah satu perkara yang harus dipegang teguh walau seberat dan sesukar mana pun kepayahan yang dihadapi.
Beliau juga telah menggunakan peluang terbuka dalam Korean Got Talent Show dengan keyakinan bahawa beliau harus capai cita-citanya. Jadi, bukan hanya kerana bakat terpendam, tapi kekuatan dalam diri yang mendorongnya untuk mencuba.
Berusaha untuk mengejar cita-cita seperti apa yang telah dilakukan oleh Sung Bong Choi, walau tiada apa disekeliling namun cita-citanya telah mengangkat semangatnya untuk terus hidup dan mengapainya.
Selamat berjaya dan terus maju.
Question : Adakah Sung Bong Choi akan berjaya jika beliau tidak percaya akan cita-citanya? Mampukah beliau gapai apabila beliau sendiri tahu yang nyanyinya hanya dipraktikkan ditepi-tepi jalan dan dalam tandas? Ingin kongsi pendapat anda, tinggalkan dalam ruangan komen untuk perkongsian bersama.
bersyukurlah kita masih punya keluarga...
ReplyDeletekisah sebegini sgt memberi motivasi.kesukaran hidup & kekuatan diri sgt memberi kesan dlm hidup seseorang..benar,yg penting itu yakin & percaya diri..lambat laun, ia pasti membuahkan hasil yg bakal mengukir senyuman di bibir~ =)
ReplyDeletesyukur dgn apa yg ada..
ReplyDeletesmga berjya jugak :P
ReplyDeleteoh da tengok vid ni aritu..agak sdeh la camne die leh survive hidup sorang2 kn..harap mnjadi k-pop yang berjaya la..haha
ReplyDeleteyg penting ada usaha untuk ubah diri.
ReplyDeletesalam wbr, well done bro ! artikel2 mcm ni mmg catalyst pmbakar semangat.trima ksih ats prkongsiannya.. moga sentiasa dlm lindungan Allah ..=)
ReplyDeletemmg ade harapn nak menang ni..hihii
ReplyDeletewaaaahh..hebatnye..mmg terbaik! =)
ReplyDeleteThanks for sharing. Such a sad story -.-
ReplyDeleteI hope it will motivate us all. Thank
Deletekesiannya hidup dia macam tu. sedih tengok video tu. =(
ReplyDeletehidup kena ada keinginan untuk jadi lebih baik and kena ada usaha untuk ubah nasib diri.
harap2 dia menang!
Dia dapat no.2 dalam final Korea's got talent. Tapi, usahanya telah mengubah hidupnya.
Deletekeykinan pd diri mbuat kan apa yg mustahil mjadi mungkin
ReplyDeletewah tgok muka dia aje pun dah sayu T____T
ReplyDeletebila ada aim, mesti lepas jugak nak capai impian tu :) dia dah usaha utk ubah nasib dri sndri.
Memang sayu...tapi usaha memang tangga kejayaan
Deleteerrrrrrrkkkk syahdu lah pulak ...
ReplyDeleteterharu dengan judges tu...
ReplyDeleteDia lg air mata untuknya..
ReplyDeleteautomatically cry when i heard his voice plus his life story.. such a talented person..
ReplyDeleteYeah, that inspiring guy there...
ReplyDelete