Saturday, February 4, 2012

NABI MUHAMMAD S.A.W | CONTOH MENTOR MOTIVASI DAN KEPIMPINAN TERBAIK

Setiap tahun, masyarakat islam dunia akan meraikan hari keputeraan baginda Rasullullah, Nabi Muhammad s.a.w atau lebih dikenali sebagai Maulidur Rasul. Ianya dilangsungkan dengan bacaan shalawat dan doa ke atas Nabi Junjungan Besar kita. Pada hari tersebut juga, kita semua umat islam disaran untuk memperingati dan menghayati akan perjuangan baginda Rasullah dalam pengorbanan baginda dalam menyebarkan syiar Islam keseluruh pelusuk muka bumi.

Nabi Muhammad s.a.w, mentor terbaik | Gambar : Google

Jadi, sempena menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan dalam kita menghayati perjuangan baginda, apakah pengajaran yang dapat diperolehi daripada apa yang telah baginda tunjukkan kepada kita terutamanya sebagai umat Islam?

Sebelum ini, saya sendiri pernah menyiarkan satu entri bagaimana kita dapat mempelajari sesuatu daripada seorang mentor dan bagaimana kita dapat mempelajarinya. Terlepas entri tersebut, anda boleh klik pautan untuk membacanya. Bagaimana Berjaya Dengan Seorang Mentor?

Melalui tindakan, cara, peribadi, kepimpinan dan banyak lagi, tidak dapat dinafikan Rasullulah s.a.w, adalah seorang contoh mentor manusia terbaik untuk kita. Untuk dipelajari, diikuti dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Dikenali dengan memiliki 4 sifat Mulia iaitu Siddiq,Amanah, Tabliqh dan Fatanah (Berkata Benar,Dipercayai, Menyampaikan dan Bijaksana), baginda juga punyai semua sifat-sifat baik dan terpuji yang boleh jadikan mentor sebagai panduan untuk berjaya.

Antara cara Rasullullah s.a.w adalah ;

1. Sentiasa Ingat Allah s.w.t - Manusia sering lupa kepada Allah s.w.t apabila berada dalam keadaan yang selesa. Tapi, akan kembali memohon pertolongan dan petunjuk ketika berada dalam kesusahan. Rasullullah s.a.w juga seorang manusia, tapi baginda selalu mendekatkan diri kepada Allah ketika senang dan susah baginda dalam menjalankan segala urusan di muka bumi. 

Jadi, dengan memperingati Allah s.w.t, kita tidak akan pernah lupa asas perjuangan kita di muka bumi. Tidak akan keluarnya kita dari landasan apabila sedang berada dalam zon keselesaan dan membolehkan objektif tidak akan tersasar.

2. Iqra - Maksunya Bacalah! Wahyu pertama Jibril s.a bawakan kepada Rasullullah s.a.w daripada Allah s.w.t, apabila mula memegang tanggungjawab berat untuk menyebarkan Islam. Kenapa perlu membaca? Kerana, membaca itu jambatan kepada Ilmu pengetahuan. Dunia dipenuhi dengan pelbagai Ilmu yang amat besar dan luar. Tanpa ilmu kita tidak akan mampu pergi lebih jauh dalam apa-apa pekerjaan sekali pun.

Pengajarannya, menjadi pemimpin dengan visi yang telah ada seharusnya kita punyai ilmu. Lengkapi diri dengan ilmu untuk membuka jalan mencari strategi-strategi untuk kejayaan. Tapi, bagimana untuk mendapat Ilmu? Ya, dengan membaca!

3. Sabar - Sabar penting dalam apa sahaja keadaan. Sama ada dalam perkerjaan, dalam perhubungan, dalam menyampaikan dalam mencapai cita-cita. Kita wajib sabar. Tidak akan tersebar Islam sampai ke kita hari ini jika Rasullullah s.a.w tidak sabar dalam menghadapai rintangan walaupun sedang berada di hujung pedang musuh. Kerana itu sabar adalah separuh daripada Iman!

Tanpa sabar, kita akan kecundang ditengah jalan walaupun punyai Ilmu pengetahuan. Tanpa sabar, kita akan tidak mampu mencapai objektif sesuatu rancangan dan Tanpa sabar tidak akan konsisten perkerjaan atau sesuatu perhubungan. Jadi, Rasullullah s.a.w mengajar kita sabar dalam apa sekali keadaan.

4. Bersungguh-sungguh - Justeru, dengan kesabaran akan tercetuslah kesungguhan dalam mencapai sesuatu perkara. Umpama melepas batuk ditangga, jika satu perkara hanya dilakukan tanpa kesungguhan. Hanya sebuah cerita sia-sia dan tiada makna. Bagaimana anda, mahukah impian hanya ingin dijadikan sebuah mimpi? atau sebuah kejayaan?

Jadi, berikan yang terbaik dalam kita mengerjakan sesuatu perkara. Dengan bersungguh-sungguh dan terbaik, akibatnya juga adalah yang terbaik. Sama ada kepada organisasi, orang sekeliling mahupun diri sendiri. 

5. Berfikiran Jauh dan Berwawasan - Baginda Rasullullah s.a.w adalah seorang manusia yang berpandangan jauh kerana wawasannya. Jika tidak, bagaimanakah beliau mampu merancana strategi dalam mencapai tugas besar bagi menyebarkan islam? Juga, bagaimanakah baginda mampu menyelesaikan satu masalah dengan pemikiran baginda? Sebagai contoh, 4 pemimpin yang berebut untuk meletakkan Hajar Aswad selepas berlakunya banjir besar yang hampir menimbulkan perbalahan antara sekutu?

Lanjutannya, kita hendaklah sentiasa berfikiran jauh dan punyai strategi dalam mencapai apa sahaja objektif hidup mahupun dalam mengejar cita-cita. Berfikiran jauh bukan hanya dalam mencapai cita-cita tapi juga dalam menyelesaikan masalah walau sebesar mana pun keadaannya. Terserlah wibawa Baginda apabila berjaya membahagikan berat Hajar Aswad kepada 4 penjuru untuk diletakkan oleh setiap pemimpin tersebut. Bagaimana? dengan meletakkan Hajar Aswad ditengah satu kain yang bucunya dipegang oleh setiap pemimpin. 

6. Menghormati dan Pemaaf - Baginda pemimpin agung masyarakat Islam dan dihormati oleh setiap pelusuk masyarakat lain walaupun tidak menganut Islam. Tapi, kenapa mereka menghormati baginda? Kerana sifat menghormati dan pemaaf baginda walaupun pada dasarnya tentangan besar adalah berasal dari penganut bukan islam. Namun, setelah berjayanya penyebaran baginda tidak pula menyusahkan mahupun menyisihkan  mereka. Baginda memaafkan mushnya.

Dalam kepimpinannya, baginda juga menghormati pandangan dan cadangan para sahabat dan pembesar dalam menjayakan sesuatu. Kemudia bersama mencari jalan atau penyelesaiannya. Justeru, tidak semestinya kita sebagai pemimpin walau sebesar mana pun hanya memilih satu cara untuk mencapai objektif tanpa menghiraukan pandangan dan pendapat orang sekeliling. 

Teringat saya sendiri dengan satu ayat walaupun ianya hanya sebuah cerita.

Bertanya seorang rakan kepada seorang orang tua,
"Apakah Maksud Pemimpin?"
Jawabnya 
"tiada maksud sebenar, tapi apabila mereka membenarkan kamu sebagai pemimpin dalam hati mereka, itulah Pemimpin"

Kita semua membenarkan Rasullullah s.a.w sebagai pemimpin umat islam walaupun tidak pernah berjumpa baginda bukan? Bagindalah Pemimpin Agung kita!

7. Setia dan Berkerjasama - Kenapa saya katakan setia? ini kerana bagaimana baginda setia kepada empat sahabat baiknya dan juga sahabat-sahabat lain. Baginda mendidik sahabat-sahabtanya dan mengongsikan pelbagai ilmu bersama. Tidak pernah kia mendengar baginda mengutuk atau menikam mereka dari belakang. Baginda mengajarkan yang baik dan menasihatkan yang salah.

Baginda menjadikan amalan ini sebagai amalan kerjasama dan baginda memimpinnya. Wahyu diturunkan kepada baginda untuk menyampaikan Islam. Tapi baginda tidak bertindak seorangan dalam mengerjakannya, masih lagi baginda memerlukan bantuan dan pertolongan para sahabatnya.

Lihatlah bertapa Rasullullah s.a.w mementingkan kerjasama atau kerja berkumpulan dalam mengerjakan dan mencapai sesuatu tujuan. Ia satu contoh baik dan tauladan kepada kita.

Jadi, itulah antara beberapa contoh dan panduan yang mampu saya huraikan. Sifat dan keperibadiaan Rasullullah s.a.w adalah lebih banyak daripada apa yang mampu saya tuliskan dalam kertas maya ini. Sememangnya, mentor terbaik umat Islam adalah Rasullullah s.a.w seperti apa yang mampu huraikan saya di atas. 

Dengan kita menyambut Maulidur Rasul ini, kita panjangkan sujud syukur kepada Allah s.w.t kerana menghadiahkan kita seorang guru atau mentor yang sememangnya sempurna dalam kita menjalankan kehidupan dengan menjadi pemimpin atau pengikut di muka bumi. Jadikan baginda mentor anda dan insya-allah pasti berjaya.

Panjangkan selawat kita ke atas Baginda, Rasullullah s.a.w.

Question : Apa yang kamu contohi daripada Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan anda? Tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama.

13 comments:

  1. em.........membaca... saya sangat suka membaca.. walopon semata-semata novel ke ape ke.. memang tu pon dapat ilmu da kan... heeeeeeeee.. rasulullah saw la insan yang paling sempurna di muka bumi ini.. Insyaallah, semua yang dilistkan di sini, saya akan cuba contohi...

    tq for sharing taliff =)

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing
    banyak info+ilmu boleh dpt

    ReplyDelete
  3. Rasullullah adalah insan yg terbaik yg patut dicontohi

    ReplyDelete
  4. salam Maulidur Rasul..

    terima kasih atas prkongsian ini..
    rasulullah adalah insan yang terbaik yg ptt dijadikan mentor kan... =)

    ReplyDelete
  5. "Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad"

    kalau ditanya apa yang telah dicontohi dari Rasulullah saw...rasanya belum mampu menjawab...

    ReplyDelete
  6. Allahumma Solli A'la Muhammad Waa'la Aali Muhammad
    role model terbaekk ^^

    ReplyDelete
  7. menarik apabila membaca artikel tentang nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda sebaik-baik idola

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.