Sunday, March 11, 2012

3 PERKARA YANG DIPELAJARI SEMASA KEJADIAN KETIADAAN AIR DI MIRI

Sedang saya berehat hujung minggu sambil menonton filem Cicakman di televisyen. Saya tertarik dengan satu slot dimana seorang Datuk Bandar meletak jawatan kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah air tercemar yang berlaku di bandar Metrofulus.

Kejadian huru-hara tersebut adalah konspirasi Professor Klon lakonan Aznil untuk mempengaruhi dan memberi tekanan kepada pemerintah bandar metrofulus demi untuk kepentingan peribadinya.

Orang Ramai Berebut Untuk Membeli Air Minuman | Gambar : miritodaynews.blogspot.com

Dengan mencemarkan air bersih di empangan, Professor Klon berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk setempat dengan taktik membekalkan air bersih. Tapi, entri saya bukan untuk mengulas lebih lanjut jalan cerita filem Cicakman tersebut.

Apa yang terlintas adalah, keadaan panik penduduk dalam filem tersebut hampir sama seperti apa yang berlaku di Miri apabila bekalan air bersih telah terputus kerana tercemar dengan tumpahan minyak diesel hujung minggu lepas. Untuk pengetahuan, dilaporkan hampir 300,000 penduduk Miri terjejas kerana kemalangan tumpahan diesel tersebut.

Tapi, apa yang saya pelajari daripada kejadian tersebut ;

1. Peranan Media Sosial dan Telekomunikasi
Didapati Air telah dihentikan pengagihannya pada sebelah petang. Tanpa menyedari keadaan sebenar, saya sendiri berpendapat mungkin pihak berkenaan sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. Namun, selepas beberapa jam dan Air masih belum ada. Saya mula menelefon seorang kawan dan mendapat berita bekalan air telah tercemar dan mungkin bekalan air akan terputus sehingga 2-3 hari! 

Namun, berita tersebut hanya telah didapati melalui media-media sosial dan SMS daripada pihak yang tidak dikenali. Kesannya, semua air minuman dalam botol dan air mineral laris dan kehabisan stok di seluruh Miri. Apa yang lebih menyakitkan, ada peniaga yang sewenangnya menaikkan harga air.

Namun, bekalan air telah pulih pada tengah malam hari yang sama. Lihat betapa pantas dan efektif peranan media sosial dan telekomunikasi. Dengan hanya mungkin satu SMS yang dipanjangkan dan tulisan yang tiada asas, telah membuatkan semua terus panik tanpa mencari jawapan sebenar perkara tersebut.

Sesiapa yang mempunyai akaun twitter pula, mungkin mengetahui apa yang berlaku di Miri lebih awal daripada berita jam 8 Malaysia apabila hastag #Miri mula menduduki ranking dalam Trending Malaysia.

2. Pentingnya Air
Kerana perkara tersebut, sememangnya kita semakin nampak betapa pentingnya Air kepada kehidupan manusia. Terutamanya air yang digunakan untuk minuman. Jika tidak pada pandangan anda, bagaimana jika anda punyai anak kecil yang masih menyusu atau sedang menjaga orang sakit dan orang tua yang sememangnya perlukan air yang bersih.

Apa yang menariknya, hujan telah turun pada malam hari yang sama semasa keadaan panik tersebut. Ramai yang beralih menadah air dan bersyukur kerananya. Saya sendiri mendengar seorang makcik berasa sangat bersyukur kerana turunnya hujan pada saat-saat yang amat memerlukan.

Pembelian Secara Panik | Gambar : miritodaynews.blogspot.com

Hujan Itu Rahmat bukan?

3. Sifat Manusia
Kenapa? kerana terlalu percayakan sesuatu yang tidak punya asas yang sangat kukuh. Tamak apabila punyai peluang yang sangat terbuka. Memanipulasikan keadaan demi untuk keuntungan sendiri. Masih ingat Professor Klon yang telah saya katakan tadi?

Jadi, inilah sifat kita sendiri, seorang manusia apabila berada dalam satu tekanan masalah atau sedang terancam oleh apa sahaja perkara. Sering kita akan ambil perkara mudah untuk menyelesaikan masalah tanpa memikirkan musibah kepada sendiri apatah lagi kepada orang lain.

Namun, terdapat juga amalan baik pada hari kejadian tersebut. Menurut rakan, beliau telah diberikan 2 kotak air minuman daripada saudara terdekat kerana perihatin akan cucunya yang masih kecil. Ada juga pekedai yang tidak menaikkan harga air minuman dan menghadkan penjualan kepada seseorang untuk mengelak pembelian borong. langsung tidak memikirkan untuk.

Apa yang indah ialah, masih ingat tadi saya katakan hujan turun pada malam hari kejadian tersebut? Jadi, adakah antara kita pada masa tersebut ingat kepada Kekuasaan Allah swt? Dengan menurunkan air hujan ketika tiadanya air bersih, pada saya ianya umpama satu peringatan kepada semua manusia supaya terus Mengingati-Nya dan sentiasa bersyukur akan Nikmat dan Rahmat-Nya. 

Adakah kejadian tersebut satu kebetulan kepada mereka yang sentiasa berfikir?

Itulah antara 3 perkara yang saya pelajari daripada keadaan ketiadaan air di Miri. Menghadapi suasana dimana keperluan asas seorang manusia telah tiada walaupun hanya dalam beberapa jam sahaja. Pelbagai ragam dan pelbagai gaya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Pernahkan anda menghadapi satu keadaan yang panik dan apakah yang anda pelajari daripadanya? Kongsikan pengalaman anda diruangan komen untuk pengalaman bersama.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12 comments:

  1. aku lebih rela elektrik tak ada daripada terputus air!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a...aku pun sama. Memang panik gila keadaan masa tu.

      Delete
  2. mmg peranan media sgt efektif skrg ni.. blm pape lg org dah panik.. tu la dia zmn skg..fuhhh~


    cik ana pon lbh rela xde letrek drpd xde air =P









    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..nikmat air yg wajib kta syukuri, mujur d tmpat belum ada msalah dlm hal ni.. haa stuju2, lbik redha x de elektrik dr tak de air.. hak3.. ^^

    ReplyDelete
  4. salam
    akak pula lbh rela takde air dari takde letrik hehe...walau akak dok taman operumahan,tapi masih berdekatan dgn kg...kg mak mertua,mak sedara...lagi pun ada simpanan air kat rumah...
    takde letrik..apa yg boleh dibuat?

    ReplyDelete
  5. mas xrela dua2 xde.leceh.masa ni la baru bersyukur kan.

    ReplyDelete
  6. bila dlm keadaan terdesak & terancam..mcm2 boleh jadi,kan~
    satu masa dulu pernah keluarga Sal diuji, juga berkaitan bekalan air..sal dok uma kg..kami guna bekalan air telaga..masa tu blom ada tangki air..tiba2 satu hari air telaga tu dicemari..air jadi berwarna & berbau..kami sekeluarga terpaksa membeli bekalan air & kdg2 tompang mandi kat uma sepupu..beberapa bulan jugak berlarutan hingga akhirnya abah berjaya upah org pasang tangki n gali telaga baru..~ rasa sgt2 bersyukur lepas kejadian tu..~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah kalau hidup tak ada air bersih ni...siksa...syukuri sebelum ianya tiada

      Delete
  7. Pernah alami kesusahan jadi implikasinya tidak begitu terasa.
    Cuma kadang kala sifat panik itu akan menyusahkan orang lain secara tidak langsung.

    ReplyDelete
  8. susahnya jika tiada air..
    kalau kat kampung, boleh gak guna air peringi (jika ada) hehehe

    ReplyDelete
  9. kat umh aku slalu xde air..so ak la antara manusia yg sgt hargai air & sgt jimat bila guna air..sob3..

    http://cayangmeowmeow.blogspot.com/2012/12/bila-rumah-xde-air.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.