Sunday, March 25, 2012

7 KEBAIKKAN YANG BOLEH DIDAPATI DENGAN MEMBACA

"Membaca jambatan ilmu". Perumpamaan yang menyifatkan membaca sebagai penghubung untuk sampai ke sesuatu tempat berbeza atau yang lain. Sememangnya terlalu banyak kebaikkan dan faedah yang didapati dengan membaca. Mungkin kerana itu, soalan karangan SPM juga sering meminta pelajar untuk memberikan beberapa faedah yang boleh diperolehi membaca.

Membaca Jambatan Ilmu | Gambar : Google

Banyak bahan bacaan terkini dan baik berada di pasaran. Majalah, buku, komik, media massa seperti blog, dan tidak ketinggalan surat khabar. Malah, kedai-kedai buku juga membawa bahan bacaan daripada luar negara untuk meningkatkan lagi pengetahuan apa sahaja yang kita perlukan.

Jadi, rasanya agak ramai yang telah pun mengetahui kenapa kita perlu membaca dan faedah-faedahnya. Tapi, berapa ramaikah dikalangan kita mengamalkan membaca sebagai suatu tabiat? Berapa banyakkah buku yang kita akan korek rahsia yang dikongsikan oleh penulisnya dalam sebulan? Bertenang disini saya tidak akan mengulas sebab musabab kenapa kita tidak suka membaca, tapi hanya untuk berkongsi kepentingan dan faedah membaca kepada kita. 

Tidak salah satu kebaikkan dan peringatan terus diulang untuk perkongsiaan bukan? Di sini beberapa faedah atau kepentingan yang kita boleh perolehi dengan membaca;

1. Ilmu Baru - Tukang masak yang jika beliau ingin mencuba masakan yang baru, sama ada dengan merasa masakan seseorang, mereka juga akan membaca buku-buku resepi yang dikeluarkan oleh mungkin chef yang terkenal. Ini menambahkan ilmu baru kepada mereka disamping dapat menambahkan "skill" memasak mereka menjadi lebih baik daripada yang biasa.

2. Pengalaman - Penulis tidak mungkin hanya akan memikirkan untuk melariskan buku jualan mereka. Tapi mereka juga akan menceritakan pengalaman mereka kepada pembacanya. Kebaikkannya, dengan mempelajari pengalaman daripada sesiapa pun, kita dapat mengurangkan sesuatu risiko dalam menghadapi kehidupan seharian. jadikan pengalaman mereka sebagai pengalaman kita sendiri dan kita dapat mengelakkan keperitan yang pernah mereka rasai.

3. Perbandingan dan Idea - Mendapatkan bahan bacaan yang baik adalah perlu dalam mencipta sesuatu yang baru. Masih teringat saya sendiri semasa membuat Thesis. Perkara pertama yang dilakukan untuk mendapatkan idea adalah dengan membuat perbandingan penulisan jurnal tentang sesuatu topik untuk melahirkan sesuatu yang baru. Menambahbaik atau mencipta sesuatu lain dari yang lain memerlukan kita untuk terus membaca dan menbaca!

4. Menyelesaikan Masalah - Pernahkah lalui pengalaman dibawah?

Abang : Huh! Komputer baru ni tak boleh "on"! apa masalah ni? Mari abang cuba tengok (sambil tekan-tekan)
Adik : Ohh...Abang salah tekan rupanya...
Abang : Macam mana Adik tahu?
Adik : Adik baca manualnya :-)
Abang : ...

Pernah berlaku? Mungkin ada yang akan mengatakan ya. Itu mungkin salah satu antara contoh masalah kecil yang diselesaikan dengan membaca. Jadi, untuk mengelakkan masalah atau mencuba dalam menyelesaikan masalah, pasti akan ada yang menulis tentang perkara yang sama untuk kita ambil dan pelajarinya. Tapi, haruslah dibaca dan ditelaah isinya.

5. Ketahui Perjalanan atau Isu Semasa - Masa kini, perjalanan berita yang kita ketahui semakin pantas. Terima kasih atas bantuan internet yang kini membolehkan kita mengetahui bukan sahaja berita setempat, tapi seluruh pelusuk dunia. Justeru, dengan membaca kita akan lebih cepat memahami dan mengetahui apakah yang sedang berlaku. Tidak mungkin kita akan terus berada dalam tempurung selamanya bukan.

Selesakah diri kita bila diumpamakan seperti "Katak Bawah Tempurung"? Jadi mulai sekarang bebaskan diri dengan membaca.

6. Mengajar Disiplin Diri - Membaca ada kalanya membosankan apabila kita terpaksa pergi menelaah satu ke satu perenggan untuk memahami kandungan yang dibincangkan. Tapi, membaca mengajar kita untuk terus sentiasa fokus dan berdisiplin dalam mendapatkan sesuatu. Jika kita membaca dengan melangkah dari datu perenggan ke satu perenggan lain, ia menyebabkan tidak fokus. Tidak fokus bermakna tidak berjaya mendisiplinkan diri. Mulai sekarang Disiplinkan diri sendiri dengan membaca.

7.  Menambah Kebijaksanaan - Membaca menguatkan pemikiran, mengalakkan pemikiran kreatif, analitik dan kritikal. Membaca membolehkan kita membuat keputusan yang lebih baik dan mengurangkan kesalahan dalam menilai kerana otak yang sentiasa berfikir dan aktif. Membaca membuatkan pemikiran sentiasa tajam walaupun dikala usia yang meningkat.

Saya sendiri pernah terbaca satu ayat yang mengatakan pengalaman menambah kepantasan kita untuk membuat keputusan kepada sesuatu masalah namun dengan pengetahuan daripada membaca menambahkan kebijaksanaan dalam sesuatu keputusan.

Banyak bahan yang boleh kita dapati untuk membaca sekarang. Bahan bacaan juga pada masa kini menjadi semakin mudah untuk didapati. Terima kasih kepada dunia komunikasi tanpa sempadan sekarang. Ada juga bahan bacaan berkualiti boleh didapatkan secara percuma. Tapi, apa yang menyedihkan, dikalangan kita, berapa ramaikah yang menjadikan membaca sebagai satu tabiat untuk mengisi masa lapang?

Sememangnya dengan membaca ia memberikan peluang untuk kita menerokai dunia baru yang mungkin kita tidak pernah ketahui kewujudannya. Pernahkah anda ketahui 10 sikap yang sebenarnya boleh memusnahkan manusia? Cuba klik di sini untuk membaca dan mengetahui lebih lanjut. Mungkin juga anda akan mendapat pengetahuan yang baru dengan membacanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Apakah Kelebihan Lain yang Mungkin Kita Dapati Dengan Membaca? Utarakan Idea Bernas anda dalam Ruang Komen Perkongsian Bersama.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 comments:

  1. betul betul betul..mereka yg kuat membaca..terer berdebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap, kerana banyak yang mereka boleh fikirkan daripadanya

      Delete
  2. 8. Dapat mengisi masa yang terluang dengan membaca apa juga jenis bacaan.
    9. Merangsang otak untuk terus berfikir, berimaginasi. Bohonglah kalau baca, tapi otak tidak tergerak sama membentuk dan menggambarkan apa yg dibaca.
    10. Aaaa..rasanya abgtaliff da huraikan terlalu umum,hehe. Lana rasa macam lana ulang balik je, heh3.

    Walaupun budaya membaca semakin bertapak kat negara kita, dengan pesta buku merata2, tapi sebenarnya realitinya, lana rasa kita masih terlalu jauh kebelakang dlm budaya ni.

    Ramai yg masih skeptikal, erh,betul ke guna istilah ni,ah,bedal,hak3. Cth la, bila lana cakap kat kawan, nak hadiah buku untuk harijadi, they will said,"lar,buku?buat pa buku?" mintakla baju ke apa..cisss..

    Mujur ada keluarga angkat yg punya minat serupa. Agaknya org anggap membaca tu suatu akt yg serius, baca buku sekolah,buku U, akhbar..tapi sbnrny bnyk je bacaan santai yg berkualiti. Dalam komik pun boleh dpt mcm2 lau kita pndai cari..

    Ishh..ape lagi la lana repek2 ni @__@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lana atas senarai yang panjang di atas, amat berguna untuk tambahan senarai saya sendiri.

      Delete
  3. Semua yang saya fikir sudah disenaraikan.
    Bila membaca bahan yang berkualiti, saya dapat memperkayakan perbendaharaan kata.

    ReplyDelete
  4. membaca buat sy selalu reflek & muhasabah diri~
    cabar minda..~
    tiada masa bukan satu alasan,kan..~
    sentiasa cuba jadikan ia satu amalan~

    ReplyDelete
  5. oh, maaf da x selalu boleh dtg sini.sedikit sibuk~

    ReplyDelete
  6. gemar membaca tapi selalu kesuntukan masa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu membaca mendisiplinkan diri. Mendisiplinkan diri untuk membuat ruang masa bagi memenuhi aktiviti membaca.

      Delete
  7. mas memang suka sangat membaca.allhamdullilah sdikit sbnyak leh dapat knowledge, cerita2 isu semasa, leh tahu keadaan skliling,leh jadi kan pengajaran.

    ReplyDelete
  8. Salam... saya sokong budaya membaca ni... banyak ilmu boleh didapati... walaupun novel pun ada jugak ilmunya... penguasaan grammar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, membaca amat penting dalam meningkatkan pengalaman dan pengetahuan.

      Delete
  9. idea yang baik.. dapat menambah pengetahuan saya. tapi ada sedikit kesalahan ejaan bagi perkataan 'kebaikkan'..... ejaan yang betul 'kebaikan'...
    sekadar membetulkan kesalahan.. jangan ambil hati ya.. salam

    ReplyDelete
  10. Is This Same AS Mengamalkan budaya membaca?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.