Saturday, April 21, 2012

5 SEBAB MENGAPA PENTINGNYA SEORANG SAHABAT KEPADA PEMIMPIN

Sambil saya sedang mengemas halaman rumah, terlihat 2 orang kanak - kanak sedang berjalan sambil bergurau bertepuk tampar antara satu sama lain. Lalu, terlintas seketika diminda dan teringat seorang kawan karib, Fauzi. Sahabat yang namanya saya gunakan untuk memasuki pertandingan menulis karangan sekolah rendah yang bertajuk "My Best Friend".

Bersama Rakan | Gambar : google

Karangan tersebut, menceritakan bagaimana beliau menyelamatkan saya daripada lemas dan akhirnya mendapat tempat ketiga dan dimasukkan dalam majalah sekolah. Setiap orang punyai sahabat. Sahabat ada walaupun dimana kita berada tanpa mengira apa status kehidupan kita. Seorang kanak-kanak perlukan sahabat. Seorang dewasa perlukan sahabat. Seorang pemimpin juga perlukan sahabat.

Ya, kita mampu hidup tanpa sahabat. Tapi, dapatkan kita jalani kehidupan yang pelbagai tanpa mereka? Jumlah sahabat semakin kita meningkat usia selari dengan masa begitulah juga bilangan sahabat kita. Kecuali jika anda seorang yang sangat dibenci mungkin ini sebaliknya.

Atas putaran masa dan dunia ini, kita sangat perlukan walaupun seorang sahabat untuk menempuhinya. Sesiapa sahaja boleh jatuh atas kategori sahabat kita. Ibu bapa, Guru, Rakan Sekerja dan sesiapa sahaja. Sebabnya mengapa kita terlalu perlukan mereka;

1. Teman - Sahabat boleh didapati dimana-mana. Sesiapa sahaja. Andai kata suatu hari kamu pergi ke tempat yang sangat asing dan tidak kenal sesiapa pun, saya pasti dan sangat pasti kita akan menetapkan sesiapa yang boleh kita percayai dan mula menjadikan mereka teman atau sahabat. Jika kita terlalu terasing tanpa teman, mampukah kita terus bertahan?

2. Pendengar dan Pengkritik - Kecuali kamu seorang yang bisu, kamu tidak akan menceritakan kenangan, masalah, dongengan atau idea kepada sahabat. Tapi sebagai manusia, kita akan terus berkomunikasi sehingga bila-bila walau dengan apa cara sekali pun. Sahabat adalah seorang pendengar kepada bahan cerita kita. Mereka juga punyai ruangan yang luas untuk mengkiritik atas segala apa yang kita sampaikan. 

Ini memberikan peluang yang baik untuk kita berfikir semula apabila sudah menerima. Kritikan bukan hanya untuk menghancurkan. Kritikan juga berupa sebuah nasihat cuma dengan cara penyampaian yang berbeza. Kritikan juga boleh memulakan perbincangan. Perbincangan menghasilkan idea. Idea penting untuk seorang pemimpin.

3. Pencerita - Kita juga sahabat kepada mereka. Jadi, kita juga pendengar dan kita juga pengkiritik atas segala cerita mereka. Dengan menjadi pendengar, ini memberi pulangan sebuah pengalaman dan pengajaran kepada seorang pemimpin.

Dengan juga menjadi seorang pengkiritik, ianya membuka ruangan untuk berfikir dan membina jalan untuk sebuah penyelesaian. Jika cerita yang disampaikan tentang kejadian buruk, kita akan mengambil iktibar dan mempelajari pengajarannya. Jika cerita baik, kita akan turut sama menumpah pengalaman tentang formula kebaikkan tersebut.

Ingat, guru terbaik untuk kehidupan adalah pengalaman. 

4. Mengembangkan Perhubungan - Seperti media sosial, sahabat anda mungkin sahabat saya atau bakal sahabat. Bakal sahabat? Ini berlaku apabila sahabat kamu memperkenalkan sahabat mereka. Ini penting kerana ianya mengembangkan jaringan anda atau lebih kita fahami "Network". 

Setiap manusia punyai kemahiran dalam bidang masing-masing yang pelbagai. Jadi, jaringan membuka peluang untuk seorang pemimpin mengenal pasti dan menggunakan peluang tersebut dalam menambah baik sesuatu proses atau menyelesaikan masalah.

5. Pembimbing - Pemimpin juga perlukan bimbingan. Tidak semua yang dibimbing betul. Sebagai manusia biasa, tidak akan lari kita daripada masalah dan tidak akan kita berhenti untuk menjadi lebih baik. Sahabat dapat membimbing kerana mereka punyai latar belakang dan perjalanan hidup berbeza dari kita.

Sahabat yang baik tidak sanggup untuk melihat sahabat mereka terjatuh sekali pun. Justeru, mereka pasti akan menghadirkan bantuan dan bimbingan serta langkah berguna dalam menghadapi apa sahaja keadaan. Semakin ramai sahabat membimbing seorang pemimpin, semakin berjaya mereka suatu hari kelak.

Pentingnya seorang sahabat ke atas kejayaan seorang pemimpin amatlah banyak dan besar. Binalah empayar kejayaan berseorangan, tanpa pertolongan sesiapa. Pasti berjaya, tapi berapa lama dan berapa jauh nilai kejayaan tersebut. Ataupun, segala usaha hanya sia-sia.

Isi cerita pemimpin berjaya kerana terlibatnya seorang sahabat namun, cerita seorang pemimpin yang berkuasa adalah kerana diri sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Sejauh Mana Pula Kepentingan Sahabat Kepada Pemimpin Pada Pandangan Kamu? Tinggalkan pendapat dan jawapan anda diruangan komen dibawah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 comments:

  1. Salam..sejauh mana? Hurmm..

    Masa awal2 dip dulu, lana pernah dengar, sahabat tu cerminan diri kita. Nak tahu baik buruk seseorg, tgklah rakan2 disekelilingnya.

    Sebagai seorang sahabat kepada pemimpin..urm..dia sebagai pembantu setia barangkali? Pengalaman sendiri, sbg classrap, bnyk perkara nak dibuat, nak diingat. Selalunya, mintak tolong sahabat terdekat, ingatkan lana kena buat apa selepas ni. Pastu, kalau tak sempat nak amik kertas potostat dikedai, minta tlg dia ambilkan. Contoh yg mudah, tpi tak semua sudi buat..melainkan seorg shbt.

    Keduanya, seorang sahabat,bukn skdr pendgr,pengkritik yg baik, tpi dia juga penyelesai masalah yg baik. Tak tahulah org lain, kalau lana, perlu ada sahabat sekurg2 nya sorg dri dua tiap jntina ni - Lelaki dan perempuan. Kerana keupayaan dan kemmpuan masing2 berbeza mengikut keadaan.

    Ketiga, ada kaitan dgn yg prtma tdi. Sahabat yg baik, dia takkan menambahkan kesusahan, sebaliknya memberi kemudahan kepada sahabatnya yg bergelar pemimpin. Walaupun terkdg dia lelah, lemah, tapi dia tahu, tanpa dia, sahabatnya yg pemimpin tadi, akan jadi lemah juga. Dia tak mahu begitu, sahabat yg baik akan kekal disitu, tidak kira susah senang.

    Hurm, tak tau nak elaborate macamna,hehehe. Rasa macam blur.. T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjangnya komen Lana nih....

      Delete
    2. Penjelasan yang baik untuk tambahan kepada idea saya. Betul tiga perkara tersebut sangat betul. Kalau menjadi seorang pemimpin dan hanya menambah musuh, mungkin agak susah untuk melakukan sesuatu dan mungkin akan gagal kepimpinan tersebut.

      Sahabat itu pelengkap kepada seorang pemimpin.
      Terima kasih atas komen yang sangat baik.

      Delete
  2. sahabat utk selamanya...kau dan aku sahabat....lalallala~

    ReplyDelete
  3. Hmm... Artikel yg sgt mnarik prhatian sy. Sy slalu fkir psl shabat ni.. Bkn apa bro, shabat skrg sgt susah nk dpt. Sy tringt lg ckp sorang sdara sy brbunyi mcm ni,

    "Nnti bila dh bsar, kau takkan jmpa kwn yg brkwn dgn btul2 ikhlas mlainkn ada sbb sndiri."

    Bkn smua, tp zmn skrg sgelintir je yg boleh dianggp shabat. Hmm.. Buat msa skrg, sahabat sy mmg dlm bilangan yg btul2 skit je.. Kwn boleh la kmpul rmai, tp shabat.. Hmm.. Susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Point yang sangat betul Sis AI. Sebab itu saya tidak gunakan rakan tapi sahabat dalam entri ini.


      Sahabat sememangnya berbeza dengan seorang rakan.

      Delete
    2. Salam..setuju ngan sis Ai..susah nak cari shbt yg berkawan dgn kita tanpa sebab.. ramai org skrg ni, berkawan atas dasar kepentingan peribadi..

      Lana rasa, umur lana yg ciput ni, bru jumpa sorg saja..Alhamdulillah..dia masih setia bersahabat kita..

      Delete
  4. sahabat..xramai
    kawan..kat mana-mana ada


    tapi alhamdulillah,silaturrahim itu tetap ada

    ReplyDelete
  5. sahabat tuh ramai .. tapi sahabat susah senang jee tak ramai

    ReplyDelete
  6. Salam.Hye Taliff,mekasih sudi jenguk Sal~ =)

    sahabat mencorakkan kehidupan kita..mewujudkan human moment yg meninggalkan kesan yg cukup besar dlm hidup kita..sal paling hargai sahabat yg sudi menegur kesilapan sal..daripada situ sal byk perbaiki diri~ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pentingnya sahabat buat kita dalam kehidupan.

      Delete
  7. sahabat kpd pemimpin menuntun pemimpin ke arah memimpin rakyat supaya dekat dengannNya..bukan sekdar pmbangunan yng dikejar spy setanding dgn negara membangun yg lain..tp juga utk mencari keredhaan Ilahi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita akan bertemu yang akan terus membawa kebaikkan kepada kita. Amin

      Delete
  8. sememangnya sahabat itu memang perlu ada pada setiap insan, tak kira lah dia ibu bapa kita, adik beradik kita atau kawan2 kita yg bergelar sahabat, bukan mudah nak mencari sahabat, ianya pasti akan datang sendiri jika hati kita ikhlas dalam persahabatan...

    betul ke ni apa yg nh tulis.. boleh lah ah.. thanks talif sebab selalu datang komen kat blog nh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, Sahabat sejati? cari semasa kita dalam kesusahan. Pasti akan jumpa suatu hari nanti.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.