Wednesday, April 18, 2012

BAGAIMANA DAPATKAN IDEA ENTRI BLOG DENGAN 4W DAN 1H

Menulis memang amat menyeronokkan. Terkadang kita sangat teruja untuk menulis atau mengarang sesuatu untuk dikongsikan bersama kepada semua terutamanya para pembaca. Namun, sekali sekala atau selalunya kita terasa seperti terlalu banyak idea tapi kehilangan idea untuk mencongaknya.. Pernah menghadapi perkara sedemikian?

Mula Cetuskan Pertanyaan | Gambar : Google

Saya pernah bertemu seorang blogger yang pada katanya amat susah untuk dia menulis kerana ketandusan idea. Tidak tahu apa yang ingin dikongsikan bersama rakan pembaca lain. Jadi, saya cadangkan satu idea untuk beliau sebagai pencetus atau pemula bagi mendapatkan idea untuk menulis. Apa yang saya cadangkan ialah menggunakan teknik 4W dan 1H.

Apakah Teknik 4W dan 1H? Itu adalah What, When, Who, Where dan How. Teknik ini sebenarnya adalah teknik untuk menimbulkan pertanyaan kepada diri kita sendiri bagi mencetuskan sesuatu jawapan yang mungkin kita akan menjawabnya secara sendiri atau mendapat jawapan daripada sekeliling. Jawapan sekeliling sama ada dengan perhatian,pendengaran atau analisis kita sendiri.

Justeru, dengan jawapan-jawapan tersebut sebenarnya telah memberikan kita satu rangka untuk penulisan kita dalam apa-apa entri yang akan kita tuliskan.

Jadi, apakah yang dapat kita cetuskan dengan teknik tersebut? berikut adalah beberapa penjelasan dan sedikit contoh mungkin boleh menjadi sedikit panduan;

1. What - Apa
Bertanya kepada sendiri apakah puncanya kejadian sesuatu perkara. Mungkin dengan idea APA juga, anda boleh mencetuskan idea untuk  menerangkan tentang sesuatu. Seperti contoh, saya menggunakan teknik ini dalam menghasilkan entri tentang twitter. Sedikit penerangan apa itu twitter dan cara menggunakannya. Cuba juga mengunakan idea APA dalam melontarkan pandangan-pandangan anda dalam isu-isu semasa atau sesuatu. Idea anda mungkin suatu yang bernas.

2. When - Bila
Fokusnya memang berkaitan masa. Bilakah sesuatu situasi atau aktiviti berlaku. Dengan bila juga, mungkin kita boleh membandingkan sesuatu masa lampau dan masa sekarang. Sedang saya sendiri menulis entri ini, saya mendapat satu idea tentang bila. "Bilakah masa terbaik untuk menyiarkan entri di Malaysia" . Satu tajuk yang baik untuk mendapatkan traffik blog:). Tapi saya perlukan sedikit analisis untuk meneruskannya. Punya idea? Mungkin ada boleh menyumbang dalam menghuraikan tajuk ini. :)

3. Who - Siapa
Sudah tentu berkaitan dengan seseorang. Justeru, dengan idea menggunakan "Who" anda boleh membuat sebuat entri tentang penghargaan kepada mungkin follower anda, Ibu bapa, rakan dan sesiapa saja. Menimbulkan soalan SIAPA juga membolehkan kita untuk menerangkan tentang sesuatu. Mungkin ada sesiapa saja yang perlukan satu tips atau persoalan tentang satu perkara. 

Anda boleh fokuskan perkara tersebut kepada mereka. Contoh pertanyaan yang boleh saya gunakan siapa untuk sebuah entri " Siapa yang punyai blog terkemas dan cantik?"

4. Where - Dimana
Dimana boleh mendapatkan skim pinjaman mudah? Soalan yang boleh kita tanya pada diri dan anda sudah tahu apa yang ingin anda tulis bukan? Sememangnya berkaitan tempat. Aktiviti anda yang berlaku di suatu tempat mungkin boleh di huraikan dengan keindahan dan keunikan tempat tersebut. Menjadikan ia sebagai info berguna kepada sesiapa sahaja yang ingin mengunjungi tempat tersebut.

5. How - Bagaimana
Soalan yang telah memberi sumbangan idea kepada entri saya kali ini. Kerana keinginan saya memberi info bagaimana tentang mencari idea kepada sesiapa yang memerlukannya. Mungkin anda juga punya kepakaran dalam sesuatu, anda boleh menulisnya di blog sebagai satu ilmu yang dikongsi. Berkongsi ilmu satu amalan yang baik bukan.

Anda boleh menggabungkan lima pertanyaan di atas untuk menjalankan atau mengalirkan idea kreatif anda. Mungkin juga dengan idea tersebut anda dapat menyusun semua idea-idea yang telah muncul untuk dipersembahkan kepada para pembaca.

Teknik di atas cuma satu teknik asas untuk memulakan satu penulisan. Dengan mencetuskan persoalan untuk mencari jawapan yang akan dituliskan. Jika masih merasakan kaedah tersebut kurang berhasil anda boleh klik di sini untuk mencari idea untuk penulisan anda.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Punyai cara yang lebih baik untuk entri blog? Kongsikan diruangan komen untuk perkongsian bersama.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

12 comments:

  1. Gua selalu lupa nak guna teknik ni. Ok lepas ni gua guna. nice info bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap, teknik ini sangat berkesan dalam mengalirkan terus idea dengan mendapatkakn jawapan daripada soalan yang kita sendiri ciptakan.

      Delete
  2. nice tips.
    mmg susah cr idea kdg.haha

    ReplyDelete
  3. entah la... nanti aku try la... tak pernah guna la pulak...

    ReplyDelete
  4. boleh tambah dua lagi, WHY dan WHICH.

    What, Where, Who, When, Why, Which dan How.

    hehe ^^

    dill.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank, good add-up. Saya tertinggal 2 rupanya. :)

      Delete
  5. thanks mutalif.. idea yg menarik dan penulisan yg teratur.. sy nak guna teknik ini.. hehe

    ReplyDelete
  6. good tips! boleh apply nnt ni bile nak tulis hehehe

    ReplyDelete
  7. betul gak ni.leh try.nice tips lif

    ReplyDelete
  8. terima kasih. masalah saya pula timbul bila idea tidak ikut topik yang khusus. macam rojak. kejap pasal keluarga kejap pasal duit kejap pasal tah apa tah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun masih punyai masalah sama, terkadang menjadi rojak. Tapi, mulai sekarang mungkin saya akan lebih men"struktur"kan penulisan sebagai contoh tajuk ;

      Twitter
      1) Apa Itu Twitter
      2) Bagaimana Mengunakkan Twitter
      3) Kesan menggunakan twitter

      entri lebih berstruktur dan penulisan menjadi tersusun :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda.