Saturday, April 7, 2012

BAHAYA DUDUK TERLALU LAMA [ INFOGRAFIK ]

Dalam zaman teknologi yang serba pantas dan menghiburkan ini. Kita akan sentiasa hanyut dengan infomasi-infomasi yang sentiasa bergerak dan segar. Tanpa sedar kita duduk berjam-jam lamanya dihadapan komputer.

Gajah Duduk | Gambar : joul-zero.blogspot.com

Sama ada untuk menyiapkan kerja, mendengar lagu dan menonton video daripada Youtube mahupun menaip entri blog. Sedarkan kita sebenarnya duduk yang terlalu lama boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan diri.

Pada mulanya, infografik ini saya temui pada satu blog namun tidak mengendahkannya. Tapi, apabila sekali lagi terjumpa info yang sama, dan sekarang dirasakan penting, jadi disini saya sertakan untuk pembacaan dan pengetahuan bersama.

Tahukan anda satu kajian mengatakan bahawa duduk terlalu lama adalah merbahaya dan ianya boleh membunuh? 

Sitting is Killing You


Pada saya, pasti akan ada antara kita yang akan duduk berjam-jam lamanya untuk menonton televisyen, bermain komputer ataupun berkerja. Justeru, selang-selikan masa anda duduk dengan sedikit senaman ringan, duduk dengan poster badan yang baik untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan  kesihatan diri sendiri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Adakah Anda Sedar Telah Menghabiskan Banyak Masa dengan Duduk? Tinggalkan Jawapan Anda Dalam Ruangan Komen Untuk Perbincangan Bersama.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

16 comments:

  1. uhh mmg betul leh memudaratkan kesihatan kalau duduk je xbuat ape2..badan naik >_<

    banyak keje kat umah ni so, xde la duduk lame sngt..kalau lame sngt pun ade je gerak2..huhuu

    ReplyDelete
  2. Sedar..sangat sedar T___T oh,jujurnya mengaku,hahaha

    Tapi, nak share sesuatu.. sbg perkongsian bersama..

    Setiap 30 minit, usahakan bangun dari duduk, jalan2 sebentar dan lihat objek yg jauh. Berjalan untuk meregangkan badan..yg mlihat objek jauh, untuk merelakskan mata.

    Ada bacaan yg kita jumpa, paling lama duduk, tidak shrusnya melebihi 2jam. Tak tahu kebenarannya. Tapi, yg stiap 30minit tdi, lana apply, Alhamdulillah..mampu kurgkan kesan2 yg disebut scra gnrl lam entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lana untuk tip tersebut.

      Delete
  3. Mungkin kalau dihitung 3/4 masa dihabiskan untuk duduk. Tapi selalu selang selikan dengan pergerakan ringan. Takut ada darah beku.

    ReplyDelete
  4. Ketam Jalan SenggetApril 12, 2012 at 8:55 PM

    itu la..kalau kat pejabat rajin-rajin la bangunkan diri utk jawab pangilan telefon ke, pergi kedai kopi kat sebelah pejabat ke, layan pelanggan kat kaunter ke, hahaha...kurang jugak stress kalau mcm ni ye !!

    ReplyDelete
  5. di cadangkan setiap pukul 4.30pm waktu pejabat pekerja digalakan untuk menjalani aktiviti seperti bermain badminton atau berjogging.

    saintis pernah mengatakan seseorang manusia perlu berjalan kaki (melangkah) sekurang-kurang nya 10 ribu kali dalam sehari untuk mencapai tahap kesihatan yg optimum.

    ReplyDelete
  6. wahh.. kalau mcm tu kne layari internet mbil brdirilah..

    ReplyDelete
  7. aku kalo duduk lama2, aku rasa lemau. jd kdg2 aku akan bgn & wat stretching sket2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga kan melakukan sedikit senaman. Tapi, kadang-kadang juga terlupa sudah duduk terlalu lama. :)

      Delete
  8. penah jugak baca pasal ni..tp eden mmg selalu duduk lama2 uhuks

    ReplyDelete
  9. ohoho..saya la tu..suka duduk lama2..baring pon lama2..hehe..dgar kata, duduk lama2 boleh kurangkan HDL sebanyak 20%..meningkatkan LDL..HDL askar baik menentang sakit jantong...LDL pulak amerika..hahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..saya baca komen awak sebanyak 5 kali dan akhirnya faham. Askar amerika :)

      Delete
    2. Jagung Ko memang kelakar haha

      Delete
  10. Wakakaka! Bila hbis bca entri ni trus bengkok badan ke belakang. Ades.. Dh brapa lama duduk kat sini.. Lpas ni tgk blog sambil brdiri la.. SERIUS!

    ReplyDelete
  11. baru saya sedar. terima kasih

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.