Monday, April 2, 2012

HARGA SEBUAH KESIHATAN


Tidak perlu menjadi seorang doktor atau jururawat untuk menilainya bukan? Tidak perlu seorang yang pakar untuk kita mengetahui nilainya sebuah kesihatan.

Tapi sepanjang kita berada dalam keadaan yang baik, sihat dan sejahtera pernah kita hargai kesihatan yang sememangnya satu anugerah kepada diri. 

 Penuh Dengan Tenaga | Gambar : Google

Rasanya kebanyakkan kita akan menyedari nilai sebuah kesihatan apabila sudah tiadanya sihat lagi pada diri sendiri. Contohnya demam atau sebagainya. 

Ada yang sengaja menjadikan sakit sebagai satu alasan untuk menidakkan sesuatu perkara atau hal. Mungkin ada, semasa sedang berada dibangku sekolah menjadikan demam sebagai satu alasan untuk tidak menghadiri kelas. Hanya satu alasan kukuh untuk menyembunyikan kemalasan diri? :)

Tapi pernahkah kita terfikir apakah implikasi atau kesan sakit atau tidak sihat kepada diri? Antaranya ;

1) Hilang Produktiviti - Jika badan sentiasa lemah atau tidak bermaya dalam melakukan sesuatu, ianya membataskan produktiviti diri. Lemahnya diri atau ketidakmayaan kita sering disebabkan oleh keadaan diri yang sakit atau tidak sihat. Dalam keadaan sakit, untuk berjalan pun dirasakan satu seksaan.

2) Hilang Tumpuan - Tumpuan terhadap sesuatu akan hilang serta merta. Jarang akan ada seseorang yang dalam keadaan sakit atau tidak sihat, mampu memberikan tumpuan 100% ke atas pekerjaannya atau tindakannya.

3) Hilang Motivasi - Demam atau sakit amat memenatkan, juga memeritkan. Sedangkan terluka jari menyebabkan dir tidak mampu untuk menulis, apatah lagi apabila dalam keadaan yang tidak bermaya. Sakit menimbulkan ketidakselesaan, ketidakselesaan yang berpanjangan mampu merendahkan motivasi diri dan memburukkan keadaan apabila minda sudah lemah.

4) Tekanan - Demam berpanjangan menyebabkan diri kita tidak mampu melakukan sesuatu, kerana hilang tumpuan dan motivasi, ianya boleh mendatangkan tekanan dalaman. Kita rasakan kita mampu membuat sesuatu yang lebih baik dan jauh tapi tidak mampu hanya kerana badan yang lemah dan tidak bermaya menghalang semua perbuatan dan perlakuan kita.

Ini adalah mungkin 4 kesan nyata yang mungkin berlaku apabila diri mula merasakan sakit. Sebenarnya lebih banyak lagi perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Juga, sakit sebenarnya adalah satu perkataan yang amat luas. Kenapa? Pernah dengar orang tua berkata "cari penyakit?".

Pernyataan ini sering kita berikan kepada mereka yang suka mencari masalah dan mendatangkan musibah pada diri. Contohnya menyertai perlumbaan haram, terjebak dengan dadah, melakukan sesuatu luar tabie dan banyak lagi, kamu namakan sahaja.

Gejala tidak sihat yang sememangnya banyak mengundang masalah kepada masyarakat, tapi ianya akan lebih banyak lagi memberi masalah kepada diri sendiri kelak. Gejala yang menyebabkan diri kita hilang upaya dan menanggung sakit sepanjang hayat.

Hanya kerana demam selsema sahaja anda sudah merasa siksanya sebuah sakit, tapi apatah lagi jika menghadapi sebuah sakit yang berterusan dan sepertinya tiada ubat dan penawar.

Jadi, cuba kita renungkan Sabda Rasulullah s.a.w tentang lima perkara tersebut ;

Rebutlah lima perkara tersebut sebelum datang lima perkara 
"Masa Sihat sebelum Sakit"
"Masa Kaya sebelum Sempit (Miskin)"
"Masa lapang Sebelum Sibuk"
"Masa Muda sebelum Tua" dan
"Masa hidup sebelum Mati" 
(riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Justeru, hargailah masa sihat kita sebelum kita ditimpakan dengan keadaan sakit yang mampu menghalang kita daripada melakukan aktiviti yang bermanfaat. Sihat satu anugerah yang bila-bila masa boleh hilang dari diri. Jangan ambil mudah sebuah kesihatan. Kekalkan amalan hidup yang sihat dan stabil untuk menjaganya.

Berapakah harga sebuah kesihatan kepada diri anda? fikirkan bersama.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Bagaimanakah mengekalkan kesihatan diri kita? Punyai Tips dan Caranya? Kongsikan dengan meninggalkan cadangan diruangan komen untuk perkongsian bersama.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12 comments:

  1. mencegah lebih baik dari merawat... jalani hidup aktif dan jaga pemakanan :-)


    ps : boleh bantu saya 'like' sesuatu?

    ReplyDelete
  2. bykkan aktiviti yg mengeluarkan peluh n makan makan seimbang..bila dah sakit mmg payah..

    ReplyDelete
  3. perlu bersyukur dgn nikmat kesihatan yg diberi..kerana sekali ia ditarik..menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi~

    ReplyDelete
  4. Salam abgtaliff, boleh tak lana cuma nak kongsi amalan yg lana buat?

    Semasa belajar, lana amalkan vit B+C, sangat bagus untuk fizikal n mental.penglmn kita sndiri, sejak amalkannya, ase cergas, mudah mengingat.

    Dan, skrg, lana amik Evening Primrose Oil..urmm, lana..tak suka bersenam! muahahaha. Tapi, lana ada cra sndiri gantikannya. Lana suka travel, dengan memilih cara berjalan kaki. Turun naik bas, pengangkutan awam.

    Selebihnya, join akt2 yg lana suka, mendaki gng ke, kayak, menari.. tpi kalau suh jogging hari2..memg kureng sket.hehe

    Ikutlah, masing2 ada cara..bergantung pd keselesaan masing2 bukan? :)

    ReplyDelete
  5. mas kalau orang kamain jaga kesihatan orang,tapi kesihatan diri selalu ambik ringan.hihihi

    terima kasih.nice entry

    ReplyDelete
  6. syukur sangat diberi kesihatan baik..
    cuma selalu gagal nak bersenam je.. :-)

    ReplyDelete
  7. you're right. satu2nya cara saya jaga kesihatan adalah dengan minum air putih as more as possible! kesihatan harus diutamakan, or we'll fall in sick!

    ReplyDelete
  8. Jaga kebersihan, minum air masak, makan secara sihat, selalu buat aktiviti sihat. Itu cara Awan jaga kesihatan walaupun selalu jatuh sakit.

    ReplyDelete
  9. Kesihatan diri adalah bermula dari menyayangi diri sendiri dengan mengamalkan kebersihan tubuh badan,
    permakanan yang sihat dan seimbang serta menjaga kebersihan persekitaran. Kesihatan minda juga penting dalam menjalani kehidupan seharian dengan berfikiran positif. elakan kemurungan kerana boleh menyumbang kepada masalah jiwa dan sakit jantung.

    ReplyDelete
  10. Ketam Jalan SenggetApril 12, 2012 at 8:44 PM

    salah satu cara menjaga kesihatan adalah adalah dengan menghindari stress...

    ReplyDelete
  11. untuk sihat..ade 2 perkare penting yg kite perlu amalkan.
    pemakanan+exercise. if kite blh jge ke-2-2 ni..insyaAllah kite akan menjadi sihat & ceria selalu. Sebab saye ade pengalaman ni. If sape2 berminat nk tahu..roger saye k

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.