Saturday, April 14, 2012

JEMPUTAN UNTUK MENULIS DI BLOG "I THINK OF" | PENULIS JEMPUTAN

Ini adalah jemputan dan peluang untuk para pembaca dan para blogger untuk mula menulis dan menyiarkan entri anda di blog i-think-of.blogspot.com. Untuk perkongsiaan ilmu yang kian luas dan tidak mungkin mampu untuk saya tafsirkan seorang diri, mungkin anda punyai idea, pandangan dan cadangan yang lebih baik dan ingin kongsikan bersama di sini.

Mula Menulis di i-think-of.blogspot.com | Gambar : Google

Saya sendiri mulanya ragu-ragu untuk mengadakan ruang Penulis Jemputan ini, namun setelah mendapati ianya juga mempunyai faedah yang baik kepada saya dan terutamanya anda. Justeru dengan langkah mula saya meneruskan juga idea ini. Antara beberapa faedah yang akan anda perolehi dengan menjadi Penulis Jemputan;


1. Pautan Kekal. Antara sebab sesetengah blogger mengenakan bayaran atas penulisan anda adalah kerana pautan. Pautan ini adalah sebenarnya "backlink" yang membolehkan kedudukan ranking blog anda menjadi semakin baik. Andai kata anda menulis untuk blog yang mempunyai kedudukan tinggi dalam google, ia sekali gus memberi impak baik kepada blog. Itu salah satu Teknik SEO.

2. Meningkatkan Pelawat/Traffik. Mungkin akan ada yang menulis hanya untuk menulis. Tapi lebih ramai yang menulis dan kemudian harapkan pembaca dan mengilhamkan mereka. Justeru, dengan menjadi penulis "Penulis Jemputan", saya akan letakkan link laman blog, web, twitter, facebook anda. Bukan dibahagian bawah tapi atas sebelum entri tersebut untuk mereka singgah bila-bila masa terus ke halaman anda.

Bersedia untuk menjadi Penulis Jemputan di i-think-of.blogspot.com, syaratnya;

SYARAT-SYARAT
  1. Penulisan boleh dilakukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English sahaja,
  2. Gunakan bahasa standard,
  3. Panjang penulisan entri adalah lebih kurang 800 patah perkataan dan tidak kurang daripda 500patah perkataan. Pastikan Penulisan anda mudah dan senang untuk dibaca,
  4. Penulisan adalah dalam kategori seperti dibawah;
    1. Motivasi - Anda boleh menulis tentang motivasi dan kisah yang berkaitan. Untuk sebuah peningkatan semangat dalam diri.
    2. Kepimpinan - Tulisan tentang sebuah kepimpinan. Sama ada untuk diri sendiri atau masyarakat. Penulisan ini adalah untuk peningkatan kendiri atau cara- cara untuk menjadi seorang yang berjaya atau cara-cara untuk menjadi pemimpin atau apa sahaja berkaitan dengan kepimpinan.
    3. Media Sosial - Facebook, Twitter, Google+ sahaja? Bukan, anda juga boleh menulis apa sahaja yang berkaitan dengan media sosial masa kini dan juga aplikasi-aplikasi komputer yang berguna untuk peningkatan diri. Anda boleh juga menulis tentang blog. Mungkin ada media sosial yang anda telah gunakan untuk meningkatan produktiviti di tempat anda kerja? Tulis dan kongsikan disini untuk faedah bersama. anda boleh juga tuliskan berkenaan SEO atau cara mendapatkan traffik ke blog.
  5. Penulisan yang tidak menepati kategori dalam syarat (4) tidak akan dilayan,
  6. Entri tidak diambil terus daripada belog sendiri, belog lain atau apa-apa bahan bacaan. Penulisan hendaklah yang asli dan bersetuju untuk tidak menyiarkan mana-mana entri tersebut selepas ianya disiarkan di sini,
  7. Penulisan tidak boleh menyentuh mana-mana isu sensitif bangsa, agama, individu. Juga penulisan tidak boleh digunakan untuk menyalahkan mana-mana organisasi,
  8. Saya punyai hak penuh untuk membuat keputusan sama ada untuk menyiarkan atau tidak entri tersebut, hak untuk melakukan sedikit perubahan dan pembetulan dan juga untuk menentukan masa entri tetamu untuk disiarkan,
  9. Penulisan yang telah disiarkan tidak boleh sama sekali dibuang daripada blog saya,
  10. Anda hanya dibenarkan membuat pautan sama ada daripada email, twitter, facebook atau blog ke atas entri yang telah di siarkan disini,
PENGHANTARAN
Jika anda yakin telah menepati semua syarat di atas, hantarkan entri dengan menggunakan email dan hantarkan ke email saya di muttallif@gmail.com dan nyatakan sekali alamat email, blog, twitter atau facebook (sendiri/fanpage) atau google+. Saya akan membalas kepada anda jawapan Ya atau Tidak menerima dan menyiarkan entri tersebut. Jika Tidak, entri tersebut anda bebas untuk menyiarkannya mengikut kehendak sendiri.

Jawapan akan diberikan dalam masa 1minggu dan akan berhubung melalui email atau twitter. Jika masih belum punyai twitter anda boleh klik di sini untuk menjadi follower atau klik terus butang twitter di side bar.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Punyai Apa-apa Soalan untuk Menjadi "Penulis Jemputan" ? Tinggalkan di ruangan komen dan saya akan segara perjelaskan
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

26 comments:

  1. errrrr... 4 syarat tu kan... errr... aku rasa macam aku tak layak pung... muahahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...kalau encik tukang karut cuba mungkin boleh :)

      Delete
    2. boleh ke aku menulis dekat blog kau ni? ermmm... rasa musyikil lak... huhu...

      Delete
    3. Boleh, tuliskan entri dengan menggunakan Email dan hantarkan ke email seperti yang telah dinyatakan.

      Delete
  2. Assalammualaikum..

    Haa..satu cabaran untuk para blogger ni abgtaliff..hurmm..perlukan masa untuk memikirkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cabaran dan peluang keemasan untuk blogger dan pembaca. Sebenarnya lebih banyak faedah yang boleh mereka dapati.

      Delete
  3. hukhuk cabaran2..sis masih lagi terkial-kial ..masih berusaha ..
    apapun all the best utk incik muttallif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Harap akan ada yang datang tampil kerana faedahnya lebih banyak kepada yang menghantar entri bukan saya. :)

      Delete
  4. Ok gua sokong blog yang dapat memberi manfaat kpd semua.
    ok keep it up bro..
    This blog is great, I will come back recently to read your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank and thats a great news for me. I hope that, what we think can, write and discuss will bring good things to ourself and people surrounding. See ya.

      Delete
  5. Ok, dah baca segala syarat. Ingin cuba hantar tapi belum ada masa. Tiada had masa tau expired bila kan? Nak try hantar satu nanti..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada...asalkan menepati syarat. OK. Sangat di alu-alukan

      Delete
  6. Akhirnya, rasa macam nak join saja. Ermmm... kumpul idea dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapkan yang terbaik daripada kamu. Selamat menulis.

      Delete
  7. kita pon bkn pandai sngt bab2 tulis entry nie.. selama nie pon , suka2 jee.. hehehe :)

    ReplyDelete
  8. idea yg menarik...^__^

    semoga sukses

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Good Luck? Sepatutnya saya yang menyatakan Good Luck kepada Penulis Jemputan :). Ini peluang baik untuk menambah backlink.

      Tapi harapkan akan ada yang terlibat suatu hari nanti :). Thank

      Delete
  10. huk...syarat die.
    pe pn tetap sokong usaha ini ^^,


    *rs cam xlayak jaa..

    ReplyDelete
  11. oh. saye tidak punya ilmu yang luas.

    -_-"

    dill.

    ReplyDelete
  12. Kalau saya nak tulis tentang pelaburan emas dengan meringkaskan post saya yang terdahulu di blog sendiri boleh tak. TQ...Untuk yang berminat untuk tahu tentang cara memaksimumkan pelaburan emas dan perak anda, jemput ke www.cikguemas.com

    ReplyDelete
  13. oh, kalau saya berminat untuk berkongsi tajuk usahawan dan keusahawanan boleh?

    sebab dua frasa ni masih kurang difahami masyarakat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba kaitkan dengan 3 perkara diatas. Mungkin motivasi menjadi usahawan? Atau mungkin kepimpinan dalam menjadi usahawan atau media sosial untuk menjadikan kita usahawan alaf baru :)

      Asalkan tidak lari dari tiga kategori diatas :)
      Insya-allah boleh.

      Delete
    2. insha'Allah. dalam kotak fikiran lagi, belum diterjemah dalam penulisan. hehe~

      Delete

Terima kasih atas komen anda.