Wednesday, April 25, 2012

PENGENALAN KEPADA "CLOUD COMPUTING"

Sambil saya dengan rakan sekerja duduk mendengar ceramah ringkas seorang VIP untuk sebuah pembangunan kawasan perumahan yang lebih efektif dan mengikut ciri perjalanan arus masa kini. Saya tertulis satu perkara baru yang beliau telah sampaikan dalam ucapan tersebut.

Apa Itu "Cloud Computing"? | Gambar : youtube

"Cloud Computing". Sendiri tertanya apakah sebenarnya perkara sebenar atau fungsi perkara tersebut. Ya, saya yakin mungkin ada antara anda yang sudah mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut dan mungkin ada yang serupa saya, sentiasa tertanya.

Sehingga suatu hari, saya ingin mengunakan tablet untuk mencetak sesuatu. Malangnya ianya tidak dapat dilakukan dengan kaedah sambungan USB kepada tablet selain mengunakan cetakkan tanpa wayar "wireless" atau "Cloud Computing". Keliru. Bagaimana anda?

Yang pasti perkara baru, selain mengelakknya untuk terus tidak menggunakan atau dalaminya untuk mengetahui  apakah sebenarnya perkara tersebut dan kaedah penggunaannya. Jadi disini saya bekalkan 2 video daripada Youtube tentang penjelasan ringkas untuk bersuai kenal dengan "Cloud Computing".



Video ke-2 adalah video daripada syarikat luar negara untuk memperkenalkan produk mereka. Bagaimanapun, tujuan saya bukan untuk memperkenalkan produk mereka tetapi untuk mengambil intipati penjelasan berkenaan "Cloud Computing".

Justeru, daripada 2 video tersebut dan beberapa siri pembacaan daripada internet, secara ringkasnya "Cloud Computing" melalui kefahaman saya adalah ;

1. Server atau Database - "Cloud Computing" akan membenarkan kita menyimpan data didalam alam maya atau dipanggil "Cloud" atau "awan". Sama seperti sebuah server untuk sebuah syarikat. Tapi bezanya, ianya beroperasi mengunakan internet. Justeru, hanya dengan mengunakan akses internet, kerja atau data tersebut dapat dibuka atau diakses dimana sahaja kita berada. Di pejabat, luar pejabat atau luar negara.

Jadi dengan kaedah "Cloud Computing", hanya dengan membawa tablet, telefon pintar atau computer dengan internet. Kerja boleh dilakukan dimana sahaja.

2. Perkongsiaan maklumat - Seperti namanya. Awan yang sama mungkin saya lihat sama dengan apa yang anda lihat jika berada dalam lingkungannya. Jadi ideanya, jika saya dan anda punyai akses "cloud" atau "database" yang sama, apa yang saya hantarkan ke dalam "Cloud" akan juga dapat anda lihat dan akses.

Perkongsiaan maklumat untuk sebuah organisasi bakal menjadi sangat mudah dan boleh didapati dimana-mana.

3. Jenis "Cloud Computing" - "Cloud Computing" terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
  • "Public Cloud" - Kegunaan untuk orang ramai. Selalunya ianya akan diberikan oleh mana-mana syarikat yang mempunyai servis tersebut.
  • "Private Cloud" - Sebagai contoh, sebuah organisasi. Ianya hanya boleh diakses oleh sesiapa yang berada dalam organisasi tersebut sahaja. Ianya mungkin dikawal oleh perkerja IT organisasi tersebut untuk mengelakkan data sensitif keluar tanpa kawalan. 
  • "Hybrid Cloud" - Gabungan antara "Public Cloud" dan "Private Cloud".Di mana, mereka yang mengunakan "Public Cloud" akan dapat mendapatkan maklumat yang dibenarkan oleh mana-mana organisasi didalam "Cloud" mereka.
4. Model Servis untuk "Cloud Computing" - "Cloud Computing" punyai 3 jenis servis iaitu ;
  • IaaS (Infrastructure as a Servise) - Servis ini digunakan untuk dijadikan sebagai tempat simpanan, networking atau dijadikan Server.
  • SaaS (Software as a Service) - Simpanan untuk aplikasi atau "software" yang akan kita gunakan apabila hanya diperlukan. Seperti contoh untuk menyimpan aplikasi permainan "games", aplikasi perhubungan (skype, talk) dan apa-apa software untuk kerja kita.
  • PaaS (Public as a Service) - Servis untuk "computing platform" seperti sistem operasi komputer, coding untuk sesuatu program computer, database dan server web. Pembangun Aplikasi Komputer dapat mencuba menjalankan program mereka di dalam model servis ini tanpa perlu memikirkan untuk membeli tempat simpanannya sebelum diberikan kepada pengguna. 
5. Keselamatan "Cloud" - Seperti saya katakan sebelum ini, "Cloud" akan ditawarkan oleh sesebuah syarikat. Justeru, keselamatan data-data yang disimpan dalam "Cloud" akan dikawal oleh syarikat-syarikat yang menawarkan servis tersebut. Jadi, cara anda untuk mengekses adalah terkawal dan selamat.

Itulah antara ulasan ringkas dan sesi suai kenal kita bersama "Cloud Computing"."Cloud Computing" menjadikan impian untuk mendapatkan data dari mana sahaja berada yang penting tanpa wayar menjadi satu kenyataan. Disamping menjadikan anda lebih produktif, masa digunakan menjadi lebih tersusun dan baik.

Mahu atau tidak kita untuk menggunakan teknologi terbaru tersebut, terpulang kepada diri sendiri. Tapi, lambat laun kita juga akan terpaksa mengetahui dan menggunakannya. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Apa Yang Anda Juga Faham Berkenaan "Cloud Computing"? . Kongsikan kefahaman anda disini dengan meninggalkan dalam ruangan komen dibawah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

19 comments:

  1. Oohh.. Stakat ni, sy agk fhm jgk apa yg bro mksudkn. Cloud computing tu, wlaupun jujurnya sy sgt taktau pape, lgi2 bila bnda ni laju dgunakn dlm bab syarikat smua. Tp skurang2nya takde la sy blur bila ada org tnya nnti kan..

    ReplyDelete
  2. fist time dengar nama cloud computing, memang tak berapa faham bab2 IT ni.. apapun dengan entry ni dapatlah sy belajar melaluinya.. thanks muttalif.. nice entry..

    ReplyDelete
  3. sebelum nih tatau .. terima kasih sbb bgtahu :)

    ReplyDelete
  4. Tau tak nama company yang menjalan'n service mcm tu...heheheh, saje nak ringankan lappy... Yang free ker... Sebab dulu time keje, company tempat keje tu mmg menggunkan service ne.. Sampai skrg zai ade password dia lagi, just takut kang simpan kat sane, IT dia wat housekeeping,,,naya jer....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. IC..saya pun baru tahu Cloud Computing. Insya-allah suatu hari akan mendalaminya.

      Delete
  5. walaupun amek course sains komputer,ni first time saya dengar cloud computing..aisehh..bagus entri ni..;)

    ReplyDelete
  6. pernah dengar tp x arif sgt..harus sgt bermanfaat kan~

    p/s: InsyaAllah..akan luangkan masa cuti sekolah nnt.mekasih Taliff~ =)

    ReplyDelete
  7. oh tallif buat cik rasa kosong..oh kosong..huhu
    first time tahu ni..thanks =D

    ReplyDelete
  8. tataw pape knOwledge pasal menda nie pOwn b4 nie.

    ReplyDelete
  9. kalau ikot saya paham..Cloud Computing ni cam DropBox tu la ek??..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..abgtaliff, cloud computing ni sgt2 la mengganggu mental saya 2,3 hri ni,hehe. Lana sempat jenguk beberapa laman web berkisarkan cloud computing ni. Sejujurnya, lagi banyak lana baca, lagi banyak lana tak paham,muahahaha.

    First of all, lana ingatkan cloud computing ni suatu servis. Then, ada yg tulis, ianya tknologi. not sure which one is correct.

    Konsep cloud ni, kita cuma perlu bayar untuk pa yg kita guna. Macam servis elektrik drumah. Kalau kita on suis lampu,meter akan bermula, dan mengira detik yg kita guna. Jadi, kita bayar mengikut kadar penggunaannya. Kita bukan membayar company yg bekalkan tenaga. Satu contoh lagi, time nek teksi. (nnti lana bg link video). Sebaik saja teksi mula bergerak, meternya pun menaik mengikut jarak perjalanan kan? sbg penumpg, kita cuma bayar mengikut jarak perjalanan, bukan membayar harga kenderaan. Nampak tak? Erh, lana tak tau nak explain camna yg ni. Sokmo gitu, paham tpi taktau nak explain,hahahah.

    Satu lgi ciri Cloud Computing ni, kebolehan untuk menggunakannya dimana sahaja. Kita tak terikat pada apa2 terminal, stesen, line telepon dsbgny. Means, bila nak akses sesuatu di suatu tempat, tak semestinya, kena tnggu ada line, kena cari tempat sesuai, baru boleh connect. Dan sbg pengguna, apa saja yg kita nak akses dalam cloud tu, boleh dibuat, dgn pelbagai cara, no limit, tak kisah guna celular ke,WIFI ke,hotspot,cable modem,dial-up dll. Bukan saja pelbagai cara, pelbagai alat juga boleh diguna, tak semestinya depan laptop saja, handphone boleh,PDA,tablet,i-pad,i-pet(kalau ada,keh3), aih mcm2 lgilah.

    Ada satu kesimpulan ni, lana baca: Cloud membolehkan saya mendapat apa yg sy mahu, pada bila2 masa, dengan menggunakan pelbagai cara. eh, betul ke aku translate ni,hehe.

    "cloud give me what i want when i need without tying me to a specific technology"

    Banyak lagi, tpi perlukan pembacaan yg lebih mendalam lgi. Fakta2 cloud computing, abgtaliff pn dah ringkskn diatas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali, terima kasih atas penjelasan yang baik Lana.

      Tentang teknologi atau servis. Ini jawapannya, Cloud Computing adalah teknologi terbaru, yang memberikan servis (oleh mana-mana syarikat) untuk kegunaan kita.

      Memang ada servis (oleh syarikat2) yang diberikan hanya dibayar semasa menggunakan seperti kata Lana, bil elektrik atau teksi meter. Dalam Video Ke-2 ada menjelaskannya :)

      Cloud Computing juga bertindak sebagai Data Strorage. Dan data tersebut boleh diakses dimana-mana sahaja asalkan masih punyai internet dikawasan tersebut. kalau ada i-pet pun boleh :)

      Bawah Adalah 2 video yang Lana telah cari untuk sedikit pengenalan;

      1. A Federal Defination of Cloud Computing

      2. The Cloud Pyramid

      Terima Kasih sekali Lagi Lana

      Delete
  11. Asalamualaikum..
    Wow! banyak info2 yang saya tak tahu tetapi diberitahu dalam blog thaliff. Rugi rasanya tak membaca di laman ini.Tq dah saya link blog list ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza. Semoga bersama mendapat pengetahuan. :)

      Delete
  12. err first time dengar pasal cloud computing. tak berapa paham lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai disini masih lagi kurang memahaminya. Tapi, semua sudah mula ada idea tentangnya. :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda.