Thursday, May 10, 2012

5 CARA DAPATKAN MASA UNTUK MEMBACA

Dalam entri lepas, saya pernah perbincangkan 7 kebaikkan yang boleh diperoleh dengan membaca. Rakan-rakan blogger terutamanya seperti Lana dan FiQ sebagai contoh, menjadikan membaca salah satu hobi dan sumber untuk mendapatkan perkara baru yang mereka ingin pelajari.

Sediakan Masa Membaca | Gambar : Google

Bahan untuk membaca boleh kita perolehi dengan banyak cara. Daripada buku, internet, majalah mahupun surat khabar. Baru-baru ini saya juga telah membeli satu buku yang bertajuk 13 Qualities Winners Share, Tom Bay, Ph.D dan diedarkan oleh Advantage Quest Publications.


Namun apa yang membingungkan adalah, saya juga punyai buku lain yang masih belum habis dibaca dan apatah lagi mentelaah isi kandungannya. Sudah ditambah dengan buku baru hanya kerana terfikir akan terlepas untuk memilikinya. Semuanya atas satu faktor - Masa.

Justeru, bagaimanakah kita ( jika sangat sibuk ) untuk mendapatkan sedikit masa yang ada untuk membaca buku, blog atau apa sahaja bahan bacaan?

Dibawah ada beberapa cadangan untuk mendapatkan masa untuk membaca ;

1. Disiplin Diri - Mungkin dengan membuat jadual dan masukkan membaca sebagai salah satu daripadanya. Mungkin dalam 30minit setiap hari. Mungkin boleh juga 1jam dalam 2 hari atau apa sahaja cara yang anda fikirkan bersesuaian. Kemudian, disiplinkan diri untuk mengikut jadual yang telah kita sediakan.

Dengan mendisiplinkan diri begini, ia akan menimbulkan satu tabiat yang baik untuk diri kita kelak.

2. Bawa Buku - Sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas? Seperti blogger Tukang Karut yang sentiasa pergi dari satu tempat ke tempat lain seluruh Malaysia? Bawakan buku bersama. Namun, pilihlah buku yang kecil dan ringan. Jangan pula membawa buku yang boleh menambah berat barangan anda.

Kebaikkannya, dalam masa menunggu kita boleh gunakan masa terluang tersebut untuk membaca.

3. Satu Buku, Satu Masa - Satu kebiasaan apabila kita merasa bosan dengan hanya membaca satu buku. Tapi, akibatnya mungkin kita tidak akan menghabiskan bacaan kita. Jadi, adalah lebih baik kita terus untuk membaca satu sahaja dalam satu masa untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Dengan satu buku satu masa, memberikan kita fokus lebih dan seronok. Fokus dan keseronokkan boleh membantu pemahaman dan kelajuan kita untuk membaca. Semakin cepat dan fokus kita, semakin baik, teratur dan berguna masa yang telah kita pergunakan.

4. Tandakan Tempat Terakhir Bacaan - Saya sendiri punyai sikap untuk tidak menanda tempat berhenti setelah selesai membaca. Akibatnya, apabila membuka kembali buku tersebut akan terlupa tempat yang sudah dibaca.

Mengulang baca memang baik untuk pemahaman, tapi membuang masa apabila kita hilang fokus atas satu-satu tajuk yang dibincangkan. Bagi saya, adalah lebih baik mengulang faham setelah kita selesai membaca keseluruhan buku tersebut. 

5. Google Reader - Kita sebagai follower kepada blog yang telah kita follow dan bukan hanya dengan mentaliti "Follow u dan Follow me Back". Justeru, mungkin sedikit tanggungjawab kita adalah untuk membantu idea kepada para blogger lain dan mungkin memberikan sedikit idea kepada mereka.

Bagaimana untuk membaca semua blog yang di"follow"? Gunakan google reader. Hanya daftar dengan alamat yang anda gunakan semasa daftar masuk blogger@blogspot. Aplikasi ini, membolehkan anda untuk membaca entri-entri baru para blogger. Dan jika anda suka dan ingin komen, klik sahaja pada tajuk entri dan kita akan sampai terus ke blog mereka.

Saya sendiri setiap pagi akan "scan" entri-entri baru para blogger dengan Google Reader. Dan jika ada yang berkenan, akan terus membacanya. Seterusnya, jika ingin memberi komen, klik sahaja pautan dan beri komen diblog mereka. 

Cara ini amat menjimatkan masa saya, daripada terus klik setiap blog rakan-rakan blogger mencari-cari entri baru mereka.

Jadi, dengan beberapa cadangan tersebut, saya sendiri dalam satu masa, banyak entri blog yang berguna  telah saya baca dengan hanya beberapa minit setelah melakukan sedikit "scan". Dengan fokus dan membina disiplin ke atas masa untuk membaca, buku yang ada juga dapat dihabiskan dalam rangka masa yang ditetapkan sambil mengambil manfaat daripada idea penulisnya.

Jangan dilupa, membaca juga adalah salah satu proses yang sememangnya perlu untuk kita terus belajar dan membesar. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak kita ketahui, dan semakin jauh kita akan dibawah olehnya.

"Membaca Jambatan Ilmu"

Soalan : Bagaimana Pula Cara Anda Mengisikan Masa Yang Ada Untuk Membaca? Tinggalkan Cadangan dan Pandangan di Ruangan Komen.

30 comments:

  1. kalau nh memang tak pandai nak atur masa. tu yg jadi kelam kelibut.huhu. tapi alhamdulillah dgn penerangan dari tallif ni bolehlah nh peraktikkan.. terima kasih sebab selalu memberi tips2 berguna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga menjadi manfaat kepada semua orang

      Delete
  2. aku bawak diri je masa travel... berat la nak bawak buku...

    ReplyDelete
  3. TH mmg akan bawa buku.even buku catatan.ehehe

    dalam kete akan ada buku.
    tepi katil akan ada buku.
    atas meja konfom2 ada buku.

    masa nak baca selalunya bila menunggu dan juga sebelum tidur

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum abgtalif! Lana suka entry ni! Sebab ada nama lana! hak? hahahaha, ok2, tipu je.hehehe. tenkiu2,ada link kat situ, ehehehe.

    Tapi memang suka, sebab topiknya, membaca.. err..camna tau hobi lana membaca?hak3.

    oh ea, sblm tu, meh lana jawab pasal buku Tuesdays with Morrie tu..urm..lana baru baca separuh..dah sudah ti, lana rekemen kan..insyaAllah.. :)

    oh ea..ada lagi..point no 5 tu, menarik. Lana pun, tak cuba lagi..siannya aku,ahahahaha. Pasni, boleh la cuba buat :) tima kasih berkongsi pasal tu. Semua point yg abgtaliff sebut, sgt membantu..dalam lima2 tu, bab menanda je yg lana rasa lana bt bersungguh2, hek3..temmmm..menyedihkan T____T hehehe

    Camna mengisi masa yang ada dgn membaca? Pertamanya, kena buat stigma la, membaca tu sebenarnya tak semestinya buku. Kebanyakkan org, bila sebut membca, terus terbygkn buku..itulah sbbnya, hakikatnya, bukan semua leh tahan bab 'pegang' dan 'menelaah' buku ni.

    Mula2, kenali dulu jenis bahan bacaan yang anda minat, majalah?akhbar?intrnt canggih manggih? jdi bhn bcaan juga smkn bnyk kepelbagaiannya, smkn mudah diperoleh,bila2 masa dan dimana juga.

    Macam da kuar topik,ehehehe. Okep, mcm lana, lana takda masa khusus untuk membaca..memang ada mcm2 cara, pnduan diluar sana, lebih2 lgi tntg waktu yg sesuai untuk membaca. Tapi, apapun, berbalik pd diri sndiri. Tpi salunya, sebaik saja bgn tido, dah agak2 segar skit, selepas bt apa2 yg ptut, then, lana akan baca apa2 buku, dalam 2 muka surt pun jadi.

    Pastu, tengari pun baca sikit. Dan skrg, habit terbaru lana, tengah2 maghrib, pun membaca juga. taktahulah knapa, tengah pe'el org kata, layankan je. Sebelum tido pun sama. Semuka pun jadi.

    Tengah tunggu public transport pun, layan baca apa2..papan iklan pun lana baca bersungguh2,ahahaha.

    Kesimpulannya, lana takda cara2 tertentu.. yg lana tau, cuba belajar kenal time bila diri sendiri suka membaca. Bila da kenal, lana rasa, lambat laun, budaya tu, otomatik sebati dlm diri. Sampai jadi cam abgtaliff, tak habis satu buku, beli lagi satu, hik3. Tak, tak ngatala..tpi betulkan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas point yang Lana kongsikan. Berkaitan point 5, itulah cara taliff untuk membaca blog semua para blogger yang dibaca. Jika ingin nak komen, klik sahaja. Kesian mereka yang menulis, kita tidak hargai mereka kalau membaca pun tidak.

      Tapi, geli hati bila membaca Lana membaca papan tanda bersungguh2. :)

      Berkaitan buku belum habis dah beli baru, memang taliff akui. Masih ada 2 buku menunggu untuk dibuka. Bukan ulat buku, tapi ingin jadikan membaca sebagai satu aktivit dan tabiat.

      Terima kasih kerana berkongsi :)

      Delete
    2. Papan tanda pun penting pa.. T___T papan iklan..hehehe.

      Lana pun, nak jadikan membaca satu tabiat..bukan2, lebih pada, satu keseronokan! yeayyy! Thank you gak abgtaliff,hehehe

      Delete
  5. sy lebih suka membaca en3 kt blog2.. dgn cara ni mcm2 info bole sy dapat.. so x terhad kt satu jenis info saja ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebab tu saya ada cadangan dengan mengunakan Google Reader untuk membaca semua blog yang kita follow.

      Delete
  6. skrg betul2 kesuntukan masa utk baca blog~
    sal cuma mampu curi2 masa baca buku sambil menunggu sesuatu~ =)

    p/s: mekasih sudi jenguk sal nye blog~ ^^

    ReplyDelete
  7. sy kalau nak kemana2 pun mesti bawa buku... dalam handbeg tu wajib ada sebuah buku... asal ada masa terluang memang sy akan baca buku...
    satu lagi... sebelum tido memang dah jadi rutin sy... membaca sedikit sebelum tido...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talif juga suka membaca sebelum tidur. Tapi, kalau terlalu seronok teruk terlajak berjam-jam. Itulah sebab saya tidak berapa cadangkan membaca sebelum tidur :)

      Delete
  8. tengok sini jugak.. seorang pembaca yang sangat hebat! heheheh
    http://blackjeepsu.blogspot.com/2012/05/blog-post.html

    ReplyDelete
  9. kalau yg tak minat membaca mcm ne lak ek????sy mmg susah nak membaca-novel ke, surat khbar ke...smua la.

    ReplyDelete
  10. Nice article..thanks sudah dishare bang Tallif.

    ReplyDelete
  11. nice info...tapi dkna nie malas membaca...hehehee

    ReplyDelete
  12. Salam. oh ea abgtaliff, lana ada sikit nak tambah.

    Kalau bhn bacaan kat internet, lana suka guna function Bookmark tu, kan kat google, nak mark, klik ikon bintang kat bar url kan?

    Pastu, leh create folder pa suma kan? Lana salu guna tu, tuk tanda, mana website yg best, yg bnyk gmbr..erh, ada kategori la sng citer. okep, itu aje >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..tak perasan kita boleh ketegorikan boookmark. Function untuk web browser Firefox atau Google Chrome? Boleh cuba :)

      Delete
    2. Google Chrome..err..kategori tu, lana bikin sendiri..sebab kita boleh create folder. Firefox pun ada. sama gak,ikon bintg. tpi lana jrg guna.. biasa kat google chrome saja :)

      Delete
  13. hehe..cara cik sama mcm cara abg tallif..pape pon,cik lebih suke bace guna buku drpd online..lebih fokus ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Seperti saya sendiri sedikit memilih. Kalau perlukan satu sumber berkualiti akan pergi kepada buku. Tapi kalau blog tersebut dianggap berkualiti akan juga sentiasa pergi kepada penulis tersebut.

      Tapi, untuk membaca info atau apa sahaja penulisan rakan-rakan. Akan pergi kepada Google Reader. Mudah.

      Delete
  14. etuza memang tergolong yg suka membaca ni taliff..sampai pakai mata ke dua dah, hehe kaca mata..apapun tanpa membaca tak ke mana ilmu, marilah membaca..

    ReplyDelete
  15. suka dgn budaya negara maju, dorang ada masa lapang jer akan membaca
    budaya kita, masa lapang main game hanpun (sop la tuh) huhuhu

    ReplyDelete
  16. bagusnya... memmbaca untuk menambah ilmu pengetahuan...

    ReplyDelete
  17. Membaca jambatan ilmu.. Bagus entri.. Kita memang perlu luangkan masa untuk membaca. Teruskan menulis..Salam perkenalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) Jambatan Ilmu Itu Sememangnya dengan Membaca

      Delete

Terima kasih atas komen anda.