Tuesday, May 8, 2012

6 CARA BAGAIMANA UNTUK MENGELAKKAN ENTRI BLOG TERUS "MATI"

Semakin banyak entri yang kita tuliskan dari hari ke hari, masa ke semasa pasti kita akan kurang menumpukan perhatian kepada entri-entri kita yang lepas. Jika kita sendiri kian melupakan entri yang telah kita tuliskan, apatah lagi dengan orang lain bukan?

Jangan Biarkan Entri Anda Hilang Nilainya | Gambar : Google

Saya sendiri dalam beberapa minggu kebelakangan mula membaca semula entri-entri yang lama dan apa yang saya perasan penulisan saya banyak berubah terutamanya dalam tahun ini berbanding tahun lepas. Ini mungkin kerana terikut-ikut langkah seorang cara seorang direktor dan blogger professional.

Kian saya membaca dan kembali ke penulisannya yang cukup bagus, mula saya tertanya apakah entri lepas yang telah ditulis dengan payah masih punya pengunjung atau pembacanya? Apakah entri tersebut masih punya nilai? Terlintas juga entri para rakan-rakan yang sangat bagus, tapi selari dengan masa ianya terus tiada maknanya.

Justeru, bagaimanakah cara untuk kita untuk terus mendapatkan pembaca untuk entri lama dan tidak terus membiarkannya "Mati". Disini ada beberapa langkah untuk memberinya nafas semula ;

1. Kandungan Berkualiti - Dari awal fikirkan kualiti dalam semua penulisan anda. Penulisan yang mungkin memberikan info atau sesuatu yang berguna untuk pembaca. Yang pada pendapat anda, walau seberapa lama pun tulisan itu, ianya masih releven dan memberi manfaat.

Sebagai contoh, penulisan-penulisan yang memberi tunjuk ajar seperti tutorial, tips dan pandangan mempunyai nilai yang baik sepanjang masa. Kualiti kandungan penulisan sebenarnya banyak membawa pembaca kerana kesan daripada SEO.

2. SEO (Search Enjin Optimizer). Saya ada serba sedikit membincangkan perkara ini. Klik sini untuk membacanya. Dengan isi kandungan blog yang baik, penggunaan bahasa standard dan kata kunci yang betul (punyai carian) ia memberikan peratusan entri blog akan dipilih oleh spider google untuk disiarkan adalah tinggi.

Kesannya, anda akan mendapat pembaca ke atas blog entri  dan membiarkan entri terus hidup.

3. Buatkan Pautan - Buat pautan sama ada dalam entri anda atau tinggalkan pautan entri dalam komen yang anda tinggalkan dalam blog blogger lain. Memuatkan pautan dalam entri baru anda adalah yang terbaik. Ini antara cara mudah dan berkesan untuk memberikan pembaca kepada entri lama. Malahan antara cara yang paling berkesan adalah dengan menjadi Penulis Jemputan kepada mana-mana blog.

Bukan bermaksud meniru entri lama bulat-bulat. Tapi pautkan entri lama anda dalam entri Penulis Jemputan dan ini memungkinkan pengunjung yang ingin tahu datang ke halaman blog anda. Inilah antara kebaikkan menjadi Penulis Jemputan, ia memberi peluang untuk anda membuat pautan balik terus ke entri atau blog anda.

*Ingin Menjadi Salah Seorang Penulis Jemputan disini. KLIK

4. Media Sosial - Selain Facebook, Google+, atau apa-apa sahaja platfom media sosial. Twitter juga adalah platform media sosial yang paling sesuai dan boleh membantu anda dalam mendapatkan pembaca untuk entri-entri lama. Kerana anda boleh melakukan "tweet" sebanyak mana yang anda mahukan ke atas mana-mana entri yang anda mahu.

Tapi, jika anda mengetahui "#"-hashtag yang sesuai untuk mana-mana entri tersebut, ini akan lebih memberi peluang untuk mendapatkan pembaca.

Nota : Saya dapati twitter "# - Hashtag" untuk blog di Malaysia seperti tidak wujud. Ini mungkin kerana jumlah pengguna twitter tidak ramai atau masih kurang jelas menggunakannya. Justeru saya ingin cadangan disini, semua menggunakan hashtag #bloggermalaysia supaya semua entri blog yang di "tweet" berkumpul dalam satu carian atau kumpulan yang sama.


Seperti contoh : "Bagaimana Untuk Mengelakkan Entri Blog Mati" | #bloggermalaysia. Dan saya jamin, anda akan nampak entri ini dengan mencarinya menggunakan hashtag #bloggermalaysia.

Jika masih belum jelas untuk menggunakan twitter boleh klik sini.

5. LinkWithin - Gunakan LinkWithin untuk menayangkan entri lama atau berkaitan dibawah setiap entri anda. Hendak dapatkannya? Klik sini dan hanya masukkan email, alamat blog, platform dan berapa banyak entri yang ingin ditayangkan (maximum = 5). Bagi saya ini adalah widget yang paling mudah :)

Memang masih ada cara lain yang boleh digunakan selain LinkWithin, tapi bagi saya penggunaan LinkWithin adalah lebih mudah dan kemas.

6. Berforum Online - Dalam internet, cukup banyak landasan yang kita boleh pergunakan untuk membincangkan apa sahaja perkara. Dan antara yang popular dan berkesan adalah dengan berforum online. Contoh terbaik adalah WangCyber. Forum terbesar dimana usahawan-usahawan internet untuk berkumpul dan berbincang.

Jadi, jika niche anda adalah juga berkaitan cara berniaga di internet, tidak salah anda terlibat dalam perbincangan dan meletakkan pautan entri diforum tersebut sebagai tambahan kepada idea anda. Bukan sekadar mempromosi tapi memungkinkan kaliber anda sebagai seorang yang punyai kemahiran dalam bidang tersebut. :)

Jadi, jika anda rasakan entri yang telah anda kongsikan sangat baik dan berguna, jangan biarkan ianya "mati". Berikan talian hayat yang dapat membantu supaya informasi dapat dimanfaatkan bersama.

Pasti amat merugikan jika penulisan cuma satu perkara untuk memenuhi blog arkib anda tanpa ada siapa yang mengunjungnya. Bertindak sekarang. :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan: Bagaimana Pula Cara Anda Untuk Mengekalkan Entri Blog Terus Mendapat Kunjungan? Tinggalkan Kaedah Anda Dengan Berkongsi Diruangan Komen.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

14 comments:

  1. oooo... aku pun perasan gak entry aku mati gitu je...

    ReplyDelete
  2. ni ada gk la beberapa entry yg masih hidup

    ReplyDelete
  3. waa.. leh try xbgi mati entry kt blog pet :) ty

    ReplyDelete
  4. haha br kejap td usha entry lama2 hingga terkini.
    mmg bykkkkk sgt perubahan sy da buat.zzz.skng da mcm xde idea nk tulis
    apa da.huhu...ni tips berguna nih :)

    ReplyDelete
  5. betol. makin lama makin matang dalam penulisan :)

    ReplyDelete
  6. salam

    mmg betul , setuju2..kadang walau baru tinggal tak sampai seminggu dah blur dh bila nak update entri baru..yg penting entri tu biarlah ada manfaat dan berfaedah kpd org lain..bagi sis cara penulisan yg lebih dekat dgn pembaca dan tuan blog yg tak sombong adalah salah satu tips paling mudah kalau nak ada pembaca setia di blog :)

    ReplyDelete
  7. banyak pelajaran yg NH dapat bila membaca entry tallif, dapatlah NH mempelajari nya sikit2, thanks tallif krn selalu memberi entry yg bermanfaat kepada pengunjung...

    ReplyDelete
  8. Tkasih atas perkongsian Tallif ini. Menulis blog ada pasang surutnya. Ramai blogger yg telah membiarkan blog mereka begitu sahaja, sedangkan semasa mula-mula mendaftarkannya, semangat berkobar2 bak mahu menawan dunia.

    Terus menulis tip-tip yg berguna kpd kami.

    ReplyDelete
  9. Info yang sangat berguna.. boleh dijadikan panduan ni.. thanks yer..

    ReplyDelete
  10. paling baik ialah sentiasa linkkan dengan entry baru.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul gnesop. Saya terperasan yang saya tidak meletakkan "link dengan entry baru". Terima kasih kerana memberikan infomasi terbaik ini. :)

      Delete
  11. entry di linkwithin masih wujud walaupun entry sebenar telah dipadam. macam mana nak atasi masalah ni ye

    ReplyDelete
  12. Assalmmualaikum....

    Terima kasih bebanyak atas ilmu yang dicurahkan disini...saya menghargainya...

    mselim3

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.