Saturday, May 5, 2012

8 PERKARA YANG PERLU UNTUK SEBUAH TRANFORMASI

Tranformasi dengan mudah boleh disamakan dengan berubah. Berubah dari satu perkara kepada satu perkara lain. Ataupun berubah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya.

Mana yang kita pilih? Diri kita, kita pemimpinnya.

Perubahan Perlukan Pengorbanan | Gambar : Google

Saya juga seperti anda, sering mendengar terdapat mana-mana orang atau pihak tertentu ingin bertranformasi kepada yang lebih baik. Punyai idea tapi tidak sampai ke mana. Ada yang berjaya, tapi banyak yang kecundang setengah jalan. Adakah perubahan akan digapai dengan memetik jari atau hanya dengan menepuk dada? Tidak bukan.

Lumrah hidup, dalam tujuan kita untuk mengapai dan memperolehi sesuatu perlukan pengorbanan. Tranformasi juga bertujuan untuk mendapatkan sesuatu yang baru dan punyai kelainan. Pendek kata, tranformasi juga perlukan pengorbanan kita untuk mencapainya.

Untuk ber"tranformasi", saya senaraikan 8 keperluan untuk mengapainya;

1. Cita - Cita - Terlalu besar? Biarkan saya kecilkan kepada ayat mudah "fokus" Untuk mendapatkan sebuah tranformasi kita perlukan cita-cita atau fokus. Dunia terlalu luas untuk kita kejar semuanya. Justeru, adakan fokus!. Jika sebuah tranformasi adalah untuk diri sendiri, tulis dan lekatkan mungkin tempat yang senang dilihat.

Jika sebuah tranformasi untuk organisasi dan anda pemimpinnya, nyatakan fokus atau cita-cita anda kepada semua yang dipimpin supaya mereka tidak tertanya dan sedia untuk sama menanggung beban yang sama dan sampai pada temmpat yang sama.

2. Bina Strategi - Sebuah cita-cita tidak mungkin tercapai dengan hanya bercita-cita dan mimpi. Terus mula dengan mengatur strategi ke arah tarnformasi. Mungkin dengan menyusun semula apa yang telah roboh dan menambahbaik atau dengan mengaturkan taktik baru dalam mencapainya.

Tanpa perancangan baik dan strategi yang baik, boleh memungkinkan cia-cita yang diidamkan terkubur keranan hilang panduan dan arah.

3. Laksanakan - Selesai merancang dan selesa dengan strategi tersebut. Sedar akan kekuatan dan kelemahan yang ada. Labuhkan layar untuk memulakan perjalanan mengejar objektif kita. Setiap yang mula memang amat memeritkan.  Namun, tanpa langkah pertama tidak akan ada langkah ke 1000.

4. Sesuaikan Diri - Tidak dinafikan, kesusahan dan halangan akan datang menghalang dalam proses melaksanakan. Sesuaikan diri dengan struktur dan keadaan tersebut. Sesuaikan diri untuk lebih kita fahami keadaan tersebut dan untuk memahami cara bagi mengatasinya. Biar diri kita mengawal keadaan dan bukan dikawal oleh keadaan.

5. Terima Kritikan - Dalam perjalanan mengejar cita-cita untuk sebuah tranformasi, sememangnya akan ada kritikan daripada yang ingin menolong untuk kebaikkan. Kritikan satu penghinaan? Ramai yang terlalu cepat melenting akan menjawab dan membals dengan respon yang negatif. Tapi kita punya pilihan untuk menolak atau menerima. Ingat itu satu rahmat untuk penambahnaikkan.

6. Bertanggungjawab - Yang dirancang tidak mungkin akan selalu bulat seperti yang dilakar atas kertas. Jadi, bertanggungjawab ke atas semua perbuatan dan keputusan yang dilakukan. Jangan lari dari kenyataan. Bina keyakinan dan disiplinkan diri dalam menerima kelemahan.

7. Percaya  - Sentiasa positif dan percaya dengan cita-cita yang diperjuangkan. Seperti kata saya tadi, kritikan satu rahmat penambahbaikkan, positif! Sifat negatif hanya akan meleraikan kepercayaan kita satu demi satu. Apa lagi yang hendak kita kejarkan jika kepercayaan sendiri sudah tiada lagi.

Tanamkan kepercayaan dan tolak ia sejauh-jauhnya dalam hati supaya kita punyai pegangan kukuh dan tidak mudah goyah.

8. Belajar - Terluka kerana terjatuh adalah kesan kerana mula belajar bermain basikal tatkala kita masih kecil. Begitu juga dalam mencapai tranformasi yang kita inginkan. Terjatuh dan gagal hanya satu proses. Belajar dan terus belajar dalam menghadapinya. Belajar akan kesilapan kita, belajar dari pengalaman. Teruskan belajar untuk menjadikan perjalanan lebih selesa dan baik.

Dalam kehidupan kita tidak ada perkara akan datang dengan percuma walaupun sesuatu yang diberi dengan percuma. Mendapat barang percuma akan kita bayar dengan budi bukan?

Begitu juga dengan Tranformasi. Hanya tinggal kita yang tinggal untuk memulakannya. Semakin besar cita-cita semakin panjanglah masa untuk mengapainya. Semakin panjang masa untuk kita sampai ke objektif, semakin banyak rintangan dan perkara yang akan kita pelajari.  Jadi, jangan berhenti berusaha.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Pernah Melakukan Perubahan dalam Hidup Anda dan Apa yang Anda Alami? Tinggalkan jawapan anda dalam ruangan komen untuk perkongsiaan
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10 comments:

  1. Yup, Bila kita ada cita-cita kita akan menumpukan masa dan tenaga terhadap matlamat yang difokuskan. Nice post brader

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak komen apa. memang terbaik dari bro tallif.. sy pernah putus asa bila perubahan yg sy lakukan tidak menjadi. tapi bila difikirkan salah diri sendiri juga kerana tak terlalu bersungguh untuk berjaya.. tp thanks .. tallif entry yg banyak manfaat untuk diri saya.. teruskan usaha awak.

    ReplyDelete
  3. balik kepada asas persoalan... tiada kemajuan atau transformasi jika tiada usaha menggerakkannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi itulah keperluan pada pandangan aku yang perlu. Bergerak atau tidak terpulang dengan diri sendiri.

      Delete
  4. lama tidak menyinggah..maaf.sibuk sgt



    peekongsian yg gt menarik.
    pe kata taliff baca buku tuesdays with morrie.penulis die mitch albom.bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah tengok buku tu di kedai. Best?

      Delete
  5. maaf menyibuk kt sini.saje singgah nak melawat.hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Tujuan saya berbloging adalah untuk useable and profitable content. Untuk makluamat berguna. Nampaknye blog anda ada persamaan sebabtu saya suka jenguk blog anda sebab keserasian tujuan bermanfaat. Nice

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.