Friday, May 18, 2012

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SEORANG BLOGGER YANG LEBIH BAIK

Sambil menjenguk kembali rakan-rakan blogger yang telah singgah di fibox, terjumpa seorang penulis yang mengikut beliau  masih baru.

Klik sini untuk pergi ke halamannya dan jangan lupa sampaikan salam daripada saya. :)

Berusaha Menjadi Lebih Baik | Gambar : Google

Kerana itu, terkenang kembali, ketika dulu apabila mengambil keputusan untuk terjun ke dalam dunia penulisan maya - Blog. Penulisan pertama berjudul "First Step To Make 1000 Ahead" menunjukkan betapa kagum, takut dan tergapai-gapainya saya sendiri apabila memulakan misi ini. Masih baru pastinya tiada komen, tiada pelawat, tiada tujuan dan akhirnya kecewa.

Nafas baru berlaku sejak mengenali SEO, ketika "mengilai" traffik lebih dari nilai penyampaian(mungkin kerana pendapatan). Masih tidak mahu berkait dengan orang lain; hanya saya dan blognya. Melakukan "copywriting", duduk dihadapan komputer berjam-jam, mencari, menganalisis keyword, blogwalking dan akhirnya keletihan dan sekali lagi kecewa.

Akhirnya, mengambil keputusan untuk membaca blog seluruh dunia dan berdoa dipertemukan dengan blog yang mampu mengubah haluan blog sendiri. Alhamdullillah, akhirnya terjumpa dan dari situ saya pelajari satu persatu kesalahan dulu yang tidak saya sedari. Kini masih terus belajar untuk memperbaikinya.

Itulah sebahagian daripada pengalaman saya dan masih mempelajarinya dan memperbaiki.

Supaya anda tidak mengulangi kesilapan saya, sini senarai beberapa perkara yang boleh membantu anda menjadi seorang blogger yang lebih baik;

1. Tahu Tujuan Blog - Apabila saya sendiri menaip dan menyiarkan "First Step To Make 1000 Ahead". Saya sangat gembira tapi masih tidak tahu tujuan sendiri. Masih tidak tahu apa yang patut saya lakukan kepada blog. Akhirnya, dengan hanya satu entri pendek, tiada apa yang mampu saya kongsikan.

Bayangkan jika saya sudah punyai "niche" atau bahagian/tujuan kursus penulisan blog, mungkin telah banyak saya tuliskan sehingga sekarang.

2. Sentiasa Berhubung - Hanya ingin mendapatkan traffik, saya tidak mengendahkan hubungan antara blogger- sebagai rakan. Ini mengakibatkan saya jarang mendapat komen atau kritikan untuk membina blog ini. Namun, apabila mula tersedar bahawa blogger juga perlukan rakan, saya mula memberikan ruang kepada  mereka diluar untuk berada sama ditempat saya contohnya meletakkan mereka di "bloglist" dan memberi komen.

Menakjubkan apabila mendapati mereka semakin kerap hadir, memberi komen,kritik dan membuatkan saya tidak pernah kesunyian apabila mula. Mereka membuatkan saya lebih yakin untuk menulis kerana saya percaya mereka menantikan kehadiran masing-masing.

3. Pilih "Niche" Tulisan - "Copywriting" memang satu langkah SEO yang sangat mudah. Tapi, adakah kita yakin mampu menjawabnya apabila ditanya dan memberikan apa yang kita mahu kepada pembaca? Kita tidak khusus dan kita tidak mungkin akan berada dalam "niche" pilihan sendiri.

Jadi mulalah mencari "niche" yang mana kita rasakan kita punyai kekuatan. Sama ada untuk memberi tips, tutorial, perniagaan, kesihatan, info berguna atau apa sahaja. Tetap kepada pilihan dan lihat bagaimana kita akan berkembang dalam penulisan sendiri.

Contohnya saya memilih motivasi, kepimpinan, media sosial dan pelbagai untuk menjadi latar belakang blog ini.

4. Kawal Masa - Ya, blogging kepada saya seperti satu ketagihan. Ketagihan yang membawa kepada banyak pembaziran masa, pembaziran tenaga dan fokus. Jika anda memilih blogging sebagai satu hobi bukan sepenuh masa, kawal masa dan atur masa untuk dekat kepada dunia realiti. Keluarga dan kawan lain juga perlukan anda. Bahagikan dan kawal masa anda dengan sebaiknya.

Kesihatan dan masa perlu untuk terus cergas demi memberikan imput terbaik kepada pembaca anda.

5. Terus Belajar - Sumber belajar sama ada daripada mentor atau pembacaan. Terus belajar untuk menambah-baik blog anda dari hari ke hari. Jika ditanya kepada mereka yang telah lama mengenali saya, mereka akan menjawap Ya bila saya katakan warna sebenar blog ini adalah Merah. :)

Saya berubah kepada warna yang lebih tenang kerana ia membebankan mata mereka untuk membaca. Saya pelajari sedikit koding HTML untuk membuatkan blog nampak kemas. Belajar untuk menulis dengan baik. Belajar untuk menghormati mereka.

6. Jangan Mengalah - Menulis memang memenatkan diri dan minda. Tapi, jika kita tidak dapati apa yang kita mahukan, jangan mengalah. Kerana setiap satu objektif yang cuba kita gapai sememangnya ada halangan. Jika tersungkur, berdiri semula dan cuba dengan alternatif atau strategi baru. Hanya kerana kekeringan idea dan kekangan masa, cari cara untuk mengatasinya.

Pengalaman saya kini, menulis rangka artikel dengan kaedah SCORRE dan menulis hanya 3 artikel untuk 1 minggu dan menyiarkannya tepat pukul 8.00malam (waktu Malaysia). Kerana difikirkan penulisan itu punyai nilai baik dan inginkan maklum balas, saya kongsikan ke facebook, twitter (secara berkala) dan blogwalking. Ini dilakukan hanya lebih kurang 1jam sahaja.

Itulah antara pengalaman sendiri sejak saya bermula untuk menulis pada Jun 2009. Sejak dari itu, perbagai proses telah saya lalui dan membuatkan saya kekal kepada arah sekarang. Tapi, saya juga masih belajar dan komited untuk terus belajar.

Harapan saya, supaya semua akan menjadi blogger yang lebih baik bermula hari ini.

Soalan : Bagaimana Pula Cara Anda Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Lebih Baik? Kongsikan Diruangan Komen

18 comments:

  1. wah..ok cik kagum dengan kamu!
    cik ni nak kata baru,boleh la..baru setahun..dulu cik pun macam tu..memang tak tahu ape2 pasal blogging..main redah je.pape pun,bagus entri ni..macam tips jugak...oh ya,moga terus maju!

    ReplyDelete
  2. Salam Tallif padat, bermenafaat, and totally helpful. Apa yang tertera di atas memang banyak kebenaranya... PPP akan cuba perbaiki mana-mana kekurangan yang masih banyak di blog PPP. Semoga ni akan menjadi panduan yg sangat berguna pada PPP. Cuma PPP tak pandai kawal masa that's my weakness :(... anyhow paling penting adalah networking dgn bloggers2 lain... i think the more you explore, the bigger chances to get more followers (unless you have no intention towards that :P)... thank u tallif for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama-sama cuba memperbaiki diri dari masa ke semasa. Cuba kawal masa untuk berblogging. Kerana dunia realiti jug aperlukan PPP :)

      dan Ya. Networking dengan orang lain amat penting kerana mereka blog kita akan terus berdiri kukuh. Belajar Menghargai :)

      Delete
    2. I like this part ~ Cuba kawal masa untuk berblogging. Kerana dunia realiti jug aperlukan PPP :) (trying HARD... very very :P)

      Delete
  3. Thanks for sharing. Panduan yang sangat berguna untuk semua blogger. Semoga kita akan menjadi blogger yang lebih baik dari hari ke hari. Semoga terus maju dalam blog. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas tips yg sangat berguna buat ini.. InsyaAllah semoga panduan ini memberi jalan kpd blog Nh yg masih terkapai2 mencari arah tujuan sebenar.. tak rugi kami semua follow tallif.. byk manfaat yg kami semua dapat.. good luck tallif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih NH. Hanya berkongsi pengalaman sendiri untuk pengetahuan semua

      Delete
  5. uwaaah abam bagi tipslah..sis pun masih belajar lagi utk jadi blogger bjaya..teringat dulu mmg kecewa n rasa nak tutup blog bila takdak org folo n komen n kenal kita..tapi kuatkan semangat jugak..cari jgak tips2 untuk newbies blogger dan buat masa sekarang ni alhamdulillah.. bab yang kawal masa tu agak sukar jugak..skrang cuti bolehlah blogging gila2 nanti dh naik sem baru menyepi lah.. hehe

    ReplyDelete
  6. Belajar daripada masta2 iaitu Google.. Google adalah guru saya yang terbaik. :D

    Nice entri bro.

    singgah blog Naim pulak. :)

    ReplyDelete
  7. wah..nice entry..saya suka !~ :D

    ReplyDelete
  8. nice entry, banyak tips boleh dapat.
    thanks for sharing^^^

    ReplyDelete
  9. ok... aku kena belajar lagi dengan kau...

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum..yup, lana masih ingat lagi, time blog ni merah menyala, hehehe :)

    The 1st pt is the key, tujuan. Atau dalam perkataan lain, niat. Sudah berulang kali diingatkan, dibaca dan didengari, tanpa niat dan tujuan yang jelas, segala2 yang dilakukan, menjadi lebih sukar. Bukan dalam dunia maya, dunia realiti pun begitu juga. Bila ada niat yg jelas, kita lebih tahu, haluan mana yg perlu diambil, langkah mana yg perlu diikut. Yg mna lebih penting dan yg tidak penting, ditinggalkan.

    Sebut pasal niche kan abgtaliff, lana rasa, lana nmpk lana nak yang macamana.. tpi, lana prefer memaparkannya dalam bentuk cerita..err, lana rasa, abgtaliff boleh nampak..kang citer kat sini, jadi panjang lagi,hi3.

    Tentang kawalan masa, lana akui, itupun salah satu point utama, penting bila menulis blog ni. Kadang2 tu, masalah lana, tetiba jadi buntu, blur..bila dah blur, mula la menghadap blog tu lama2 dengan harapan, blur tu hilang, but, that's not the right way sebenarnya. Urmm..nanti lana cerita dalam sebuah entry ttg macamna lana kawal masa lana berblog.. :)

    Overall,bagi lana, ini antara entry terbaik abgtaliff.. oh ya, lana rasa, lana tau sumber rujukan abgtaliff dlm dunia blog, atau lebih tepat, 'siapa'. He's really a good writer :) err,jgn salah paham, lana bukan stalker tau! huuu..lana cuma search dulu, takut membuta tuli komen/cakap yg bukan2..hehehe.

    Lana gak tunggu entry SCORRE tu, buat tau, takpa, ambil masa, lana da buat search, tapi lana nak baca versi BM punya, dari abgtaliff!

    Oh ya..lupa pula nak jawab soalan.

    Kalau tanya lana, cara lana jadi blogger yang lebih baik? Urmm, ada kaitan dengan point no 2 sebenarnya. Hubungan sesama manusia memang kena jaga..dan lagi satu, kena lebih banyak memberi daripada menerima. Selebihnya, sama saja sebenarnya dengan kebanyakkan blogger, cuma tukar2 mengikut keperluan dan kesesuaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-allah Lana. Baguslah Lana sudah tahu tempat untuk Taliff membuat rujukan :)

      Untuk Entri SCORRE akan Taliff keluarkan sedikit masa lagi

      Delete
  11. mula-mula memang kita tak nampak kita di mana. semuanya kita ingin cuba. sebut sahaja blogger SEO, semua kagum sebab trafik yang ribu-riban.

    Tetapi harus diingat, kita tak kenal siapa yang datang blog kita, apa yang mereka mahukan daripada kita, bolehkah mereka datang kembali ke blog kita semula? siapakah target visitor kita? adakah blogger ataupun orang awam.

    Setelah lama mia selidiki dan jadi silent reader kepada blog yang ribu riban, belajar cara mereka, akhirnya mia rasa lebih baik jadi blogger biasa. update sahaja apa yang patut. mula-mula trafik memanglah ciput. update blog tetap diteruskan. dan lama kelamaan orang akan mengenali kita kerana tahu imej kita ni yang macam mana. tahu trademark kita. mereka akan datang semula.

    jadikan blog kita tempat rujukan bagi mereka supaya mereka akan suka nak datang lagi. tak kisahlah dari kalangan blogger ataupun orang awam. akhir sekali kena pastikan yang mereka boleh lepak2 lama di blog kita. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambil ini sebagai Nasihat MIa. Dan Ini adalah Nasihat yang sangat Baik.

      Delete
  12. gembiranya bertemu dengan entry ni di kala diri rasa tidak diterima dalam dunia blog.saya memang tak tahu pasal blog...saje gatal jari nak menaip tapi tak de respon n kawan...sudi-sudikan la memberi tunjuk ajar dan nasihat supaya betul-betul tahu matlamat saya dalam penulisan maya ni...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.