Wednesday, May 16, 2012

BELAJAR UNTUK MENGHARGAI

Pernah menerima sesuatu atau ucapan ringkas daripada kawan, isteri, suami, sanak saudara atau bos? Mungkin kerana sambutan ulangtahun, pencapaian atau harijadi?

Belajar Menghargai | Gambar : Google

Jadi, apa yang anda rasakan? Semestinya rasa sangat dihargai. Kebetulan, kita berada dalam Bulan Mei atau bulan penghargaan. Kenapa? 

Cuba senaraikan hari-hari yang disambut dalam bulan MEI, banyak bukan. Begitu juga saya, baru-baru ini menerima banyak ucapan selamat dan baik daripada rakan sekeliling, keluarga dan kenalan.

Ini saya anggap sebagai penghargaan mereka untuk ulang tahun tarikh kelahiran saya ke dunia. Terima Kasih Semua.

Saya bukan menulis untuk menceritakan perihal tarikh lahir saya kepada anda atau menghebohkannya. Cuma apa yang saya rasa tatkala menerima ucapan tersebut membuatkan hari seperti sangat ceria. Kebanyakkan menghantarkan ucapan di facebook, ada yang menelefon dan ada yang menghantarkan sms.

Tentu anda tahu apa perasaan saya ketika itu dan anda juga melaluinya bukan. Kita telitikan betapa besarnya kuasa penghargaan kepada seseorang walaupun dengan kata-kata. 

Ia membuatkan saya senyum sendirian.

Memberi penghargaan bukan hanya dengan memberikan satu hadiah atau objek, malah dengan ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja juga memberikan satu impak baik kepada perhubungan sosial walaupun ianya hanya seketika - contohnya, penjual dan pembeli.

Pengalaman saya sendiri ketika sedang memilih untuk membeli telefon bimbit baru. Selepas berkali-kali mencari telefon bimbit yang sesuai dan menilai harga antara satu kedai dengan satu kedai lain. 

Dan setelah beberapa hari, singgah di satu kedai dan menakjubkan hanya dalam beberapa minit tanpa berfikir panjang sudi untuk membuat pembayaran. Tapi harga jualan lebih mahal dari kedai lain.

Mungkin kerana sudah penat mencari berhari-hari? Tidak.

Ini kerana layanan baik jurujual yang memberikan layanan yang sangat baik. Servis selepas jualan juga baik. Ini menandakan mereka sangat menghargai pelanggan mereka. 

Kini saya menjadi pelanggan tetap kedai tersebut. Walaupun hanya untuk membeli prepaid RM10. Ini pula cara saya menghargai penghargaan mereka. :)

Itu salah satu kesan baik jika mampu menghargai apa yang kita ada. Tapi, lebih banyak lagi kesan-kesan lain jika sentiasa menghargai setiap perkara yang kita ada. Belajarlah untuk menghargainya.

Belajar untuk menghargai apa yang ada walaupun dengan senyuman dan terima kasih dan lihatlah kebaikkan yang akan ianya bawakan kembali kepada anda.

Soalan : Bagaimana Cara anda Menghargai Dan Apakah Penghargaan Kecil Yang Masih Anda Ingat Sehingga Sekarang? Kongsikan Cerita Anda Dalam Ruangan Komen

24 comments:

  1. betul tu..kalau kita pandai hargai org lain,pasti org mampu hargai kita juga..

    p/s :saya juga ada beli handset kat 1 kedai ni,layanan dia memang baik sangat..kalau nk tukar handset je,saya pegi kedai dia,tak pegi kedai lain dh..sekarang ni kalau kawan2 nak beli handset,saya bawak mereka pegi kedai ni juga..:)

    ReplyDelete
  2. aku tunggu hari jurutera ni... nak tengok orang menghargai jurutera ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...tak apa..Jasamu Tetap dikenang :)

      Delete
  3. selamat hari jurutera TK!!! - again~~~


    selamat ulangtahun taliff ^^,

    ReplyDelete
  4. ye tallif, zaman skg ni susah kita nak jumpa org yg menghargai.. mgkn ada sesetengahnya pilih BULU kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi selalunya jika kita yakin, kita akan dapat mengatasi apa sahaja. Tapi yang penting hargai mereka-mereka yang patut diberikan penghargaan. :)

      Delete
  5. budi yang baik dikenang jua :)

    bila waktu study kan mmg ada banyak esaimen ..n akn ada esaimen group..
    so bila dah siap smua hantar..sis akn blanja aiskrim tok smua ahli group hehe..yg pnting kita gmbira orang lain pun senang hati :)

    ReplyDelete
  6. Betul2. Dengan senyum dan ucapan terima kasih juga tanda kita menghargai orang lain :) Kita menghargai orang lain, tak mustahil orang lain juga menghargai kita , kan :D

    ReplyDelete
  7. Hi Tallif PPP tak yah tunggu bulan Mei nak ucapkan pada Tallif... anyday, anytime, any year.. you are such a good person, thanks for being so nice to me and others... semoga kehidupan Tallif sentiasa dipenuhi dengan kegembiraan... what goes around comes around... :) thank you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Memang betul, what goes around comes around :)

      Delete
  8. plg mudah kita menghargai ialah dgn ucapan terima kasih dan senyuman... setuju2 :)

    moga kita terdiri dari golongan yang bersyukur [lari topik plak.. heheh]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Gnesop. semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang bersyukur.

      Delete
  9. ermmm....xtaw nak komen cmne...erkkk

    ReplyDelete
  10. Salam.. urmm..kalau lana..tiada istilah penghargaan kecil atau besar, sebab..bila orang menghargai..walaupun dengan senyuman dan tanda terima kasih saja, atau yg bagi hadiah.. asasnya sama, mereka mengingati kita. Dan lana rasa, bila org ingat kat kita, itu saja sudah menjadi suatu yg sgt berharga..sgt2 berharga sbnrnya abgtaliff..bukan sng nak ingt kat seseorg, lebih2 lagi dalam dunia yg makin lama, makin rmai manusia skrg ni.. :)

    Oh ya..tima kasih sbb menghargai lana dalam entry baru2 ni..hik3, betoi2, memg senyum lebar..see that, dalam dunia maya, tu salah satu cra utk menghargai pembaca..right? :)

    Cara lana menghargai? Kalau kat dunia realiti..lana biasanya ucap tima kasih je..amik cth kalau bab2 celebrate apa2 pun, lana takda hadiah,kad ke apa, nak bagi kt org yg dicelebrate. Kalau ingat, lana wish la..lau tak ingat..wat dek je,bhahahaha. Ish3..tak patut..tpi..tu lah cara lana..hehe. Lana prefer tunjuk penghargaan melalui perbuatan..always ada bila diperlukan..

    Paling lana tak leh lupa, besday lana thn 2009, time tu prktikal, kami duk sebilik 4 org. Lana tau, besday lana akan tiba lagi bbrpa jam mlm tu..tpi lana buat dek je, sbb lana mmg tak celebrate. Lana pun tido..krooh krooh. Esok pagi, sblm subuh, lana bgn je..ada 3 hadiah atas meja.. :) suma dri roomate lana tu..hehe. spnjg hri tu..lana snyum mcm kambing je asa,hihihi.

    Oh yep, mak lana pernh ckp, "sayang boleh ditunjukkan dgn plbgai cara"..dan lana pegang kata2 mak.. jadi, menghargai pun boleh dilakukan dgn pelbagai cara..yg penting, ikut kemampuan dan keselesaan..kan kan?hehe.

    #Selamat Hari Lahir yang ke ...(taktau,hik3). Semoga terus sukses dalam setiap bidang yg abgtaliff ceburi dan bakal ceburi..semoga bahagia dunia akhirat gak..amin! >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lana atas ucapan. :)

      Apapun cara menghargai memang dengan pelbagai cara. Ada yang lembut, biasa dan kadang2 menyakitkan jantung pun ada. Tapi kita tetap senyum kerana kita rasa dihargai.

      Komen Lana memang tidak pernah mengecewakan. :) Penuh unsur yang mengajar serta contoh yang sangat tepat. Thank

      Delete
  11. Yup, kita perlu sentiasa menghargai orang sekeliling. Mungkin itulah yang dinamakan good relationship with others

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good Relation bring Networking and good leader have many and quality networks :). Think about it.

      Delete
  12. Mybe nanti tryla saudara Tallif buat entry pasal cuba bersyukur pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-allah. Itu satu idea baik dan satu cabaran bagi Taliff :)
      Idea Fid sama dengan idea Ngesop. Akan diusahakan :)
      Terima kasih atas idea.

      Delete
  13. uhh happy belated birthday!
    umm betul..penghargaan tu penting..buat org gembira, kita pn puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat Penting dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa. :)

      Delete
  14. sy mhargai org sekeliling dgn perbuatan.. jarang2 dgn kata2.. tapi kebiasaan sy ucap terima kasih & senyuman ringkas..

    klau sy dh selesa dgn satu2 kedai tu.. sy akan kerap singgah situ walaupun utk beli topup.. so, cara kita lebih kurang sama kn? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...kerana kita menghargai segala usaha baik yang mereka berikan kepada kita. Kita juga menghargai mereka kembali. :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda.