Monday, May 14, 2012

KEMAHIRAN HIDUP BUKAN SEKADAR PELAJARAN SEKOLAH

Saya teringat semula beberapa puluh tahun yang lepas, berada dalam sekolah tingkatan. Kelas kami telah diberikan satu mata pelajaran iaitu kemahiran hidup. Mempelajari kemahiran tentang kerja-kerja asas seperti menjahit, bertukang dan bercucuk tanam.

Kemahiran Diri | Gambar : Google

Dalam masa setahun, kami sekelas diajarkan dengan kemahiran-kemahiran tadi yang pada masa tersebut saya fikirkan amat tidak bersesuaian dengan diri. Adakah patut seorang lelaki mempelajari cara menjahit dan jenis jahitan? Pada akhir pelajaran kami diarahkan untuk menanam dan menjaga bunga matahari, hasilnya kami perolehi kuaci hasil tanaman sendiri.

Sekarang, apabila difikirkan semula tanggapan saya dahulu jauh salah dan meleset. Ini berlaku apabila saya bertemu dengan seorang Jurugambar sambilan yang kerja sebenar adalah seorang pendidik. Yang lebih mengagumkan ketika dalam perbincangan kami apabila saya bertanyakan kelulusannya.

Hanya sijil tapi berjaya membuka perniagaan dengan kemahiran yang beliau ada. Dalam hati kagum dengan kekuatan usaha  dan kemahiran yang meningkatkan nilai diri beliau.

Sememangnya seorang manusia perlukan kemahiran untuk meningkatkan diri dalam mengharungi arus pelbagai. Kita semua perlukan kemahiran kerana ;

1. Kualiti Tambahan - Antara kita punyai kualiti yang sama dan juga berbeza. Kita juga sedari bahawa kita punyai keupayaan untuk mempelajari sesuatu kemahiran. Justeru, dengan adanya kemahiran yang pelbagai, ia memberikan kualiti tambahan kepada kita. Dengan kualiti tersebut, ianya membantu dalam aktiviti harian atau perkerjaan harian kita. 

Dengan adanya kualiti tambahan ini, ia mampu membantu dalam memudahkan kerja harian kita. 

2. Disiplin Diri - Berulang kali saya menjadikan disiplin diri sebagai salah satu topik kecil untuk sesuatu perkara. Tapi, YA - Dengan mempunyai kemahiran tertentu ianya sebenarnya mendisiplinkan diri. Kerana untuk mempelajari pelbagai perkara ianya memerlukan masa, ketekunan dan kesabaran. Jadi, dengan mempelajari  kemahiran, ia membentuk diri untuk lebih mentaati masa.  

3. Pendapatan Sampingan - Seperti pengalaman saya tadi, kami telah memperolehi kuaci hasil daripada tanaman pokok bunga matahari. Kami berjaya menghasilkan sesuatu dengan pelajari kemahiran yang diajarkan. Ambil contoh jika penghasilan daripda kuaci tadi banyak, ia sudah boleh menjadi satu bahan jualan. Contoh lain,  masa sekarang mengambil gambar menjaga salah satu penjana kewangan sampingan kepada kebanyakkan orang. Mungkin anda juga punyai bakat terpendam, tidak salah untuk mencuba.

4. Cabaran Baru - Untuk mendapatkan kemahiran baru bakal timbul satu cabaran ketika untuk mempelajarinya. Akhirnya dengan  mempunyai kemahiran memberikan kita satu pelantar untuk memulakan satu perkara lain pula. Satu soalan, pernahkah kamu merasakan amat bosan dengan perkara berulang yang kamu lakukan sekarang?

Mulakan cabaran baru dalam kehidupan dengan kemahiran yang ada. Mungkin anda punyai kemahiran untuk membuat pakaian? Tidak salah untuk mencuba dengan membuatkan baju mungkin kepada anak atau sanak- saudara. Mungkin juga kemahiran yang lain.

Sebenarnya hasil daripada kemahiran yang telah saya pelajari ketika tingkatan 2, saya sendiri telah serba sedikit mengetahui cara untuk menjahit pakaian yang sedikit terkoyak. Tambahan, saya juga mengetahui membuatkan jahitan tadi menjadi kukuh dan kemas.

Secara ringkasnya, kemahiran hidup bukan sekadar satu matapelajaran. Tapi, kemahiran adalah satu perkara untuk kita pelajarinya dan sebagai satu kelengkapan bagi menjalankan kehidupan kita.

Soalan : Apakah Kemahiran Lain Yang Anda Ada Selain Kemahiran Asas Yang Membantu Dalam Aktiviti Harian? Kongsikannya Di Ruangan Komen.

10 comments:

  1. huhu, rasa cam kena entry ni dengan NH, percaya atau tidak sebenarnya Nh ada sedikit kemahiran menjahit.. tapi untuk baju sendiri saje lah.. NH belajar menjahit hanya di sebabkan pernah terjadi tempahan baju raya Nh tak menepati citarasa, last sekarang jahit baju sendiri.. kiki.. thanks tallif semestinya entry ini sangat2 terbaik..

    ReplyDelete
  2. kemahiran aku hanyalah mengarut...

    ReplyDelete
  3. pnah jgak lalui zaman ni dulu, wktu tu msuk kelas bertukang.. tapi dh x ingat apa yg dihasilkan wktu tu, huh...

    ReplyDelete
  4. kemahiran hidup sgt baik, bukan shj utk kemahiran itu sendiri tetapi boleh kembangkan banyak perkara dr segi mental dan fizikal..
    sebagai contoh kemahiran psikomotor boleh dibentuk dr menjahit.. of couse boleh bantu kemahiran secara langsung iaitu bila seluar koyak, boleh jahit..

    jika pelbagaikan lagi lagi baik

    ReplyDelete
  5. waktu sekolah dulu... waktu subjek KH (ERT) paling suka pat memasak... lepas masak, boleh makan....

    p/s : kebanyakkan yg sy dipelajari waktu subjek KH dulu... byk membantu sy masa sekarang...

    ReplyDelete
  6. aah betol3! KH bukanlah sekadar subjek di sekolah.. mmg byk membantu dlm kehidupan harian..hehe





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  7. mcm bab menjahit ni mmg boleh buat duit la.. xyah bljr tinggi pon xpe =)





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  8. kemahiran saya amik gambo ajer hahaha

    ReplyDelete
  9. kemahiran saya ialah tido..hehehe..;)

    ReplyDelete
  10. Salam abgtaliff..terlambat pula, hehe.

    Hurmm..sebut pasal subjek KH, tiada apa yg boleh lana banggakan..melainkan, berjaya buat roti sandwich telur yg sedap! hahaha, bersama-sama dgn salad dan mayonis yg istimewa.. T___T wehehe. Yg lain2 tu? menjahit-mak lana yg jahitkan, bertukang-balik umah suh abh sambung buat. anak bertuah kan? kih3.

    hurmm..lama lana pikir..pa kemahiran lain ya..lana leh jadi baby-sitter kot..jadi, lau tinggalkan baby kat lana, insyaAllah leh jaga..sebab dah salu tolong mak. lagi..urm, leh design guna potocop pada tahap sedrhana..siap ada tahap lgi, hehe. jadi, bila nak buat header, nak buat kad harijadi, boleh la buat skit2.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.