Thursday, May 3, 2012

KEMBANGKAN KEBOLEHAN DIRI DENGAN ASK

Setiap daripada kita akan tersimpan cita-cita untuk berjaya dan mengapai sesuatu yang lebih tinggi dalam kehidupan. Mungkin dari gaji yang cukup makan kepada gaji yang lebih baik. Atau, daripada penulis blog separuh masa kepada professional dan mampu menjana pendapatan daripadanya.

Gabungkan A-S-K untuk berkembang | Gambar : Google

Kecuali anda tidak punyai cita-cita untuk melangkah, mungkin akan tersekat atau terus terhenti keupayaan untuk mengapai sesuatu.

Tapi kenapa ASK? Saya pernah bertanya kepada seorang pegawai tentang cepatnya salah seorang daripada pemimpin kumpulan kami untuk mengetahui dan mendapatkan ilmu baru. Pada usia yang dilahirkan pada zaman yang tidak mempunyai pautan internet dan teknologi canggih, beliau mengetahuinya.

Jawapan pegawai tersebut ringkas penuh makna. Attitude,Skill, Knowledge (ASK). Mudah. Tanpa sebarang bantahan kerana sedar 3 perkara itu penting dalam pembelajaran berterusan untuk berkembang.

Selepas itu saya sering terfikir akan formula mudah tapi penuh impak tersebut. Formula yang punya hubung kait antara satu sama lain. Jadi bagaimana boleh kita kembangkan diri dengan ASK?

Disini sedikit huraian tentangnya ;

1. A ( Attitude ) - Sikap. Manusia dilahirkan berserta sikap.  Masih saya ingat, sewaktu masih berada di bangku sekolah menengah Cikgu Ngu, cikgu matematik tambahan (matapelajaran yang sangat diperakui kesusahannya) kelas kami mengeluarkan satu kata yang sangat, sangat betul dan tepat ketika seorang rakan saya mula mengeluh dan mengadu akan kesusahan mata pelajaran tersebut.

"Jika Diturunkan Dewa Bijaksana sekali pun mengajar kamu.Tetapi kalau kamu terus dengan Sikap (Attitude) yang buruk dan tidak baik, kamu akan terus menerus merasa susah dan gagal. Kerana itu adalah pilihan kamu yang kamu tunjuk melalui sikap kamu". 

Kata ini masih saya ingat sehingga kini. Betul, Sikap (Attitude) adalah petunjuk kepada apa yang kita mahu dan pilih.

2. S ( Skill ) - Kemahiran. Seorang Jurutera hanya akan belajar tentang batu, kayu, pasir dan besi? Tidak sama sekali. Jurutera juga perlu ketahui bagaimana nisbah campuran batu,pasir, simen dan air akan menghasilkan konkrit. Juga perlu ketahui bagaimana konkrit dicampur besi untuk menjadi konkrit bertetulang yang mampu menanggung beban yang sangat berat. Tapi, dalam pada masa yang sama, juga mempelajari dan mengetahui cara-cara memasak sebagai contoh.

Dua kemahiran tersebut punyai manfaat yang banyak kepada diri sendiri dan masyarakat. Jadi, semakin banyak kemahiran yang kita ada, semakin kompeten dan senang untuk kita mengawal keadaan sekeliling kita. Bukan sekeliling mengawal kita.

Bagaimana untuk mempelajari pelbagai kemahiran?! ini jawapannya.

3. K ( Knowledge ) - Pengetahuan. Ya, pengetahuan. Ilmu Pengetahuan. Ilmu pengetahuan dapat kita perolehi dengan pelbagai cara. Dan salah satu cara yang tidak mungkin lapuk - Membaca. Pelbagai buku diterbitkan untuk kita baca dan mencari ilmu didalamnya. Ilmu berkaitan atau ilmu-ilmu lain. Juga, pengetahuan dapat dipelajari daripada orang lain. Belajar melalui pengalaman mereka atau menjadikan mereka sebagai mentor untuk membimbing kita dalam mencari kemahiran yang kita perlukan.

Kian pantas teknologi berkembang, semakin banyak dan bertambah-tambah bahan yang boleh kita pilih untuk meningkatkan pengetahuan diri sendiri. Dengan bertambahnya pengetahuan diri sudah pasti kemahiran diri juga akan bertambah atau semakin baik dan meningkat.

Tapi yang paling penting adalah diri kita dan sikap untuk terus mengembangkan kebolehan diri dalam usaha untuk mencapai cita-cita!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Soalan : Bagaimana Pula Cara Anda dalam Meningkatkan Kebolehan Diri? Kongsikan Pengalaman anda dalam Ruangan Komen
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

14 comments:

  1. terbaiklah tallif!! dapat memberikan semangat dan perngetahuan buat NH..

    cara Nh pula nh suka bertannya jika apa yg nh tak faham, dan nh akan cari info-info yg dapat membantu, selagi tak puas hati selagi itulah nh akan usaha.. tapi dengan fomula yg awk beri ni dapat membantu nh untuk terus maju dalam meningkatkan kebolehan diri.. thanks tallif..

    sori terpanjang plak ngomen, over sudah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa, komen yang panjang bermaksud NH membaca dengan baik. Gembira dapat berkongsikan perkara yang baik untuk semua. :)

      Delete
  2. aku engineer yang dah lupa cam mana nak bancuh konkrit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh blah komen TK ni,hehe. geli hati membacanya, :)

      Delete
    2. Sebab TK dah dalam bidang pengurusan. Jadi memamg sudah tidak pegang konkrit. :)

      Delete
  3. yes ..gunakan ASK utk majukan diri..hehe

    ReplyDelete
  4. Malaysie? Malingasia?

    ReplyDelete
  5. betul tu taliff, patutlah anak saya dapat hadiah ni dari ASK ni. anak2 saya kecil2 dulu selalu buat cari pasangan cantum2. bina minda

    ReplyDelete
  6. Success is simple. Do what is right, the right way, at the right time this is my motto :)

    ReplyDelete
  7. taliff, tq pembetulan ya. Saya merujuk gambar tu ya, baru2 anak2 dapat hadiah gambar cantum2 ini sekotak besar. so saya percaya skill ( kemahiran) berfikir mesti terjana dari bahan tu. membentuk sikap terus berusha. Saya terfikir bahan2 tu, terleka seketika padahal ASK tu yg dimaksudkan.Tak apa..tq ya taliff.

    ReplyDelete
  8. Flashback trojan: Ancaman virus terbesar 2012 bagi pengguna Mac. Artikel sepenuhnya - www.gombug.net

    ReplyDelete
  9. bagaimana meningkatkan kebolehan diri?
    mencuba jika ia sesuatu yang baru bagi saya...dan berusaha jika saya kurang mahir menguasainya...tapi masih bergantung sama ada saya "takut/ berani" mencuba...salam ukhwah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu. Apa yg cikgu ma cuba sampaikan saya baca dr sudut A-S-K.
      Mencuba Sesuatu yg Baru/Takut@Berani - Attitude
      Kurang Mahir tp Berusaha - Skill/Knowledge
      Terima Kasih kerana memberi contoh yg baik :)

      Delete
  10. Always the nice post about potensi diri.
    rasa teruja juga dengan teknik ni. Keep it up.
    Suka sangat baca entry ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.