Wednesday, June 27, 2012

3 SEBAB KENAPA PERLU "LAKUKAN SEKARANG"

Setelah sekian lamanya terhenti seperti tulisan saya dalam entri ini. Terasa perasaan yang sangat berat untuk mencari momentum. Sama ada untuk untuk kembali memulakan tugas, apatah lagi untuk menulis blog. 

Sehinggakan boleh tertimbulnya motivasi untuk melakukan sesuatu seperti saya katakan disini - setelah sekian lamanya terhenti.  Namun masih juga punyai satu masalahnya - Untuk Bermula!

Bermula Sekarang | Gambar : Google

Setelah mengumpulkan upaya dan berlatih sekian lama, perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah untuk memulakan kerja atau tugas yang kita inginkan - semua pasti merasa. Tapi, jika perkara yang telah kita rancang dan tidak memulakannya juga seperti juga perbuatan sia-sia.


Mana tidaknya, setelah bertungkus lumus menetapkan objektif dan mengira risiko yang bakal dihadapai ditambah dengan semua persediaan akhirnya langsung tidak bermula - Sia-sia.

Ianya sama sahaja, sama ada dalam kita melakukan kerja-kerja harian, menulis entri baru mahupun dalam kita mencari peluang untuk apa sahaja.

Saya sendiri ketika hendak memulakan entri ini, amat liat untuk memulakannya. Namun, demi mencapai objektif 3-4 entri dalam seminggu, digagahi juga untuk duduk dan menulis. Walaupun masih tidak dalam 'mood' untuk menulis. Tapi, andai kata tidak saya lakukan sekarang adakan saya akan mengeluarkan entri kalau terus melayan 'mood' - besar kemungkinan tidak.

Jadi, kenapa kita perlu bertindak atau lakukan segera perkara yang telah kita fikirkan dan terkira risikonya?

3 Sebab kenapa kita perlu lakukan sekarang ;

1. Masa Itu Emas - Pernah lihat video youtube dalam entri yang lepas? Ia menekankan keutamaan dalam kita memilih perkara yang perlu kita lakukan mengikut keutamaan dan segera. Jadi, jika kita tidak menyelesaikan perkara yang lebih penting dan kita sudah ketahui tujuannya, lakukan segera.

Kerana masa itu emas dan sangat berharga - perkara remeh-temeh lain boleh menghancurkan harapan kita dengan mengambil masa kita dalam misi untuk mencapai sesuatu atau yang dikehendaki.

2. Terlepas Peluang - Telah tahu objektif, kebaikkan dan keuntungannya. Jadi dibiar ianya terus berlalu pergi tanpa kita mengambilnya langkah mula. Jadi lakukan sekarang kerana kita mungkin kerugian dan berputih mata kelak.

Banyak antara artikel dan buku yang saya telah baca mengatakan, orang yang beruntung dan berjaya adalah orang yang bijak dalam mengambil peluang mereka. Jadi, kalau tidak kita lakukan sekarang bila lagi?

Bila kita melihat peluang tersebut disambar oleh orang lain, mungkin kita sudah berputih mata dan hanya mampu mengaku bahawa idea yang mereka lakukan dahulunya sama seperti idea kita cuma membezakannya - tidak kita mulakan.

3. Masa Terbaik - Satu blog kepimpinan yang saya ikuti menulis begini tentang kejayaan diri "Masa terbaik untuk mendapatkan kejayaan adalah 8tahun lepas. Tapi jika terlepas untuk bermula dalam 8 tahun lepas, masa terbaik adalah, Sekarang!"

Betapa beliau sedar bahawa untuk mendapatkan apa yang kita inginkan adalah dengan bermula lama dahulu tapi jika terlepas kita patut lakukannya mulai sekarang - Mula mencorak langkah.

Ya, jika anda mempunyai sesuatu yang anda fikirkan punyai nilai tambah dan keuntungan kepada diri, masa terbaik adalah dengan melakukannya sekarang. Saya juga seperti anda sedar, asyik memikirkan risiko yang akan ditanggung pada masa hadapan. Tapi, terimalah apa sahaja dugaan Allah swt kerana hanya Dia mengetahui masa hadapan untuk kebaikkan kita.

Jika kita terlalu memikir dan takutkan masa hadapan, bila lagi kita akan bermula?

Beberapa soalan yang mungkin perlukan jawapan kita bersama;

i) Jika ingin berniaga tapi sangat takut akan kerugian - Bila akan dapat pengalaman dan untung?
ii) Jika ingin menjadi blogger tapi takutkan kritikan - Bila akan kita perbaiki penulisan?
iii) Jika ingin mencari kerja tapi takutkan penemuduga - Bila akan kita mula berkerja?
iv) Jika ingin mencari pengalaman kerja tapi takutkan gaji kecil - Bila akan pengalaman kita akan dibayar dengan gaji setimpal?

Justeru, sejauh mana perancangan yang telah kita lakukan sama ada untuk meningkatkan diri, menjadi kaya, berjaya, langkah pertama lakukan sekarang. Andai terlalu takut akan perkara dihadapan, yakin kerana setiap satu daripadanya adalah pengalaman dan guru - Guru terbaik adalah pengalaman.

Tidak akan kemana kita jika tidak memulakannya walaupun dengan langkah kecil. Lakukan sekarang.

Soalan : Apakah Kebaikkan Lain Yang Bakal Kita Perolehi Dengan Melakukan Sesuatu Dengan Segera? Tinggalkan Cadangan Dalam Ruangan Komen Untuk Perkongsian Bersama.

10 comments:

  1. aku suka soalan tu... tapi perasaan takut menguasi diri...

    ReplyDelete
  2. wahhhh pagi2 baca motivasi ni, rasa bersemangat pula... terima kasih ya taliff...

    ReplyDelete
  3. wahh, soalan2 yg mampu wt kita berfikir panjang, huh...

    ReplyDelete
  4. Muttalif
    Apa khabar?

    Saya teringat kata-kata Iqbal,

    "Sesiapa yang bergerak dialah yang maju ke hadapan, dan sesiapa yang BERHENTI walaupun SEKEJAP pasti ketinggalan."

    Teruskan perjuangan, jumpa Mutalif di puncak kejayaan.

    ReplyDelete
  5. Tallif: Betul la... bila dah lama "stop" susah balik nak "mulakan" tapi bila tercetusnya "anjakan paradigma" segala kemalasan akan pecah berderai dgn cubaan sekali "jentik..." (refering to usaha utk bangkit dr kemalasan) maka terbangun la semula akal, yg lemah dan kembali berfungsi seperti sedia kala... aha ha ha "apakah yg aku merepek" ni :P

    ^^

    ReplyDelete
  6. suka sgt entry ni.tme kasih en taliff ^_^
    even bdn sgt penat tp smpai sekarang tak tido lagi sebab takut rugi tanpa membuat apa-apa melainkan tido

    ReplyDelete
  7. kalau nak buat something , kena buat time tuu jugak .
    kalau cakap , " satg lah aku buat . " hmm , memang 50 50 lah nak buat something tuu . lebih baik , buat time tuu jugak . kan tak elok buat keje tangguh tangguh . :)

    http://www.munviolettaxious.com/

    ReplyDelete
  8. Bila hendak mula tu mmg susah skt..
    selalu kita guna alasan 'kejab" last2 jadi last minit.. heheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.