Friday, June 29, 2012

5 APLIKASI ANDROID YANG BOLEH MEMBANTU DALAM KERJA

Teknologi android kian pantas dan pesat berkembang. Ini kerana kebolehahnya seakan-akan boleh menyamai komputer biasa yang kita gunakan sekarang.

Android Datang Membantu | Gambar : Google

Setelah terdorong untuk menjawab persoalan Puan Mia berkaitan telefon terbaik untuk dipilih, dengan segera jawapan terlintas adalah telefon dengan sistem android. Mungkin kerana selama ini, saya lebih terarah kepada aplikasi android dalam menjalankan tugas harian - Mungkin.

Sememangnya diketahui tidak semua aplikasi android yang berada dalam market Google Play adalah percuma, namun hanya terserah kepada sendiri untuk memilih aplikasi android terbaik dan sesuai untuk kegunaan kerja harian kita.


Jadi, sini saya cadangkan beberapa aplikasi android yang boleh anda pilih dalam membantu dalam menjalankan tugasan harian anda.

Antara Aplikasi - Aplikasinya yang boleh membantu dalam berkerja dan percuma ;

1. MindJet - Aplikasi ini digunakan untuk mencatat semua perkara yang diutarakan dalam sesi brainstroming.  Dalam penggunaan MindJet, anda akan membina satu gambar rajah pokok dalam topik yang anda bincangkan.



2. Any.DO - Ia adalah aplikasi "To Do List" dimana anda akan menyenaraikan kerja-kerja yang akan anda lakukan. Anda boleh senaraikan kerja yang akan dilakukan kelak, esok, dan dalam minggu tersebut. Dalam aplikasi ini, kita boleh tandakan kerja-kerja yang menjadi keutamaan dan penting.

Boleh juga membuat penetapan masa dan tarikh untuk membuat peringatan untuk kerja-kerja yang telah kita pilih. Seudah punya pembantu setia untuk mengingatkan kita setiap hari :)


3. Evernote - Aplikasi yang banyak saya gunakan dalam merekod perkara penting dalam mesyuarat, perkara-perkara perlu penting harian (selain Any.Do) dan catatan. Segala yang anda telah anda siapkan akan disimpan mengikut tarikh, label atau folder yang kita wujudkan. Ia juga boleh membaca fail dalam PDF.


Setakat ini, saya gunakan Evernote hanya untuk mencatat nota dan menulis (termasuk blog). Tapi, ia masih punyai fungsi besar yang tidak sempat saya terokai.

4. CamScanner - Aplikasi yang menjadikan kamera menjadi seperti scanner. Ia boleh mengambil gambar kertas sebesar A4. Ia hanya akan mengambil gambar objek yang kita telah tetapkan dan simpan. Mungkin ada surat-surat penting yang anda ingin simpan dan bawa, scan sahaja dengan CamScanner.


Dokumen yang telah anda scan dengan segera boleh disimpan dalam simpanan Cloud atau kongsikan terus melalui e-mail atau sms.

5. Polaris Office - Boleh didapati dengan percuma bila anda menggunakan telefon samsung dengan sistem android, percuma. Aplikasi ini membenarkan anda membuka dokumen-dokumen Microsoft Window seperti Office, Power dan Excel.

Video Polaris Office Digunakan Dengan Tablet

Bukan hanya membuka dokumen, tapi anda juga boleh mula menaip kertas kerja, minit atau "slide show" hanya dengan menggunakan telefon atau tablet.

Jadi, ini adalah antara aplikasi cadangan yang saya gunakan untuk membantu dalam menjalankan tugasan harian. Kelebihannya - Memberikan kita lebih terurus dalam menjalankan tugasan-tugasan yang semuanya perlukan perhatian segera. Jika sudah kita punyai teknologi hanya dihujung jari, gunakan teknologi juga dalam kerja harian kita - ia  membantu.


Soalan : Apakah Aplikasi Android Yang Anda Gunakan dalam Membantu Kerja Anda? Kongsikan Dengan Meninggalkan Komen Dibawah.

11 comments:

  1. wahhhhhhhhhh.... terkejutnya bila ada sebut mia di sini. terima kasih ya taliff. mia masih lagi tercari2 aplikasi mana yang sesuai. terima kasih juga tolong beritahu dalam entri ni.

    ReplyDelete
  2. aku guna angry bird je dalam melaksanakan tugas seharian...

    ReplyDelete
  3. nice sharing, stkat ni sy blom guna mana2 android ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba bila sudah ada nanti :)

      Delete
  4. byk apps yg boleh dipasang dari google apps secara percuma
    sop biasa perlukan office mobile utk review file2 office document, filebox (betul ker nama, lupa) utk online storage.

    skrg x guna sgt phone utk kerja sbb dah downgred tepun.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Kunjungan perdana dulu sobat, untuk persahabatan kita saya follow
    jika sudi mohon kiranya follow kembali ya sob........
    salam persahabatan ditunggu follow kembali sahabat,,,
    terima kasih

    ReplyDelete
  6. jangan lupa follow balik ya kawan...
    ditunggu

    ReplyDelete
  7. salam talif. terima kasih talif. akhirnya nh jumpa gak aplikasi apa yg dicari dalam entri ni..

    tp nh guna untk kegunaan blog je..

    ReplyDelete
  8. yang Any.Do desainnya bagus, tapi aneh. ketika ada note yang tercatat. di situ terlihat ada tanggal dan jam yang tidak sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena setting masa kepada masa setempat gan. Baru boleh gunakan mengikut masa sendiri. Pergi ke settingnya. Bisa diatur.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.