Thursday, June 21, 2012

BAGAIMANA MENULIS ENTRI BLOG (SETELAH LAMANYA TERHENTI)

Setelah hampir sebulan meninggalkan blog, menjerumuskan diri dalam kesibukkan untuk urusan peribadi.  Akhirnya saya kembali ke keadaan sedia kala yang memberikan ruang masa untuk kembali menulis.

Alhamdulillah, segala urusan sudah pun selesai dan berjalan dengan baik.

Bermula Menulis Semula | Gambar : Google

Tapi, sebaik sahaja saya cuba untuk memulakan penulisan, terasa seperti terdapat halangan yang membuatkan jari seperti terhenti untuk mencurahkan apa yang difikirkan kepada penulisan entri. Bagaimana menulis entri blog? Tertanya sendiri.

Terasa pemikiran dan daya untuk menulis seperti terhenti - Tergendala tanpa idea.
  
Apa yang dialami ketika ingin bermula setelah setelah sekian lama terhenti seperti;


1. "Mental Blank" - Perkataan Bahasa English yang mungkin sinonim dengan masyarakat kita. Ini sering berlaku apabila dirasakan kita tidak tahu pilihan atau arah yang patut kita lakukan. Ia juga sepertinya ketidakupayaan kita untuk menentukan sesuatu keputusan.

2. Kehilangan Momentum - Menulis juga punyai momentum kerana ia melibatkan akal fikiran dan tenaga fizikal. Setelah sekian lama "berkerja", memerah kepala dan tiba-tiba berhenti sekian lama - kemudian bermula semula. Idea asal mungkin sudah hilang dan terpaksa tercari-cari semula idea baru.

Kehilangan momenteum yang menyebabkan lesu, tiada motivasi atau lebih tepat, malas untuk memulakan sesuatu.

3.  Malas - Petanda aras paling penting dalam menandakan diri hilang minat, hilang fokus dan mungkin juga hilang. Penyakit yang paling sukar untuk diubati kerana ianya membawa kepada seribu alasan.

Jadi, diatas mungkin antara perkara normal yang akan kita semua hadapi apabila terlalu lama terhenti. Dalam dunia realiti mahupun cyber kerana kita insan biasa. Jadi, mulakan segalanya dari sekarang. Jangan khuatir kerana kita akan cepat mencapai daya asal.

Berikut beberapa cadangan dan cara yang telah saya lakukan. Juga mungkin dapat membantu anda dalam  menulis setelah sekian lama terhenti ;

1. Membaca - Bagi saya, membaca adalah salah satu alatan penting atau kata lain "tool" untuk menulis. Tidak perlu terus melawat rakan blog lain terdahulu - mulakan dengan blog sendiri. Baca semula entri-entri lama, jangan lupa baca sekali komen rakan blogger.

Kebaikkanya, penulisan kita tidak akan tersasar dari "niche" yang kita ada sekarang. Ia juga membantu dalam mengingat semula "skill" atau cara kita menulis dahulu. Jika bertuah, mungkin ada cadangan daripada komen rakan blog untuk kita jadikan entri baru. :)

2. Rangka Entri - Setelah kehilangan momentum, agak sukar untuk terus menulis terus menerus dari pemikiran bukan? Jadi, strukturkan semula idea yang ada untuk mengeluarkan entri baru. Cadangan saya, sama seperti kaedah yang pernah diajar oleh warga cikgu dulu-dulu ;

  1. Pilih Tajuk Entri - Dicadangkan mengunakan teknik ini
  2. Pendahuluan - Sedikit perkara yang ingin dibincangkan
  3. Isi ( Senaraikan semua idea yang ada tapi pilih hanya 3 yang terbaik - mudah diulas )
    1. Isi 1 (huraian pendek)
    2. Isi 2 (huraian pendek)
    3. Isi 3 (huraian pendek)
  4. Penutup - Kaitankan dengan tajuk ( tidak perlu terlalu panjang, cukup dengan menguatkan tajuk pilihan)
Simpankan entri cadangan dalam notepad atau kertas. Mula menghurai perkara 1 - 4. Ambil masa, perlahan, stabil dan jangan berhenti. Tidak perlu gopoh kerana ia mendatangkan rasa terpaksa dan mungkin menyebabkan kita berhenti terus. Percaya dengan Kuasa Sedikit, Lama Jadi Bukit.

3. Lakukan! - Berpanjang jela satu cadangan, tanpa melakukannya ia cuma satu cadangan atau kata lain - mimpi. Kita terpaksa sedikit berkeras kepada diri untuk mendisiplinkannya. Berikan jangka masa atau tempoh kepada diri untuk menghabiskan satu entri contohnya mungkin 3 atau 4 hari. 

Lakukan sekarang dan capai objektif! Insya-allah kita mampu untuk mengeluarkan entri terbaru.

Sememangnya untuk memulakan sesuatu setelah sekian lama terhenti sedikit sukar. Tapi, jangan dibiarkan ianya menjadi teramat sukar sehingga kita sendiri tidak lagi mampu memulakannya. Yang penting datangkan kekuatan dalam diri, pilih cadangan dan laksanakan. 

Yakin kita akan perolehi kekuatan dan fokus seperti sebelumnya. 

Soalan : Bagaimana Pula Cara Anda Dalam Memulakan Entri Setelah Sekian Lama Ditinggalkan? Tinggalkan Cadangan Dalam Ruangan Komen.

18 comments:

  1. ok...tq... aku pun dah ada sindrom malas nak menulis dah ni...

    ReplyDelete
  2. Jangan berhenti berharap... sekali kita berhenti berharapa hilang segala idea... segala minat... segala yg terbuku di minda... stories goes on so do life ^^

    N3 terakhir sebelum tidur ^^ nite2 peps http://paripariputih.blogspot.com/2012/06/doa.html

    ReplyDelete
  3. sebelum ni sal penah berhenti berblog hampir 3 bulan..tp sal mmg sgt suka menulis..jd walopun x mengarang di blog, sal tetap menulis & menulis walopun sekadar contengan utk diri sendiri..n bila kembali berblog, Alhamdulillah xde masalah utk sal terus mengarang dengan cara yg sama~ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah. Semoga Sal akan terus maju dalam bidang ini :)

      Delete
  4. klau sy jadi cmni, sy amik mood pegi bW dulu.. cari feel menulis en3 balik.. taip2 kt notepad & save dulu.. bila dh puas edit, bru publish ^^

    ReplyDelete
  5. kadaang2 idea dtg sendiri..tak perlu draft2... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya saya akan guna notepad kerana penulisan yang panjang. Mungkin nanti takut terlupa point2 penting. Sayang.

      Delete
  6. Salam. Macam biasa, izinkan patik bercerita melalui pengalaman..keh3.

    Baru sebulan..tak boleh challenge lana yg 3bulan, T___T adoi, sakit bila kenangkan detik2 blog 'dibiarkan'. hehehe.

    Semua yang tertulis dientry ni..benar belaka..lana kira, semua telah, sedang dan akan mengalaminya..insyaAllah.

    Ok, berdsrkn pnglmn..tempoh sehari tingglkn blog pun sudah terasa lama.. ini pndgn lana lah. Sebab, shari kita tak bw ke blog2 yg biasa kita jenguk, blogger2 berkenaan sudah mula2 tertnya2 kemana hilangnya kelibat kita.. lana kira, peredaran masa di alam maya lebih pantas sbnrnya.

    Tiada cara yg spesifik sbnrnya..

    Firstly, ambil masa..tak perlu terburu2..benda/perkara yg ditinggalkn lama, bukan mudah nak aktifkannya semula.

    Lana setuju pada pa yg caliph sebut..blogwalking salah satu cara terbaik sbnrnya. Sambil berjalan, kita ambil masa tgk kembali 'persekitaran' yg dah lama ditinggalkan.. actually sbnrnya, ia bermain dgn emosi juga. Mana2 manusia tak betah tinggal dalam kesunyian, kita perlukan org lain tuk hidupkan kemeriahan. Samalah juga berblog, sudahlah kita lama tingglkn blog, pastu bila kembali, kita duk diam2 plak..memang makin terjerumus kedalam lohong gelap lah gamaknya.. cari 'kemeriahan' tu..sedikit pun jadi ^_^

    Second, selain bw..lana buat segmen, yg ni pun berkait rapat juga sbnrnya ngan point 'kemeriahan' tdi.

    Ketiga..urm.. ubah penampilan blog.. dan keempat, mengubah sedikit style penulisan atau..mempelbagaikan..urmm..mempelbagaikan lah lebih tepat. Ok, dua kaedah ni, lana kira penting kalau dah agak lama tinggalkan..shingga rasa kekok nak memulakan kembali. Buat permulaan, selain membelek kembali yg 'lama2', takda salahnya kita mencuba sesuatu yg baru.. mengubah dan mencuba benda baru, tanpa kita sedar mngkin boleh beri ilham scra tiba2 ^_^

    Huhh..sekian terima kasih,hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lana, mengambil tahu keadaan sekeliling juga penting dalam mengembalikan semangat menulis.

      Cuba benda baru, insya-allah mungkin ada cara penulisan yang lain. Lana juga boleh kongsikan :)

      Delete
  7. boleh buat entry nih, maknanya ok la tu.. hehehe
    bila berhenti, mmg susah nak start balik (mula2 jer)
    nanti ok balik bila dah mula.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah mula kembali ke keadaan lebih stabil sekarang. kurang sibuk. :) Alhamdulillah.

      Delete
  8. dah ada banyak komen dalam entri ni, maknanya blog ini dah diterima semula. gaya penulisan yang bagus.

    p/s: masa mia blogwalking awal pagi tadi, jumpa taliff, rajinnya komen kat blog2 orang. :) nice keep it up...

    ReplyDelete
  9. Talif..tak perasan ke ! akhirnya entry anda terhasil dengan begitu berjaya. Berkisar tentang kenapa berlaku keadaan seolah kehilangan ide, momentem dan sikap tak menulis..ha inilah antara faktorkan. So ini ilmu sesungguhnya dari idea Talif tau!. so pakcik ucapkan tahniah ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza atas ucapan mendorong itu. Sangat menghargai penghargaan pakcik.

      Delete
  10. Pcik etuza, kalau dah tak ada idea, tengok jalah entry kat blog etuza..macam2, bergambar ja dengan bunga2, apa2 asal ada sumbangan kat maya..apapun tak pernah lah buat entry kutuk2 orang ya..tak main macam tu..bahaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  11. Salam Tallif, Maaf sebab lambat bagi komen.. erm, begitu rupanya petuanya ya tallif.. memang sangat bernas dan penuh dengan pengisian yang sangat baik bagi nasir memperbaiki mutu penulisan entry.. banyak idea yang tallif sumbangkan pada semua, terima kasih banyak tallif... semoga terus sukses dalam dunia bloging.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  12. aaa so true ! da la blogspot tuka format skarang. macam da pening gile nak edit-2 sume. sdey! nyesal delete blog lame :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi format sekarang semakin SEO friendly kepada kita. Cuma dengan sedikit explore, sudah cukup untuk memahaminya

      Delete

Terima kasih atas komen anda.