Wednesday, July 18, 2012

4 PERKARA YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN SELEPAS BANGUN TIDUR

Pagi pada anggap pemula hari kepada ramai. Mungkin kerana  kesegaran setelah bangun daripada tidur dan penuh dengan tenaga untuk memulakan hari setelah matahari terbit.
Bangun Pagi | Gambar : Google
Namun, apa pun tanggapan pastikan bangun pagi anda penuh dengan semangat! - Berkobar.

Saya sendiri juga sentiasa mengharapkan agar bangun pagi dan hari yang ditempuhi adalah yang baik. Terkadang tidak semua yang kita inginkan akan seperti yang dingini. Tentu ada sahaja faktor dan sebab yang mungkin menganggu perasaan seharian.


Sekali - sekala atau tiap hari mungkin akan ada yang log-in facebook atau twitter sama ada untuk mengemaskini status atau hanya membaca. Jadi, tidak lepas kita juga akan menerima status kemas kini dari rakan atau mana-mana berita yang telah kita langgan.

Namun, kadang-kadang dengan membaca status yang mungkin menjengkelkan, menyakitkan hati atau menjijikan awal pagi. Ianya seperti merosakkan pagi kita dan mungkin - seluruh hari.

Ini hanya satu contoh daripada pengalaman yang mungkin semua pernah semua alami. Jika dari awal pagi sudah kita mengalami pergolakan perasaan, ini mungkin memberi kesan kepada hidup harian kita.

Jadi, disini beberapa cadangan perkara yang tidak patut kita lakukan sebaik sahaja bangun dari tidur ;

1. Tidak Bersyukur - Janganlah kita seawal pagi punyai perasaan sombong dengan kehidupan. Kerana ini setiap detik ketika dari kita tidur sehingga bangun tidur, masih dipinjamkan udara untuk bernafas dan terus hidup. Justeru, janganlah sombong dengan dan tidak bersyukur dengan apa yang masih kita pinjamkan.

2. Perasaan/Perkara Negatif - Sebaik sahaja bangun tidur terus datang dengan perasaan negatif. Mendatangkan perasaan seperti marah, malas, dengki, syak mendorong kepada permulaan yang tidak baik dalam kehidupan kita seharian.

Seperti contoh saya disebelum ini, terkadang status facebook atau twitter mendorong menerima perkara negatif diawal pagi yang tentu sahaja mendorong perasaan negatif dalam diri. Terlibat dalam pertengakaran  diawal pagi juga satu perkara yang tidak baik sebelum memulakan hari.

Sepatutnya awal pagi kita patut merasakan ketenangan bukan perang!

3. Tidak Bersarapan - Walaupun dalam keadaan rehat, tapi itu hanya pada luaran sahaja. Tidak kepada organ dalaman kita yang masih sentiasa beroperasi. Justeru, ia akan menurunkan tenaga yang diperlukan untuk tugasan harian kita. Saya percaya kerana tinggalkan sarapan, kita akan terasanya sangat lemah untuk melakukan aktiviti harian atau terasa seperti kelaparan.

Lapar mendatangkan perasaan atau "mood" yang tidak menentu dan seringnya mendatangkan marah. Paling teruk, marah boleh mendatangkan 1001 perkara yang tidak baik kepada diri sendiri. Dengan berlapar juga ia mendatangkan keburukkan kepada kesihatan jika dibiarkan.

4. Tiada Persediaan - Mungkin bangun tidur dianggap ramai satu permulaan hari. Tapi, sebenarnya untuk memulakan satu kehidupan atau hari yang baru perlulah membuat persediaan untuknya. Andai kata kita punyai tugas atau aktiviti penting untuk keesokkan harinya, adalah terbaik untuk menyediakannya hari ini daripada esok.

Jadi, jika mengambil keputusan untuk menyediakannya setelah bangun tidur, akan dikuatiri kita tidak akan mampu menyediakannya atau lebih kepada pekerjaan yang sia-sia kelak.

Teringat dulu ketika masih berada di sekolah dimana Ibu telah menyiapkan segala persiapan untuk ke sekolah. Dengan kata-kata dorongan dan semangat yang memberi dorongan dalam diri sebelum menimba ilmu. Perbuatan Ibu membuatkan kita selesa sepanjang hari bukan?

Tapi, itu apabila kita bersama Ibu Bapa. Jika sudah berdikari sendiri dan tahu baik buruk sesuatu perkara, maka jauhilah perkara yang tidak patut seawalnya bagi memberikan ruang yang lebih positif dan baik dalam hidup seharian kita.

Soalan : Apakah Perkara Yang Lain Patut Dihindarkan Sebaik Sahaja Kita Bangun Tidur? Tinggalkan Jawapan Anda dalam Ruangan Komen Dibawah.

26 comments:

  1. alamak.. sy jarang sarapan pagi >.< terima kasih atas perkongsian..

    nice post...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :). Kadang-kadang lapar juga membuatkan kita hilang "mood" dalam melakukan aktiviti harian.

      Delete
  2. patut hindarkan keadaan kelam-kabut... heheheh. kena bangun awal. kalau bangun lambat nanti kelam kabut... terkejar2, dengan trafik sesak lagi pastu nak kejarkan punch kad.... heheheh

    ReplyDelete
  3. Jangan:

    - bangun secara mengejut (boleh menyebabkan pening kepala)
    - menyediakan barang2 keperulan pada masa yg sama utk bersiap ke pejabat/sekolah
    - melakukan kerja dalam keadaan kelam kabut (boleh merangsan emosi marah bila apa yg diperulkan tak ditemui)
    - bangun dalam keadaan separa sedar.. (sebab berjaga hingga lewat malam)
    - tidak menunaikan solah subuh terlebih dahulu... (selagi tidak bersolah hati akan sentiasa rasa tidak tenang)
    - tidak bersalam dengan kedua ibu/bapa/isteri/suami sebelum keluar rumah

    Hu hu hu itu saja Saudara Tallif ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice HIT PPP...terima kasih banyak atas tambahan kepada isi tajuk. Setuju dengan semua point tersebut.

      Delete
  4. aku pon tak sempat sarpan..srapan kul 12.hahaha
    hurmm bgun minum susu ja..ok la kan.hehe

    ReplyDelete
  5. Sy selalu x bersarapan kalo ad kelas d awal pagi.. sebab xd msa nak sarapan.. biasanya, trus mkn tgari.. huhu..

    J : kta patut hndarkan sifat malas sebaik sja bangun.. keh3.. kdg2 bangun pagi, tunda lagi 5 minit.. dan seterusnya.. so, jangan malas2 ktika bangun pagi.. :))

    nice info, thank u.. hee

    ReplyDelete
  6. selalunya saya brucnh, err -__-
    makan pagi selalu sakit perut, acaner tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit perut sahaja atau sakit perut cari tandas?

      Delete
  7. harap esk dpt bangun dgn ceria... :)

    ReplyDelete
  8. aku selalu jugak skip sarapan..fuuu kne ubah tabiat la nmpak..tp ramdhan dh tinggal 2,3 hari lg nk masuk..so teratur la breakfast a.k.a sahur utk sebulan.hehe. apa2pon nice infos :)

    ReplyDelete
  9. kena pi berak dulu... baru bahagia hari tu...

    ReplyDelete
  10. fyna pun jarang breakfast. sebab kalau breakfast je mesti sakit perut =='

    ReplyDelete
  11. breakfast itu wajib!!!huhu...lagi satu.jangan lupa solat subuh. :P

    ReplyDelete
  12. mood pagi amat penting.. x bole tjejas dgn pkara2 remeh ^^

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum..

    Mula2 ingatkan tajuk tu berbunyi "perkara yang patut dilakukan selepas bangun tidur". Rupa2nya TIDAK patut..hehehe. Urm..nampaknya..banyak point sudah pun dihighlightkan oleh Kak Zai.

    Memandangkan sebagai muslimin, saya kira, apabila tiada kemudaratan untuk bangun menunaikan Solat Subuh, maka, tunaikan. Dan yang TIDAK patutnya ialah, jangan menyambung kembali tidur selepas solat Subuh. Ianya merugikan. Pagi2 adalah pintu rezeki.

    Hindarkan juga amalan menyambung2 tidur. Sesetengah kita mungkin terjaga lebih awal. Set alarm kul 6, tapi kul 5pg sudah terjaga. Semoleknya, hindarkan dari menyambung kembali tidur wlaupn ada sejam lagi masa lebihnya. Sesudah terjaga awal tu, teruskan saja bangun dan bersiap seperti biasa. Banyak yang boleh dibuat dengan masa lebih yg ada.

    Selain tidak melihat status2 di siber, lana juga tak amalkan tgk muka sendiri dicermin sebaik2 saja bgn tidur.. muka tak berseri, penuh 'peta', penuh 'minyak masak', hahahaha. Lebih baik kebilik air,segarkan badan, mandi semua. baru lega. cewahhh, heh3.

    Itu sahaja.

    #Yg abgtaliff tnya pasal iklan tu..aaa, lana ada sediakan jwpn blsnya diruang komen dientry yg sama.. boleh la rujuk ya ^_^ terima kasih bertanya..

    ReplyDelete
  14. Poscard PUASA anda tlh ditag http://paripariputih.blogspot.com/2012/07/sila-carik-gambau-memasing-p.html

    ReplyDelete
  15. sarapan pnting buat sya..kalau tak pert bunyi jer..dh la sya ni kalau pert ksng kuar bunyi,tkut malu..ni tak lama lgi puasa,shur tu pun byk manfaatnya..alang2 tu nk juga ucap slamt mnymbut blm ramadhan yer..puasa pnh,jgn mls2..:) frst time singgh sini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...insya-allah akan puasa penuh :)

      Delete
  16. salam talif. pasni nh kena ambil sarapanlah. sbb sblm ni jarang sarap pagi huhu..

    nice tips..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarapan memang perlu untuk tenaga kita seharian sebelum tengahari.

      Delete
  17. Sarapan pagi boleh cepatkan badan naik... sejak jadi guru ni selalu bfast di kantin... x sampai 3 bulan badan da naik....huhu... dari kurus jadi taf'....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh...tapi setiap pemakanan kita perlukan pengimbangnya. Seperti bersenam dan mengambil makanan yang seimbang.

      Jika hanya makan dan tidak melakukan apa-apa senaman ada peluang untuk badan terus naik mencanak.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.