Tuesday, July 31, 2012

6 CARA MENGHILANGKAN BOSAN

M elakukan perkara yang sama dan berulang akan boleh menimbulkan satu perkara pasti - bosan. Perkara ini adalah satu perkara biasa terjadi kepada semua orang. Sama ada cepat atau lambat pasti akan merasa.

Bosan | Gambar : sumber
Inilah yang berlaku kepada diri saya sendiri sehinggakan saya tercetus idea untuk mengeluarkan entri ini. Merasa bosan untuk melakukan apa sahaja. Saya merasakan sangat bosan, walaupun menonton televisyen. Sepertinya satu perkara yang mustahil bukan?

Sebelumnya, bila duduk dihadapan komputer, juga merasa bosan walaupun telah banyak perkara dan idea telah disimpan draft blogspot dan hanya untuk menghuraikannya. Kerana perasaan bosan tersebut, ia  membawa kemalasan yang membantutkan keupayaan sendiri.

Dan daripada pengalaman tersebut, saya mencari beberapa cara atau tips dari internet yang telah di cuba dan  agak berguna. Antaranya cara-caranya untuk menghilangkan bosan ialah;

1. Cabar Diri - Cabarlah diri anda untuk melakukan sesuatu yang baru. Saya cadangkan satu perkara yang tidak pernah anda lakukan (atau benci). Mencabar diri sendiri boleh mencetuskan satu perasaan tercabar dalam diri. Contohnya, memasak kepada yang tidak pernah memasak, membersih tandas (mungkin antara kita membencinya) atau bercucuk tanam dengan kaedah baru. Janganlah pula mencabar diri dengan perkara yang merbahaya.
2. Kemaskan Meja - Apa yang saya lakukan juga adalah mengemas meja. Meja bilik tamu, meja makan dan paling pasti meja komputer(yang sudah agak lama terbiar). Kenapa memilih meja sahaja? Kerana ialah tempat yang paling sering saya gunakan untuk berehat dan mencari sumber idea. Terasa tenang apabila sudah melihat keadaan yang tersusun dan bersih. 

3. Pindah dari Tempat Biasa Sementara - Tinggalkan tempat biasa anda. Sebab itulah ramai memilih melancong untuk mencari tenaga baru. Tapi, disini saya tidak serta merta mencadangkan anda untuk pergi melancong tapi cuba pilih tempat untuk mencari tenaga baru.

Inilah yang telah saya lakukan. Dapat saya rasakan sedikit kelainan apabila menulis. Selalunya hanya menulis di meja komputer - Bosan. Sekali sekala mengubah tempat terasa sepertinya sebuah "tenaga baru".

4. Permainan -  Seperti tips no.1, cabar diri. Tapi kali ini cabar pilih untuk mencabar diri anda dalam satu permainan. Beribu permainan yang anda boleh pilih dari pelbagai sumber. Android(google play), permainan komputer atau play station. Juga boleh mencuba permainan yang betul-betul mencabar minda anda dengan bermain chess dan sodoku.

5. Dengar Muzik - Musik boleh membuatkan kita gembira, sedih, kecewa dan mungkin menggilakan. Pilihlah muzik yang boleh menimbulkan semangat anda. Hanya anda yang tahu mana satu terbaik untuk diri.

6. Tuliskan "Senarai untuk Dilakukan" - Bersedia untuk hari esok dengan menyenaraikan perkara yang anda perlu lakukan esok. Bosan yang dihadapi mungkin kerana tiada arah tujuan atau objektif yang perlu dicapai. Jadi, dengan adanya tujuan yang sudah ditulis anda sedar akan ada perkara yang sedang menanti dan membuatkan diri lebih bersedia.

Melayan rasa bosan sehinggakan kita tidak mampu untuk membuat apa-apa pada saya, amat membazirkan masa. Ambillah inasiatif untuk mengatasi dan memenuhi masa dengan perkara yang mungkin sedikit berbeza tapi memberi hasil. Jadi, bolehlah kita gunakan masa dengan lebih berkualiti.


Itulah antara tips-tips menghilangkan bosan yang telah saya jumpai dan praktikkan. Anda bolehlah mencubanya sama ada satu atau mengabungkanya.

Soalan :  Mungkin juga Anda Punyai Alternatif dan Cara Lain Bagi Mengelakkan Bosan? Kongsikan Pendapat Anda Di Sini dan Tinggalkan dalam Ruangan Komen di Bawah.

28 comments:

  1. hmmmm... kalau mia bosan. mia suka karaoke kat rumah... heheheh rasa puas gitu walaupun tak bukak kuat2... hehehhe segan dengan jiran..

    ReplyDelete
  2. Bosan.. satu definasi yg boleh merangkumi pelbagai aspek... tapi bagi PPP bosan itu menyeluruhi atau mewakil satu perkara yg kita buat berulang2 setiap hari... sehingga mendatangkan perasaan tiada mood atw boleh sampai ke tahap "menyampah". Apa pun alasannya kita sendiri yg harus keluar dari "kebosanan" teresbut...

    Bagi PPP alhamdulillah mungkin idea2 yg datang dan pergi adalah anugerah Ilahi atau pun gifted and for that i'm thankful to Allah s.w.t apa yg pasti... setiap idea yg datang melintas di kepala akan PPP curahkan terus ke muka blog, dan dengan itu maka tak tidak hairanlah kenapa PPP seringkali mengupdate entri di blog PPP. Kadang2 bukan tdk mahu memperlahankan cetusan itu.. teringin... tapi kita juga harus ingat idea yg datang tidak akan menjelma beberapa kali, mungkin kali yg kedua itu tiada akan sebaik dgn yg pertama... jadi bila idea dtg tangan harus segera menjalankan tugas dgn menaip setiap patah idea yg timbul...

    Ha ha ha ni pun dah melebih2 ni maaf ye taliff... PPP yg tak reti2 nak berhenti... hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea pertama tidak sebaik yang kedua. Betul tu, teruskan saja menulis tatkala idea sedang menyusur masuk dengan pantas. Saya selalu akan menulis dan siapkan dalam draf (seperti polisi menulis dan pengeluaran entri Taliff yang PPP tahu :))

      Syukur atas segala anugerah Allah swt kepada PPP.

      Apapun terima kasih atas pandangan baik dan komen PPP.

      Delete
  3. 7. Tidur

    kegiatan yang paling membuat saya fresh dari kebosanan :D

    ReplyDelete
  4. Akhir2 ni etuza ada ja kerja lepas balik dari kerja. Selesai semua yg wajib, pastilah ke kebun bunga2 etuza, siram dan lihat2 mana2 yang perlu di baja dan di buang rerumput. Cantik dan puas tengok bunga2 yang pelbagai. so tanpa sedar dah nak buka puasa, kadang2 sambil siram2 bunga tu pasang keset ayat2 alquran, kekadang dengar radio FM, best2 lagu2nya. Sudah siram2 tu, tengok pula ikan2, kekadang dah siram2 bunga tu buka internet on line pasti blog PESONA keutamaan. Baca2 termasuk terjah blog Taliff..dah jadi rutin mesti terjah. Kali ni sangat baik ya info, tu dah kira tips yang bisa bila rasa BOSAN. harap2 hilang bosan ya sebab dalam bulan Ramadhan..banyak amalan yg terbaik nak buat..etuza ikut tadarus juga geng di sekolah.so BOSAN tak ada..( mari sama2 rebut peluang bahawa pintu syurga terbuka luas di bulan Ramadhan )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita mengejarnya Etuza. Terima kasih atas nasihat baik :)

      Delete
  5. kalau ada hanpun atau laptop mmg x bosan.. hehehe

    ReplyDelete
  6. kmk mun bosan tido ja.... xpun men game.. hehehe

    ReplyDelete
  7. aku dah bosan nak menulis.... konon...

    ReplyDelete
  8. kdg2 mmg bosan sampai tahap tak tau nak buat apa.. tido pun tak lena kekeke

    ReplyDelete
  9. mnusia mmg cepat bosan dgn satu2 perkara . tapi kena beringat , perkara yg kita bosan 2 kdg2 amat bermanfaat tuk kita . :)

    ReplyDelete
  10. Salam.

    Sebenarnya..

    Saya dah tahap bosan menghadap blog..bhahahaha. Jadi, dua, tiga hari ini, mengambil peluang mengisi masa tu dengan buat design2.

    Tips yang berguna..kemas meja eh? Saya gila kemas bilik..kadang2 tu, menyapu sampai 3x ulangnya..mak pun sudah menjeling dinosaur kat lana,keh3.

    Kalau saya, punca utama bosan - melakukan perkara sama berulang kali. Jadi, untuk mengurangkan berulang kali tu, sy pilih aktviti2 lain - Masak, berjoget..erkk?, berjalan di kawasan taman perumahan. Aha, saya akan banyakkan melihat pokok2 yg hijau abgtaliff!

    Feel more refreshing, lepas tgk benda2 hijau.. ^_^

    ReplyDelete
  11. klau bosan sy offline.. pastu sama ada kemas bilik atau tido.. bila mood dh ok, sy online semula ^^

    ReplyDelete
  12. terima kasih akan dipraktikkan ? ^____^

    ReplyDelete
  13. bila bosan mesti online, tapi online pon bosan jugak, offline, tapi lepastu online balik , eh? haha

    ReplyDelete
  14. bosan nyer idea ilangkan bosan ni... -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh sumbangkan Idea dalam ruangan komen :)

      Delete
  15. saya pun bosan dgn keje ..hari2 mengadap kereta lalu lalang..kluar masuk dr skolah kmahiran..tekan suis pagar otomatik utk menaikan pagar...turunkn pagar otomatik...duduk 12jam x bangun2..nak kencing pun susah...ehmmm...

    ReplyDelete
  16. saya ni bosan betul kat u x ada yg nak d buat :PATNAM)





    ReplyDelete
  17. Bosen itu,..sama sekali gak ada ide lagi dan gak bisa ngapa-ngapain lagi,..
    karna uda sangat jenuh dan......jenuh...

    ReplyDelete
  18. wah berguna tips nya..
    kalo bosan bisa juga kesini nih http://premiere69.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. karoke enk nya brooo

    ReplyDelete
  20. bosan . Ary2 keje5x . Tp kalao x keje xde duwet laa pulak kn . Hahahaha

    ReplyDelete
  21. Bosan .kua g.shopping je la.. Xde duet ..lepak gitu.je.la..hehe

    ReplyDelete
  22. kalau aku bosan.biasanya stress juga.
    jd,untuk menghilangkan nya.
    merusak barang dech.
    tentu aja yg gk d pake lagi :p

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.