Monday, July 30, 2012

7 TEKNIK MUDAH SEO

Setelah melakukan sedikit ulang kaji ke atas entri blog, saya terperasan bahawa semakin jarang entri seo dikeluarkan. Mungkin saya lebih menumpukan perhatian kepada entri lain. Jadi, sekarang saya kongsikan beberapa teknik mudah seo untuk blog anda yang saya perolehi melalui pembacaan. :)

Teknik Mudah Seo | Gambar : Google
Saya sangat pasti tentunya ramai yang mengetahui apa itu SEO (Search Enjin Optimizer). Jika tidak mungkin sedikit penerangan SEO ini dapat membantu pemahaman anda. Saya terangkan secara ringkas disini SEO adalah salah satu teknik atau kaedah untuk memastikan kedudukan blog dalam Search Enjin Result Page - SERP.


Semakin baik kedudukan blog dalam SERP (halaman pertama), ia memberikan peluang lebih baik untuk mendapatkan lebih banyak traffik ke blog. Anda pasti akan percaya SEO adalah cara paling senang untuk mendapatkan traffik TAPI ia amat susah untuk dipelajari dan dilaksanakan. Melainkan anda adalah pakar dalam bidang tersebut.

Apakah tip atau teknik mudah untuk membawa traffik ke blog anda dengan SEO? Jadi disini disenaraikan beberapa teknik seo yang mudah dan disebut berulang-ulang dalam semua blog atau website yang saya baca. Ia petanda teknik tersebut adalah sesuatu yang perlu dilakukan bukan?

Antara teknik mudah SEO yang perlu anda ketahui adalah ;

1. Isi Kandungan - Dalam banyak blog dan website menamakan Isi Kandungan adalah Raja untuk segalanya. Konten atau Isi Kandungan Blog penting bukan hanya untuk pembaca tapi untuk enjin carian - Google, Yahoo!, Bing! dan lain-lain.

Dengan Isi Kandungan berkualiti dan menarik, secara tidak langsung ia mempunyai kekayaan dengan kata kunci "keyword". Keyword inilah yang akan membawa pembaca kepada blog dan memberi panduan kepada enjin carian sebelum memilih blog anda - Releven atau tidak.

Gunakanlah ayat yang mendapat carian walaupun ayat tersebut dinamakan skema. Kita sendiri mencari sesuatu dalam google untuk mencari infomasi dan tips - bukan diari :)

2. Berat Blog - Sering juga disebut dalam mana-mana tips atau cara seo dalam mana-mana penulisan. Tindakan google untuk memilih blog yang lebih ringkas seperti berat sebelah tapi saya ada satu soalan untuk anda. Jika anda diberikan tugasan untuk memindahkan barang pastinya, adakah anda memilih yang berat atau ringan dahulu?

Logiknya google bot memilih untuk mengambil blog atau laman yang lebih ringan adalah kerana infomasi padat di dalamnya. Sebab itulah anda akan jarang mendapat laman yang sangat bercorak dengan pelbagai widget flash yang lambat "loading" nya. Mungkin anda juga bosan menunggu.

Ini adalah satu teknik mudah seo, hanya dengan memilih template yang baik, kemas dan ringan memberi peluang untuk anda terpilih.

3. "Update" Selalu - Ini saya umpamakan seperti anda membuka lampu dirumah setiap malam. Adakah anda akan melawat rumah tersebut jika anda perasan selama sebulan lampu rumahnya tidak dibuka?. Jadi, memberikan konten atau isi kandungan segar akan menjemput google bot/crawler atau spider untuk singgah menjenguk dan menilai isi kandungan penulisan sebelum dipersembahkan kepada pembaca.

Semakin sering google spider menjenguk anda semakin tinggi peluang untuk mendapat keutamaan dan tempat dalam SERP. 

4. Bina Backlink - "Backlink" adalah pautan yang blog anda didalam blog atau laman web lain. Ini menandakan aras kebolehpercayaan blog anda. Semakin banyak pautan atau "backlink" kepada blog anda menandakan semakin ramai pengguna mempercayai anda dan ia meningkatkan kepercayaan enjin carian.

Tapi, pautan yang berkualiti untuk sesuatu blog adalah pautan blog yang mempunyai PR (page rank) yang lebih tinggi. Semakin banyak kita memperolehi pautan blog yang mempunyai PR tinggi, semakin baik kedudukan blog dalam SERP. 

AWAS : Pautan (blog) yang mempunyai masalah boleh menyebabkan kita menghadapi masalah yang sama. Berhati-hati memilih pautan balik "backlink".

5. Gunakan Media Sosial - Mengunakan media sosial menjemput pelawat dan mempromosikan blog kepada orang ramai. Kesannya akan membawa pelawat ke blog. Kesan lawatan pengunjung ke blog boleh juga menjadi satu petanda kewujudan blog anda kepada google. 

6. Gambar - Gambar punyai satu faktor kepada pembaca - Juga enjin carian. Semua orang menyukai gambar dan begitu juga google. Jika tidak tidak mungkin google akan meletakkan carian khas untuk gambar dalam cariannya bukan? Tindakan anda pula, namakan dengan baik setiap gambar yang anda gunakan dalam entri. 

Jika ianya sebatang pen, namakan gambar tersebut pen bukan ninja turtle atau yang lari dari maksud sebenar. Ia juga satu teknik mudah SEO untuk blog anda. Menamakan gambar? Mudah bukan.

7. Sitemap - Saya dahulu mula-mulanya terkeliru dengan Sitemap. Kita disarankan untuk membuat dua site map. Satu yang kita letakkan dalam blog (untuk pelawat) dan Satu untuk Google Bot (spider) yang boleh kita lakukan di Google Webmaster Tools. 

Hantarkan sitemap anda dalam bentuk xml atau rss feed untuk diindexkan. Semakin banyak yang anda hantar, semakin mudah google mengekses blog anda dan memberi peluang semakin baik dalam SERP. Anda boleh pelajarinya di Youtube.

Jadi, itulah antara 7 teknik mudah seo yang sering dikatakan dalam mana-mana blog atau website untuk mengoptimumkan carian google dan memilih blog anda. Tidak memerlukan kemahiran tinggi dalam mengubah apa-apa koding dalam blog.

Hanya menumpukan perhatian dengan perkembangan dan penulisan blog bagi menguatkan blog berada dalam SERP.

Selamat Berjaya

Soalan : Anda Punyai Idea Atau Teknik Mudah Untuk SEO bagi Blog? Tinggalkan Cara Anda Dalam Ruangan Komen Dibawah.

18 comments:

  1. hmmm perkongsian yang menarik ni taliff.... bagus sangat.

    banyak trafik blog mia datangnya dari search engine... hehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan Taliff. Tapi, kurang dari MIa :)

      Delete
  2. ermmm... ok... aku tak faham sebenarnya... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca berulang-ulang TK. Bolehlah faham nanti.

      Delete
    2. aku tengah cuba nak buat sitemap ni...tapi aku pening la... kenapa aku tak ada button sitemap macam ko tu?

      Delete
    3. Ciba cwk dekat Abu Farhan blog....ada link dekat bawah sekali sitemap tu

      Delete
  3. sy jarang update, pomot blog pun jarang2, huh...

    taliff, sitemap sy tau laa.. tapi apa maksud "hantarkan sitemap anda dalam bentuk xml atau rss feed untuk diindexkan"?

    ReplyDelete
  4. salam bro
    teknik no 7 tu tak faham la
    sitemap untuk google macam mana tu?
    yang biasa buat sitemap untuk visitor

    pasal blog lama tu, entah la, dekat setahun blog tu hilang
    tapi last week check dah ada semula tapi tak dapat nak akses

    ReplyDelete
  5. sitemap pertama utk plawat tu cmne? x tau yg tu...

    ReplyDelete
  6. @caliph suriken @princess momoy @TK dan Nurlya : Nanti saya akan cuba buat sedikit tutorial untuk penjelasan. Ok Terima Kasih kerana datang

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Saya masih ingat lagi explaination ringkas abgtaliff disalah satu entry saya, sy ada tnya apa itu, backlink, sitemap semua tu ^_^

    Saya pun kurg paham point no 7, bnyk betul perkataan unik2 kt situ, Google Bot,SERP, index2..hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam..

    uhuk..uhuk..kena blja nie mcm mana nak buat... blog cari kat google tak appear pun..tapi bila taip url kuar plak...

    ReplyDelete
  9. terima kasih berbagi tipsnya :)

    ReplyDelete
  10. tq informasinya..sgt membantu bagi sy yg baru dlm dunia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga bersama mendapat manfaat :)

      Delete
  11. pasal backlink tu kan sampai sekarang saya kurang faham walau dah banyak baca info pasal ni.. boleh buat contoh tak?

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.