Sunday, July 29, 2012

APA PELANGGAN MAHU DARI KEDAI MAKAN

Apa pelanggan mahu dari kedai makan? Untuk pengetahuan anda, ini adalah salah satu keyword atau kata kunci yang saya dapati daripada nuffnang keyword search.

Keyword Kedai Makan 
Saya rasakan kata kunci sebagai satu anugerah - Hadiah.

Hadiah untuk saya mengulas perkara ini dalam laman blog. Saya tanyakan kepada anda adakah anda selalu berpuas hati setelah membayar makanan dan minum yang telah anda tempah? Pengalaman saya, daripada 10 buah kedai makan yang disinggah, mungkin hanya 2 atau 3 buah kedai sahaja, dengan rela hati untuk saya pergi singgah semula.

7 atau 8 yang kedai makan yang lain - mungkin ada mungkin tidak atau bercadang untuk tidak terus datang. Bukan. marah tetapi kerana bebrapa perkara yang mungkin tidak menepati citarasa atau lebih teruk mengecewakan. Saya dan kita semua adalah pelanggan dan kita punyai hak - Hak pengguna untuk menilai dan memilih.

Jadi, apakah yang sebenarnya kemahuan pelanggan daripada kedai makan sebenarnya? Hanya makanan yang sedap? kadang-kadang tetap ada yang akan lari ke premis yang lain.

Justeru, dibawah disenaraikan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pelanggan anda ;

1. Sedap - Antara faktor penting untuk sama ada gerai makan kecil atau besar. Selalunya pelanggan tidak akan memikirkan jarak tapi kualiti makan yang dihidangkan. Saya pernah terdengar seorang rakan bercerita, terdapat seorang peniaga yang hanya menjual char keow teow penang. Hanya menjual satu jenis mee untuk satu malam tapi laris sehinggakan orang bersusun untuk mendapatkannya.

Kedengaran mustahil tapi ia benar kerana kesedapan produk yang telah dihasilkan oleh peniaga tersebut.

2. Kepelbagaian - Jika hanya menjual Char Keow Teow Penang boleh laris, makanan yang perlbagai juga adalah salah satu perkara yang pelanggan suka. Sekiranya anda pergi ke satu kedai yang makanannya sedap, dari Isnin sehingga Jumaat selama setahun hanya menyajikan makanan yang sama.

Jika char keow teow penang anda mungkin akan makan hanya untuk malam, tapi bagaimana jika dengan makan tenghari? Sanggupkan anda hanya makan perkara yang sama untuk setahun? Carilah kepelbagaian dalam hidangan, elakkan pelanggan menjadi bosan.

3. Kebersihan - Kata orang dari mata jatuh ke hati. Jika dengan hanya mata yang memandang keadaan yang serupanya sebuah kedai makan yang seakan tongkang pecah, adakah hati akan rela untuk menjejak ke untuk singgah makan?

Bertanggungjawablah kepada segala yang kita beri kepada pelanggan. Kerana kebersihan memberikan keceriaan dan mampu menjamin terhindarnya makanan tersebut daripada sumber penyakit.

4. Servis - Inilah salah satu faktor yang membuatkan saya banyak kali kecewa - Ya saya akui. Kerana kita adalah pelanggan yang datang untuk membayar untuk makan. Bukan makan secara PERCUMA. Terkadang kita akan duduk menunggu sehingga 30minit hanya pelayan mengambil tempahan. Belum lagi menunggu makanan untuk sampai.

Sudahlah membawa perut yang lapar, ditambah pula menunggu lama. Bagaimana perasaan anda jika diletakkan dalam situasi tersebut.

Itu servis berkaitan masa, kadang-kadang kerenah pelayan dan empunya kedai sendiri punyai faktor ke atas pelanggan. Yang paling tidak menyedihkan apabila tiada langsung senyum dari muka. Hanya melontarkan kemasaman muka dengan alasan - Penat?

Mencari rezeki sememangnya penat, jadi tambahkanlah senyuman untuk menghilangkan tekanan kerja. :) Ia langsung tidak merugikan sesiapa pun. Malah, kedua-dua belah pihak mendapat keuntungan.

Ingat ini, kata-kata itu doa dan jika pelanggan yang keluar dari gerai atau kedai makan dengan hati yang marah dan kecewa, mungkin perkataan kasar dan kekecewaan hati itu menjadi doa yang menjatuhkan perniagaan kedai makan kita kelak. Jika tidak kecundang, mungkin terus sahaja beroperasi tapi dimana keberkatannya?

Berbeza pula jika mereka keluar dengan perut kenyang, hati senang. Saya yakin pelanggan akan menyebarkan perkara baik ini. Satu doa dan rahmat juga kepada sumber rezeki kita.


Sememangnya objektif sebuah kedai makan adalah untuk berniaga dan mendapatkan keuntungan. Tapi jangan sampai dilupa bahawa keuntungan tersebut bukan datang bergolek begitu sahaja. Ia datangnya dari Allah swt melalui pelanggan-pelanggan. Justeru, tidak salah jika berusaha gigih untuk menyenangkan hati pelanggan selain perut mereka. Kerana saya pasti mereka amat menghargainya.


Janganlah sampai pula pelanggan "makan hati".


Soalan : Sebagai Pelanggan Apa Lagi Yang Anda Mahukan Daripada Kedai Makan? Kongsikan Pendapat Anda Dalam Ruangan Komen Dibawah.

20 comments:

  1. wah sci2 je carian diorang.hehe bagus betul imej blog ni

    ReplyDelete
  2. Taliff komen ppp x de kena mengena dengan entry tapi just nak cakap nice header awesome! :)

    p/s: komen la jugak sikit... PPP jenis yg tak berapa cerewat asalkan ok, tak de hal kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...header tu ambik masa sehari untuk disiapkan.

      Tentang kedai tadi, kalau taliff pun kalau masih OK kuranglah sikit cerewetnya. Tapi, kadang2 kalau hati sudah tidak berapa nak sedap, mungkin tidak akan datang dah.

      Apapun, masing-masing ada cara sendirikan.

      Delete
  3. Salam.

    1.HARGA

    Saya boleh trima makanan harga mahal biarpun makanan tu kecik, skali ngap pun habis, asalkan sedap. Paling pentingnya, harga tu biar berpatutan dgn kualiti dan saiz makanan..

    2. MEMBERI CADANGAN

    Kalau makan di restoran2/kedai2 makan tertentu, kdg2 kita tak tahu nak pilih n makan apa.. sbg pelanggan, bila mereka tanya pendapat dan cdgn makanan, sy rsa pkerja kdai makan perlu ada kemahiran menjawab. Jgn terlalu mudah bagi jwpn, "semua sedap".

    3. LAYANAN YANG ADIL

    Saya yakin, mna2 kedai makan, gerai, ada pelanggan tetap. Mmg sudah tntu keutamaan diberi pd pelanggan tetap..tpi jgn smpai pelanggan baru terabai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yang baik nie Lana, Taliff fikirkan yang basic sahaja, tapi ditambah dengan pandangan lebih jauh dari Lana. Terima kasih! :)

      Delete
  4. 1.sedap
    2.bersih
    3.HARGA..hehe..

    ReplyDelete
  5. penggan mesti hendak yang terbaik!
    kalau tidak, selamat lah kedai tuh
    pelanggan sentiasa betul kan? hheheh

    ReplyDelete
  6. sy tidak lah mengharap yg terbaik sbb "you get what you've paid for'.

    namun, selama jadi pelajar, jarang merungut pasal kedai makan ni, kecuali satu; SERVIS. al-maklumlah, menjadi seoarang pelajar banyak dihantui dateline assignment dah sebagainya. Jadi mmg perkara biasa kalau pelajar mahukan servis yg cepat. Mungkin skarang bila bekerja juga masih mementingkan servis. Perlu cepat siap.

    harga tak kisah sgt, asl berbaloi tak pe. Kita boleh menilai. Kalau terkena (terpaksa byr mahal), aduan LHDN kan ada =)

    kebersihan juga menjadi faktor utama kenapa pilih kedai makan. Kalau tak bersih, mmg tak datang lagi dah .. hehe..

    ReplyDelete
  7. huhu.. slalu kedai makan sedap tapi servis masya ALLAH..
    cam kure2... bersih no 1 eyqa tengok sblum makan.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Senyum tu penting, kalau tak, pelanggan lari..haha..
    tapi spjg duk kolej ni, terpaksa je makan dekat kedai tu, dah tak boleh lari dah, sabor je la dgn m.cik indon yg sengkek tu, dah tak de tempat nak pergi..hohoho

    ReplyDelete
  9. bagi mia... sedap dan bersih lagi penting. tak kisahlah kat ceruk mana pun kedai tu, pasti mia akan datang semula.... hehehe

    ReplyDelete
  10. try singgah makan di kelantan. kalau x bercakap dialek mereka, confirm kena tipu. x semua. tp kebanyakan.

    ReplyDelete
  11. bagi sy... bersih dan sedap menjadi keutamaan dan kalau harga berpatutan .. Insya-Allah pasti akan datang ke kedai tu semula... :)

    ReplyDelete
  12. bagi aku, yang penting rasa dan servis...

    ReplyDelete
  13. hrga mahal takpe klau sedap..tp klau mahal tak sedap buat ape..huhu..
    dan klau hrga mkanan tu murah tapi tak sedap, sia2 jgak..
    yg pnting sedap,hrga brpatutan,bersih dan layanan yg baik..:)

    ReplyDelete
  14. kalau korn, sedap tu memang satu kemestian lah... kendian harga berpatutan.. then servis kena bagus jugak lah... servis tak bagus, tak elok jugak...

    ReplyDelete
  15. dlm byk2 faktor tu, sy utamakan servis & kebersihan.. klau part ni sy puas ati, lain kali sy singgah lagi.. klau x sori laa bai~bai...

    ReplyDelete
  16. layanan yang baik dapat memikat hati pelanggan :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.