Wednesday, July 4, 2012

BAGAIMANA MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI

Apabila berdepan dengan pelbagai tugasan yang memberikan tekanan atau apa sahaja perkara yang mendatangkan masalah, kita akan merasakan motivasi diri sendiri kian menurun.

Kehilangan motivasi diri membawa kesan sepertinya hilang minat untuk melakukan sesuatu, hilang fokus, malas, kecewa, tidak tentu arah, tiada objektif mahupun hilang percaya diri.

Kehilangan Motivasi Membawa Masalah | Gambar : Google

Antara keadaan yang sering membawa kepada turunnya motivasi atau pendorong dalam diri adalah kerana pelbagai perkara terutamanya perkara yang membawa kepada kekecewaan seperti konflik, kegagalan dan tekanan. Hal seperti kesihatan contohnya keletihan juga mendorong kepada turunnya motivasi diri.


Kerana terlalu banyak kerja yang ingin diselsesaikan dalam satu masa. Membuatkan saya sendiri seperti terkejar-kejar untuk menyelesaikan tugasan. Jika, tugasan lain yang penting dan segera tiba-tiba datang, ianya terkadang merendahkan motivasi diri kerana terpaksa bertangguh.

Tapi, untuk mengelakkan diri daripada terus merasa tidak termotivasi, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan bagi memberi dorongan semangat dan tenaga - dan ia berbeza bagi setiap orang.

Jadi, cara untuk membawa dorongan atau motivasi untuk diri sendiri, antaranya ;

1. Sabar - Pertahanan terbaik dalam menentang serangan - serangan yang menurunkan semangat atau motivasi dalam diri. Perbanyakkan bersabar kerana ia penting dalam setiap kerja mahupun hidup. Hanya dengan bersabar, ia akan membina semangat kental dalam diri. Semangat yang akan menjadi pendorong dalam kita menempuhi masa sukar dan tekanan yang ada.

2. Perbaharui Strategi - Susunan kerja atau ubah cara yang kita pernah gunakan dalam mencapai sesuatu objektif. Jika diulangi dengan cara yang sama akan dikuatiri ianya akan memberi kesan yang sama kepada keputusannya. Ingat perkara baru seperti strategi atau pendekatan baru juga meningkatkan semangat baru dan motivasi dalam diri - perkara baru, cubalah.

3. Percaya dan Positif - Fikirkan yang positif. Jika terdorong memikirkan yang negatif atau kegagalan,  ia sebenarnya tidak baik untuk semangat diri. Percayakan diri bahawa anda mampu untuk mendapatkan keputusan yang disebaliknya - Kejayaan. Banyak perkara yang mendorong pemikiran supaya menjadi lebih positif seperti mengantung kata-kata motivasi atau semangat atau membaca cerita motivasi.

4. Bergaul - Jika ada manusia yang mampu hidup atas dunia tanpa memerlukan orang lain, saya akan memberi jawapan itu TIPU. Kerana, sebelum hidup dalam dunia mereka ditolong oleh ibu mereka selama 9 bulan dalam tanggungan. Jadi, bergaul bersama keluarga dan kekawan. Akan ada yang mampu membantu dan meningkatkan motivasi diri.

Saya cadangkan dengan bersukan kerana ketika aktiviti tersebut, disamping menyihatkan badan sekaligus kita juga bergaul antara satu dengan yang lain - 2 dalam 1.

5. Doa - Tidak mungkin akan ada sesiapa yang dapat hidup sendirian didunia bukan. Selain mendapatkan dorongan atau motivasi baru dengan keluarga dan kenalan, kembalilah kepada yang Maha Besar. Kita perlukan makanan untuk menambah tenaga jasmani, jadi kita juga perlukan makanan untuk rohani dengan doa. Doa adalah senjata manusia dan juga penawar. Insya-allah berjaya.

Produktiviti dan hasil berkualiti banyak bergantung kepada motivasi diri. Ia membantu untuk mendorong dalam kita mencapai objektif atau sesuatu tujuan. Seperti kata saya tadi, setiap orang punyai cara sendiri untuk membantu dalam meningkatkan motivasi diri. Justeru, carilah kawasan terbaik untuk anda meningkatkan semangat anda - kerana setiap orang perlukannya.

Hiduplah dengan tujuan dan bermotivasi - kita akan sentiasa kehadapan.

Soalan : Bagaimana Cara Anda Memotivasikan Diri Sendiri? Tinggalkan Cara Anda Dalam Ruang Komen Di Bawah.

32 comments:

  1. bgus penulisan ini...tidak berhajat ker menulis dlam english moga2 org luar boleh membaca artikal2 yg anda lam blog ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-allah. TApi tengah fokus kepada penulisan Bahasa Malaysia. Mungkin satu hari nanti.

      Delete
    2. Saya pun pernah terlintas soalan nasir ni abgtaliff.

      Tapi, saya jga berharap, apa yg ada skrg dikekal dan ditambah baik pada masa2 akn dtg.. bukan pa, jujurnya, saya tak jumpa lagi2 mana2 blog BM seperti mcmni.

      Semoga terus sukses ^_^

      Delete
  2. suka no 3... positif memang penting di kala diri down dan hopeless...

    bagus sangat2 entri taliff ni.. dapat membina semangat yang pudar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma berkongsi pengalaman. semoga semua punyai cadangan yang baik untuk menguatkan lagi Entri Ini. :)

      Delete
  3. wah.. pakar motivasi ke ni? hehe
    info yang menarik..

    ReplyDelete
  4. kalo saya laaa motivasi diri sendiri by doing apa yang bley make us happy n ceria. kalo saya suka nak p melabur kat spa spa tau. so terus refresh

    btw
    salam kenal
    i singgah n follow u ek

    ReplyDelete
  5. sekarang aku nak praktik kan ni... moral down gila ni...

    ReplyDelete
  6. sy pon kurang motivasi diri nie...hihi

    ReplyDelete
  7. yakin pada diri sendiri dan usah pedlikan kata orang lain.
    insyaalah...terbaiik!!!!

    haha

    ReplyDelete
  8. sabar,positif, bergaul & doa memang tak bleh lupe.
    thats the key of success kan? ^____^


    and smtimes kita kena telan yg pahit.
    utk dptkan yg MANIS kemudian hari,
    am i right?? =P





    Luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum.

    Urm..semua point2 cukup untuk memotivasikan balik diri ni..tiba2 rasa cam down skit skrg,heh3.

    Setiap orang ada cara bukan..urm, cara lana memotivasikn diri sendri..lebih kearah santai. Lana pilih buku2 motivasi..Selain mempraktikkan apa yg disebut diatas, buku2 motivasi pun bnyk mmbntu.. juga,berkongsi, buat sesi luah prasaan ttg sgala kekalutan..selain pada Allah, sesi luah2 ni buat juga kat ahli keluarga, dan org2 yg leh dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu juga cara yang baik untuk mempraktik. Selalunya kalau taliff,lebih banyakkan bergaul. Insya-allah berkesan

      Delete
  10. tiap kali masuk blog ni TH mesti rasa pulih dari segala macam rasa negatif

    ReplyDelete
  11. Jadual kerja yang telah ditetapkan barangkali membantu menghindar diri dari hilang motivasi bekerja...

    ReplyDelete
  12. nice sharing tips.. ada ketika mmg rsa down sgt, huh...

    ReplyDelete
  13. nice sharing...
    paling2 kurang pun Doa mesti ada :)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum. terima kasih sebab berkongsi. cara saya motivate diri selalunya dengan mengingati mak saya. so, mesti tak sampai hati nak buat benda benda tak elok. lagi satu, kita kena sedar yang ada orang hadapi benda lagi susah daripada kita. kita patut bersyukur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengingati orang tua juga satu perkara yang baik untuk dilakukan. Mereka inspirasi dan panduan kita. Ya, kita patut bersyukur atas segala yang berlaku.

      Delete
  15. Sume entri taliff bgus2 blake. :). Thumbs up ! Tq utk tips d ats tu. Sdg brusha utk trus memotivasikn diri ini ..

    ReplyDelete
  16. Nuce tips,,,T blh amalkn sbb sft mls dlm diri da mgnung tggi,,,^__^

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum ...
    macam mana kalau sikap seseorang individu tu sendiri yang jenis tidak suka bergaul ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dengan memilih rakan-rakan yang rapat boleh menjadi satu caranya. Bergaul dengan ibu-bapa dan sanak saudara lain jika tidak suka bergaul dengan orang lain.

      Delete
  18. i think i'm having a low motivation life right now. seriously, i have no interest in studying or whatsoever. feel like i want to run away and experience a new life somewhere but i think its just an excuse to runaway from myself. i hope i can do things that you mention above.thank you.may Allah bless you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everything will change over the time. So, keep going and find solution to whatever that may bring problem. Life is also about rise and fall. Have faith on yourself, find more knowledge and be patient. The best help of us is ourself.

      Hope you find yours strength back. Allah bless you too.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.