Monday, July 16, 2012

BLOG REVIEW | SOP.NAME.MY

Blog Ini Adalah Mengenai Saya. Anda kenal dengan blogger yang menggunakan frasa ayat ini? Gambar dibawah mungkin boleh menceritakan segalanya.

Blog sop.name.my 
Pada penilaian saya, beliau adalah salah seorang blogger yang sememangnya amat dikenali ramai. Sudah berada dalam arena blogging mungkin lebih daripada 5 tahun (ketika entri ini dibuat). Beliau lebih dikenali dengan panggilan SOP dalam blogging - mungkin juga dunia reality.


Dulu ketika bermula langkah untuk aktif dalam berblogging, saya mengetahui bahawa beliau adalah salah seorang blogger yang telah mempunyai tapak kukuh dalam platformnya. Mana tidaknya, saya mengenali beliau daripada satu segmen yang dikendalikan - Review Blog. sememangnya ramai yang menyertainya.

Namun, setelah beliau melakukan penjenamaan dari gnesop.com.my kepada sop.name.my, saya perasaan yang sepertinya beliau sedang membangunkan semula blog tersebut. Tapi, kini semakin baik kerana beliau punyai cara, tips dan ilmu yang banyak dalam berblogging - yang boleh kita curi :)

Namun, baru-baru ini saudara Sop telah melakukan review ke atas blog i-think-of.blogspot.com. Justeru, untuk ucapan terima kasih saya kepada beliau disini saya lakukan juga review kembali ke atas blog beliau sebagai tanda penghargaan. Terima kasih Bro Sop.

Jadi, inilah beberapa review yang saya lakukan ke atas blog SOP.NAME.MY

1. Pemilik - Memperkenalkan Dirinya sebagai Sop dalam dunia Blogging dan ada meletakkan gambar beliau dalam blog. Manalah tahu jika terjumpa dimana-mana, bolehlah bergambar atau berkenalan - mengeratkan silatulrahim :).

Cita-cita ingin menjadi seorang blogger tegar dalam arena berblogging. Jadi, sama-sama kita membantu dan mendoakan kejayaan beliau.

2. "Niche" - Salah satu sebab saya singgah, hinggap dan lepak lama di sesuatu blog adalah kerana "niche" pilihan blogger tersebut. Ia memberi maksud bahawa blogger tersebut punyai area atau jaringan yang mereka fokuskan. Tidak terlepas bro Sop. Penulisan fokus kepada ;
  1. Peribadi - Menceritakan perihal kehidupan beliau, isteri dan anak-anak. Menceritakan juga tentang aktiviti yang mereka lakukan bersama contohnya melancong.
  2. Blogger - Perihal tentang Tips, Widget, Pendapatan, SEO dan banyak lagi. Inilah ilmu yang diulas dan dikongsikan oleh Bro Sop. Saya sendiri dalam hal ini menganggap beliau seorang mentor :)
  3. Informasi - Berkongsi tentang isu semasa dan isu yang mendapat perhatian beliau dengan sedikit ulasan dan pandangan. Anda punyai pandangan dalam hal yang sama, bolehlah berkongsi dengan Bro Sop.
  4. Teknologi - Teknologi berubah dengan pantas. Selang seli perkara baru akan muncul setiap hari. Jadi, Bro Sop juga sepertinya pencinta Teknologi. Jika tidak pantas untuk mendapatkan semua informasi. Bro Sop ada melakukan ulasan mengikut pandangan beliau. Mungkin ini berguna untuk anda.
  5. Hiburan - Berhibur dengan lawak pilihan beliau. Review ringkas tentang filem terkini (yang beliau tonton bersama keluarga) dan pautan kepada TV dan Radio Online.
  6. IKEA - Satu keunikan yang mungkin tidak semua blogger ada. Sop Suka IKEA. Apa sahaja tentang IKEA (mungkin Bro Sop Boleh Menerangkan Lebih Lanjut)
3. Template - Warna putih digabung dengan warna biru. Loading yang pantas dan template yang kemas. Tulisan blog yang sangat menyenangkan mata dan memudahkan pembacaan.

4. Gaya Penulisan - Beliau mempunyai gaya penulisan yang baik, tersusun dan sabar. Anda akan dapat rasakan apabila membaca entrinya. Tulisan entri yang padat dan dibahagi dan disusun, kemas dan diperenggan dengan baik. Faktor yang memberi kekuatan dalam blog beliau.

5. Yang Menarik - Jika anda ingin menjadi antara blogger tegar, anda boleh pelajarinya disini dengan saudara Sop. Ini kerana, beliau menceritakan satu persatu pengalaman yang beliau lalui kedalam entrinya. dari menjadikan blog lebih baik, kemas dan kepada mendapatkan pendapatan dari blog. Beliau akan terangkan satu-persatu dan mudah untuk difahami.

Anda bolehlah melawat blog beliau dan mencari apa yang anda perlukan disana. Anda boleh mengikut perkembangan blog beliau dengan menjadi follower, "Like" facebook fanpage dan twitter

Semoga saudara Sop akan menjadi blogger tegar seperti yang beliau impikan dan selamat berjaya.

"Soalan : Apa Yang Anda Lihat Menarik Dalam Blog Beliau? Kongsikan Pengalaman Anda Disana dengan Meninggalkan Komen Dibawah"

28 comments:

  1. Talliff yup ppp memang salute kat sop walaupun jarang bw kat sana... tahniahh both of you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih pari2..
      selalu tgk pari2 singgah walaupun jarang :)

      Delete
  2. bro sop ni pun riview aku masa mula mula aku bloging dulu.,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a....betul..baru ingat balik :)

      Delete
    2. dulu sgt rajin buat review :)
      thx sbb masih ingat :)

      Delete
  3. taliff pn kelihatan boleh jadi cam sop gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. taliff boleh jadi lagi hebat bukan?

      Delete
    2. Kata-kata itu doa. Semoga Doa itu membawa kebaikkan kepada saya dan semua. Amin :)

      Delete
  4. blogger berpengalaman tu...pandai buat entry yg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih the malay male
      bro lagi hebat :)

      Delete
  5. kenal sangat dengan sop ni... dari xde domain kepada ada domain. baik orangnya. mia kenal dia masa join project alpha dulu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih ingat lagi macam mana tanya mia dpt projek alpha tu, heheheh
      thx mia

      Delete
    2. Projek alpa? hehehe...macam bunyi best :) Share sikit

      Delete
    3. itu kisah lama taliff... projek under nuffnang.. sekarang dah takde lagi..

      Delete
  6. Terima kasih bro Taliff atas review balas :)
    Sop review sikit, bro taliff balas panjang.. terima kasih banyak2 :)

    bila kita aktif dgn blogging, pasti simpan harapan lebih tinggi. motivasi untuk berjaya bukan?

    Semoga bro taliff pun akan berjaya dalam dunia blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat Betul dan semoga cita-cita Bro menjadi kenyataan kelak.

      Delete
  7. wah, panjang btol review. ini memang btol2 review :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mendapat Idea Tentang apa yang ada dalam Blog Bro Sop.

      Delete
  8. sangat suka terjah blog sop. kadang2 jadi silent reader sop. hehehe. pengisian dalam blog yang menarik hati fyna. pewiitt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'a Betul tu....sebab itulah Taliff memilih untuk membaca penulisan Beliau :)

      Delete
  9. tahniah ya taliff. nak terjah kat sop lah..nak tengok

    ReplyDelete
  10. dh lama sy knal sop sjak mula aktif dgn blog :)

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Lana baru sgt kenal dgn abgsop ni..seingat lana, abgsop sampai dulu keblog lana. Sejujurnya, lana jarang meninggalkan komen diblognya, dan abgsop memg rajin meninggalkan komen di entry lana.. heh3.

    Kalau ikut pandangan lana, blognya lebih kearah SEO juga kan? Scara fizikalnya, penampilan blognya tak jauh beza dgn blog2 SEO lain, simple, kemas.

    Tapi, dari segi kandungan/pengisian. Satu yang paling ketara, bagi lana perbezaan utama abgsop dgn blogger lain ialah pada entry2nya yang berkaitan IKEA. Tak pernah lagi jumpa blogger yg bercerita pengalamannya dgn IKEA. Takat citer,pergi masuk IKEA tu adalah. Dan, sepanjang mengenali entry2 IKEAnya, ada satu tu, tak silap lana, abgsop dapat peluang belajar memasak makanan Sweden..ditaja..plak tu, abgsop sorg sja peserta lelaki..fuhh..best giler, hehehe ^_^

    Satu lagi, entry2 personal lifenya. Jarang sy jumpa blogger menulis kisah hidup melainkan diblog personal. Selalu kan blog SEO more to berita2 semasa, dunia retis, benda/perkara pelik dan unik, tpi abgsop buat yg sebaliknya.

    Itu sahaja yg dpt sy kongsikan.. masih baru mengenali..kena lebih banyak meneliti dan mendalami pas ni, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Lana panjang komen, cam entry dah.. hehehe Thx!
      Sop byk tulis pasa IKEA sbb sponsor post sebenarnya.. tp dlm bentuk pengalaman peribadi. tujuan org x perasan tu sponsor post.. hehehe
      blog Sop blog SEO? sebenarnya Sop bertukar kpd peribadi sbb tu tukar domain.. byk entry pasal peribadi.. kongsi2 sikit jer :)
      selamat berkenalan buat Lana yer.. nanti kita tambah2 kenal yerkk :)

      Delete
    2. Selalunya ulasan Si Lana adalah ulasan yang paling berkualiti dan boleh diterima pakai.

      Yap...Rasanya hanya bro Sop yang mempunyai entri berbeza dengan orang lain...IKEA. :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda.