Monday, July 9, 2012

FAKTA ATAU MITOS? MUDAH UNTUK MENJADI BLOGGER

Setiap hari dan masa setiap perkara yang terlintas difikiran kini punyai nilai tersendiri. Kerana, nilai buah fikiran tersebut penting dan perlu untuk meneruskan rentak dan aliran dalam blog i-think-of.blogspot.com.

Blogger
Blogging Itu Mudah? | sumber : Google
Teringat kembali ketika mula-mula ingin mencuba untuk membina laman web peribadi itu pun kerana terikut-ikut. Sehinggakan saya membuka akaun blog dibawah platform geocities - gagal. Kemudian meneruskan untuk mengejar kemahuan kerana minat, tapi kali ini atas flatform blogger. Namun, setelah 4 tahun masih dalam proses belajar.


Masa sekarang, pada pandangan saya semakin ramai blogger yang timbul dengan pelbagai dan memeriahkan pentas blogging Malaysia. Pelbagai macam cerita dan agenda yang dipersembahkan. Ini satu perkara yang sangat baik. 

Tapi, yang timbul terkadang hanya untuk beberapa ketika kemudian - Tenggelam.

Membuatkan saya tertanya apakah sebenarnya yang dikejar atau tujuan untuk berblogging. Sama seperti diri sendiri ketika mula menceburi dunia penulisan maya. Adakah kerana pada permulaan terfikir bahawa untuk menulis atau berfikiran bahawa menjadi blogger itu satu yang mudah?

Apakah punca yang mendorong kepada bermulanya seseorang untuk mula menceburi pentas menjadi blogger? Adakah ianya fakta menjadi seorang blogger itu mudah atau hanya sebuah cerita indah atau kata lain - Mitos.

Tahukah kita, antara beberapa perkara yang akan berkait rapat apabila mula menceburi dunia blogging atau menjadi seorang blogger ialah;

1. Masa - Dengan berblogging, ini sebenarnya akan menambah beban kerja. Pekerjaan biasa yang kita lakukan mungkin mengambil masa 8jam sehari. Jadi, dengan menceburi blogging, kita mahu atau tidak akan menggunakan masa sebanyak 2-3jam untuknya.

Jika tumpuan hanya untuk mengeluarkan satu entri setiap seminggu, mungkin masa yang diperlukan sehari berkurangan. Bagaimana pula jika sasaran untuk mengeluarkan 5-7 entri? sememangnya setiap hari, mahu atau tidak menghadap komputer dan idea sentiasa mengalir. Untuk pengetahuan, menjadi penulis (blogger) juga antara kerja yang punyai tekanan tinggi. Klik sini untuk mengetahuinya.

2. Persepsi - Adakah kita mampu untuk menangkis persepsi orang lain terhadap kita? Jika persepsi yang baik mungkin boleh kita terima, tapi bagaimana dengan persepsi yang mungkin menjengkelkan atau menyakitkan hati. Bolehkah kita tanganinya? Ini normal kerana setiap individu punyai idea dan pandangan sendiri dan tidak semua akan menerima idea orang lain.

Jika anda ingin terus menjadi antara yang berjaya dalam blogging, menyembunyikan diri sebenar dalam dunia maya ini sememangnya tidak akan dapat dilakukan. Justeru, adakah kita bersedia?

Ada juga blogger yang saya temui malu dengan penulisan sendiri - adakah ini kerana persepsi?

3. Idea - Juga antara faktor penting dalam meneruskan penulisan sebagai seorang blogger. Sering saya temui sang blogger mengatakan kehilangan idea untuk menulis. Ini merendahkan motivasi diri dalam meneruskan penulisan dan yang paling dikuatiri - berhenti.

Mungkin inilah faktor yang menyebabkan kita lihat ada blogger yang sangat teruja untuk menjadi blogger terkenal dan disegani tapi tersungkur hanya untuk beberapa bulan.

4. Reaksi Pembaca - Selesai menulis dan berpuas hati dengannya, seterusnya anda menekan "Paparkan" atau "Publish". Tapi, setelah itu anda menerima pelbagai reaksi daripada pembaca anda atau tiada langsung menerima apa-apa reaksi. Mampukah anda menerimanya apabila terdapat reaksi yang sangat pedas dan melukakan?

Atau sediakah kita menulis hanya untuk tatapan sendiri kerana penulisan dan idea tiada langsung yang menghargainya? Sedangkan berblogging memang perlukan pembaca.

Jadi, antara 4 faktor yang telah saya katakan tadi, mungkin setiap blogger pernah hadapinya. Mungkin semua, mungkin sebahagian. Tapi, saya percaya bukan hanya 4 faktor tersebut yang menyumbang kepada jatuh bangunnya seorang blogger, mungkin ada faktor-faktor lain.

Justeru, dimanakah situasi kita atau tujuan sebenar kita untuk menempatkan diri dalam dunia blogging? Untuk mengejar glamour? untuk berkongsi pendapat? atau hanya terikut-ikut - Pilihan sendiri.

Pelajarilah setiap satu perkara yang telah kita hadapi, agar boleh kita menjadi blogger yang lebih baik kelak. Mitosnya menjadi blogger menyeronokkan kerana kita mula membina platfom sendiri, tapi fakta ia bukan mudah kerana kita terpaksa berkorban - untuk kekal.

Soalan : Menjadi Seorang Blogger Itu Perkara Yang Mudah, Mitos Atau Fakta? Apakah Pendapat Anda? Kongsikan Pendapat Anda dan Tinggalkan Di Ruangan Komen.

17 comments:

  1. As Salam Taliff kedua-duanya sejak menjadi seorang blogger boleh dikatakan "tegar" PPP telah melalui dan kedua-duanya juga ada fakta dan mitos...

    Kesemua 4 proses basic yang harus dilalui oleh blogger2 itu juga tlh PPP lalui dah alhamdulillah semunya dpt ppp lalui dgn cara yg diibaratkan "tarik rambut dlm tepung, rambut tak putus, teppung tak berserak"

    Cuma ada satu faktor jer yg masih ppp blm dpt perbaiki Masih ingat pesanan Latiff... dunia nyata pun masih memerlukan PPP itu yg paling susah utk dikikis buat masa ni he he he ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang sukar untuk mengharungi semua proses tersebut. Taliff sendiri pernah tenggelam timbul tenggelam timbul. Sekarang terpaksa bahagikan masa untuk blogging dan perkara lain.

      Untuk pesanan tu, sama-sama kita memperbaiki diri masing-masing :) Semoga berjaya.

      Delete
  2. ader pendapat masing2 , mungkin fakta dan mungkin mitos

    fakta sekiranya seorang blogger itu mempunyai masa , idea , dan sanggup berkorban dengan benda2 yang lain.

    mitos sekiranya ia tidak di susuli dengan tindakan , hanya duduk di takuk yg sama dan lama..

    ingin berjaya dlm bw seharusnya kita kene ader kesabaran , sebab apa?kerana follower kita semakin bertambah dan kita perlu menyakin kan mereka tentang platform blog kita.

    sabar membalas dan menjejaki mereka...senang citer kita terpaksa memburu mereka.

    dan akhirnya kita akan lihat sama ader isi yg di sampai kan dlm entry itu amat bermakna atau sebaliknya.

    hasilnya mungkin kita akan glamor dengan syarat kita perlu menonjolkan creativity dlm berblog nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun berbloging banyak dikatakan sebagai laman web peribadi tapi saya lebih terarah kepada perkongsiaan info yang sememangnya perlukan pandangan dari sudut lain.

      Dan saya masih belajar untuk menulis dengan lebih baik dan teratur.

      Delete
  3. aku dah lalui semua tu... dan aku rasa... aku tak ada la maju sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TK adalah antara blogger yang termaju dan mentor blog I Think OF. :)

      Delete
  4. spnjg berblogging ni dah mcm2 jugak cik ana tempuh..

    1-masa :
    cik ana setuju. jd blogger mmg byk gak la masa yg kita spend.
    hadap blog.. blogwalking bace blog org =P

    2-persepsi :
    setakat ni, cik ana takdela rasa malu dgn penulisan sendiri.
    pedulikan je la ape org nak kata.. jd diri sendiri is the best rasenye kot =P

    3-idea :
    mcm part "kekurangan idea" utk menulis ni sbnrnye tak ssh pon.
    pd cik ana, EVERYTHING tu is idea.. ape saje.. cume have to be
    CREATIVE je la kot =P

    4-reaksi pembaca :
    mcm yg ni pulak.. mmg terase mcm alahai sedihnye aku tulis takde pon
    yg dtg bace.. tmbh sedih lg kalo takde pon yg dtg komen.. tp sbnrnye
    ade je care die.. DIRI SENDIRI la kene rajin p bace dan komen blog org.. then baru la ade yg akan dtg bace dan komen blog kite..

    alamak.. sory.. TERpanjang pulak.. hehe
    and sbnrnye it is not a MITOS..
    memang MUDAH je jadi sorang blogger ni.
    be CREATIVEE.jage tatasusila..
    have fun in making friends ! ^____^





    lUV,
    CIK ANA

    ReplyDelete
  5. menjadi blogger dengan mudah - fakta
    menjadi blogger berjaya dengan mudah - mitos
    perlu sentiasa belajar untuk menjadi blogger yang baik :)

    4 tahun sudah berblog? lama dah tu bro.. lebih kurang dengan Sop juga. Sop mula aktif membuat post hanya pada 3 tahun lepas tetapi aktif menulis 2 tahun lepas (menulis dgn membuat post berbeza :)

    ReplyDelete
  6. hmmm.. mia mula berblog dari tahun 2007.. masa tu timbul dan tenggelam sebab untuk suka-suka. bila dah tahun 2010, baru semangat timbul untuk jadi blogger tegar.

    takde lah fikir jauh2 pun. bila update blog selalunya mia buat pagi2. terkadang tu terus buat autopost untuk entri petang atau malam. bergantung pada keaadaan. kalau ada outstation, mia terus buat autopost untuk beberapa hari. jenuh juga nak cari idea tapi alhamdulillah idea sentiasa ada, tu yang kena update selalu. bila dah selalu update blog, kerja dah semakin mudah, sekejap je taip terus siap. cuma blogwalking tu je memerlukan masa. sampai sekarang setiap hari mia akan peruntukkan masa blogwalking ke blog2 lain, suka baca, kalau suka entri tu mia terus komen, kalau belum di follow, mia akan follow.

    kena kutuk pun dah jadi lumrah mia. memang ada yang tak suka. tapi kita layan dengan baik. jangan terus nak marah je. bila kita buat blog, ia seolah-olah menggambarkan peribadi dan imej kita. jadi kenalah jaga reputasi kita.

    ReplyDelete
  7. sangat suka entri taliff. fyna pun sudah berblog hampir 4 tahun. masih lagi mencari identiti dalam dunia blog nih.

    mula aktif hujung tahun lepas selepas fyna wujudkan blog yang ada hosting dan domain sendiri. blogfyna.com.

    setiap tutur bicara memang fyna cuba jaga supaya orang lain tidak salah anggap.

    masih lagi banyak yang perlu kita belajar dalam dunia blog nih kan.

    ReplyDelete
  8. pnah jgak guna platform geocities dulu, tu pun sbb utk siapkan projek utk subjek web designing ^^

    yup, kena korban byk masa & tenaga utk mjadi blogger...

    ReplyDelete
  9. walau masih baru dalam dunia ni tapi dah merasa jugak semua. sama ada kental atau tak je untuk meneruskan pekerjaan ini

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum abgtaliff ^_^

    Mukadimahnya, saya tak pasti saya layak digelar seorang blogger hanya kerana saya ada blog.

    Lana rasa, lana dah berulangkali menerangkan tujuan lana berblog. Jika diikutkan trend semasa, ramai memiliki blog kerana disekelilingnya juga ramai yg ada blog. Dan lana rasa, kalau dibuat survey pun, kenapa anda berblog? itulah juga sebabnya scra umum.

    Dalam hal ni, lana kira,lana bertuah. Sebenarnya, lana tak tahu apa itu blog. Apabila pensyarah meminta kami buat blog (utk send tasks yg diberinya), kbnykkn dari kami rasa kurg selesa dgn permintaannya. Diakhir kata nya, "cubalah dulu, belajar benda baru."

    Slps 3thn kmudiannya, ternyata, kata2 akhirnya tu ada lebih banyk kebaikan. Saya adalah seperti yg abgtaliff kenal melalui blog Lana-The Journey Begins.

    Tentang Fakta dan Mitos, ia berbalik pada niat dan arah tuju sepanjang kita berblog. Ada sstgh org, sudah nmpk apa yg dimahukannya sejak awal lagi. Sebahagian lagi, dalam tempoh perjalanan, waktu itulah dia nampak apa yang dia inginkan sebenarnya. Ada juga yang, terus tenggelam..tak jumpa2 rentak dan apa yg diinginkan.

    Dan, empat perkara yg berkait rapat dgn seorg blogger tu, semakin hari, saya dapat merasainya. Disaat ini, saya kira, faktor MASA antara paling sukar untuk saya uruskan sepanjang berblog. Saya masih mencari jalan, memikirkan mana yg perlu diutamakan ketika berblog. Saya masih tak jumpa rentak lagi.

    PERSEPSI dan REAKSI PEMBACA, lana rasa boleh disatukan. Kalau sebelum2 ini, bila ada pembaca blog yg mengeluarkan buah fikiran,pandangan,komen yg lana kurg selesa, tak brapa suka, atau yg salah paham dgn apa yg lana smpaikan, biasanya lana akan cuba sdya upaya berbalas2 komen. Memperbetulkan keadaan, memberi penjelasan. Sampai satu tahap, lana rasa, kebanyakkan yg dibuat tu, tak berbaloi..sudah bnyk masa terbuang disitu. Jadi, lana ubah cara, jawab dan perbetulkan mana yg perlu.

    Soal IDEA?? urm..lana dah jumpa cara yg sesuai buat diri lana.. :) kalau takda idea, lana prefer off sebentar dri blog..lihat dgn lebih teliti apa yg berlaku disekeliling, insyaAllah, idea tu akan ada.

    Urmm..sya mahu bercerita lagi..tpi..cukuplah..hehe.

    Sebenarnya, menjadi blogger itu mudah..cuma sign-in di blogspot.com. Faktanya, menjadi blogger yang lebih baik dari hari kehari? itu tak mungkin berlaku sebulan dua. Perjalanannya sangat lama.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taliff tertarik dengan ayat ini. Blogger bukan hanya kerana punyai blogspot.com :)

      Perjalananya memang lama.

      Delete
  11. blogspot untuk yg rajin menulis kot

    ReplyDelete
  12. saya belum pasti lg apa itu blogger sbb masih mencari2 ruang dlm dunia blog ni.. masih menganggap segala yg tercatat di blog sendiri itu sekadar luahan rasa & cinta hati kepada sesiapa yg sudi mendengar..
    (baby follow sini ye) ;)

    ReplyDelete
  13. susah wooo..
    hahaha kalau stakat nak main2 mmg sng

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.