Friday, July 6, 2012

HIDUP JUGA TENTANG MENGAMBIL PELUANG

Ia sepertinya satu kekecewaan kepada diri saya oleh kerana satu perkara. Bukan sebab cinta, tapi kekecewaannya kerana peluang.

Jangan Lepaskan Peluang Yang Ada
Jangan Lepaskan Peluang | Gambar : Google
Sedang saya sendiri singgah ke kedai runcit hanya untuk membeli beberapa barangan dapur yang telah disenaraikan oleh isteri, ternampak kedai kosong sebelah mula diubahsuai. Dan mula terdetik hati perniagaan apakah yang akan berlangsung - kemungkinan idea yang sedang ligat bermain difikiran, hanya tunggu untuk dilaksanakan.

Ternampak cermin mata baru,  yang telah disusun dan beberapa tempat mengantung pakaian telah ditempatkan - masih tertanya apakah yang akan dijual. Tanpa memperdulikan kedai baru tersebut terus membeli barangan dapur namun hati - belum puas.

Jawapan Perlu didapatkan - segera.

Sehinggakan saya bertanya kepada juruwang setelah memberi barangan keperluan, apakah kedai yang akan dibuka disebelah sama ada kedai cermin mata. Jawapnya ringkas, tidak. Tapi, sebuah kedai menjual pakaian wanita - sedikit tersentak.

Hati semakin tidak berpuas hati dan terus sahaja saya seolah berlalu untuk mencuri tinjau kedai tersebut dan ternampak 2 orang penduduk asing yang mungkin dari India, bertungkus lumus menyiapkan kedai tersebut dan saya pasti itu adalah empunya. Sambil terus saya dengan ramah bertanya apakah yang akan mereka jual dan akhirnya pertanyaan betul-betul terjawab - Baju kurung, tudung dan beg.

Kecewa, dan sebabnya begitu mudah kerana peluang besar tersedia sudah diambil oleh rakyat asing. Bukan masyarakat kita sendiri dan paling teruk - diri sendiri. Apa yang saya maksudkan di sini adalah peluang perniagaan yang sangat berpotensi di kawasan kediaman saya sekarang. 

Saya kongsikan beberapa fakta mudah yang telah saya lama fikirkan dan besarnya peluang untuk memulakan perniagaan dikawasan tersebut.
  1. Lokasi - Kedai tersebut dilingkungi dengan kawasan perumahan yang sangat banyak. Dan, aktivati jual beli walaupun banyak tertumpu kepada HyperMarket berdekatan, tapi kawasan ini juga tidak terlepas.
  2. Penduduk Padat - Semakin ramai penduduk bermaksud tinggi permintaan dan keperluan. Semakin tinggi permintaan bermaksud juga Peluang. Harus diingat, pakaian juga keperluan bermakna, perniagaan berada dalam skop permintaan.
  3. Sewa Murah - Kos sewaan yang tidak beberapa tinggi, dapat mengurangkan bebanan kepada peniaga. Ia satu perkara yang juga menguntungkan.
Cukuplah hanya tiga perkara saya sebutkan disini untuk memberikan gambaran betapa baiknya peluang perniagaan tersebut. Tapi apa yang mengecewakan, mungkin ada yang memikirkannya (seperti saya) tapi tidak langsung bertindak untuk memulakan. 

Teringat saya sendiri kata seorang rakan sekerja berkaitan satu rangkap bicara peniaga India kepadanya ; 

"Negeri saya (India), kalau kayu ubi dibaling belakang rumah, lusa kita dapat hanya kayu kering (cuaca panas). Malaysia dibaling kayu ubi belakang rumah, lusa akan tumbuh ubi kayu dan kita dapat hasilnya(cuaca hujan, panas). Bertuahnya Malaysia tapi kamu (rakyatnya) tidak langsung mengambil peluang" - Terasa sendiri saya kerana ayat tersebut.

Persamaan antara Peniaga India dan kita adalah kebolehan melihat dan menilai peluang. Tapi, yang membezakan kejayaan hidup mereka dan kita (walaupun berada dalam negara sendiri), adalah betapa cepatnya mereka menyambar emas - Peluang! 

Orang berjaya adalah orang yang mengambil peluang.

Tapi, sejauh mana kejayaan bergantung kepada secepat mana peluang disambar. Kerana, hidup juga  tentang mengambil peluang. Sejauh dan sebanyak  mana peluang yang kita akan sambar, terus lakukan sekarang kerana ia mungkin menentukan hala tuju kita.

Jika tidak tercapai, ciptakan ruang untuk mendapatkan peluang dalam hidup. Insya-allah berjaya.

Soalan : Pernahkan Anda Terlepas Apa-Apa Peluang Yang Mengubah Hala Tuju Hidup Anda? Kongsikan Bersama Diruangan Komen.

17 comments:

  1. angguk tanda setuju...pedas sungguh.org asing lagi tahu kaut peluang drp kita yakni rakyat asal..hurm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mungkin kerana kita terlalu goyang kaki.

      Delete
  2. wahhh.. kagum sungguh dengan entri ini... terkadang kita tak nampak peluang yang ada di depan mata, orang lain yang nampak dan rebut peluang itu. tetapi bila kita sedari dan nak rebut peluang itu... amat sedih sebab peluang itu tiada lagi....

    ReplyDelete
  3. betul3 .. ibarat kaum malaysia ni menjaja tanah sendiri.. semua peluang emas telah direbut oleh kaum lain...

    ReplyDelete
  4. yup, sy pnah terlepas byk pluang atas sbb2 yg x dpt dielakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga Caliph, Orang yang bertuah adalahorang sentiasa bersedia apa sahaja untuk merebut peluang.

      Delete
  5. samalah dengan nh banyak terlepas peluang.. erm.. bagus entri ni tallif, hingga membuatkan nh termenung sejenak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taliff sering juga termenung sejenak kerana terlepas peluang yang sangat bagus. :(. Tapi rezeki ada dimana-mana.

      Delete
  6. Yup sedey bila peluang terlepas dek kerana kecuaian dr.. Huhuhu sooo sedey... :( tp we hv to redha, kerana bukan hnya bergantung pd peluang, tp mgkin itu bukan rezki kita. Sesungguhnya Allah maha mngetahui. Apa pun kita as insan mmg kn berusaha. :(

    ReplyDelete
  7. ada masanya peluang datang sekali je..ada masanya peluang datang bertali arus cuma antara kita dapat menfaatkannya atau mensia-siakan peluang itu..kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu,tinggal hanya kita lagi untuk mencapai peluang yang ada.

      Delete
  8. Sedih ni Taliff, benar kata anda, biasanya kita terlepas peluang, mybe kita terlalu selesa di bumi sendiri, bersenang lenang tetapi akhirnya peluang yg depan mata terlepas. Ooo ya, memang saya minat sangat bertanam bunga ya, tak tahulah sejak remaj lagi hobi ni melekat dalam diri, sekarang ada anjung dah, maksud etuza ada dah rumah sendiri so puas tanam bunga, baru pagi tadi ada kawan datang puji bunga dan laman rumah etuza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, etuza nampak gayanya sangat teruja dengan perkara yang cantik terutamanya bunga-bungaan. Bagus tu.

      Delete
  9. tau... tapi nak memulakannya tu yang sesuatu yang sangat la susah nak buat...

    ReplyDelete
  10. Nice one Talif! Benar...rebutlah peluang yang ada...tapi ada kalanya kita perlu mencipta ruang dan peluang utk kita berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat...Maybe ini juga satu peluang: http://www.cikguemas.com/2012/07/akaun-pelaburan-perak-maybank-bank.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Puan. Kita perlu sentiasa mencari peluang :)

      Delete
  11. Sungguh hidup adalah perjuangan dan usaha untuk mengambil peluang

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.