Friday, July 27, 2012

JANGAN MENYERAH DAN PUTUS ASA

ubaan dalam hidup memang memberikan cabaran kepada diri setiap hari. Cabaran yang dihadapi bukan hanya yang mampu kita hadapi tapi juga cabaran yang sepertinya kita terasa tidak adil kepada diri - Terlalu berat.



Inspirasi Entri Kali Ini | sumber : Youtube

Setiap insan atas dunia punya beban tersendiri dan tidak pernah terlepas daripadanya. Terkadang kita rasakan bebanan yang datang sepertinya bertimpa-timpa.

Jangan Menyerah!

Sepanjang menempuh arus masa dan menimba pengalaman, walaupun kalau bukan kita yang menghadapi bebanan tersebut. Ianya mungkin terjadi kepada ahli keluarga, saudara, rakan-rakan atau peristiwa yang kita lihat dan dengar. Pengalaman pernah menunjukkan kepada saya betapa susah peritnya sebuah keluarga demi mencari sesuap nasi. 

Juga melihat rakan yang terumbang ambing dalam mencari arah dan tersungkur. Mencuba untuk kembali dan menyatakan penyesalan tapi kalah berdepan arus pilihan sendiri. Namun apa yang membuatkan saya masih kagum kerana usaha mereka - walaupun seinci setiap hari.

Begitu juga melihat mereka yang sabar dan bersungguh dalam mencari kejayaan diri namun masih tidak mampu untuk menemui jawapannya, tapi masih juga  tidak menyerah.

Jika mereka tidak pernah menyerah dan terus menghadapinya dengan sabar kenapa tidak diri kita yang juga punya upaya, kekuatan dan mungkin juga pengalaaman yang ada. Oleh itu sentiasalah bersabar dalam menghadapai apa jua keadaan yang kita hadapi kerana tidak kita dibebankan dengan perkara yang setara dengan kekuatan diri.

Namun, jika masih berasa kita ingin mengalah, fikirkan beberapa perkara dibawah dan ianya adalah penyebab kenapa kita harus terus berjuang dan jangan pernah menyerah ; 

Kerana masih punya Allah SWT . Dalam susah senang dan walau apapun keadaan, yang pasti kita tidak pernah bersendirian dalam menghadapinya. Kerana Allah swt sedang menguji dan punyai perkara yang mungkin lebih besar hasil dari apa yang kita lalui.

Hanya Allah SWT tahu apa yang terbaik untuk kita, sentiasalah bersyukur.

Kerana hidup adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Jadi berusahalah kerana setiap antara kita punyai hidup yang masih ada untuk ditempuhi dan dinikmati. Sentiasalah bersyukur dan tidak terasa sepertinya cabaran yang dihadapi hanya untuk memusnahkan. Hidup adalah anugerah yang diberikan sekali kepada semua orang dan hargainya.

Kerana hidup punya tujuan dan tidak ada yang akan berdiri atas dunia hidup tanpa tujuan jika masih punyai  akal yang sihat dan waras. Hidup adalah anugerah dan gunakanlah anugerah dan masa yang ada untuk mencapai tujuan - Cita-cita. Walau apa pun perkara yang berlaku terus melangkah mencari peluang dan gapai cita-cita.

Tidak mengapa bercita-cita untuk mencapai bintang kerana jika terjatuh sekali pun akan berada di awan, tidak tersembam terus ke bumi.

Kerana bukan kita menentukan sesuatu keputusan terakhir dalam usaha kita. Justeru, belajar redha dan bersyukur dengan apa sahaja ketentuan-Nya. Ingat, kegagalan bukan bermaksud untuk terus berhenti dalam memberikan yang terbaik dalam hidup dan teruskan untuk mencari kebaikkan dan kejayaan dalam perbuatan kita - Jangan menyerah.

Kerana setiap manusia tidak sempurna. Jadi janganlah mengeluh dan berputus asa atas segala kegagalan atau bebanan yang menimpa. Sepertinya permainan Puzzle, kita mencari bahagian-bahagian yang tersembunyi untuk menyempurnakannya. Begitu juga kehidupan kita sentiasa mencari bahagian - bahagian yang tersembunyi bagi menyempurnakannya dan cabaran dan bebanan itu juga satu bahagian yang diperlukan.

Cabaran dan dugaan adalah juga satu permainan atau perkara yang sepertinya wajib ditempuhi selagi masih kita berada atas dunia. Bagaimanapun beratnya ia, hanya yang paling penting adalah sebuah usaha dan tawakkal untuk terus kukuh berhadapan dengan segalanya.

Janganlah berputus asa jika segalanya tersasar dari jangkaan dan jangan menyerah.

Soalan : Kerana Apa Pula Tidak Pernah Anda Menyerah Dalam Perjuangan ? Tinggalkan Pengalaman Anda Dalam Ruangan Komen Dibawah

30 comments:

  1. Sal dlm stage memperbaiki kembali kehidupan setelah diuji bertubi2..terasa payah..tp xkan pernah menyerah..~

    Salam Ramadhan kembali,Taliff~ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talif Doakan segala yang terbaik untuk Sal.

      Delete
  2. Dugaan yg datang memang perit... tapi seperit mana pun ia... kita sebagai manusia harus bangkit, walau terpaksa merangkak sekali pun, hanya dengan itu saja Allah dapat menilai akan kesabaran kita dengan setiap ujian yg diberi. Sering diuji, namun alhamdulillah walau tak semua dapat diatasi, tapi masih lagi diberi peluang untuk menikmati kehidupan yg begitu berharga... sebab tak semua manusia dapat peluang ini...oleh itu bersyukur adalah jalan terbaik utk kita membalas nikmat yg DIA pinjamkan pada kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur dan redha adalah perkara terbaik yg mesti kita simpan sebagai azimat....betul kan PPP.

      Nikmati setiap dugaan kerana ada yang tersirat menanti.

      Delete
  3. mengapa saya tidak pernah mengalah?

    sebenarnya, banyak kali sampai tak terkira banyak kali dah mengalah. Tapi hanya untuk seketika!

    berundur, ambil masa untuk pulih, mengatur semula strategi dan cuba lagi ...

    mengalah tak pe, tpi xkan menyerah =) ..

    ReplyDelete
  4. ye memang Nh pun merasakan keperitan dari setiap ujian yg melanda.. tapi setiap ujian pasti akan dibalas dgn kemanisan.. dan dikurnia ganti yg lebih baik dari sebelumnya.. itulah yg Nh rasakan sekarang.. syukur Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. berputus asa adalah satu kerugian.
    kegagalan adalah pembelajaran untuk lebih berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, berputus asa adalah perkara yang sangat merugikan. Jadikan kegagalan sebagai satu medium untuk terus belajar.

      Delete
  6. perit getir kehidupan akan mematangkan kita. tidak boleh mengalah. harus cuba sedaya upaya barulah berjaya. memang sukar untuk berjaya, tetapi berkat doa dan azam pasti akan menjadi nyata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mia. Seperti Mia apabila menghabiskan study di OUM walaupun terikat tanggungjawab sebagai isteri. Tidak pernah menyerah.

      Delete
    2. terasa nak mengalir air mata je ni... bila diingat2..

      Delete
    3. That Inspiration. Congratz!

      Delete
  7. kalau diikutkan nk je aku nangis bce entri ko ni.. *muke serius okeng*
    kalau diikutkan aku pernh menyerah dn brputus asa tp sbb aku ada ramai org disekeliling aku yg xpenah2 nk menjauh dngn aku saat aku down..aku bangkit bangun pun sbb mereka..sbb itu pentingnya orang disekeliling saat kita down..
    selalu ingat Allah tu sntiasa ada brsama mereka yg bertabah..jadi buat apa nk bersedih akn dugaan yg perit ? memng hati mnusia amat dangkal tp perancanganyaNya tdk prnah terjangkau jika diperolehi..

    jadi, jangan menyerah tapi berserah!

    lala~ btul ke? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jangan menyerah terus berusaha dan berserah dan tawakkal kepada keputusan Allah swt.

      Delete
  8. penting org di sekeliling kita memberi sokongan supaya kita tak menyerah dan berputus asa...
    dan yg paling penting... kita sentiasa percaya kepada Allah... Dia takkan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya... Kita sebagai hambanya kenalah terus berdoa dan memohon supaya di beri ketabahan, kecekalan dalam menghadapi ujian Allah tu...

    ReplyDelete
  9. sama-sama bimbing kwn yang tersasar

    ReplyDelete
  10. aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang... putus asa hanya kadang kadang muncul dalam hidup...

    ReplyDelete
  11. tq for inspiring. memang kena ada something to boost up my spirit tday =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga sama-sama mendapat kebaikkan :)

      Delete
  12. renungan utk ku juga...thank you..

    ReplyDelete
  13. renungan bersame...salam ramadhan

    ReplyDelete
  14. Salam..

    Saya sedang menghayati karya bertajuk Berani Gagal.

    Baru suku, sedikit sbnyk terkesan..

    Saya dalam tempoh melalui zaman kegagalan skrg ni.. saya kira, kegagalan paling besar setakat ini, slma umur saya yg baru 25.

    Agak mengecewakan sbnrnya, sekian lama berusaha, tpi..huhh..jadi macamni akhirnya.. Maaf, nak cerita perkara betul pun, agak tak sesuai sini,hehehe.

    Yang saya tahu, saya memang menjauhkan diri agak lama slps apa yg berlaku. Saya cuma mahu dikelilingi keluarga dan org yg rapat dengan saya saja. Cuma, skrg ni, saya lebih banyak muhasabah diri..tidak mahu menyalahkan diri walaupun kadang2 tu rasa menyesal..fuhh..jgn ckplah..sampai terbawak2 dalam mimpi,huhuuh.

    Terima kasih ats entry ni..gabungan entry ini, dgn bacaan2 motivasi, dgn kawan2 blogger yg baik hati..insyaAllah, saya tak tahu kenapa, cuma hati kecil yakin akan dapat bangkit kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mendapat manfaat bersama Lana.

      Tidak sangka entri ini datang tepat pada masa. Semoga menjadi sesuatu yang baik kepasa semua orang.

      Delete
  15. wlaupun hidup agak susah skrg tapi harap2 sy mampu bertahan sehingga tercapai apa yg diusahakan..

    nice sharing taliff.. arigatou utk en3 ni ^^

    ReplyDelete
  16. bersemngat ase nya entri ni bila baca ! hehehe

    ReplyDelete
  17. ptus asa sringkali gk tjadi..tp smangat tu akn mncul smula..sbb hdup ni tak prnah mnyerah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, jangan menyerah apalagi berputus asa.

      Delete
  18. Walau apa pun yg terjadi, ALLAH sentiasa bersama kita.. so, we should not give up easily.. am I right? ^^

    ReplyDelete
  19. jgn jdikan putus asa 2 sbagai batu penghalang dlm hdp kita . . . teruskn prjuangan kerana Allah sentiasa ade untuk kita :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.