Wednesday, July 11, 2012

PERLUKAH MEMBALAS KOMEN DALAM BLOG SENDIRI?

Sedang saya berbual bersama rakan, tiba-tiba datang rakan yang cuba berinteraksi dengan kumpulan kami yang sedang rancak berborak.


untuk memberi komen
Memberi Komen Dalam Blog | Gambar : Google
Namun, kerana keasyikkan kami seolah tidak memperdulikan teguran beliau sehinggakan beliau terus duduk dan menegur dengan gaya tidak berpuas hati. Segera kami menjelaskannya mungkin kerana keasyikkan sehingga beliau sepertinya - terbiar. :)

Apa pun itulah kehidupan normal - berinteraksi.

Kemudian sendiri terfikir apakah perasaan rakan tadi walaupun kemudian dia bergurau senda dan ketawa bersama. Mungkin sudah kerana biasa, beliau tidak memperdulikan perbuatan kami tadi - tapi hati?

Begitulah juga kita dalam alam berblogging. Kita berurusan dengan seorang manusia yang juga merupakan penulis, pembaca dan pengkritik kepada hasil penulisan kita. Jika ada yang menulis tanpa mengharapkan komen dari pihak lain, saya hanya anggap penulisan tersebut sebagai peribadi atau diari.

Namun, adakah kita perlu membalas komen pembaca dalam blog kita sendiri? Pada mulanya saya sendiri berasa janggal untuk membalas komen yang ada kerana hanya suka membacanya. Kini, saya mengetahui saya sedikit silap dan perlu untuk membalas - kenapa?

Inilah antara sebab kenapa perlu untuk membalas komen pembaca walaupun dalam blog sendiri.

1. Interaksi - Jika anda adalah rakan saya, dan telah dilakukan seperti yang telah diceritakan diatas. Mungkin pada pendapat saya, anda akan meradang atau mengambil hati. Justeru, begitu juga kita kepada pemberi komen. Mereka memberikan penghargaan dengan memberikan maklumbalas kepada tulisan anda. Jadi, berilah respon anda untuk berinteraksi dan menyatakan anda hadir dalam perbincangan tersebut.

2. Manusia - Dengan memberi respon dan maklumbalas dalam blog sendiri bukan bermaksud untuk menambah jumlah komen entri atau blog. Namun,  memberi respon atau membalas komen menyatakan juga penulis adalah seorang manusia yang tahu berinteraksi dan bukan robot. Eratkanlah hubungan kemanusian kita walaupun berada dalam dunia atas talian.

3. Perlukan Jawapan - Pernah dalam entri lepas seorang pemberi komen perlukan bantuan dengan meninggalkan soalan di dalam ruangan komen. Namun saya tidak menjawab soalan tersebut walaupun beliau mengatakan ianya adalah "urgent". Ini berlaku kerana ketika itu saya kurang memperdulikan komen. Dan kerana menyesal, bermula itu jugalah saya mula mengubah cara kepada membaca komen (jika ada) sebelum mula untuk menulis - manalah tahu URGENT

Harus diingat ada dikalangan pembaca bukan hanya datang untuk melawat, tapi ada yang datang kerana perlukan jawapan untuk sesuatu soalan. Jika penulisan yang kita siarkan tepat dengan pencarian mereka tapi perlukan keterangan lanjut, apabila dilontarkan soalan kita bertanggungjawab memberikan respon. 

4. Pelawat Kembali - Antara pelawat yang datang dalam blog, adalah pelawat yang kembali 'Return Visitors'. Apa yang and fikir kenapa mereka kembali? Mungkin suka dengan tulisan anda, mungkin ada perkara yang mereka nantikan atau sedang menunggu jawapan. Pelawat yang datang kembali adalah satu bonus traffik kerana kesetiaan mereka untuk sampai ke tempat anda - Pelanggan Tetap.

Tapi, jika mereka punyai soalan dan kembali namun tiada sebarang jawapan, pendapat saya mungkin ada yang akan kecewa dan tidak lagi akan kembali.

Ia sebenarnya adalah situasi menang-menang apabila kita menjawab soalan mereka. Kerana mereka perlukan jawapan dan anda dengan mewujudkan hubungan baik dengan pembaca, memberikan traffik yang pasti ke blog.

5. Blog Ramah - Jika dengan mempelajari SEO membuatkan blog lebih ramah kepada Google,Yahoo! atau bing! dan akhirnya mendapatkan pengunjung. Kepada tidak kita ambil peluang dengan membalas komen dan menjadikan blog lebih ramah. Satu soalan saya - adakah anda lebih menyukai orang yang peramah atau yang sombong?

Jawapan andalah yang sebenarnya membuatkan kenapa anda sentiasa datang ke blog yang anda sukai :)

Jadi cukup 5 faktor yang saya utarakan dengan tajuk ini. Membalas dan memberi komen dalam blog sendiri pada pandangan saya punyai kebaikan kepada perkembangan blog. Bukan bertujuan untuk menambah-nambah jumlah komen dalam blog, tapi yang penting - interaksi.

Jawapan akhir - Perlu (walaupun bukan semua).

Soalan : Adakan Anda Memberi Komen Dalam Blog Sendiri Dan Mengapa? Kongsikan Jawapan Dalam Ruangan Komen

43 comments:

  1. aku tengok mood rajin... kalau rajin memang aku balas... tapi rasanya mood malas yang menguasai diri!

    ReplyDelete
  2. a'a betul tu. interaksi itu la yg membina ikatan sesama kita dengan pembaca kita. tp ini xverti kita kne mbalas stiap komen yg dberikan. kalau boleh mmg nkmmembalas smuanya tetapi ada komen yg dberikan itu, kita sendiri pon xtahu nk membalas nya. :P..ske dtg ke blog yg org yg ramah :)

    ReplyDelete
  3. ehem ehem... nak sambung ayat komiko kat atas ske dtg ke blog yg org yg ramah macam PPP kan?? keh keh keh.... Taliff bagi PPP interaction between bloggers are they way to show your appreciation... respect and honor.. kalau kita tak reply derang bererti kita tidak menghormati mereka... dalam erti kata lain... jangan berblogging kalau malas ha ha ha... b.t.w ada juga entri yg tak perlu kita nak balas kot for example Wordless Wednesday.. betul tak.. tapi klw dah terajin sgt why not.. ha ha ha

    ReplyDelete
  4. sebenarnya membalas komen ni perlu supaya blog mendapat hubungan dua hala bukannya satu hala.

    bila kita buka satu entri lepas tu baca komen2 daripada pengunjung. kemudian tuan punya blog ada menjawap dan bagi respon kepada pengunjungnya. apa perasaan kita pada masa tu? wahhhh bestnya blog ini sebab blognya mesra. pandai tarik pengunjung. bukan setakat nak jawap persoalan sahaja ya taliff, bahkan untuk mendekatkan tuan blog kepada pengunjung. dari situ sahaja secara tak langsung kita dapat mengenali peribadi dan cara tuan blog itu.

    selain daripada itu komen-komen yang berkualiti daripada pengunjung juga membantu kepada pencarian keyword bagi entri tersebut disebut sebagai SERP. bukan senang nak dapat SERP ini. bayangkan jika entri itu simple tetapi mendapat banyak komen yang berkualiti secara sendiri entri itu akan memiliki banyak keyword. ramai yang tak sedar tentang perkara ini. masing-masing hanya terlalu fikirkan keyword di dalam entri bagi tujuan SEO.

    p/s: agak terpanjang pula komen mia ini... aritu mia ada baca pasal dulu taliff ada cuba buat keyword dalam entri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mia, terima kasih atas pennerangan tersebut. Maksudnya sudah terjawab perkara yang taliff fikirkan selama ini. Iaitu, komen juga menjadi antara penyumbang faktor SEO kepada sesuatu entri.

      Sebab itulah kita digalakkan memberi komen. Terima kasih sekali lagi Mia.

      Delete
    2. sama2 taliff... mia pun tak tahu sangat. belajar dari blog femes yang tak sombong, belek2 entri dia. baru tahu pasal SERP ini.

      Delete
    3. Sama-sama kita pelajarinya. :)

      Delete
  5. setuju dengan pendapat tu... membalas komen sbg satu medium berinteraksi,ala2 artis melayan peminat gitu.hehe apapun selain menjadi blogger ramah, balas komen pun leh jd medan untuk kita saling berkenalan sesama blogger..:)

    ReplyDelete
  6. memang selalu balas ja komen pembaca. nak kata ada sebab tak tau lah sebab tak penah pk pun. memang dah biasa balas kalau orang komen ka, mesej ka. cuma tuh ja lah, camna kita nak orang hormat kita, camtuh lah kita pun kena hormat orang. tak luak apa pun. balas komen ja pun. bukan pakai duit.

    ReplyDelete
  7. interaksi dua hala tu penting, sape la nak cakap sorang2 kan??hehe

    ReplyDelete
  8. tengok keadaan..
    ada komen yg perlu balas TH akan balas

    tapi ada juga yang tidak berbalas kerana kekangan masa atau bergantung pada entry tsebut.btw, perlu membalas komen.lau ikut TH sendiri pun bila pegi balik kat blog yang TH komen dan dibalas komen tersebut,mesti TH rasa seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang taliff kembali kerana ingin membaca maklumbalas empunyanya. Seronok apabila dibalas :)

      Delete
  9. Tallif.. Dah lama nasir nantikan entri sebegini rupa..hehehe.. akhirnya terjawab jugak.. ermm.. sebelum ni nasir selalu abaikan komen pengunjung blog nasir.. bukan apa kadang2 tak berkesempatan.. bila dah buka entri baru, dahh tak balas komen dalam entri yang lepas.. begitulah seterusnya kadang tak balas langsung..

    Jadi setelah membaca entri ni nasir rasa lepas ni nasir perlulah membalas komen2 pengunjung.. kalau tak nanti tallif marah..hahaha.. gurau.. thanks tallif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa NH, sekurang-kurangnya soalan NH dah terjawab :)

      Delete
  10. mmg perlu!
    sbb tu juga blogpot dah ada butang replay kan? huhuh

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum abgtaliff ^_^

    Untuk menjawab persoalan..aaa..lana pernah memberi, membalas komen di blog sendiri. Mengapa? lana akui, membalas komen juga ada daya tarikan sendiri untuk menarik pengunjung supaya terus kekal dengan blog kita.

    Urm..Abgtaliff, ingatkan lana pun ada buat entry berkaitan soal ini. Sebenarnya, memang rasa bersalah juga..persoalan menambah jumlah komen tu..tak terfikir pula sejauh tu.

    Lana melihat perkara ini dalam sudut yg berbeza dah skrg. Dgn jumlah pengunjung yg semakin bertambah..sejujurnya.. lana dah tak terkejar semua. Fokus juga sudah berubah. Kalau dulu, lebih terarah kepada perkara A. Sekarang sudah perkara B. Percayalah, abgtaliff juga dah tentu telah dan akan melalui masa2 ini.. Rasanya abgtaliff paham ya maksud saya? hehehe.

    Dan, sebenarnya, membalas komen juga, berbalik pada jenis entry. Kalau ia melibatkan merungkaikan persoalan, perbincangan, seperti entry2 abgtaliff dan Michael Hyatt, saya kira memang wajarlah sangat ada timbal balas antara penulis dan pembaca blog. Kerana kedua2 anda memilih genre entry yg memerlukan pembaca merungkai, menyoalsiasat, berbincang, bertukar2 pandangan dsbgnya.

    Dan, seperti yg abgtaliff nyatakan, jika melibatkan persoalan terutamanya, dari kalangan blogger yg komen, ia, yang itu saya setuju, memang perlu membalasnya. Sebab saya sendiri tidak suka kalau pertanyaan saya dibiarkan saja. Cuma mungkin cara membalasnya berbeza. Ada sebahagian lebih personal..private. Membalas persoalan dengan menghantar emel peribadi kepada penanya soalan, atau msg diFB.

    Cuma, yang sedikit saya kesalkan.. ruangan komen sering disalah guna.. ada yang komen kerana nak menjadi yang pertama.. Ada yang komen kerana nak mengekalkan tempat teratas carta pengomen tegar, ada juga meleret2 dari satu isu ke isu yang terus berjela2 panjangnya..saya tahu itu hak masing2..cuma saya tidak nampak 'sihat'nya berblog dengan cara seperti itu..

    Saya tak betah begitu.. saya lebih banyak memerhati dan cuba memahami.. apa yg pasti, berinteraksi boleh dilakukan dengan pelbagai cara..membalas komen adalah salah satu daripadanya. :)

    Sekali lagi..good entry!! hahahaha.

    Menanti yang seterusnya. Kalau abgtaliff boleh buat satu entry khusus ttg budaya memberi komen pun elok juga. Maksud saya, dari sudut pengkomen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Talif tertarik dengan penyalah gunaan di Komen. Memang ada yang melakukannya. Tapi, apa daya untuk kita menghalangnya bukan.

      Komen juga bermaksud sihatnya blog tersebut dan penulisannya.

      Tentang entri khusus tentang budaya, insya-allah taliff akan fikirkan.

      Terima kasih

      Delete
    2. tu dia.. si lana kalo dapat komen, sepenuh perasaan dia mengomen..

      hye.. saya rasa interaksi mcm tu perlu. balas komen. tapi tgk jugak. sy pun jenis berbls komen. sebab bg saya komen tu care kita berinteraksi dan beramash mesra dismpg jenguk balik blog mereka dan lakukan bnda yg sama. jadi mereka akan merasakan kita bukan jenis yg tamak komen smpi lgsg tak tahu bergaul dgn ramah di alam blogger. :)

      Delete
    3. Betul. Interaksi juga penting dalam dunia blogging. Juga, Lana adalah pelanggan tetap blog saya dan juga antara pemberi komen tetap yang tajam, keras dan penuh hikmah. :)

      Delete
  12. ape salahnye reply komen kawan2 blogger kat blog sndiri....esp berbentuk pertanyaan.hehe

    ReplyDelete
  13. betul tue talliff. dulu pun fyna tak balas di komen sendiri. tapi kita memerlukan dua hala. sebab kadang-kadang ada persoalan yang perlu dijawab di komen tersebut. lagipun fyna akan cuba jaga hati setiap visitor yang datang ke blog fyna. orang yang komen kadang-kadang ternanti feedback dari owner tue sendiri.

    ReplyDelete
  14. yup, sy akan balas semua comment krn itu cara sy hargai setiap visitor.. lagi pun hubungan dua hala amat penting ^^

    ReplyDelete
  15. bila kita pandai menghargai orang...orang akan menghargai kita...balas lah walaupun dengan senyuman...=)

    ReplyDelete
  16. menarik entry nie.. return visitors. itu saya.. my mencari blog yang selalu berkongsi pendapat, idea, or pengalaman atau sebagainya.. to gain knowledge.

    kekadang bila my komen dekat mana2 blog yg my rasa entry dia menarik buat my tertanya2, my akan komen dan menunggu jwpn or reply dari tuan belog.. after that, my akan datang balik ke blog tu and tengok respon nya tapi sayangnya, tuan blog tu tidak endahkan lansung.. agaknya dia lg suka kumpul komen.. * bukan semua blogger*

    reply komen ini juga sbgai tanda kita menghargai mereka kerana sudi dtg ke blog kita dan membaca entry kita. maksudnya entry kita mendapat respon yg baik dan bukan hanya sekadar mendapat komen yg 'basi' iaitu komen yg simple dan apabila dia komen dekat blog kita, dalam masa yg sama dia pun menghrapkan kita akan komen juga dekat blog dia. *terpulang pada individu*

    selain itu, ianya juga dpt mengeratkan ukhuwah sesama kita..

    sekadar pendapat saya.. mohon jangan ada salah tafsir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, tiada salah apa-apa tafsiran atas komen MyMy. Itulah pengalaman yang saya dapat dan dikongsikan apa yang saya fikirkan.

      Sebab pernah saya meninggalkan komen berupa soalan untuk keterangan lanjut tapi tiada jawapan dan yang berbekas hanya - hampa.

      Jadi, jika kita lakukan perkara yang sama kepada orang lain, mereka juga akan berasa begitu. Bolehlah kita beranggapan seperti apa yang kita rasakan.

      Terima kasih atas komen baik. :)

      Delete
  17. Salam.....
    Banyak sudah komen..
    yang bernas...........
    Alhamdulillah.......
    Setakad nie Tirana..tak miss reply...

    ReplyDelete
  18. nice blog... salam kenal

    TambelanBlog.com

    ReplyDelete
  19. Beri komen dan juga membalas komen sangat-sangat penting dalam dunia blogging. Tanpa komen, bererti tiada pembaca. tiada pembaca, tiada lah trafik. Jadi, tanpa semua itu, sesebuah blog kelihatan kosong, sunyi. Macam tiada apa-apa yang menarik.

    ReplyDelete
  20. kalau balas komen, orang akan gembira :)

    ReplyDelete
  21. sokong semua stetmen di atas! hihihi

    ReplyDelete
  22. Ya sy akn mmbls komen2 d blog sendiri wlupn org yg komen tu dh x dtg blog kte lg lps tu sbb bg sy mmbls komen tnda sy lbih mnghargai seseorg itu . Dan mmg akn mnmpakkan ramah disitu . Bkn mudh utk org komen entri kte, jd cuba sbaik mungkin utk mnghargai. :)

    ReplyDelete
  23. Talif perlu membalas komen, pada saya semoleknya balas komen di ruang komen rakan blogger. Apapun jika perlu jawap komen di ruang komen sendiri boleh juga jika perlu, berdasarkan apa komen tu, bertanya !. Pada saya komen perlu sebagai jalinan interaksi maya. blog bagaikan rumah sebagaimana dalam penjelasan entry Taliif. Adapun mungkin yg belum drop komen ialah kekangan masa on air. So para blogger kena banyak positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yap, pandangan yang baik. terkadang mungkin kerana kekangan masa kita tidak dapat memberi komen atau membalas apa-apa komen. Sentiasa positif dan bertolak ansur dengan keadaan sekeliling :)

      Delete
    2. apabila membaca respons 'etuza', saya juga berpendapat yg sama. Seelok nya jika kita membalas di ruang komen rakan blogger. Lainlah jika komen blogger berbentuk soalan / pertanyaan.

      Kadangkala perlu juga komen di ruang sendiri, agar nampak mesra dalam kalangan rakan bloggers.

      wallahualam.

      Delete
  24. perlu?? x perlu kot?? ermmm... hukumnya harus ar... ahakz... makruh?? ermmm... tak wajib.... sunat?? ermmm....

    ReplyDelete
  25. Bagi saya perlu. Tapi bila dah terlalu banyak komen tu. Sampai 40 50 komen, takkan nak balas semua kan. Nanti tak pasal-pasal buang masa balas komen ja. Pendapat saya la bro. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tidak semua komen akan kita balas. Mungkin ada yang bernas dan membina atau yang memerlukan jawapan. Kita boleh tetapkan sebanyak mana yang akan kita sendiri balas.

      Delete
  26. suka balas komen mereka... tetapi sebab sibuk, jadi balas komen pun lambat...
    interaksi dua hala penting... ^_^

    ramai dah yang komen blog taliff.. =)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.