Monday, July 23, 2012

RAMADHAN BULAN UNTUK MENDIDIK DIRI SENDIRI

D alam khutbah jumaat lepas, khatib telah menyampaikan tajuk tentang bulan yang sangat dinantikan oleh seluruh umat islam didunia - Ramadhan.
Bersabar Dalam Menempuh Ramadhan | Gambar : sumber
Dalam khutbah tersebut, khatib telah juga menyebut ramadhan adalah salah satu bulan pendidikan. Ini membuatkan saya terimbas kenangan lama ketika masih kanak-kanak. Zaman ketika mula-mula berpuasa dan mengerjakan apa sahaja yang semua orang lakukan dalam bulan tersebut termasuk membantu Ibu membuat kek lapis sarawak. 


Saya kembali teringat, berpuasa adalah kerana satu niat yang salah - Duit. Kerana Ayah tidak mahu terlalu memaksa untuk kami adik-beradik menunaikan ibadah wajib tersebut (masih kecil), beliau menawarkan ganjaran duit untuk yang berjaya berpuasa penuh.

Kerana itu, saya sendiri lihat keazaman saya dan adik-adik untuk menahan diri dari makan dan minum walaupun terasa teramat letih, lapar dan dahaga. Ini menyebabkan kami malas untuk melakukan segala kerja. Kadang-kadang perbuatan ini akan menyebabkan Ibu mengamuk :) Kami tidak endahkan hanya kerana RM10.

Masa berselang ganti dan RM10 bukan lagi satu ganjaran dan dinanti. Namun, Pendidikan dan objektif yang Ayah fikirkan sebenarnya telah tercapai dengan Ilmu yang didapati dari sekolah menerangkan lagi tujuan dan erti sebenar berpuasa bulan Ramadhan - Satu kewajiban.

Ramadhan - bagi saya dari kecil sehingga kini adalah salah satu bulan yang penuh cabaran dan penuh dengan peraturan ketat. Walaubagaimanapun, ia juga salah satu bulan penuh kerahmatan didalamnya. Umpama seorang cikgu disiplin sekolah, setiap peraturan dijaga dan tidak boleh dilanggar. 


Ia membuatkan kita risau dan sentiasa menjaga tingkahlaku, sekaligus membuatkan kita lebih terkawal dan berdisiplin dalam sekolah.

Itulah Ramadhan, bulan dimana kita cuba untuk mengenal lebih dalam lagi perihal diri dan memberi pendidikannya. Dalam bulan ramadhan, diberikan cabaran untuk berpuasa. Bukan hanya berlapar dan dahaga tetapi juga menghindarkan perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa.

Justeru, ini memberikan peluang untuk menentukan sejauh mana kita mematuhi peraturan. Dengan mendapatkan tanda aras tersebut, kita mampu untuk menilai sejauh mana ikhlas, sabar, taat, patuhnya diri sendiri kepada sesuatu arahan.

Ya! kita mampu untuk menipu orang lain - bukan diri sendiri.

Ramadhan juga mendidik untuk sentiasa mendisiplinkan diri dan mengambil peluang. Semua sudah sedia maklum bahawa dalam bulan ramadhan turunnya pelbagai kebaikkan dan nikmat seperti yang telah dijanjikan. Juga , dalam bulan ini, segala amal baik mendapat kebaikkan berlipat kali ganda.

Jadi, walaupun dalam keadaan badan yang mungkin sedikit lemah kerana tidak makan dan dahaga, ia tidak membataskan kita untuk melaksanakan tugasan harian seperti biasa. Malahan tugasan harian yang dilakukan kerana ibadah mendapat ganjaran yang berlipat ganda - Menguatkan mentaliti dalaman! 


Paling indah, bulan Ramadhan juga, diturunkan Malam Lailatul Qadar untuk menjadi rebutan setiap insan. Sekaligus, ianya mendidik untuk mendisiplinkan diri, berusaha dan terus patuh dan yakin untuk mendapatkan segala keistemewaan Ramadhan setiap hari selama sebulan - Insya-Allah.

Kebiasaan sekarang, menjelangnya Ramadhan akan timbul bazaar-bazaar Ramadhan yang menyajikan 1001 jenis kuih yang menarik, sedap dan pelbagai. Kerana perut lapar pasti akan semua menjadi keinginan - Hati-hati!

Perbuatan itu hanyalah dorongan nafsu dalam diri. Jika dituruti dan akhirnya terlalu banyak berbelanja sehinggakan tidak dihabiskan makanan tersebut. Ia akan menyebabkan satu perkara pasti - Pembaziran. Kenapa berlakunya pembaziran sedangkan saranan Agama Islam adalah bersederhana dalam setiap perkara (berjimat-cermat)?

Inilah yang juga didikan kepada diri kita dalam bulan mulia ini, sentiasa membezakan kemahuan dengan keperluan. Ramai sedar akan perkara ini TAPI tidak mengambil kisah tentangnya. Berbelanja dengan apa yang dikehendaki oleh hati, bukan keperluan. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mengenal kekuatan dan kelemahan nafsu - Untuk ditewaskan!

Belajarlah membezakan keperluan dan kemahuan.

Sememangnya banyak perkara yang boleh kita pelajari dalam bulan berpuasa, bulan ramadhan. Jadikanlah amalan dan tabiat yang kita lakukan didalam Ramadhan sebagai satu tabiat dalam bulan lain. Insya-allah akan menjadi lebih baik kita hari ini dari semalam. Jadikan pendidikan dari bulan Ramadhan untuk mempelajari tentang diri sendiri dan sentiasa mengambil peluang untuk membaikinya.

Soalan : Apa Yang Anda Pelajari Daripada Pengalaman Berpuasa Anda? Tinggalkan Komen Anda Dalam Ruangan Komen Dibawah.

26 comments:

  1. mana la dpt gmbr tu..comel je..hehe didik semuanye bulan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh klik sumber di atas. Ya, sebab itulah Ramadhan juga dinamakan bulan pendidikan.

      Delete
    2. selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa....

      Delete
  2. "Lail Ramadan ialan Bulan pendidikan"

    info yang bagus =)

    ReplyDelete
  3. Yang pastinya PPP mula puasa penuh semenjak umur 9 tahun :)

    ReplyDelete
  4. keluarga Sop x pernah beri ganjaran utk berpuasa :)
    kesedaran dr diri sendiri, zaman remaja pernah terpengaruh dgn rakan2 ponteng puasa.. hahahah
    bila kita faham kewajipan, dgn sendiri kita akan lakukan bukan?

    ReplyDelete
  5. dapat makan makanan sedap tu lah ganjaran saya bila berpuasa masa kecil dulu :)

    ReplyDelete
  6. bagusnya entri ni.... dari kecik hingga besar kita dididik dengan ramadhan akan menghayatinya semasa berpuasa. indahnya puasa itu hanya sebulan sahaja dalam setahun.

    p/s: lagi indah bagi kaum lelaki yang dapat puasa penuh selama sebulan...

    ReplyDelete
  7. semoga kita bersama memanfaatkan bulan ramadhan yang mulia ni.. walo pon entry agakk panjang penuh dengan isi.. best baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Korn kerana membaca keseluruhan Entri. Saya terperasan yang entri ini agak panjang dan risau akan tidak mendapat sambutan daripada pembaca.

      Terima kasih banyak sekali lagi. Saya amat menghargai usaha Korn untuk membaca. :)

      Delete
    2. kalo entry panjang selitkan sikit dengan gambar selingan selepas bbrapa perenggan... xde la bosan sgt nak bace nnti...

      Delete
    3. setuju...biasanya saya baca entry sekali pandang je, tapi entry ni sangat menarik minat saya untk membaca dengan lebih teliti, mungkin olahan dan susunan ayat begitu teratur...kalau ditambah dengan gambar akan lebih menarik....

      Delete
    4. @Korn : Insya-allah....Sebab selalunya Polisi saya satu gambar, satu entri. Mungkin boleh digunakan untuk entri yang lain kelak (jika panjang). Terima kasih atas nasihat

      @Rosnizawati : Terima kasih kerana sudi membaca.

      Delete
  8. mendidik perut aku supaya kempis sedikit... hahahahha...

    ReplyDelete
  9. duit untuk mengajar

    itulah yang saya buat untuk 2org ank buah pd ramadhan kali ni.alhamdulillah respon masih berpuasa hingga hari ini.

    ReplyDelete
  10. Taliff, terbaik memang taliff kaya dengan ilmu yang bernas. Puasa memang mendidik jiwa kita bersabar ..insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza...semoga mendapat kebaikkan daripada bulan Ramadhan Ini.

      Delete
  11. Assalammualaikum.

    "Kita mampu untuk menipu orang lain - bukan diri sendiri"

    Itu ayat yg saya cedok dientry ini, dan itu jugalah yang saya pelajari masa berpuasa dizaman kanak2 dulu.

    Masa kecik lu, dikalangan sepupu, ibubapa saya lah yang paling menitik beratkan perihal puasa ni.. sepupu2 sy yg lebih tua 2,3 thn ketika itupun tak berpuasa mana. Satu hari, dikampung, spt biasa, mrka mengajak saya kekedai KakTon (smpai skrg kedai tu ada lgi,hehe). Saya cakap tak boleh, saya puasa.. kanak2 kan, mereka dok goda saya, pe lagi, ikutlah juga kekedai tu.

    Mak dan makcik2 smpt pesan "jangan cuba2 buka posa". Saya angguk2kan saja. Sudahnya, saya beli aiskrim dua,ekekeke, dan yg bestnya, spupu2 sy pun 'berjanji' tuk sembunyikan prkra ni.

    Mana mungkin kanak2 leh tipu org dewasa yg jauh lebih berpengalaman..smpai je umah opah, kami buat mcm biasa, tpi makcik2 duk ngusik.."aaa, beli apa tadi", smbil tergelak2, tersenyum2 diorg..mak saya pun tersenyum2 juga.

    Rasa bersalah sngt wktu tu..rasa macam buat dosa besar-menipu. hehehe. Bila dah besar ni, fikir2 balik, ramai je org dewasa yg buat cmtu juga..heh3 (-_-)

    Entry kali ni agak panjang..tpi..point utamanya, lana kira, soal didikan? Boleh tidak nak kongsi pandangan Wardina Safiyah kat tv baru ni?

    Dia kata, msyrkt patutnya didik anak kecil kewajipan bersolat dulu, baru puasa..tpi kita bnyk melakukannya scra terbalik. Sibuk suh anak berposa sdgkn kewajipan utama, paling atas ialah solat fardhu.

    Satu lgi, cara dia nak memastikan anak2 tak menipu (mcm yg sy menipu tdi,heh3). Dia didik anak2nya tuk gtau mummy mereka, kalau tak larat berpuasa, just gtau terus umi. terangkan pada anak2, mrka belum diwajibkan tuk berpuasa. jadi, kalau rasa haus, gtau mummy, mummy bagi air..kalau lapar pun cmtu juga.

    Saya kira..kita dah bnyk mlakukan ksilapan dlm mendidik anak2..lbh2 lgi zmn skrg, anak2 lbh bijak..lana rasa, kena lebih telus..kena bijak bagi penerangan pada mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lana memang sentiasa memberi komen yang penuh dengan kualiti. Terima kasih.

      Betul tu, mendidik memang patut mengikut turutan. Solat 5 waktu kemudian puasa. Mungkin kerana puasa hanya datang sekali sekali itulah sebab kita menentikan kedatangannya. Solat tiap-tiap hari tapi tidak pula dilakukan.

      Jadi, pendidikan kepada diri kita juga. Jika kita mampun merebut untuk melakukan solat sunat sebanyak 8/20 rakaat kenapa tidak pernah cuba untuk mengambil iktibar tersebut dan melakukannya kepada solat wajib. Itu juga pendidikan kepada diri.

      Apapun itu yang terima kasih atas komen Lana. :)

      Delete
  12. singgah sini juga.. follow anda disini/
    selamat berpuasa utk awak yea :)

    ReplyDelete
  13. based on my exp, exam di bulan ramadhan amat best sbb memori berada pd tahap terbaik :)

    ReplyDelete
  14. Yup. Setuju. Bulan Ramadhan, bulan pendidikan. Di bulan inilah kita didik diri kita, org di sekeliling untuk buat lebih banyak ibadat. Mungkin awal nya, itu kerana bulan ini kita mendapat ganjaran yang lebih. Tpi ketahuilah bahawa, alah bisa tegal biasa. Bila hari-hari setiap ibadat wajib dan sunat dijadikan rutin di bulan Ramadhan, insyaAllah akan terus-terusan untuk waktu2 yang seterusnya. InsyaAllah.

    Teringat zaman kecil2, mak dengan ayah bagi upah RM1 sehari jika puasa. Waktu balik kampung, travel jauh pun, Ety sayang nak buka puasa kerana mengingatkan duit RM1 tu :)

    Salam Ramadan Al Mubarak :)

    ReplyDelete
  15. nice...perlu diambil iktibar...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.