Wednesday, July 25, 2012

TANGGUNGJAWAB BLOGGER DIBULAN RAMADHAN

B erkongsi itu baik. Terutamanya, seorang blogger. Memberi maklumat dan memberi pelbagai maklumat sebagai panduan dan perkongsian bersama kepada pembaca.

Berhati-hati Apabila Berkongsi | Gambar : sumber
Bagaimana pula tersalah kongsi? 

Berkongsi maklumat palsu dan salah kepada pembaca. Akhirnya, si pembaca yang datang mempercayainya dan kemudian memanjangkan perkara salah tersebut. Bukankan itu bagai satu wabak yang memberi penyakit kepada semua secara perlahan - Tapi Pasti.


Perkara inilah yang sering kali saya fikirkan dan sehingga sekarang baru terasa untuk menulisnya. Terbaca sebuah entri rakan di blogosphere yang bertajuk 5 Perkara Pelik Berlaku Di Bulan Puasa memberikan kekuatan atas entri saya kali ini. Karutan yang membawa pengertian dan juga sebuah pengajaran.

Terutamanya dalam bulan Ramadhan. Bulan ini akan banyak timbulnya entri-entri yang tertumpu kepada tajuk Ramadhan. Apabila tajuk tersebut berkaitan pahala dan dosa, sememangnya ia sudah menyentuh perihal keagamaan sedangkan tidak tahu sahih atau tidak sesuatu perkara. 

Hati-hati dalam share menge"share" - kata yang ada betulnya.

Pernahkah kita terfikir akan batas yang perlu dijaga sebelum memberikannya kepada orang lain? Jika diberi kambing kurang sihat kepada pembeli, pasti sahaja mereka akan mendapat daging kurang enak bukan. Daging itu tentunya bukan dimakan oleh seorang tapi beramai-ramai.

Sanggup untuk menanggung tanggungjawab tersebut?

Jadi disini beberapa tanggungjawab yang perlu dijaga batasnya supaya tidak tersasar dan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain terutamanya dalam bulan Ramadhan ;

1. Sahih Atau Tidak - Berkongsilah perkara yang benar-benar sahih dan betul. Terutamanya dalam  keagamaan. Berkongsi itu satu perkara yang baik dan sangat digalakkan. Tapi, periksalah kesahihan sesuatu perkara sebelum berkongsi. 

Saya pernah berkongsi satu kesilapan dengan berkongsi perkara yang tidak betul. Tapi, telah membuang entri tersebut setelah tidak pasti kesahihannya setelah mendapat teguran seseorang. Kesan daripadanya, saya lebih berhati-hati dalam berkongsikan tentang satu perkara.

2. Kongsi Kebaikkan - Ramadhan bulan mulia yang terkandung banyak nikmatnya. Jadi kongsikanlah perkara yang baik dan benar. Jika berada dibulan ramadhan ditegah untuk melakukan perkara yang tidak baik. Panjangkanlah tegahan itu dalam entri blog, kongsikanlah perkara yang baik dan menyenangkan hati - Sendiri dan pembaca. 

Contohnya, saya terbaca satu entri berkaitan si blogger yang marah kerana teman lelaki dirampas orang lain. Siap diletakkan gambar perempaun yang dikatakan perampas. Bulan puasa bercerita perihal merebut lelaki kenapa tidak ceritakan perkara bagaimana untuk merebut dan mendapatkan malam Lailatul Qadar?

3. Jangan Lupa Tanggungjawab -  Blogger adalah manusia. Justeru sebagai seorang manusia yang punyai tanggungjawab kepada diri sendiri dan Allah SWT, dalam bulan mulia ini banyakkanlah melakukan amalan yang dituntut dalam bulan Ramadhan dan bahagikan masa bukan hanya untuk bersama blog.

Menjadi penulis juga punyai daya untuk mempengaruhi minda dan tindakan orang lain. Justeru, jaga batasan untuk menyampaikan sesuatu dan bertanggungjawab untuk memberikan yang terbaik dan sahih kepada pembaca terutamanya dalam perihal keagamaan - Agar semua mendapat kebaikkan

Namun begitu, tidak harus dilupa sebagai seorang blogger, kita adalah seorang manusia yang punyai tanggungjawab. Jadi, tidak harus dilupa tanggungjawab diri kepada yang Maha Esa. Semoga mendapat yang terbaik daripada-Nya dan kedatangan Ramadhan menambahkan peluang untuk mendapatkan yang terbaik.


Soalan : Apakah Juga Yang Patut Dilakukan Oleh Seorang Blogger Bagi Mengimarahkan Bulan Mulia, Bulan Ramadhan?  Tinggalkan Cadangan Anda Dalam Ruangan Komen Dibawah

27 comments:

  1. mia dah komen kat entri tu... apa2 pun kena rujuk pada yang pakar kalau berbicara mengenai agama.

    di bulan ramadhan ini sama2 lah kita muhasabah diri dan berkongsi apa yang telah disahihkan oleh fatwa kita.

    ReplyDelete
  2. wuaaa...ko dah huraikan apa yang sebenarnya dalam otak aku ni... sesungguhnya aku tak mampu nak tulis macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat Idea Daripada blog TK. Terus huraikan apa yang terlintas.

      Delete
    2. Betul kata TK..

      Kebolehan utama abgtaliff dalam penulisan - HURAIAN.

      ^_^

      Delete
  3. saranan untuk poin 1: bicara tentang bidang masing2
    saranan untuk poin 2, 3: drmaza.com , zaharudin.net

    ReplyDelete
  4. Sop lebih suka cerita ttg peribadi sbb pasti betul dan benar..
    agak bahaya kalau menulis, publish ttg agama ttp tidak tahu kebenaranya
    menulis pasal politik ttp ayat yg salah..
    menulis perkara negatif, mmg kena jauhkan :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro. Mungkin lebih baik menulis perkara yang kita minati dan faham. Jangan menulis sesuka hati tanpa usul periksa. Bahaya, takut nanti membawa perkara yang salah.

      Delete
    2. tu la pasal.. jangan cari risiko, kang kena saman lak...

      Delete
  5. sekiranya sy x pasti dgn apa yg sy kongsikan, sy x suka2 publish ^^

    ReplyDelete
  6. setuju...tp kadang, ada blogger yg nak bergurau...contohnya, tajuk haram pakai tudung...tp isi kandungan entry tue, haram pakai tudung saji...eh, takut la plak...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu cuma satu strategi sebenarnya...hehehe

      Delete
  7. betul tue talliff.. setiap entri yang kita taip diharapkan dapat memberi manfaat kepada pembacakan. bulan puasa nih pun fyna jarang online time malam. selesaikan tarawikh terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...kongsikan yang sahih dan yang betul..agar maklumat yang disampaikan juga adalah betul...bukan palsu...

      Delete
  8. Ha, yep2.. Betul3..
    Kita, tak boleh main share2 je. Sebagai seorang Muslim, kite kena berfikiran kritis bab2 share-menge'share' ni.. supaya nnti kita x akan dipertanggungjawabkan dgn apa yg kite share kan pada public.. pesanan untuk saya jugak..

    Bagus entri ni.. mengingatkan pembaca tentang kepentingan memastikan kesahihan berita sebelum disebarkan.. :)

    ReplyDelete
  9. jangan sebarang share maklumat, kalau benda itu tak sah/membawa kemudaratan ,kan?

    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ia amat memudaratkan...pastikan kita punyai kesahihan sesuatu perlara sebelum berkongsi.

      Delete
  10. Salam.

    Saya rasa, perkara ni ringkas sebenarnya.

    Cuma, kadang2 segelintir kita terlalu excited, shingga lupa nak ambil kira faktor2 sahih, benar dan tepat. Ini bukan soal agama saja, termasuk lah kerja2 amal (yg ini antara yg plg sng nak nmpak kan?selain share hadis2 dan kata2 dari Ustaz Azhar Idrus..eh? heh3)

    Abgtaliff..orang kita kekurangan motivasi.

    Dan, bagi saya, kalau kita tiada asas pengetahuan agama yg kuat, berkongsi sesuatu yg melibatkan motivasi pun dah cukup..bercerita, melalui gambar, lukisan, video klip, lirik lagu.. apa saja, asal membawa kearah kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah...semoga idea untuk menulis seperti yang Lana cadangankan akan terus menerus mengalir.

      Delete
  11. setuju dgn Tinta Lana dan kwn2 yg lain..
    sepatutnya perlu lebih peka..
    sblm tekan PUBLISH, perlu ambil kira
    beberapa aspek spt kesahihan, sumber & sbg.
    saya takkan sesekali publish entry yg
    menyentuh sensitiviti mana2 pihak..
    nescaya natijah bakal mncul kelak =P





    slm ramadhan,
    cik ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Ana. Walaupun kita punyai Kebebasan untuk menulis apa sahaja, namunkita perlu punya "limit" atau garis panduan yang perlu dijaga.

      Delete
  12. setuju.tambah2 bab hukum.....
    exmple- qaza

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.