Monday, August 20, 2012

APA YANG SUDAH DIPELAJARI DARI BULAN RAMADHAN

B ulan besar Ramadhan sudah pun berlalu dan sesudah itu seluruh umat islam akan menyambut bulan kemenangan iaitu Syawal. Kemenangan kerana berjaya melaksanakan kewajiban menunaikan puasa Ramadhan selama sebulan - Tahniah.

Pelajari Pelajaran Ramadhan | Gambar : sumber
Semoga semua amalan diberkati dan diterima.

Alhamdullilah, walaupun pelbagai rintangan dan dugaan kerja dihadapi, berjaya mengharunginya. Bukan hanya itu sahaja tapi banyak lagi cabaran yang secara tidak langsung mencabar diri. Semoga juga, amalan saya, isteri dan keluarga juga diterima di sisi Allah swt.


Apapun itulah Ramadhan, bulan penuh cabaran dan rintangan tapi penuh keberkatan dan hikmah. Setelah sebulan melaluinya, pelbagai perkara yang kita telah peajari daripada Ramadhan.

Justeru, antara perkara yang sepatutnya sudah kita pelajari daripada Ramadhan adalah;

1. Bersabar - Tiada perkara lain yang lebih banyak akan kita pelajari dari pada menambah ketahanan dan sifat sabar dalam diri. Kita ditegah daripada melakukan perkara yang boleh memudaratkan dan membatalkan puasa. Bukan itu sahaja, tugasan harian membuatkan kita semakin penat dan letih. Semua keletihan itu, membuatkan diri semakin kuat untuk bersabar bagi menghadapi Ramadhan dengan lebih sempurna.

2. Bangun Awal - Antara ciri orang berjaya mereka bangun lebih awal bagi memulakan hari. Bulan Ramadhan kita akan bangun awal pagi untuk bersahur sebelum berpuasa. selama sebulan kita belajar dan membiasakan diri untuk bangun awal dan bersahur. Justeru, dengan amalan yang sudah sebulan kita lakukan, kita pelajari dan terus lakukannya. Jika mampu kita lakukan dalam bulan ramadhan kenapa tidak bulan lain?

3. Bijak - Nafsu sering menjadi pendorong supaya kita melakukan perkara yang sia-sia. Namun, pada masa yang sama akal pula memberikan nasihat untuk membuat timbang tara ke atas sesuatu pilihan. Oleh itu, dengan pengalaman puasa yang ada, sepatutnya pemikiran kita dan tindakan menjadi lebih bijak. Kita akan lebih bijak menilai antara kemahuan dan keperluan. Antaranya adalah ;
  • Makanan untuk berbuka - Membeli terlalu banyak hingga membazir
  • Berkata-kata - Banyak sia-sia daripada yang utama
  • Berbelanja Raya - Besar-besaran daripada bersederhana
  • Tenaga - Mensia-siakan tenaga diri lebih kepada kelakuan/perbuatan tidak sesuai
4. Mengenal Diri - Diri diuji dengan pelbagai rintangan dan cabaran dalam bulan ramadhan. Fizikal dan mental diuji dengan pelbagai rintangan yang wajib dihadapi. Semakin kuat rintangan semakin banyak kita mengenal kekuatan dan kelemahan diri. Tahap Pemikiran, peribadi, dan kesihatan semuanya kita kenali dan pelajari untuk memberikan yang terbaik. 

Kita manusia, semakin diuji semakin kita kuat untuk mencari jalan untuk menyelesaikannya, ia sekaligus mendorong kepada kekuatan berfikir. Begitu juga kepada tubuh manusia. Berpuasa merupakan satu proses untuk menyihatkan tubuh badan kerana ia meningkatkan imuniti badan melawan penyakit.

Tiada siapa yang lebih tahu akan diri kita selain diri kita bukan.

Sememangnya banyak hikmah tersurat dan tersirat daripada Ramadhan yang patut kita pelajari dan aplikasikan. Pengalamanan yang telah kita lalui janganlah hanya pada bulan tersebut tapi jadikan pelajaran  Ramadhan tersebut untuk kita hadapi bulan-bulan yang lain dengan lebih baik. 

Semoga semua yang kita telah hadapai dengan perih dan payah tidak disia-siakan.

Soalan : Apakah Pelajaran Yang Telah Anda Dapati Daripada Ramadhan? Kongsikan Pengalaman Anda Dengan Meninggalkannya di Ruangan Komen.

3 comments:

  1. Ramadhan mmg byk mengajar kita seperti yg taliff nyatakan :)

    ReplyDelete
  2. ramadhan memang banyak fadilat, dari segi kesihatan amat2 berkesan semuanya rahmat Allah kepada umatnya.Tahniah ya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.