Friday, August 3, 2012

BAGAIMANA CARA UNTUK MENULIS ENTRI BLOG DENGAN SCORRE

Dalam pembabitan awal dalam blogging, saya tidak pasti apakah gaya tulisan sendiri. Tanpa membuat apa-apa persediaan awal apa yang saya lakukan hanya duduk dan bermula. - Menaip tanpa panduan.

Menulis Dengan Teknik | Gambar : google
Kadang-kadang apabila dibaca semula, seperti entri yang ditulis sepertinya tidak tersusun dan kadang-kadang keluar dari tajuk - ke laut


Mungkin ketika itu masih tidak tahu bagaimana teknik atau cara terbaik untuk menulis entri blog.

Saya akui setiap antara blogger punyai cara dan berat entri masing-masing. Ada yang menulis entri blog yang mungkin agak santai, ringkas dan mudah. Ada juga yang menulis agak panjang, perlukan masa untuk membaca dan perlukan tumpuan. Penulisan entri blog begini, sering kita jumpa dalam blog infomasi yang sememangnya perlukan ulasan dan kupasan lanjut.

Justeru, tidak dinafikan penulisan begini amat perlukan ketelitian dalam penulisan bagi memberikan rentak dan tulisan yang baik. Tujuan utama adalah supaya pembaca tidak tertinggal dengan informasi yang cuba  disampaikan dan juga memberi keseronokan - Seperti membaca novel :)

Kaedah menulis entri blog dengan SCORRE adalah kaedah yang kini saya gunakan dalam menghasilkan entri blog. Terus terang saya katakan, kaedah ini saya pelajarinya sendiri daripada seorang blogger professional (belajar dari penulisan entri).

Kaedah ini memberikan satu bingkai untuk penulisan supaya ianya tidak tersasar dan mengumpul sumber yang mencukupi bagi penulisan sesuatu entri blog sebelum ianya di "Publish".

Apakah SCORRE? Secara Ringkas SCORRE bermaksud ;

S - Specific Idea/Subjek
C - Central Theme
O - Objective
R - Rationale
R - Resources
E - Evaluation.

Bagaimana untuk menggunakannya? Tapi sebelum itu, anda lihat dulu satu contoh rangka tulisan saya yang menggunakan SCORRE.

Page 1
Page 2
Penulisan ini saya gunakan dalam menghasilkan entri blog bertajuk Kemahiran Hidup Bukan Sekadar Pelajaran Sekolah. Anda boleh nilai sendiri penulisan tersebut dan bandingkan dengan contoh SCORRE di atas. Semua perkara didalam tersebut menghasilkan satu rangka sebelum terhasilnya entri tersebut.

Saya terangkan serba ringkas bagaimana menggunakan SCORRE berpandukan gambar diatas. Seperti anda boleh perhatikan, setiap satu berfungsi sebagai satu gari panduan kepada kita ;

1. S (Subjek) - Apakah idea penulisan anda kali ini? Ini adalah tajuk besar sebelum anda memilih tajuk kecil atau tujuannya. Saya seperti gambar rajah di atas memilih kemahiran hidup sebagai fokus kali ini.

2. C (Central Theme) - Jika sudah memilih subjek anda. Sekarang cuba pilih tema apa yang ingin anda ulas. anda boleh bertanya anda sendiri dengan teknik ini. Tanyakan soalan terhadap subjek yang anda pilih diatas. Maksudnya, anda mungkin mempunyai 5 tajuk jika teknik tersebut gunakan dengan baik.

3. O (Objective Statement) - Ini adalah sokongan kepada tema pilihan. Sama ada menyokong dengan cara pemujukan atau membenarkan objektif tema tersebut dengan Rasional.

4. R (Rationale) - Inilah bahagian isi-isi yang akan kita ulas satu persatu. Pilihlah sebanyak mana rasional yang memberi kekutan kepada objektif tema. Kemudian pilih yang terbaik untuk diulas. Ini mengelak kita daripada mengulang sebab atau faktor yang sama dalam memberi pendapat.

5. R (Resources) - Seperti anda lihat dalam gambar diatas. Ini adalah bahagian dimana kita akan menentukan tajuk sesuai untuk entri tersebut. Di sini juga kita akan menyenaraikan gambar yang akan digunakan, pautan yang akan kita letak dalam entri tersebut sama ada dari sumber blog sendiri atau orang lain. Mungkin ada pendapat orang lain untuk kita menyokong penulisan, kita bolehlah simpan dahulu diruangan ini - elak daripada terlupa.

6. E (Evaluation) - Ini adalah fasa dimana kita sudah mula memilih kata kunci untuk entri tersebut. Menulis entri perlu sampai kepada pembacanya. Jadi kata kunci penting untuk kebolehcarian dalam search enjin.

Kemudian bolehlah mengikut panduan terakhir seperti diterangkan dalam gambar tersebut. Jangan kuatir kerana saya pasti anda tidak akan hilang arah dan tujuan dalam menyiapkan entri anda. Setelah memeriksa dan berpuas hati, akhir sekali - "Publish". Kemudian berdoa agar ilmu perkongsiaan anda memberi manfaat kepada semua.

Jadi, itulah contoh ringkas yang mampu saya terangkan. Bagaimana saya menggunakan kaedah SCORRE dalam menulis dan menghasilkan entri blog sebelum dipersembahkan kepada anda.

Semoga ianya memberi manfaat kepada semua - Selamat mencuba.

"Soalan : Adakah Anda Fikir Cara Ini Memberikan Impak Dalam Penulisan Saya? Tinggalkan Pandangan Anda Diruangan Komen"

18 comments:

  1. Assalammualaikum..

    "Adakah Anda Fikir Cara Ini Memberikan Impak Dalam Penulisan Saya? Tinggalkan Pandangan Anda Diruangan Komen" - Bahagian ini juga termasuk dalam SCORRE eh abgtaliff??

    Saya sudah mengorek SCORRE smsa abgtaliff beritahu sblm ni. Saya membayangkan yang, menulis blog, tak jauh beza dgn menulis karangan. ada rangkanya. Dan karangan pula, ada yg menulis sehingga 300 pth perkataan, ada pula terus pd sinopsisnya.

    Samalah juga menulis entri..ada yg panjang..ada yg direct terus pd point yg nak disampaikan.. err, sy buat perbndgn sndiri je ni,keh3.

    Aaa..sy kurg berkemahiran mengaitkan entri dgn gmbr. Tak tahu mau letak gmbr pa..paut2 link boleh la..tpi nak bubuh gmbr yg sesuai..sy salu makan masa tang ni.. sudahnya, tak letak gambar.syok sndiri menulis,hehehe.

    Menjawab persoalan tu.. urm, sangat memberi impak, sehinggakan saya dah lupa abgtaliff punya style menulis dulu macamana.. Rasa macam baca entri M.H versi melayu pun ada :)

    Saya harap, kalau ada yg kata entri terlalu serius ke, tersusun ke, abaikan saja ia. Bukan mudah nak jumpa penulisan blog berilmiah spt ini.

    Cuma satu komen ingin diberi..kalau abgtaliff ada masa, perbanyakkan BW..untuk memperkenalkan blog..sy tau, skrg faktor kekangan masa..ditambah tanggungjwb baru. Tapi, alang2 dah 4 tahun dalam dunia menulis..saya kira, dah tiba masa tuk luaskan lgi 'lingkaran itu'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ini ajaran MH :) Jadi menggunakan dengan baik apa yang beliau ajarkan. Ilmu juga boleh didapati daripada pembacaan bukan.

      Soalan seperti memberi "pencuci mulut" kepada pembaca. Jadi ia penting untuk menyimpul dan mengalakkan lagi apa yang mereka sedang fikirkan.

      Berkaitan BW...akan dilakukan bila rasanya ada peluang. Memang diakui agak kurang ber "BW". :)

      Terima kasih Lana kerana sering memberi bantuan dan semangat.

      Delete
  2. aku nak komen... tapi rasanya macam tak layak... Sebab aku rasa mutu penulisan aku agak tak boleh ikut SCORRE ni... Susah aku nak ikut...

    ReplyDelete
  3. mia pun tak ikut scorre tu jgk..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mengapa. Ini cuma satu perkongsian tentang cara bagaimana untuk menulis entri supaya ianya lebih tersusun dan tidak hilang punca.

      Cara ini juga sebenarnya boleh mencetuskan idea jika terasa seperti dilanda "mental block".

      selamat mencuba.

      Delete
  4. mia punya entri sempoi je... huhuhu.. hebat dan kagum dengan taliff...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mia. Ini cuma satu perkongsiaan bagaimana cara menulis entri sekarang. Semoga bermanfaat untuks semua.

      Delete
  5. teknik yg mantap dan Sop percaya x semua mampu buat
    tahniah kepada Taliff

    teknik Sop?
    hentam belasah hehehe
    yg biasa Sop buat, intro isi dan penutup.
    masukkan info yg membantu pembaca krn itu yg pembaca mahukan.
    kalau menulis guna tepun, lagi merapu meraban entry Sop.. hehehe

    nice sharing bro taliff

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank SOP, semoga cara ini memanfaatkan semua.

      Delete
  6. slalu sy terlebih dulu akan taip semua di notepad.. next, sy akan pastikan tiada ayat yg berulang2 dlm perenggan yg sama kecuali terpaksa ulang.. pd peringkat preview sy akan baca smpai puas ati, smpai sy rasa xde ayat yg serabut.. klau ok baru sy publish.. yg pasti sy akan pastikan en3 sy simple & direct ^^

    ReplyDelete
  7. Panduan yang bagus. tersusun! nice3~~ ^^

    ReplyDelete
  8. cara penulisan kita banyak dipengaruhi daripada kehidupan sekeliling kita. terpulanglah pada mereka yang membaca dan menilai dari sudut yang baik atau sebaliknya :) semoga apa yang para blogger cuba sampaikan memperoleh manfaat bersama ^^

    ReplyDelete
  9. Menulis ikut mood kadang-kala. Jika mood baik yang datang, entri yang terhasil baik.

    ReplyDelete
  10. sy tulis ikot rasa je sbb xnk bg org bosan wlaupown sbenarnya org bosan . papepown thanks tuk tips ni :)

    ReplyDelete
  11. kalau ikut kan, apa yg talif ckp ada betulnya...tp kalau blogger kebanyakannya tulis hentam je termasuk tirah...hehe...bukan ape...xreti susun kasi kemas...

    ReplyDelete
  12. bila menulis,ikut mood,tpi sejak praktikal ne,,,suka tulis ceta berterusan tentang pljr.....mcm best pula :D

    ReplyDelete
  13. bagus sgt tips ni.. ni baru la betul2 menulis utk asah minda! hehe tme ksh abg taliff.
    tp kan kan, kalu cemgini mau nye sebulan skali bru sy dpt hapdate :P

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.