Friday, August 31, 2012

KENAPA PERLU KITA HAYATI DAN HARGAI KEMERDEKAAN

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 kepada Malaysia. Sebuah bumi kecil yang sudah menempah nama besar atas pentas dunia.
Bendera Malaysia, Hayati Kemerdekaan | Gambar : sumber
Sejak daripada bangku sekolah, kita semua sudah didedahkan dengan Hari Kemerdekaan. Kita diajarkan tentang sejarah bagaimana pemimpin masa lepas berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan dunia demi membebaskan Malaysia.

Dan akhirnya pada 31 Ogos 1957 - Malaysia Merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dengan pengiktirafan itu, Malaysia terlepas daripada belenggu negera-negara penjajah yang sentiasa cuba untuk menjadi tuan kepada empunya tanah. Sejarah mengajar kita tentang betapa pentingnya kebebasan negara. Dengan itu, tidak harus kita lupakan segala perjuangan demi sebuah kemerdekaan.

Antara cara terbaik kita untuk terus menghargaai kemerdekaan adalah dengan menghayatinya. Menghayati perjuangan para pejuang kita demi menegakkan hak rakyat Malaysia ke atas tanahnya.

Antara sebab kenapa kita perlu hayati dan hargai kemerdekaan kerana;

1) Hak Milik  - Jika kita punyai sebuah rumah kediaman dan sudah pasti ia menjadi sebuah tempat untuk kita berlindung dan merasa selesa berada di sana. Namun, apa akan jadi jika rumah kita sudah diceroboh atau menjadi tempat orang lain dengan sesuka hati. Adakah kita akan menjadi selesa dan tenteram didalamnya? 

Sudah tentu tidak. Kita akan terasa keselamatan dan tiada pegangan atau pemilikan ke atas rumah tersebut sepertinya - tiada.

Jika negara kita masih dijajah dan orang luar dengan sesuka hati memonopoli hak kita, apakah perasaan kita akan tenteram dan masih terasa terlindung ketika itu?

2) Meneruskan Perjuangan - Kita juga pejuang negara walaupun tidak dengan mengangkat senjata. Semua sedar, untuk mendapatkan sesuatu adalah lebih mudah berbanding menjaganya daripada terlepas. Dengan era teknologi yang sangat pantas, penjajahan boleh dilakukan dengan hanya berada dari jauh.

Musuh yang paling dikuatiri oleh semua orang bukan orang lain, tapi dikalangan kita sendiri - Gunting dalam lipatan.

Hanya dengan orang lain menjajah minda pemikiran rakyat kita, ia sudah mampu untuk meruntuhkan sebuah negara. Berwaspada dan jangan buta sejarah asal usul dan perjuangan kita.

3) Merdeka Sebuah Hijrah - Tamadun Islam berkembang apabila berlakunya sebuah Penghijrah Nabi Muhammad saw (dan penganut Islam) dari kota Mekah ke Madinah. Hijrah bukan hanya dari sebuah kota ke kota lain, tapi hijrah dari kekangan musuh kepada sebuah kebebasan.

Jika Malaysia masih sebuah negara yang dijajah, adakah rakyat kita akan mampu maju? Walaupun masih mampu maju, adakah rakyat akan terlepas daripada penindasan? Semua bukti pernah diceritakan dalam sejarah. 

Sebuah tamadun hanya mampu berkembang jika ada ruang kebebasan dan merdeka. Adakah kita sekarang masih mahu dikekang oleh penjajah?

Dalam dunia moden sekarang, penjajahan masih terus berlaku. Internet adalah contoh senjata paling berkesan untuk menjajah- Menjajah minda.

Runtuhnya rakyat petanda awal bakal runtuhnya sebuah negera. Jadi hayatilah dan hargailah kemerdekaan. Ia akan menjadi perisai dan senjata balas dalam kita menangkis segala anasir yang boleh merosakkan bangsa dan negara tercinta Malaysia.

Percayalah penjajahan tidak akan membawa satu kebaikkan pun kepada kita semua.

Soalan : Kenapa Bagi Anda Kita Perlu Menghayati Dan Menghargai Kemerdekaan? Kongsikan Pendapat Anda dalam Ruangan Komen Dibawah. Terima Kasih

13 comments:

  1. Salam.

    Penjajahan memang takkan mengundang sedikitpun kebaikan.

    Kemerdekaan tu..bagi lana.. kebebasan..ketenteraman..tak banyak benda yang kita boleh buat bila hilang dua2.

    Jawapan untuk persoalan abgtaliff mudah saja. Kemerdekaan antara penyebab utama kesenangan hidup lana sekarang. Boleh bergerak kemana2, bebas menyuarakan pendapat, hidup dalam kekenyangan (ekkkk (-_-), boleh online dengan tenang. Paling penting, dapat hidup happy dengan ahli keluarga.

    Semua ni takkan dapat punya kalau negara ni huru hara. Tengo berita luar negara pun dah tahu..

    ReplyDelete
  2. Merdeka itu cuti... Cuti jalan raya open house...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terima kasih Sis. Selamat Hari Merdeka.

      Delete
  4. salam kemerdekaan
    moga akan aman sentiasa :)

    ReplyDelete
  5. hmmmm... belum tentu lagi kita boleh hadapi hidup pada zaman penjajahan yang perit tu.... huhuhu

    merdeka.... merdeka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semua mendapat manfaat daripada kemerdekaan tu.

      Delete
  6. merdeka.. satu perkataan yg ringkas tapi amat bermakna kpd org yg tahu menghargainya ^^

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.