Thursday, August 16, 2012

KURANGNYA PENGLIBATAN BLOGGING DALAM BULAN RAMADHAN DAN SYAWAL

M ungkin ada yang terperasan saya seperti kurang aktif dalam berblogging dalam bulan ramadhan ini. Hanya mengeluarkan entri tapi langsung tidak menyentuh chatbox blogger lain (blogwalking). Mohon maaf kepada yang mengharapkan disinggah semula.
Mengunakan Masa Dengan Berkuaiti | Gambar : sumber
Apa yang dapat saya lihat akibat kurangnya "bersosial" di blog mengakibatkan turunnya pengunjung ke blog. Itu sudah pasti kepada blog yang masih tercari-cari arah seperti blog saya. :). Sememangnya untuk berjaya dalam blogging juga perlukan usaha keras bukan?


Apapun pada perkiraan, kemungkinan saya akan lebih kurang terlibat dalam bulan syawal kelak. Antara sebab yang akan mendorong kepada kurangnya aktiviti saya kelak ;

1. Aktiviti Bulan Syawal (Bulan Raya dan Bulan Kemerdekaan)
2. Kerja
3. Aktiviti luar kerja yang telah di jadualkan.
4. Idea (re-tuning)

Sememangnya masa dan tenaga akan menjadi kekangan besar dalam melibatkan diri berblogging kelak. Ya, satu halangan yang akan lebih membuatkan blog semakin parah jika tidak di atasi. Saya dapati, berikutan pemilihan tajuk atau arah penulisan yang kurang "mesra" juga faktor kekangan kepada idea yang sangat perlukan pembacaan dan pengamatan sebelum membuat penulisan.

Mungkin sebab itu, penulisan secara terbuka adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan penulisan yang hanya berada dalam satu jaringan. Tapi, saya tetap terima cabaran tersebut. Insya-allah, ilmu itu luas- cepat atau lambat akan tetap temui jalannya kelak. Hanya tinggal kita untuk mencarinya.

Justeru untuk menyelesaikan masalah di atas supaya tidak membawa kepada kegagalan blog ini, saya akan cuba untuk menetapkan jadual ( atau penjadualan semula) untuk terus mengeluarkan entri. Antara strategi yang dirancangkan,

1. Jumlah entri dan pemilihan tajuk -Tetap mengeluarkan entri sebanyak 3 kali seminggu tapi tiada kekangan dibawah tajuk yang sepatutnya ada setiap minggu (Motivasi, Kepimpinan, Produktiviti, Media sosial dan Pelbagai). Mungkin juga lebih kepada pelbagai kerana tajuknya yang lebih bebas. :)

2. Kata-kata Motivasi - Mengeluarkan hanya "quote"/ kata-kata motivasi jika masa amat tidak mengizinkan. Walaupun ia agak pendek dan tidak digemari oleh google, saya akan memastikan blog ini penuh dengan koleksi kata motivasi yang berguna.

3. Bersosial - Maksudnya tidak langsung mengeluarkan entri tapi menyatakan kehadiran dengan meninggalkan komen, ber'blogwalking" dan mengunakan sosial media untuk mendapatkan pembaca baru. sebenarnya masih kurang mahir dalam menggunakannya - sesiapa ada cadangan?

4. Tajuk baru? - Terlalu berada dalam zon sendiri sebenarnya boleh mendatangkan satu dinding yang bakal menyekat jalan kita sendiri - itu fakta. Jika ingin mendapatkan sesuatu yang lain, kenalah rajin untuk menjelajah dan mencari perkara baru. Mungkin belum masanya tapi boleh difikirkan bukan?

Itu sahajalah yang mampu saya fikirkan sekarang. Agar tidak saya tenggelam dalam bidang yang diminati. Jika gagal juga, sekurang-kurangnya saya masih boleh mencuba :) Apapun ia bergantung kepada diri sendiri, hendak seribu daya, tidak hendak sejuta alasan.

Hidup juga seperti melakukan eksperimen. Kita sentiasa boleh mencuba, jika gagal tukar strategi untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki.

6 comments:

  1. mia pun tak sempat nak blogwalking..dah sibuk nak raya..

    ReplyDelete
  2. ujikaji adalah satu proses belajar yg penting x putus asa :)
    selamat hari raya bro taliff

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya
    beraya dengan isterilah kan tahun ni

    ReplyDelete
  4. Apakah??? Tallif bw itu mmg x boleh dielakakan... untuk terus berhubung dgn blogger lain. Jika tidak kita akan tenggelam (juga hampir lemas) klw terus tidak menyentuh cbox teman2...

    Apa kata it's only a suggestion :) Mutallif join group2 blogger yg hebat2 di facebook, dan setiap kali entry baru dikeluarkan jgn lupa ping kan di wall group2 tersebut... (dimana semua ahli group dapat updates from your latest entry) provided you have to join and being approved by the group admin.

    That's how i do it currently :) tak banyak tapi PPP dapat ramai kawan baru :)... cuba la.. klw malas bw ini lah cara terbaik kot... good luck

    and SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PPP atas cadangan yang baik tersebut. Salah satu cara yang terbaik adalah cara yang dicadangkan oleh PPP :)

      Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda.