Wednesday, August 1, 2012

PENGUMUMAN | PENGURUSAN NILAI

Dalam minggu ini, anda mungkin perasan saya sepertinya tidak datang menjenguk dan meninggalkan jejak seperti biasa. Ini kerana saya masih terlibat dalam satu bengkel Pengurusan Nilai "Value Management" untuk sebuah projek yang telah di adakan bermula dari 30 Julai sehingga 3 Ogos, 8 pagi sehingga 11 malam.

Kerana Tugasan | Gambar : sumber
Oleh kerana itu, pasti saya tidak akan dapat mengeluarkan entri wajib untuk yang akan dikeluarkan setiap awal bulan - Pemberi Komen dan Entri yang telah disiarkan untuk bulan Jun.

Walaubagaimanapun entri tersebut akan saya selesaikan sebaik sahaja selesai tugas nanti, insya-allah.

Walaupun tidak dapat online seperti biasa, saya mendapat beberapa soalan yang telah dilontarkan oleh beberapa pembaca bertanyakan bagaimana untuk "melakukan sesuatu" dalam entri 7 Teknik Mudah Seo. Saya akan cuba menjawabnya apabila tugas selesai kelak. 

Saya juga punyai satu tugas yang juga masih belum selesai dimana terdapat permohonan untuk membuat sedikit tutorial/penerangan ringkas bagaimana untuk berblog dari seorang pembaca sebagai panduannya. Jadi, sekarang masih terfikir bagaimana untuk mengstrukturkan(seperti sebuah buku panduan) entri tersebut. Mungkin anda punyai idea? boleh bantu saya dengan meninggalkan cadangan baik anda dalam ruangan komen.

Apapun, saya sebenarnya sudah menyiapkan satu entri bagaimana atau cara untuk menulis blogpost atau entri anda kesayangan anda. Ia adalah salah satu cara dengan membuat rangka tulisan supaya ianya nampak kemas dan teratur bagi memudahkan idea yang anda curah tidak disia-siakan - Nanti sahaja kemunculannya pada 3 Ogos, tepatt pukul 8 malam.

Semoga anda akan menyukainya (bolehlah bantu dengan share di facebook atau tweet di twitter - Tekan sahaja butang share atau tweet di atas entri - Terima Kasih kerana membantu :) )

Berjumpa lagi dalam entri yang akan datang. Selamat Berblogging.

6 comments:

  1. takpe... pentingkan tugas tu dulu. blog ni, bila tak bz bolehlah ngadap..

    selamat menjalankan tugas dengan jayanya...

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Tak berapa paham: sekarang masih terfikir bagaimana untuk mengstrukturkan(seperti sebuah buku panduan) entri tersebut.

    Abgtaliff nak kami bagi idea yg macamna?? Bagaimana untuk berblog tu, luas betul tu pertanyaannya..

    ReplyDelete
  3. Sy tk jumpe pon button like n share

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.