Wednesday, August 8, 2012

TERIMA KASIH DATUK LEE CHONG WEI

I tulah perkara "trending" yang berlaku di twitter sebaik sahaja Malaysia menyaksikan harapan seluruh Malaysia untuk melihat emas pertama olimpik 2012, di London melalui sukan badminton tidak kesampaian.

Datuk Lee Chong Wei Melakukan Jumpin Smash | Gambar : sumber
Keputusan perlawanan tersebut mulanya menyebelahi kepada Datuk Lee Chong Wei dengan kemenangan 15-21 dan kemudian tewas dalam set ke-2 dan set penentuan dengan 21-10 dan 19-21 masing-masing. Perlawanan badminton perseorangan lelaki yang hampir sempurna dan saya pasti hampir seluruh negara menyaksikannya.

Bagaimana anda? Saya pasti anda seperti sangat susah bernafas menonton pertembungan dua jaguh dunia itu bukan? Begitu juga situasi saya. Tidak senang duduk sambil menaip tweet di twitter.

Kita semua bersedih apabila harapan kita sandarkan kepada Datuk Lee Chong Wei berkecai tapi apa yang membanggakan ialah rakyat Malaysia pada hari tersebut bersatu walaupun berada dimana sahaja. 

Dalam laman twitter contohnya, dalam masa satu minit sahaja 16,847 tweets mengatakan tentang perlawanan antara Lee Chong Wei dan Lin Dan. Tentang Lee Chong Wei sahaja mendapat sebanyak 9,800 tweets seminit!

Pada malam perlawanan sahaja Datuk Lee Chong Wei mendapat hampir 500,000 tweet dan menambah pengikut sebanyak 50,000 orang sepanjang 24jam selepas perlawanan tersebut. 

Dengan hastag #ThankYouLeeChongWei menjadi "trending" semalaman dan berada ditempat ke-3 seluruh dunia. Mungkin terdapat 2 faktor yang menjadi penyebab kepada fenomena ChongWei di twitter ialah ;

1) Kerana harapan dan keyakinan Rakyat Malaysia dalam memperolehi emas di Olimpik dan
2) Penguna Twitter yang ramai di Malaysia.

Bila digabungkan ia seperti menjadi letusan perasaan di seluruh dunia melalui twitter. Walaupun kecewa, tapi rakyat Malaysia tetap menyanjung perjuangan Datuk Lee Chong Wei.

Kata-kata pengulas ESPN malam tersebut juga seperti kecewa tapi bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei, sehingga beliau mengeluarkan satu rangkap yang sememangnya sangat tepat dengan gambaran perlawanan pada malam tersebut. Katanya,

"Lee Chong Wei such a great guy, but Lin Dan a little bit Arragont. Skills win You Medals but Attitude wins Hearts"

Ada betulnya bukan?. Seluruh rakyat Malaysia menyokong Datuk Lee Chong Wei apabila beliau memohon maaf melalui twitter setelah gagal mendapatkan emas namun rakyat Malaysia mengatakan tidak perlu memohon maaf dan beliau tetap disambut sebagai wira bangsa.

Bangga untuk menjadi rakyat Malaysia! Untuk Datuk Lee Chong Wei, terima kasih kerana perjuangan hebat  tersebut.

Mari kita bergandingan meraikan Malaysia! Gemuruh!



Sekali Lagi Terima Kasih Datuk Lee Chong Wei! Menyebabkan saya semakin bangga menjadi Anak Malaysia!

Soalan : Adakah Bangga Dengan Pencapaian Datuk Lee Dalam Final Badminton Olimpik tersebut? Kongsikan Perasaan Anda Di Ruangan Komen.

9 comments:

  1. 1st komen kot he he he as salam taliff lama nya tak nampak taliff bw.. (ok lari topik sat) ni way... i salute you LCW... itu jer kbai ha ha ha >..< (tak leh ckp lebih2 sbb terharu tgk dia terduduk bila lin dan menang :P)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersibuk sangat dengan kerja. Maaf ye PPP

      Delete
  2. xtgk final cz dh dlm bas.huhuhu
    congret LCW!!


    nk share ttg 1 komen kt fb
    "perjuangan LCW dunia semata2.kita doakan moga dia peroleh hidayah dlm bjuang utk akhirat dan menuju ke alam rumah tangga"

    cmtu la lbih kurang ^_^ peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjuang untuk negara juga satu perjuangan. Untuk komen FB tu, mungkin lebih kepada religion. Kita semua harapkan yang terbaik dan hidayahNya. Insya-allah.

      Delete
  3. Masa pusingan pertama, gembira sudah..
    x sangka akhirnya Lin Dan bangkit
    tp puas hati walapun kalah sbb DLCQ bermain dgn penuh semangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu....masa pusingan pertama gembira bagai dah. Ingatkan akan tercapai emas olimpik pertama Malaysia. Tapi, apakan daya.

      Apapun Tahniah DLCW!

      Delete
  4. aku keciwa dan hampir hampir diserang sakit jantung...

    ReplyDelete
  5. hmmm.. bukan senang nak pikul tanggungjawab negara.... mia tidak sempat tengok masa tu. takpelah kan, sekurang-kurang kita hargai usaha sungguh-sungguh dan pengorbanan beliau... terbaikkkk...

    ReplyDelete
  6. kagagalan hari ni semangat untuk hari mndatang . tapi kita sume tetap bangga dgn DLCW .

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.