Monday, September 24, 2012

KATA-KATA MUTIARA DAN KENAPA KITA PERLUKANNYA DALAM KEHIDUPAN

Dari dulu hingga hingga sekarang, pada pandangan saya mungkin sudah terdapat berjuta kata-kata mutiara atau kata-kata motivasi di seluruh dunia. Dari tahun ke tahun akan ada sahaja kata mutiara atau motivasi yang baru.
Kata-Kata Mutiara | Gambar : Sumber
Apa itu kata motivasi atau kata-kata mutiara? Ia adalah sebuah kata-kata yang ringkas, padat dan seringnya mencetuskan semangat dalam diri sesiapa yang membacanya. Kata lain, kata motivasi atau kata-kata hikmah ini juga boleh dinamakan sebagai kata-kata pencetus motivasi atau kata semangat.

Kata motivasi atau kata mutiara datang dari sesiapa sahaja. dari tokoh terkenal, ketua, ibu-bapa atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling. Jika anda terasa tercetus semangat dengan sebuah rangkap kata, itulah kata-kata mutiara untuk anda.

Terdapat pelbagai kata mutiara dan ia boleh dikategorikan seperti berikut;

1) Motivasi
2) Kepimpinan
3) Kehidupan
4) Kejayaan
5) Kebahagiaan
6) Inspirasi

Dan banyak lagi jenisnya. Tapi yang pasti, ia adalah satu rangkap kata-kata yang punyai hikmahnya dan boleh mencetuskan semangat anda.

Kita, sebagai manusia biasa amat perlukan dorongan. Dan antara cara yang biasa kita gunakan dalam hidup adalah melalui kata-kata yang baik dan memberi semangat. Sebagai sesiapa sahaja kita atas muka dunia, kata motivasi seperti memberikan satu senjata kepada semangat kita.

Dalam ketika sedang saya menjadi seorang anak, menjadi seorang pelajar, menjadi seorang pekerja, menjadi seorang pengikut, menjadi seorang pemimpin dan pelbagai lagi tugas, kata motivasi atau kata mutiara penting dalam menyemarakkan semangat dalam diri.

Jadi antara kenapa perlunya kata-kata mutiara kepada kita adalah ;

1. Pencetus Inspirasi - Kata saya sebelum ini, kata-kata mutiara datang dari tokoh ternama. Kata mereka sebenarnya datang dari pengalaman yang pernah mereka lalui. Justeru, ia membawa erti kita juga boleh berjaya dengan cara mereka. Seiring dengan kata yang telah mereka ungkapkan dalam rangkap kata mutiara tersebut - Menjadi sebuah Inspirasi.

2. Pencetus Semangat - Kita yakin inspirasi daripada pemberi kata-kata tersebut adalah melalui pengalaman masam manis mereka sebelum mencapai berjaya. Jadi dengan keyakinan tersebut, ia sekaligus mencetus semangat atau motivasi untuk mencapai apa yang kita impikan dan menjadi tabah dalam mengharungi sesuatu dalam kehidupan. Kita pasti boleh.

3. Persediaan - Hidup semalam tidak mungin akan sama dengan hari ini. Bulan depan tidak akan sama dengan bulan sebelum atau tahun ini tidak mungkin sama dengan tahun depan. Jadi, persiapkanlah diri untuk menghadapai kemungkinan yang akan datang. Jadikanlah kata mutiara yang ada sebagai motivasi bagi menempuh kemungkinan yang ada.

4. Peringatan - Sepanjang jalan, cabaran dan kekangan pasti akan akan menerjah - antara sedar atau tidak. Ia pasti akan membuatkan dorongan atau motivasi dalam diri semakin terhakis dan nipis. Kerana kurangnya dorongan dalaman, ia boleh membuatkan kita terlupa atau tersasar akan tujuan atau matlamat harian kita. Oleh itu, dengan mengingat kata-kata mutiara atau motivasi, ia menjadi satu peringatan untuk mengharungi cabaran demi mencapai matlamat - semoga tidak kita hilang arah.

Semakin bijak dan tingginya ilmu seseorang, semakin banyak pengalamannya sehingga mereka mampu mengeluarkan kata yang sangat baik dan mampu mendorong semangat dalam diri. Itulah sebabnya juga, kata mutiara dari mereka abadi sehingga hari ini.

Kata-kata mutiara, motivasi yang mendorong datangnya dari pengalaman luas seseorang terutamanya tokoh ternama, jadi kita gunakan pengalaman mereka agar kita juga mampu menempuh setiap saat atas perjuangan kita dengan lebih baik dan bijaksana.

Soalan : Apakah Kata-Kata Mutiara atau Motivasi Penting Bagi Anda? Kongsikan Pendapat Anda Dengan Meninggalkannya di Ruang Komen.

7 comments:

  1. kata kata motivasi hari ni... ermmm... nak tidur! ngantuk.,.

    ReplyDelete
  2. lama tak terjah ke blog ni, memang 6 perkara itu amat memotivasikan. Syukran ada masa ke laman taliff ni..teruskan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-allah. Semoga semua akan mendapat manfaat bersama. Terima kasih Etuza

      Delete
  3. betul tu... sebab kita ni bukannya perfect dan mudah lalai... kata2 ini sedikit sebanyak akan mengingatkan kita supaya sedar.....

    ReplyDelete
  4. tq singgah blog sy...yup..kata2 mutiara ni kengkadang boleh jdikan sbg pendorong,peingatan kpd kita...jangan sekadar mencatatkan atau melafazkan tp x memotivasikan diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jika hanya melafazkan sahaja mungkin tiada yang mungkin berubah.

      Kata-kata motivasi adalah satu pendorong kepada semangat dan gunakan pengertian kata tersebut sebagai pedoman dan panduan. Insya-allah berkesan

      Delete
  5. yee .. walaupun hanya kata2 .. ia tetap memberi semangat .

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.