Monday, September 17, 2012

MEMAHAMI ERTI SEBUAH KERJASAMA(SENDIRI DAN KUMPULAN)

Bersama-sama melakukan sesuatu. Itu mungkin satu jawapan ringkas lagi tepat kepada pemahaman kita dalam memahami kerjasama.
Kerjasama Penting Dalam Pasukan | Gambar : sumber
Tapi, apakah kefahaman kita betul terhadap maksud sebenar kerjasama setelah di aplikasikan dalam kerja-kerja seharian dan aktiviti-aktiviti harian bersama orang sekeliling atau kumpulan? 

Adakah ia mudah seperti yang kita sebut.

Mahu atau tidak, setiap hari kita perlukan kerjasama dalam aktiviti harian kita. Pernahkan anda terlibat dalam mana-mana kumpulan yang punyai tingkat disiplin tinggi sama ada di sekolah ataupun universiti seperti kadet polis, pengakap, pandu puteri dan lain-lain. Jika ya, pasti pernah anda terlibat dengan satu rutin wajib - berkawad kaki.

Pengalaman saya sendiri, berkawad kaki sempena terlibat dengan program (pertandingan) perbarisan dan rapat raksasa untuk menyambut hari lari TYT Negeri Sarawak baru-baru ini. Ia memberikan pengalaman baru (pertama kali terlibat) dan memberi banyak pengajaran dalam memahami erti kerjasama.

Jadi, inilah pemahaman saya tentang sebuah erti kerjasama yang dapat dilihat dan dipelajari dalam aktiviti tersebut.

1. Kerjasama Kepada Diri Sendiri - SKUAD HEN-TI! Arahan dengan suara nyaring ketua kontinjen dalam perbarisan tanpa menoleh ke belakang. Ada yang berhenti dan ada yang tidak. Kepada yang tidak alasannya - suara tidak kedengaran kerana suasa bising dalam stadium(semasa latihan).

Ia bagai meletakkan satu petanda kepada ketua untuk meninggikan lagi suaranya. Namun, juga petanda serampang dua mata kepada kontinjen perbarisan untuk lebih sentiasa peka dan lebih bersiap sedia dengan sumber suara yang kurang kedengaran.

Kedua-dua pihak punyai tanggungjawab yang perlu dipikul untuk membentuk kumpulan tersebut. Untuk memudahkan proses berkerjasama dengan diri sendiri amat penting. Sebagai contoh, ketua kontinjen yang mungkin suaranya tidak kedengaran akan lebih menguatkan suaranya atau memanjangkan sebutan arahan.

Dan, setiap seorang kontinjen sudah menghitung dan bersedia ditempat dan masa arahan bakal dijatuhkan. Sekali gus, meningkatkan lagi kepekaan telinga terhadapa arahan yang bakal bila-bila masa dijatuhkan.

2. Kerjasama Kepada Pasukan - Kerjasama pasukan adalah semangat asas bagi sebuah kumpulan. Ia penting kerana setiap pasukan atau kumpulan punyai tujuan dan objektif akhir yang sama. Semangat kerja sepasukan akan menentukan berjaya atau gagalnya mereka dalam mencapai tujuan yang telah ditetapkan.

Inilah sebab kenapa sebuah organisasi punyai visi sendiri. Menandakan itulah hala tuju mereka.

Kiri! Kanan! Kiri! - Kiraan untuk menentukan kaki yang akan berada dihadapan semasa kawad.

Bayangkan apa akan terjadi jika kiraan dibuat oleh orang depan tidak sama dengan belakang. Siapakah yang betul, adakah barisan hadap atau belakang?

Ia mudah. Kenapa? Kerana sebab itulah dalam pasukan punyai seorang ketua yang akan mengepalai barisan tersebut dan menjadi penanda aras kepada setiap perbuatan kumpulan. Jika, terdapat kaki yang tidak mengikut kiraan betul dalam perbarisan, rujuk kepada ketua pasukan bagi mencapai penyelesaian.

Itulah antara sebab kenapa sebuah pasukan punyai seorang ketua pasukan.

Bagi ahli kumpulan/perbarisan pula, ia sudah menjadi tanggungjawab wajib untuk mengikuti setiap arahan ketua. Dan, menegur antara sama lain untuk kebaikkan satu yang sangat digalakkan. Bukan untuk menunjuk tapi hanya untuk kebaikkan dan kemajuan bersama.

Jadi, dengan memahami kerjasama yang baik antara ketua dengan pasukan dan dikalangan ahli, ia melancar dan memudahkan mereka mencapai objektif yang ditetapkan. Andai ada yang langsung tidak punyai semangat untuk memberikan kerjasama dan memberikan yang terbaik.

Akan tersasar dan mungkin hancur tujuan pasukan - Pasti!

Sememangnya kerjasama adalah alatan penting dalam mana-mana pasukan mahupun organisasi kerana misi dan objektif yang sama. Akan pincang jika  alatan tersebut tidak digunakan dengan baik. Namun, harus kita ingat kerjasama bukan hanya berhasil kerana pasukan, tapi ia juga kerana diri seseorang dalam menerima dan memberikan yang terbaik untuk pasukan.

Soalan : Apakah Yang Anda Faham Tentang Kerjasama? Kongsikan Pendapat Anda Dalam Ruangan Komen Dibawah.

9 comments:

  1. macam yang berlaku kat tempat kerja mas.. dari group pertama sampai la group yang k4..kami kene berkerjasama selesaikan tugasan kitaorang.paling best group ke 3. mereka terbaik.tolong menolong tanpa mempersoalkan semula, ikhlas, rajin. seronok berkerja.tapi akan lemah bila group k4 ni mereka bukan 'one team'. susah nak berkerjasama sebab mempersoalkan, berkira..hemmm..

    ReplyDelete
  2. yoo hoooo...kembali ke anena be lock...perg..lame tak bukak belog ko....bagus2....visi aku nak jadi ops....rahsia..:P

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum abgtaliff.

    Ooo.. melalui pengalamn baru..berkawad ya.. :) Firstly, tahniah! hehehe. Berkawad nampak macam mudah kan? jalan n hayun tgn..tpi tak.

    Kali pertama saya mengenali dunia kawad..darjah 5.. zero, taktau apa2. Kerapkali, saya sbg org baru (tiba2 cikgu kelas suh masuk kawad,ciss) tersalah langkah..jalan macam robot. Lama kelamaan, jadi seronok bila mula dapat rentak.

    Kerjasama..saya rasa kena ada sikap saling memberi n menerima. Saya ambil cth dari pnglmn sndiri.. saya paksa, kerahkan tenaga untuk mencukupkan ahli kump kawad sediada..tpi pda masa sama, org lama kena bersedia terima sy yg taktau apa2 psl berkawad..tiap kali canggung langkah, sepatutnya tak boleh la marah2. Tegur dan perbetulkan jika gerakan saya tak mengikut rentak kumpulan.

    Satu yang WAJIB dalam berkerjasama ni..urm, tak boleh ada lebih dari sorg ketua. Cukup sorang ketua. Sorg penolongnya. Dan ahli, kalau ada pa masalah2, kalau tak leh ckp direct pda ketua, beritahu pembantunya.. Ada sstgh masalah dalam berkumpulan, memg wajar dibincgkan ramai2. Tapi, kalau ia melibatkan sumtin yg more personal..cth mcm tak puas hati ngan si A, si B..better adukan pada yg lebih atas, supaya dia boleh ambil tindakan. Jangan pula bercerita sesama ahli, leh jadi lain nanti.

    Satu lagi..kepentingan berkumpulan mengatasi kepentingan peribadi. Dan, bila dah sampai tahap ni, salunya memang kumpulan tu akn jadi kumpulan terbaik ^_^

    ReplyDelete
  4. Mia dulu2 rajin join kawad kaki. Memang penat tapi best... Kerjasama kena ada dalam pasukan. Kalau tak.. Berterabur nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat Penting untuk diri sendiri dan dalam kita hidup berkomuniti

      Delete
  5. Mantab nih Artikel nya (y) Thanks sob . Follow saya sob nanti pasti saya folback kok

    http://share4rt.blogspot.com/

    Salam Blogger Share4rt

    ReplyDelete
  6. kerjasama nampak ringkas tetapi jika dr awal tidak dipupuk.. mmg hnacus.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.