Monday, September 3, 2012

SENARAI SIKAP POSITIF YANG PERLU UNTUK BERJAYA

Sikap adalah salah satu perkara atau lumrah wajib dalam diri setiap manusia. Walaupun dipelusuk mana pun kita berada di dunia. Berbeza bahasa dan adat, namun masih punyai sikap atau perangai tersendiri.

Untuk Berjaya | gamber : sumber
Sama ada keluarga sendiri, rakan-rakan mahupun teman sekerja - Semuanya berbeza. Mereka terkadang amat menghiburkan, membosankan atau sangat memeningkan.

Sikap sebenarnya adalah satu faktor atau motivasi yang menentukan tindakan seseorang manusia. Sebagai contoh seseorang akan cepat marah jika dia tidak punyai kesabaran yag tinggi dan sering melakukan kesilapan jika terlalu gopoh. Sikap yang betul amat penting untuk berjaya.

Justeru, saya fikir anda memang sudah pasti tahu terdapat pelbagai sikap manusia di atas muka dunia. Tapi, untuk berjaya sikap positif atau betul amat penting. Apakah sikap-sikap positif untuk maju dan berjaya? 

Senarai sikap-sikap yang penting atau positif dan perlu ada demi mencapai kejayaan diri adalah ;

  1. Punyai Cita-Cita
  2. Tunjuk Minat
  3. Berusaha
  4. Berdedikasi
  5. Berdikari
  6. Konsisten
  7. Sabar
  8. Sentiasa Belajar
  9. Rendah Diri
  10. Berfikiran Positif
  11. Bercakap Benar
  12. Bersyukur
  13. Berani 
  14. Bertanggungjawab
  15. Berdisiplin
  16. Fokus
  17. Merancang
  18. Yakin
  19. Bertuah
Itulah senarai sikap yang sentiasa ada dalam peribadi seorang yang sangat inginkan kejayaan dan peningkatan dalam hidup. Dalam pengamatan saya sendiri, orang sekeliling yang sedang berusaha untuk mencapai sesuatu "berjaya" dan yang sudah berjaya punyai sikap seperti yang disenaraikan di atas (walaupun tidak semua). 

Anda juga pernah melihat dan merasainya bukan - Ya, saya yakin.

Sama ada untuk menjadi seorang yang berjaya ketika sedang berada dalam pengajian atau berjaya ditempat organisasi kita berkerja, sikap memainkan peranan penting selain segala kemahiran yang ada.

Semua sikap di atas sebenarnya adalah melalui pengamatan dan pengalaman kepada kejadian sekeliling. Seperti saya katakan sebelum ini, hidup umpama satu uji kaji. Jika gagal untuk mencapai sesuatu, kita boleh ubah pendekatan, masa dan apa sahaja untuk mencapai objektif - fahami dan pelajarinya. 
Soalan : Apakah Lagi Sikap Yang Perlu Untuk Berjaya? Tambahkan Senarai Tersebut Dengan Meninggalkan Pendapat Anda dalam Ruangan Komen. Terima Kasih.

16 comments:

  1. Assalammualaikum.

    Abgtaliff,

    Fleksibel - Tidak terlalu mengikut peraturan.

    Pengalaman semasa belajar dahulu, saya cuba mengikut jadual yg dibuat sendiri. Ia tak salah,cuma sstgh perkara/keadaan diluar kawalan kita. Jadi, kena ada fleksibiliti, supaya mudah menyesuaikan diri dengan segala perubahan yang ada.

    Fleksibiliti ni..aaa..kena berganding dengan merancang dan konsisten. Terlalu mengikut perancangan dan terlalu menjaga konsistensi pun tak boleh juga saya rasa (dalam sesetengah perkara), sebab nanti mungkin yg terjerat,diri sendiri.

    Satu lagi,

    Menepati masa - Antara sikap yang patut ada, ciri paling ketara dalam golongan orang berjaya. Tak perlu dihurai panjang yg ini kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Lana, sememangnya masih banyak sikap yang perlu untuk berjaya.

      Delete
  2. setuju dgn lana.

    hadapi dengan senyuman

    ReplyDelete
  3. sikap yang perlu ada, bersederhana...

    ReplyDelete
  4. setuju ni taliff, tahniah.bagus entry ni...

    ReplyDelete
  5. setuju sangat..tak rugi lepak kat blog ni sbab bnyak mmberi mnfaat utk mia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semua mendapat manfaat bersama :)

      Delete
  6. kalau ada semua sikap2 ini...alangkah bertuahnya diri ini. bukan senang nak kekalkan sikap yang macam ni...huhuhuh

    ReplyDelete
  7. nice sharing, taliff ^^

    no. 16 mudah ilang bila terlalu penat.. tapi no. 19 tu jarang2 berlaku kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. No.19 memang jarang berlaku tapi ada cara supaya ianya tidak terlepas.

      Delete
  8. datang terjah lagi..nak membaca bahan baru taliff, di mana taliff? moga sihat ya

    ReplyDelete
  9. i like your blog please.. go to my blog and give coment in my blog, I waiting for you..

    ReplyDelete
  10. Betul tu saya setuju sangat memang itu sikap positif yang perlu. Tapi itu lah, saya ni nak berdisiplin tu yang susah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap adalah perkara terpenting dalam apapun tugasan atau pekerjaan yang kita lakukan.

      Delete
  11. tiada manusia yang mempunyai semua ini. tapi kita masih boleh mencuba.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.