Monday, October 8, 2012

5 SEBAB MENGAPA PERLUNYA BERCAKAP PERKARA BAIK SETIAP HARI

S etiap hari, setiap masa kita akan berkomunikasi dengan orang lain dan juga mungkin diri sendiri. Seribu satu perkara yang akan kita perbincangkan dan ada sahaja topik yang akan dibawa ada baik ada mungkin tidak.
Berkomunikasi Dengan Kata Yang Baik | Gamber : sumber
Orang lain pula akan sentiasa menilai kita. Salah satu antara caranya - melalui kata-kata yang diucapkan. Pada pendapat saya, kita sebenarnya adalah apa yang kita ucapkan - setiap hari. Dan perlunya bercakap perkara baik setiap hari adalah penting kepada diri.

Kata-kata datang dari hati (niat) dan ia akan sampai ke hati.

Pengalaman saya ketika masih berada dalam pengaijian, ada seorang rakan sering berkata perkara yang merendahkan semangatnya sendiri. Contohnya, mengatakan beliau akan gagal perperiksaan, tidak mungkin akan mampu menghabiskan pengajian dan pelbagai perkara tidak baik atau negatif. Dia kelihatan sepertinya tidak ceria, tiada semangat dan sangat merendah diri.

Tapi, setelah didekati dan dinasihati (secara terus terang) bahawa dia harus mengetepikan perasaan negatifnya oleh rakan-rakan beliau semakin berubah. Yang menakjubkan, perkara pertama yang kami   tekankan adalah untuk tidak bercakap perkara negatif (setiap hari) sebaliknya bercakap perkara yang positif.

Alhamdulillah, beliau berubah menjadi semakin baik. Ini kerana dirinya sentiasa memberikan dorongan baik kepada diri sendiri.

Justeru, berkata baik memang membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Antara sebab kenapa perlunya kita bercakap perkara baik adalah;

1. Kata Itu Doa - Berkata baik dan membicarakan perkara positif akan menzahirkan sesuatu yang positif kepada kita. Kata-kata itu doa. Jadi, sentiasalah berdoa untuk kebaikkan diri sentiasa.

2. Memotivasikan Diri - Berkata atau bercakap perkara yang positif juga salah satu faktor yang boleh memotivasikan diri. Kita bukan hanya menerapkan nilai murni dalam diri, tapi nilai murni itu kita luahkan atau menzahirkan juga dengan kata-kata atau percakapan. Berkata positif meransang minda untuk terus berada dalam semangat yang baik dan mendorong. Ia juga menimbulkan minat untuk terus fokus dan memberi kekuatan untuk menentang masalah.

3. Membentuk Sahsiah - Apabila anda datang ke rumah rakan dan tanpa apa-apa pembuka kata atau salam, terus bertanyakan kepada orang tuanya sama ada rakan anda ada atau tidak. Apakah mungkin akan terjadi penilaian mereka terhadap tatacara dan tingkahlaku kita? Mungkin tidak sopan atau lebih.

Bentuklah sahsiah diri dengan berfikir sejenak dan mengeluarkan kata-kata yang baik dan sopan. Gunakanlah anugerah suara untuk kebaikkan perhubungan kita sesama manusia.

4. Setajam Pisau - Lidah setajam pisau, kerana ia mampu melukakan. Namun, sekali terguris akan mengambil masa lama untuk mengubati luka tersebut dan yang pasti akan terluka ialah hati. Tidak semua orang adalah seorang yang pemaaf. Walaupun ada dan mampu memaafkan tapi sejauh dan selama mana mereka akan melupakannya. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa.

5. Menyenangkan Orang Sekeliling - Semakin banyak kita bercakap perkara yang tidak baik, semakin banyak kesan negatif akan dibawanya kepada diri. Ia akan mempengaruhi orang lain yang mungkin akan menjauhi kerana rungsing, rimas, malas atau merasa jengkel mendengar kata negatif (sentiasa) kita. Orang lain juga punya hidup yang perlukan hiburan dan keceriaan, bukan sentiasa sebuah cerita atau kata-kata yang menyakitkan hati.

Jadi, senangkan telinga dan hati orang lain bukan hanya dengan bergaul mesra namun juga dengan kata-kata baik dari ucapan diri kita.

Berkata baik mampu mempengaruhi tindakan kita kepada sesuatu dan ia juga mempengaruhi diri kita sendiri. Berkata dengan baik kepada orang lain menjadikan orang sekeliling senang kepada kita dan berkata baik kepada diri kerana ia penting sebagai dorongan dalam hidup.

Soalan : Apakah Berkata Perkara Baik Dalam Hidup Anda Banyak Mempengaruhi Hidup? Kongsikan Pengalaman dan Pendapat Anda di Ruangan Komen sebagai perkongsian bersama.

18 comments:

  1. setiap kata-kata tu sangat mempengaruhi
    bagi TH perkara yang penting sekali dalam kehidupan harian TH ialah memangil nama orang lain sebaik yang mungkin. nama yang disukai olehnya.


    setakat tersalah tulis nama xpe lagi.jangan panggil nama dgn gelaran yang bukan2.tu sangat menyakitkan hati

    ReplyDelete
  2. hari aku berkata baik... sila jawan pertanyaan di entry aku...

    ReplyDelete
  3. memang perlu barhati hati dan berfikir dahulu sebelum melafazkan apa apa ayat.

    ReplyDelete
  4. Eza hari-hari berdepan dengan pelajar.. Memang kena tuturkan perkataan yang baik dan sentiasa memotivasikan depa.. Diri kita sendiri kena bersedia dan ceria dalam menghadapi depa baru hidup kita tak stress sepanjang hari tu.. Kalau awal2 lagi kita dah set "pelajar kelas ni masuk je, abes aku.. " memang sepanjang kelas kita akan sentiasa tension dengan depa dan nak marah ka.. Ini bukan cubaan,,ini betul2.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman yang baik daripada seorang cikgu yang berhadapa pelbagai ragam manusia setiap hari :). Terima kasih

      Delete
  5. Salam talif.. maaf lama nh tak singgah blog ni..

    Memang benar bagai dikata.. NH pernah jumpa kawan sekerja yang selalu bercakap untk melemahkan semangat kita.. hari2 pulak tu.. tapi rupanya2 ada udang disebalik batu sebab dia cakap macam tu.. dia nak kwn2 hilang mood kerja supaya dia dapat kepujian dan dinaikkan pangkat..

    Tapi last nya bukan pangkat yg dia dapat.. surat amaran yang diterimanya.. huhu.. macam2 ragam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak sangka ada orang yang sanggup berbuat begitu. Memang pelik.

      Delete
    2. wow,, ada juga ya orang mcm tu?..

      Delete
  6. Ada beberapa perkara/perkataan yg buruk, tapi ia sebagai suatu kebaikan... tapi perlu pada tempatnya... betul, kita perlu berkata baik stiap hari dan amalkan selalu... tapi adakalanya berkata (perkataan yg buruk) dgn cara yang baik, mungkin akan memberi impak yg positif, cumanya dinasihatkan jangan terlalu menggunakannya... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang menggunakan teknik itu tapi pastikan untuk kebaikkan tapi perlu berhemah. Terima kasih.

      Delete
  7. menjadi seorang yg positif bukan lah dengan menjadi seorang yg boleh menyakitkan hati orang lain. mungkin saya agak sinikal di sini, tapi beberapa orang yang telah saya jumpa dan kenal merupakan orang sebegini.

    contoh:

    "Oh, aku gagal ujian mid-term, ini adalah dugaan dan cubaan"

    walhal dia lansung tak berusaha. nampak sikap positif yg kadang kala tak masuk akal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sebab itulah kita digalakkan untuk bercakap dan laksanakan bukan bercakap kosong. Ada beza antara tin kosong dan tin separa penuh dan tin penuh.

      Jadi kita bezakan dan ambil yang baik daripadanya. Jika dia lulus dan tidak berusaha mungkin kita panggil itu bertuah bukan.

      Tapi selalunya hanya orang bersedia dan mengambil peluang bertuah - selalunya

      Delete
  8. keperibadian seseorang boleh ditafsir melalui kata2 nya..~

    ReplyDelete
  9. Komunikasi adalah sgt penting bukan sahaja dlm kekuarga ttp masyarakat.

    Menjadi pendengar juga ptg dalam komunikasi :) Bagaimana menjadi pendengar yg baik? Tajuk entry taliff dlm entry akan datang (kot) hehehrh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow..Terima kasih bro. Memang satu tajuk yang sempurna :)

      Delete
  10. oleh itu setiap kata harus lah dijaga..bukan main lepas saja kan...jangan mengaku hati baik tp bermulut jahat.

    ReplyDelete
  11. mia selalu jaga percakapan... tak nak cakap yang bukan2... huhuh nanti menambah dosa.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.