Monday, October 29, 2012

APA YANG BOLEH KITA PELAJARI DARIPADA SEMANGAT SUKAN DATUK LEE CHONG WEI DALAM MENCAPAI KEJAYAAN HIDUP

D ia sentiasa menjadi inspirasi dan kebanggaan rakyat Malaysia dalam sukan badminton. Sentiasa konsisten  dan memberikan yang terbaik dalam apa yang beliau lakukan. Walaupun berada dalam pelbagai tekanan dan delima, namun masih lagi memberikan persembahan tertinggi.

Itulah semangat Datuk Lee Chong Wei dalam memberikan yang terbaik dalam karriernya.
Datuk Lee Chong Wei | Gambar : sumber
Baru-baru ini, melihat perlawanan Datuk Lee Chong Wei dalam Super Series BWF Terbuka Denmark menentang Du Pengyu dari China mengingatkan kembali bagaimana beliau menentang dengan penuh semangat pemain China Lin Dan di temasya sukan Olimpik London yang lepas.

Walaupun kalah, namun sikap dan semangatnya membuatkan semua orang menyanjungnya sehinggakan pengulas ESPN juga memuji semangat juang Datuk Lee Chong Wei.

Tapi, sebelum ke temasya Olimpik beliau sebenarnya menghadapi pelbagai masalah serius yang mungkin sahaja boleh menganggu fokusnya. Masalah peribadi sehinggalah masalah kecederaan yang hampir sahaja menghalang beliau terlibat dalam Olimpik London 2012. 

Dikatakan beliau hanya baru pulih dari kecederaan. Namun tiada langsung menganggu persembahannya.

Dari situ, apakah yang boleh kita pelajari daripada semangat sukan Datuk Lee Chong Wei bagi menempuh hari-hari kita?

1. Fokus - Walaupun ditimpa pelbagai masalah, beliau masih mampu mengekalkan kehebatnya dalam arena badminton. Kekalahan dalam merebut pingat emas olimpik tidak memberi kesan kepada persembahannya dalam badminton. Kemenangan demi kemenangan diperoleh kerana fokusnya - tiada masalah mampu melemahkan semangatnya.

Justeru, jika ingin mencapai satu kejayaan atau objektif - sentiasa tetapkan fokus. Kerana 1001 satu perkara perlukan perhatian kita. Sentiasa fokus dan capai satu perkara dalam satu masa.

2. Konsisten - Menjadi jaguh No.1 mungkin sukar untuk seorang pemain professional. Tapi, lebih sukar untuk berada di tempat tersebut selama 4 tahun berturut-turut. Muncul pelbagai pemain dengan teknik berbeza tapi Datuk Lee sentiasa mengadaptasi keadaan perlawannya. Caranya? Sentiasa mempelajari teknik baru dan berlatih bagi menambah baik permainannya.

Selalu sentiasa satu perkara dan ia sangat benar. Cara atau teknik yang kita lakukan sekarang mungkin tidak berkesan untuk esok. Cara 10 tahun lepas tidak mungkin akan berkesan dengan sekarang. Jadi, jika ingin menjadi konsisten dan sentiasa 'menang' - Belajar dan terus belajar.

3. Memberikan yang terbaik - Mendapat yang terbaik kerana kita telah memberikan yang terbaik. Itu pasti dan sering kali kejayaan, kepuasan hati dan tuah akan datang kepada orang yang memberikan yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan. Seperti Datuk Lee Chong Wei, biar kalah kepada Lin Dan dalam Olimpik 2012 final, tapi persembahan terbaiknya membuatkan semua terpegun dan bangga.

4. Berkemahiran Tinggi - Mendapatkan atau mencapai sesuatu objektif perlukan kemahiran tertentu. Paras kemahiran yang dimiliki akan menentukan sejauh mana sesuat pencapaian. Kemahiran tinggi Datuk Lee dalam permainan badminton membautkannya menjadi pemain yang disegani. Jika ingin berjaya dan mencapai kemajuan dalam kerjaya atau hidup, pelajari kemahiran yang betul dan perlu kemudian praktikan sentiasa dan kuasainya. Ia  pasti membantu dalam proses kita mengejar impian dan berjaya.

5. Sikap - Ini akan menjadi tunjang kepada semua usaha. Jatuh bangun motivasi seseorang dalam mencapai impian akan ditentukan oleh sikapnya sendiri. Jika kekalahan membuatkan Datuk Lee Chong Wei kecewa, mungkin dia tidak akan muncul sebagai pemain No.1 dunia. Namun, kerana sikap yang betul (sentiasa belajar, motivasi tinggi, semangat tinggi dan banyak lagi) membuatkannya mencapai pelbagai kejayaan.

Untuk menang, sikap yang betul sangat perlu dan kritikal.

Datuk Lee Chong Wei adalah seorang idola dalam sukan badminton, tapi pelajari semangat dan kesungguhannya sebagai inspirasi dan motivasi dalam mencipta kejayaan diri kita - dalam kerja dan hidup.

Soalan : Apakah Yang Anda Fikir Dari Semangat Sukan Datuk Lee Chong Wei Yang Memberikan Inspirasi dan Motivasi? Kongsikan Pendapat Anda Dalam Ruangan Komen Dibawah.

12 comments:

  1. yupp... aku setuju tang fokus tu... kalau tak fokus... hancus la semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fokus Datuk Lee memang sangat tinggi.

      Delete
  2. Betul tu. Semangat beliau memang harus dicontohi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab beliau merupakan Idola Sukan negara dan kita patut contohi semangatnya.

      Delete
  3. patut dicontohi dgn semangat beliau..
    kalau ramai atlet cam beliau, br byk sukan boleh berjaya :)

    ReplyDelete
  4. Salam..=) Nice blog!^^ Hati2 dgn lelaki ini! http://www.aimisyahirah.com/2012/10/vincent-lee-fong-lelaki-penipu-ini.html

    ReplyDelete
  5. hmmm... semangat yang kental dan usaha yang gigih sehingga ke titisan darah yang terakhir....

    ReplyDelete
  6. hero malaya . ini lah hero malaysia :")

    ReplyDelete
  7. beliau tak pernah berputus asa. walaupun beberapa kali kalah dgn Lin Dan, tp beliau tetap tunjukkan semangat juang yg tinggi..

    ReplyDelete
  8. noted.. nice sharing..

    yup, fokus amat penting dalam sesuatu perkara yg diusahakan ^^

    ReplyDelete
  9. paling tak suka orang yg tak tepat janji... :P

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.