Wednesday, October 10, 2012

APAKAH MOTIVASI SEORANG BLOGGER UNTUK TERUS MENULIS

M anusia perlukan dorongan atau motivasi. Dalam apa pun perkara dan tindakan. Motivasi untuk melakukan perkara yang baik mahupun sebaliknya. Bermaksud sesuatu perkara itu motivasi itu bersesuaian dengan motif dan objektif masing-masing.
Motivasi Seorang Blogger | Gambar : sumber
Saya tertarik dengan kata-kata Datuk Fazley semasa beliau menjadi chef undangan dalam rancangan masterchef ke-2 di astro. Katanya motivasi bagi setiap peserta terpilih didalam rancangan tersebut adalah makan. Makanan yang akan dirasai dan dinilai oleh setiap juri. 

Menyediakan makanan yang kemas dan sedap adalah motivasi untuk terus berjuang.

Dari situ, saya terlintas... apa pula motivasi seorang blogger untuk terus menulis? Pada pendapat, sama ada seorang blogger hujung minggu, separuh masa, sepenuh masa, advance dan profesional pasti akan punyai motivasi yang sama. 

Jadi disini saya senaraikan apa yang boleh kita ambil dan pegang sebagai motivasi pendorong untuk terus berblog.

1. Pembaca - Setiap infomasi, cerita, karutan dan apa sahaja yang ditulis oleh blogger perlukan pembaca. Pembaca setempat atau seluruh dunia. Pembaca memainkan peranan penting dalam kesihatan sebuah blog. Justeru, tulislah sesuatu untuk pembaca. Sesuatu yang punya manfaat, faedah dan kesan kepada mereka.

2. Perkongsian - "Sharing Is Caring" ungkapan biasa yang disebut oleh sesiapa sahaja yang suka berkongsi. Dari pengalaman dan pelbagai kejadian. Terdapat pelbagai perkara di dunia yang tidak mampu dikongsikan oleh hanya seorang dua. Dengan perkongsian, ia mendatangkan info-info baru yang mungkin atau langsung tidak diketahui oleh orang lain. Bertambahnya pengetahuan am pembaca kerana kita yang menyampaikannya - Bagus bukan.

3. Pendapatan - Salah satu punca motivasi yang mendorong seorang blogger mampu menghasilkan banyak blog pada satau masa. Pengalaman saya sendiri, sedangkan hanya satu blog sahaja sudah cukup susah untuk terus diselenggara dan dikemaskini, apatah lagi dengan blog yang banyak.

Namun, jika mampu menghasilkan sesuatu daripada blog terutamanya apabila ia menjadi salah satu pendapatan, memang menyemarakkan lagi semangat. namun, sebelum boleh sampai ke situ perkara selepas ini perlulah diikuti dahulu.

4. Terus Belajar - Terus belajar kerana banyak perkara yang kita tidak ketahui dan semakin hari, semakin banyak perkara baru akan muncul. Untuk memantapkab blog sehingga ia boleh mendatangkan pulangan sememangnya perlukan ilmu. Saya yakin dengan semangat untuk mempelajari benda baru mendorong kita untuk terus menulis. Berkongsi pengalaman disamping terus belajar mempelajari perkara yang kita ingin ketahui.

5. Bangga dan Yakin Dengan Hasil Kerja - Kita harus yakin dan bangga dengan setiap perkara yang dilakukan. Kerana ia hasil kerja dan penat lelah sendiri. Seperti kata seorang blogger yang belaiu bangga untuk menulis kerana beliau rasakan itu anugerah Allah kepadanya. Mampu menulis dan mengarang untuk perkongsian dan tatapan bersama. Semakin banyak manfaat hasil kerja kepada orang lain semakin kita akan terus yakin akan produk sendiri dan mendorong motivasi untuk terus menulis.

Namun hati-hati, jangan terlalu bangga kerana kita perlu beri ruang untuk terus belajar dan terima kritikan untuk menjadi lebih baik dan tidak hanya berada di satu takuk.

Sebagai manusia biasa perasaan untuk sesuatu sememangnya ada pasang surutnya - Biasa.

Namun, jangan menjadi hanya hangat tahi ayam. Hangat awalan tapi hilang segalanya kemudian. Ini antara 5 motivasi yang boleh di ambil oleh seorang penulis bergelar blogger untuk terus bersemangat. Jadikan sesuatu sebagai panduan dan kejar sehingga tercapai tujuannya.

Soalan : Apakah Anda Punya Resepi Motivasi Sendiri Untuk Terus Berblog? Kongsikan Dalam Ruangan Komen Untuk Manfaat Bersama.

13 comments:

  1. Kata-kata semangat, komen-komen, dan bacaan-bacaan dari blogger buddies :)

    ReplyDelete
  2. minat yang tenggelam timbul .. sekadar mencari kepelbagaian kemahiran dan tambah kenalan baru ...

    ReplyDelete
  3. aku rasa termotivasi hari ni lepas baca entry ni...

    ReplyDelete
  4. Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum.

    Tiada resepi khusus la abgtaliff, semua yang mendatangkan dorongan saya jadikan batu loncatan untuk terus menulis..terus berblog walaupun ada pasang surut.

    Kalau ikut pada 5 point yang ditulis diatas, yang banyak mempengaruhi saya, dah tentu pembaca dan rasa ingin terus belajar. Kadang2, kalau stress, baca semula komen2 dari pembaca, boleh buat saya tersengih,tersenyum, ketwa sorg2 pun ada - mcm2 ragam ^_^

    Target/Matlamat peribadi pun boleh jadi motivasi kan? Saya tak rasa kalau dah setahun berblog, masih guna alasan suka2, saja2. Paling tidak, mesti berblog kerana ada target nak dicapai. Target pula tak semestinya dalam bentuk quantitative, boleh jadi qualitative juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong pendapat baik Lana. Tumpu kepada sebuah kualiti juga penting jika sudah punyai pengalaman dalam blog :)

      Delete
    2. Kualti berblog tu penting.. Pok Nik tak sokong dengan blogger yang ambil kerja mudah dengan copy paste,, nak copy boleh tapi tulis dengan acuan sendiri..baru guna kan akal yg tuhan beri..

      Delete
    3. setuju sngat dengan apa Pok Nik beritahu itu, banyak timbul blogger baru yang suka ambil kesempatan untuk copy paste sesebuah entry..

      Delete
  6. Pok Nik pilih no4.. tapi kalau assignment dah banyak..nak belajar dari blog pun tak sempat..

    ReplyDelete
  7. bagus entri ni. motivasi dan keyakinan diri tu pnting.kalau tak, buat kerja sekerat jalan je la..

    ReplyDelete
  8. komen back ya sobat blogger .
    => http://sulaeman7.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. hmmm, saya pun baru berblog.. ikutkan penah sign up banyak blog. tp last2 tak jalan. yang susah bagi saya, nak berbicara tu.. dalam hati bnyk nak ckp... tp... aduhh, bila start nak menaip. kaku!

    ReplyDelete
  10. Utuk menyalurkan ide, semangat, gagasan ....

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.