Wednesday, October 3, 2012

KENAPA KITA PERLUKAN IDOLA DAN BAGAIMANA MEREKA MAMPU MENDORONG KITA UNTUK BERJAYA

Dalam entri berkaitan mentor ini, saya nyatakan beberapa langkah bagaimana untuk kita menjadikan seseorang mentor kepada diri kita. Dalam entri tersebut juga, pelbagai respon dan komen baik juga telah diilhamkan oleh para pengunjung.

Mengikuti Cara Idola | Gambar : sumber
Walaupun dengan perbezaan pandangan, saya masih yakin satu perkara yang mereka dan saya akan setuju berkenaan mentor iaitu mereka juga seorang idola. Idola yang kita kagum akan perbuatan dan tingkah lakunya sehingga membuatkan kita ingin mencapai seperti yang telah mereka capai.


Sama ada orang terdekat, tokoh ternama walaupun dari pelbagai latar belakang namun mereka sentiasa membuatkan kita kagum dan menyanjung mereka. 

Cuba nyatakan apakah cita-cita anda semasa kanak-kanak dulu? Ada yang mungkin ingin menjadi polis, cikgu, peguam dan banyak lagi karier yang hebat dan mantap. Fikirkan semula, dari mana datangnya idea untuk meletakkan cita-cita tersebut dalam minda?  

Ya, mungkin jawapannya kerana orang terdekat terutamanya Ibu Bapa, Abang, Kakak ataupun saudara mara. Tidak semena-mena kita menjadikan mereka contoh dalam diri kerana ingin menjadi seperti mereka bukan? Mungkin kerana tiada idea atau mungkin juga yang kagum - Siapa tahu :)

Sekarang, saya juga masih percaya bahawa dalam diri kita masih tersimpan idola yang kita kagum dan sanjung walaupun idola masa kanak-kanak sudah berlalu. Kerana kita masih perlukan contoh dan idol untuk mencipta kejayaan.

Jadi, kenapa kita perlukan idola? dan bagaimana mereka mampu mempengaruhi kita dalam hala tuju kita mencapai kejayaan?

1. Sebagai Contoh - Kita jadikan mereka sebagai contoh dalam tindakan dan tindak tanduk kita. Kerana dengan mengagumi seseorang, tidak akan terlepas kita dari mencuba untuk menjadi seperti mereka. Jika tindakan mereka adalah tindakan ke arah kejayaan, dengan mencontohi mereka kita akan juga terdorong untuk mencapai arah yang sama.

Banyak perkara yang boleh kita jadikan mereka contoh dalam menjadikan idola kita sebagai salah satu faktor kejayaan dan antaranya ;
  • Mencontohi cara mereka bertindak dan membuat keputusan,
  • Mencontohi cara mereka berfikir,
  • Mencontohi perlakuan dan sikap mereka
  • Mencontohi budi perkertinya dan
  • Mencontohi kegagalan mereka
Banyak perkara yang boleh kita contohi daripada sesiapa sahaja idola kita. Menjadikan mereka rujukan serta panduan dalam kita menempuh masa.

2. Sumber Motivasi - Dorongan adalah satu mekanisma perlu ada dalam diri. Ia kerana setiap usaha akan ada rintangan dan penghalangnya. Menjadikan mereka contoh adalah satu perkara bagi menuju kejayaan dan juga dengan menjadikan mereka idola adalah satu keyakinan, dorongan atau motivasi yang kita juga akan berjaya seperti mereka. Mengikut arah idola kita menyatakan keyakinan dan menambah motivasi  dan kekuatan untuk kita terus berjuang.

Motivasi diri memberikan keyakinan membina dalam diri dan ia sekaligus mendorong kita untuk lebih fokus kerana segala keraguaan dalam kita mencapai kejayaan yang telah digariskan telah dinyahkan.

3. Mereka adalah cita-cita - Setiap orang ada cita-cita dan setiap yang inginkan kemajuan perlukannya. Kita perlukan cita-cita juga kepada diri. Tapi, jika masih tidak jelas akan cita-cita kejayaan sendiri tapi nampak akan kejayaan orang lain atau kata lain idola sendiri jadikan mereka sebagai cita-cita kita. Seperti telah saya nyatakan tadi, kita cenderung untuk menjadi seperti mereka yang kita idolakan. 

Tidak salah untuk menjadi seperti mereka. Walaupun kita tidak mampu sejauh apa yang idola kita telah capai, tapi pada sudut lain kita masih percaya kita sedang menuju arah yang betul demi sebuah sukses.

Dari bidang apa pun kita, untuk berjaya sama ada dalam kerjaya, sukan atau hidup dengan meletakkan seorang idola membantu dalam proses kita mencapai kejayaan diri. Tidak salah untuk berusaha gigih demi mengejar cita-cita tapi dengan menyematkan juga idola, kita mendapat lebih banyak tenaga dalam mengejar cita-cita dan berjaya.

Soalan : Bagaimana Anda Menjadikan Idola Anda Sebagai Pendorong dalam Usaha Seharian Demi Sebuah Kejayaan? Sumbangkan Idea dengan Meninggalkannya dalam Ruangan Komen Dibawah.

11 comments:

  1. sangat setuju dgn Taliff, sesiapa saja yg berfikir normal kena ada impian, kenafikir setiap masa pada cita2 itu, kalau nantinya ada saja ingatan pada apa cita2 kita pasti akan berjaya. yakinlah...nice share

    ReplyDelete
  2. aku fikir siapa idola aku... lama aku fikir... sampai sekarang aku tak tau siapa... serius...

    ReplyDelete
  3. kena ada idola sebagai panduan dan dorongan kita. kita akan lebih bersemangat. kalau tidak tentu macam malas je dan tiada semangat... huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mia. Idola boleh membawa semangat dan kekuatan dalam diri dalam mencapai esuatu.

      Delete
  4. idola sop jadikan motivasi..
    bukan untuk ikut tetapi sebagai panduan. ambil yg baik dan buang yg x elok.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebagai panduan. Ambil Yang Baik dan Tapis dan pelajari yang buruk untuk pedoman.

      Delete
  5. betul tu..
    tapi kena gak pilih idola yg betul...

    ReplyDelete
  6. Setuju ngan kitak...
    Kmk dalam proses untuk meningkatkan potensi diri dalam mengurus kewangan keluarga dalam pelaburan emas dan perak. InsyaAllah target oneday untuk berjaya dan boleh menjadi 'idola' ibubapa muda. Amin.

    Untuk yang berminat tentang pelaburan emas & perak sila klik di sini (mohon laluan ok Talif *smile*): www.CikguEmas.com

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.