Monday, October 1, 2012

KENAPA MEMBACA SEMULA ENTRI LAMA (SERTA KOMEN) MEMBERI KEBAIKKAN KEPADA BLOGGER

Selepas berada dalam tempoh masa yang akan panjang dengan perkara lain, saya mengaku penglibatan kepada blog sendiri amat terhad. Mungkin satu cabaran atau kebiasaan kepada semua penulis - Mungkin.

Sentiasa Membaca | Gambar : sumber
Akibat kehilangan fokus dan masa kepada penglibatan dalam blog, momentum menulis merundum, kehilangan idea dan rasa keberatan. Walaubagaimanapun, dengan kekangan yang ada ianya tidak menghalang untuk saya untuk terus membaca (temasuk penulisan sendiri yang lama dan terkini). Namun, dengan membaca entri sendiri berserta komen pengunjung ia telah menimbulkan satu kejutan kepada diri.

Terasa sepertinya tidak percaya tu yang sedang dibaca adalah hasil tulisan sendiri, ada entri yang dibaca seperti hilang tujuan dan ada juga agak mengelirukan mungkin kerana ayat yang tertinggal dan kesilapan tulisan "typo". Tidak terlepas juga saya tidak menjawab pertanyaan-pertanyaan pengunjung yang diberikan dalam ruangan komen.

Itu satu pelajaran. Dengan peluang yang ada untuk membaca semula penulisan entri lama dapat saya katakan ia memberikan satu kebaikkan kepada diri sendiri, penulisan entri, blog dan yang paling penting pengunjung dan pembaca.

Cubalah untuk kembali membaca entri lama anda dan anda akan mungkin mendapat seperti perkara-perkara berikut;

1. Idea Baru atau Percambahan Idea - Membaca memberikan kita ilmu. Ilmu itu akan sebenarnya membawa idea baru kepada kita atau membantu dalam kita mencambahkan idea - walaupun dengan sepatah kata atau ayat. Itulah yang terjadi kepada saya apabila timbulnya idea-idea baru yang diperolehi dengan ulasan penulisan sendiri, membaca komen pengunjung dan apabila membalas pertanyaan mereka(walaupun sudah terlambat). 

2. Membaiki dan Mengemaskini - Membaca entri blog sendiri membuatkan kita seperti sedang berdiri di hadapan cermin. Ia memberikan reflek dimana mungkin kita boleh perbetulkan kesalahan yang mungkin ada seperti yang sudah saya alami. Ingat entri yang kita sediakan adalah untuk kebaikkan sendiri dan pembaca bukan untuk syok sendiri.

Dengan kembali kepada entri-entri lama blog anda, ia juga memberi peluang untuk kita mengemaskinikannya. Mungkin ada gambar yang rosak boleh digantikan. Mungkin boleh juga kita meletakkan pautan yang berkaitan dalam entri tersebut kepada entri lain bagi mengelakkannya daripada terus usang. 

Atau mungkin, menambah ayat-ayat atau perkataan yang mempunyai kebolehcariaan tinggi dalam enjin carian yang tidak anda fikirkan sebelum ini. Ia juga satu taktik SEO blog anda!

3.  Menaiktaraf Penulisan - Sebagai seorang manusia, kita akan sentiasa inginkan perubahan untuk membuatkan hari kita semakin baik. Penulisan semalam tidak mungkin sama dengan penulisan hari ini. Namun, untuk mendapatkan tanda aras dimana perlunya kita membaiki hari ini berbanding semalam adalah melalui pengalaman dan memperlajari sejarah. 

Entri lama adalah pengalaman dan sejarah kita. Ianya boleh dipelajari dengan kembali dan membacanya semula. Dari situ, kita berpeluang untuk menilai cara dan gaya penulisan sendiri. Sekaligus, mencari ruang dan peluang daripada kesilapan dan kekurangan yang ada sebagai satu pengajaran untuk membaiki penulisan entri blog yang akan datang. 

Untuk maju, antara salah satu caranya adalah menyediakan satu tanda aras sebagai pengukurnya. Begitu juga dengan penulisan kita. Andai kita sendiri tidak faham, tersinggung dan hilang minat untuk membaca penulisan sendiri apatah lagi kepada pembaca lain yang pasti punyai perbezaannya.

Jadi, dengan memperuntukkan masa yang ada untuk membaca semula entri lama blog serta memahami komennya memberikan kebaikkan. Terutamanya bagi kita yang sentiasa inginkan peningkatan dari masa ke semasa termasuk juga maju dalam penulisan entri kita yang akan datang.

Semoga ia mampu memberikan lebih banyak manfaat dan maklumat kepada yang akan datang berkunjung.

Soalan : Apakah Dengan Membaca Entri Lama Anda Sendiri Berserta Komennya Membantu Dalam Penulisan Sebagai Seorang Blogger? Kongsikan Pengalaman Anda Dalam Komen Dibawah

13 comments:

  1. setuju. bila kita baca netri lama, itu namanya reflek diri... utk meningkatkan kelebihan.

    ReplyDelete
  2. Tallif bagi PPP kebanyakkan n3-n3 lama PPP lebih byk yang menarik berbanding dgn n3 ppp yg terbaru. setuju dgn pendapat latiff, sebenarnya bila kita membaca semula semua n3 lama tu ibarat kita mengulangkaji pelajaran, banyak benda yang menafaat yg dapat kita tambah, perbaiki dan kita ambil sebagai panduan....

    p/s: welcome back ya tallif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PPP. Banyak benda bermanfaat kita akan dapat bila mengulangkaji.

      Delete
  3. ulangkaji :)
    bukan semua mampu nak baca tetapi dr situ kita belajar dan terus belajar
    sama macam sentiasa menulis.. kita praktis :)

    ReplyDelete
  4. sy pon kdg2 bce jugak entri2 lame .. :)

    ReplyDelete
  5. btul tu, kdg2 amik sedikit masa utk kemaskini en3 lama beri kita peluang utk edit mana2 link yg sudah x berfungsi lagi.. sy pnah lakukan perkara ni beberapa bulan lepas ^^

    ReplyDelete
  6. betul tu taliff.... dulumungkin penulisan kita agak serabut sedikit. mungkin dengan komen2 yang ada di dalam tu menunjukkan adanya feedback dari pembaca.

    p/s:bila tengok dan baca entri2 lama, tersenyum sorang2... kelakar pun ada...

    ReplyDelete
  7. aku malu nak baca entry aku yang dulu dan sekarang...

    ReplyDelete
  8. Manteb post nya kali ini ! Teruskan sob :D

    Semoga mas admin mau komentar balik di http://share4rt.blogspot.com/ ^^

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.