Friday, October 12, 2012

KETAHUI 7 TABIAT INI DAN BAGAIMANA IA MENGHALANG DARIPADA BERFIKIRAN KREATIF

I nformasi ini saya dapati daripada infografik bagaimana berfikiran kreatif dan penghalangnya. Disalin daripada copyblogger. Merasakan infomasi tersebut berguna dan punya faedah, sebab itu saya mengambil keputusan untuk menulisnya semula ke dalam Bahasa Malaysia.
Berfikiran kreatif | Gambar : sumber
Berfikiran kreatif atau befikiran diluar kotak selalunya dikaitkan dengan para cendiakawan atau sebuah anugerah tuhan kepada seseorang. Namun, mengaitkan berfikiran kreatif dengan cerdiknya seseorang tidak punya bezanya. 

Daripada penyelidikan, jika I.Q anda berada lebih kurang 120 dimana ia hanya sedikit sahaja di atas biasa, kebijaksanaan dan kreativiti bukanlah satu perkara yang berhubungkait. Bermakna walaupun kita bukan seorang yang bijak, tapi kita masih punyai potensi dan bakat untuk berfikiran kreatif.

Tapi kenapa kita masih tidak mampu untuk berfikiran kreatif? Kerana ia adalah tabiat yang kita pupuk daripada kecil hingga dewasa yang menghalang potensi sebenar akal fikiran sendiri.

Ketahui 7 tabiat ini dan bagaimana ia menghalang kita daripada berfikiran kreatif.

1. Takutkan Ketidaklogikkan / Kekaburan
Kebanyakkan hanya mahu fikirkan perkara masuk akal. Tidak berani untuk berfikir atau memikirkan perkara yang lebih diluar akal kerana takutkan masalah dan penyelesaian yang belum tentu diketemui - kabur.

Kerana itulah jika hanya memikirkan sesuatu yang sama dan terlalu risaukan sesuatu yang tidak pasti menyekat daya pemikiran kreatif kita. Sebaliknya, andai kata kita mampu untuk mencari penyelesaian dalam kekaburan itu, insya-allah kita membina diri sendiri menjadi seorang pencipta, punyai kelebihan daripada orang lain dan boleh mencetuskan pelbagai idea yang menarik.

2. Memisahkan Kerja dan Bermain 
Bukan bermaksud bermain-main semasa kerja. Maksudnya, berkerja dengan memikirkan ia juga satu permainan seperti sukan. Kebanyakkan hanya memikirkan kerja adalah kerja dan bermain adalah bermain. Membiarkan minda dalam keadaan bermain ketika sedang fokus berkerja akan membuatkan fikiran menjadi kreatif.

Sememangnya kerja memerlukan fokus manakala bermain memerlukan pemikiran cepat untuk bertindak. Justeru, dengan mengambungkan fokus dengan pemikiran cepat tadi membolehkan kita menghasilkan sesuatu yang baru - kreatif.

3. Mencipta dan Menilai Pada Masa yang sama 
Untuk memandu, kita tidak akan dapat menggunakan gear undur dan gear bergerak serentak dan sebaliknya. Begitu juga minda. Jika kita cuba berfikiran kreatif, mencipta dan menilai serentak tidak akan membuahkan apa-apa. Mencipta bermaksud idea baru, memandang ke hadapan dan menentukan kemungkinan.

Manakala menilai bermaksud menganalisis dan menentukan, memilih idea dan membahagikan kepada bahagian yang baik, buruk, berguna dan tidak berguna. Untuk mencipta sesuatu idea yang lebih baik dan kreatif, asingkan mencipta dengan menilai. Cipta seberapa banyak idea yang mungkin dahulu, kemudian baru menilainya.

4. Takut Melakukan Kesalahan
Sebab sering duduk di kawasan selesa, ramai yang akhirnya takutkan kegagalan. Untuk berjaya risikonya sememangnya tiada perkara lain - Gagal. Jadi, jika sering mengelak kegagalan atau takutkannya, kita juga mengelak kejayaan.

Semakin banyak kegagalan yang kita hadapai bermaksud semakin hampir kita kepada kejayaan jika dipelajarinya. Cuma masalahnya kita tidak mampu berfikiran kreatif kerana tidak dapat menerima kegagalan.

5. Tidak Percayakan Diri Sendiri (Tiada Keyakinan) 
Sedikit keraguan dalam diri adalah perkara biasa. Namun, jika keraguan atau was-was yang keterlaluan boleh membawa kepada tidak percaya kepada kebolehan diri sendiri.

Kita perlu selalu yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri.

Namun, keyakinan kepada diri terhadap sesuatu keputusan meningkat dengan adanya pengalaman dan kebiasaan tindakan kita. Jika kita percayakan sesuatu idea itu tiada yang mustahil dan boleh tapi masih gagal, ia hanyalah satu proses pengalaman daripada pembelajaran. Ia satu tanda kita sedang berada dalam landasan betul menjadi semakin yakin dan kreatif.

Daripada memisahkan dunia kepada boleh dan tidak boleh, lebih baik pisahkan ia kepada perkara yang sudah dan belum kita cuba. Situ kita nampak ada berjuta cara dan jalan menuju kejayaan.

6. Membenarkan Orang Lain Mematahkan Semangat
Walaupun seluas dan setinggi mana pemikiran kita terhadap sesuatu, ia tidak akan sama dengan orang sekeliling kita. Akan ada sahaja yang akan berkata tidak logik, jangan cari masalah dan tidak yakin kepada idea kita.

Jadi, biarkan apa sahaja yang mereka ingin katakan. Jalan kejayaan penuh dengan pelbagai andaian kegagalan. Mereka akan menutup mulut dan memerhati selepas anda mencapai objektif dan mencipta kejayaan daripada pemikiran kreatif anda.

7. Terlalu Banyak Maklumat
Dipanggil "Analysis Paralysis" (Lumpuh Analisis), satu keadaan dimana meluangkan terlalu banyak masa dalam memikirkan masalah dan menepukan pemikiran dengan pelbagai maklumat sehingga hilang kemampuan untuk bertindak.

Dikatakan maklumat kepada otak adalah makanan kepada tubuh badan, itu benar. Kita boleh memikirkan semula sesuatu untuk menjadi bahan baru sebagi tindakan.

Kebanyakkan orang yang berjaya adalah orang yang punyai kebolehan untuk memikirkan bila untuk berhenti mencari maklumat dan mula untuk bertindak.

Seperti berniaga, jika hanya memikirkan masalah yang bakal dihadapi dan binggung akan hasil keuntungan - ia akan gagal sebelum bermula kerana terlalu memikirkan daripada bertindak.

Jadi, keluar daripada zon selesa yang ada sekarang. Jika kita takut akan kegagalan, itu fakta. Tapi hadapinya kerana ia memberikan pengalaman berguna dan menambah keyakinan.

Jangan biarkan 7 daripada tabiat diatas menjadi punca dan menahan kita daripada berfikiran kreatif. Mengetahui dan mengenali apakah yang menghalang daripada berfikiran kreatif menjadi langkah pertama untuk kita menjadi seorang yang mampu menjadi seorang kreatif dan inovatif.

Soalan : Bagaimana Anda? Apakah Tabiat Yang Difikirkan Selama Ini Membantutkan Pemikiran Kreatif Anda? Kongsikan Pengalaman Anda Dalam Komen Dibawah. 

6 comments:

Terima kasih atas komen anda.