Wednesday, October 31, 2012

MENGAPA KITA PERLU MENEPATI JANJI

S ebagai manusia atau insan biasa, masa untuk sesuatu perkara atau kerja amatlah terhad. Setiap manusia hanya punya 24jam dalam sehari - di mana sahaja.
Tepati Janji | Gambar : sumber
Justeru, untuk menyelesaikan atau melaksanakan sesuatu di masa hadapan kita sering melontarkan janji. Perbuatan merancang atas persetujuan bersama bagi sesuatu tindakan. Janji wajib ditepati. Namun, berapa ramai antara kita berpegang kepada prinsip untuk menepati janji kita. Sama ada individu, organisasi, diri sendiri apatah lagi kepada Allah swt.

Ketika bersama ketua saya dalam satu tugasan, dalam masa menunggu (yang sudah tersasar dari masa sebenar) beliau sempat melahirkan kekecewaaan dengan sikap atau perangai yang sering diucapkan oleh kita sendiri (dan sepatutnya kita malu) - Janji Melayu.


Katanya, stigma atau pemikiran untuk berjanji dengan "Janji Melayu" sepatutnya dihapuskan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana bakal merosakkan.

Ya - ia mengganggu dan merosakkan segala yang telah dipersetujui sebelumnya. 

Sebagai seorang yang boleh berfikir dan menilai, kita sedar akan kesan atau impak negatif yang dibawa jika janji sering diperlekehkan. Masa hanya akan terus mengalir dan meninggalkan sesiapa yang tidak mengendahkannya. 

Untuk mengelak semua perkara negatif yang boleh berlaku kita perlulah sentiasa menepati janji. Dan ini adalah sebab kenapa janji perlu sentiasa ditepati ;

1. Ajaran Islam - Aturan hidup seorang Islam, mukmin adalah dengan menepati janji. Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 1 bermaksud "Wahai mereka yang beriman, sempurnakan janji-janjimu!". sumber

Sebagai seorang mukmin, jelas dinyatakan untuk kita menepati janji. Jauhi diri daripada bersifat seperti seorang munafik dengan memperlekehkan janji-janji mereka. Dengan itu, ambillah contoh akhlak terpuji Nabi Muhammad saw dalam kita melaksanakan janji kita - tepatinya. Baginda adalah idola dan ikutan terbaik.

2. Membina Kepercayaan - Apabila seseorang mengingkari janji, kita akan memandang mereka yang  seorang yang tidak boleh dipercayai - tidak jujur. Apabila pula sering melanggar janjinya, mungkin seseorang itu kita boleh katakan sebagai penipu.

Jadi jika kita sering melafazkan janji walaupun dengan perkara yang kita fikirkan remeh, pernahkah kita ambil perhitungan apa yang akan orang lain fikirkan terhadap kata-kata kita kelak. Perhubungan dan kepercayaan terhadap kita akan terjejas.

Dengan itu, peliharalah janji-janji yang kita berikan. Dengan memelihara janji, kita akan meningkatkan kepercayaan orang lain terhadap kita. Sesiapa sahaja sekali pun, ketua, boss, keluarga mahupun rakan-rakan.

Dengan membina kepercayaan, ia sebenarnya membina motivasi diri dalam hidup kita. Ini kerana, orang sekeliling memberi sokongan penuh kerana kepercayaan kita dalam melaksanakan tugas dan janji kita.

3. Membentuk Disiplin Diri - Berjanji pada pandangan saya adalah satu talian atau ikatan kontrak yang perlu dipatuhi. Contohnya, berjanji akan membayar hutang wang apabila sudah sampai masanya. Dengan, menetapi janji kita, ia bukan hanya menyenangkan pihak lain yang berurusan bersama namun ia membentuk sasiah dan disiplin diri.

Dengan terbentuknya disiplin diri ini, akan lebih mudah bagi kita mengorganisasikan perkara atau tugasan yang sedang dipegang.

Contoh berhutang wang tadi, jika kita menepati janji akan membayarnya sehingga sampai masa nescaya kita akan mendisiplinkan diri untuk menyimpan wang sehingga cukup. Kita akan mendisiplinkan diri untuk mengawal wang yang kita ada daripada berbelanja secara membabi buta - kesan menepati janji.

Fikirkan jika budaya mendisiplinkan diri untuk menunaikan janji untuk berkerja keras diamalkan selalu, ia adalah salah satu budaya kerja cemerlang dan memberi kebaikkan kepada organisasi.

4. Maruah Diri - Mungkin lebih sedap didengar jika hanya tidak boleh dipercayai. Katakan kita digelar penipu - kita akan marah dan sedih.  Dengan seringnya kita melanggar janji kita kepada pihak lain sebenarnya melayakkan gelaran tersebut. Ini kerana jika janji tidak ditepati, ia membuatkan masa dan jadual orang lain terjejas. Setiap orang punya seribu satu perkara yang harus dilakukan namun tergendala kerana kita.

Tanya pada diri, adakah kita akan sentiasa membiarkan orang lain menjejaskan maruah diri kita. Dalam dunia serba pantas, respon dan tindakan segera amat perlu. Jika kita adalah orang yang bertanggungjawab atas sesuatu perkara tersebut, tunaikannya - kerana ianya janji. Mungkin maruah kita akan bergantung kepadanya.

Percayalah dengan menepati janji, kita membina akhlak dan motivasi diri kita. Jangan pandang kata-kata yang telah kita lontar sebagai janji dengan sebelah mata. Jika janji kita dustai, ia akan menjadi gergaji dua mata.

Bakal menyakitkan perasaan dan hati orang lain dan juga bakal menjatuhkan air muka kita sendiri. Jadi, bina diri dengan menjadikan janji sebagai perkara atau tugas penting dan perlukan perhatian.

Singkirkan minda dari paradigma "Janji Melayu" kepada yang lebih positif dan baik dengan menepati janji.

10 comments:

  1. orang yang mungkir janji ni orang munafik jea... hati2 bila berjanji... takut takut tergologolong dalam kategori munafik!

    ReplyDelete
  2. dalam Islam telah digariskan dengan jelas tentang menepati janji :)
    plg penting, tunaikan janji pada diri sendiri,, kan

    ReplyDelete
  3. Sebab tu jangan mudah berjanji kalau rasa janji tu tak dapat ditepati.. Islam sendiri pun tak suka orang yang tak menepati janji.

    ReplyDelete
  4. janji siapa....
    janji kita....
    janji apa....
    janji ditepati....

    ReplyDelete
  5. huhuh takutnya nak berjanji.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji memang suatu perkara yang beratkan Mia

      Delete
  6. kalau dah janji tu kena tepati, sebab sekali kita tak tepati janji seribu kali tak dipercayai..so bahaya tu rasanya ya Thaliff

    ReplyDelete
  7. bila kita berjanji, org akan tuntut.. so, perlu lebih hati2 dlm perkara cmni...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.