Tuesday, November 20, 2012

4 PERKARA YANG BOLEH MENGECEWAKAN BLOGGER

logging boleh menjadi satu perkara hanya indah khabar dari rupa. Tampak ianya mudah untuk menjadi seorang blogger.

Daftar - tulis - kongsi.
Kekecewaan Blogger | Gambar : sumber
Itulah juga yang saya fikirkan dulu semasa mula tertarik untuk menjadikan blog sebagai satu landasan atau flatform untuk berkongsi cerita, pendapat dan menjadi salah satu sumber untuk pendapatan. Satu impian yang tidak dahulu diukur kira tingginya.


Setelah beberapa ketika, semakin banyak kenal dengan blogger lain, mendapat input baru dan masih menaruh harapan untuk mencapai impian - semuanya mula berubah. Berubah menjadi kepada satu paras kekecewaan diri sendiri. 

Semakin sedar bahawa, khabar-khabar indah yang didengar berkaitan dunia blogging adalah pencapaian yang tidak boleh didapati dengan hanya menekan "enter". Jadi, sepanjang proses itu, ini adalah satu kemungkinan beberapa perkara yang mampu mengecewakan blogger ;

1. Pelawat Blog - Dulu, saya tiada idea apa maksud pelawat kepada blog, kebaikkan dan petanda kepada sesebuah blog. Tahukan anda, pelawat blog adalah petanda aras kepada kesihatan blog?

Cita-cita berblog adalah untuk menceritakan dan berkongsikan idea kepada pembaca lain melalui dunia maya. Akhirnya hanya mengetahui ianya tidak sampai kepada sesiapapun.

Bayangkan anda tengah bercerita perkara menarik dan tiada siapa pun mendengarnya - mampukan anda meneruskan niat selepas itu?

2. Tiada Komen - Cuba cari dan lihat adakah entri semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia blog mempunyai komen yang memberansangkan? Kalau ada pun mungkin hanya komen SPAM yang minta perhatian untuk disinggah semula. Labih teruk, tiada komen langsung (seperti saya).

Ia pula bagaikan kita sedang bercakap perkara melucukan tetapi tiada seorang pun yang ketawa. Ia menimbulkan perasaan janggal dan kecewa. Seperti tujuan penceritaan seperti tidak langsung mendapat perhatian.

Agak mengecewakan bila kita rasa telah menulis yang terbaik tapi hanya mendapat respon KOSONG.

3. Tiada pendapatan - Blogwalking, promosi facebook, twitter, mencanangkan kepada sanak saudara bagaikan seorang agen pemasaran. Berblog pada mulanya dirasakan kerana minat mula memberi tekanan.

Kerana mula beranggapan blog sudah boleh menjana sedikit pendapatan. Banyak masa dihabiskan berada di depan komputer namun masih tiada hasil. Sehingga keliru, kenapa ramai mengatakan mereka mampu menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan - adakah ia cerita benar atau sekadar anggan?

Bertanya kepada diri tentang hal sedemikian, mula rasa diri tidak akan mampu untuk berjaya. Tidak akan mampu untuk terus dan akhirnya blog ditinggalkan - kecewa.

4. Kekeringan Idea - Bila tiba satu ketika, setiap pemikiran seorang penulis akan berhadapan dengan satu rintangan iaitu kekeringan idea. Pasti ia satu rintangan yang akan mengubah pendirian dan haluan blogger.

Ia juga pasti menjadi satu perkara yang menentukan hidup atau matinya sesebuah blog. Sepanjang saya berada sama dalam dunia maya, saya mengalaminya. Tidak hairan ada lubang dalam pengeluaran entri disini :). Namun, motivasi untuk terus berblog menguatkan jari untuk terus menaip. 

Walaubagaimanapun, dalam pengalaman itu juga diperhatikan tidak kurang blogger yang hanyut, tenggelam dan terus tidak timbul.

Itulah antara 4 perkara yang saya pernah alami dan mendorong kepada perasaan kecewa. Kekecewaan yang hampir memusnahkan cita-cita asal dalam berblog. Sebalik membuatkan seseorang blogger kecewa akan penulisan mereka, saya berpendapatan perkara yang mengecewakan ini juga banyak mendorong blogger kepada titik noktah mereka.

Soalan : Apakah Perkara Lain Yang Mampu Mengecewakan Blogger? Kongsikan Pendapat Anda Dalam Ruangan Komen

19 comments:

  1. Semua2 tu dah ppp rasa,tapi mungkin dah terkena badi "blogger tegar" dah tenggelam ppp timbul balik, bila dah timbul tenggla balik tarik di arus malas, tiada idea, dan kecewa .... tapi apa2 pun alhamdulillah... jauh disudut hati ppp.. sekali dah bermula tidak akan mengalah.... ^_^

    p/s: mohon mompan di atas gigi mangga ke, jambu ke ada gak faedahnya drp dia gigit lappy yg keras lagi tiada rasa itu =..=

    ReplyDelete
  2. jadikan kecewaan sebagaikan batu loncatan untuk menjadi lebih baik. jika terus kecewa itu bermakna kita putus asa.

    jom baca kemahiran perlu ada pada blogger (promosi lah plak. hehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bro. Kesukaran dijadikan sebagai satu tauladan untuk meningkatkan prestasi tinggi.


      *Kemahiran yang patut ada pada blogger - memang satu entri yang bagus. terima kasih

      Delete
  3. Aku kecewa dengan tulisan sendiri...

    ReplyDelete
  4. sy tahu byk lagi yg ingin awk senaraiakn .. oleh sbb semua yg diatas mmg fakta dan amat menarik, apakata buat yg part 2 :)

    ReplyDelete
  5. paling x best skrg sy agak bz dgn keje & terpaksa hadkan aktiviti blogwalking.. nk reply comment kawan2 pun x sempat mcm dulu & amik masa sikit utk reply...

    ReplyDelete
  6. Yup sangat benar tallif, inilah yg terjadi pd nasir skrg,, huuu

    ReplyDelete
  7. betul tu taliff... mia setuju sangat2... ;)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Setuju. Jangan terlalu mengharap. Sebab itulah harapan perlu diberikan dengan usaha.

      Delete
  9. apa yang diatas memang telah membunuh byk blogger...

    setuju dgn the malay male

    ReplyDelete
  10. rasa kecewa tu dah lali rasanya...

    ReplyDelete
  11. dah sebati dalam diri. tapi nak jugak berblogging jugak :)

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah kalo sentiasa beristiqamah dalam berblogging sambil nawaitu yang baik ianya possible kita akan dpt ap yg kite target

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-allah. Semoga mendapat kekuatan untuk mencapainya

      Delete
  13. aku setuju tallif. banyak dugaan nak blogging ni. kadang2 aku pun sibuk dengan kerja di alam nyata. nak update pun tak sempat bro.

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum muttallif...benar tu harus ada matlamat dlm diri utk menulis dan bila sudah ada kekuatan itu kita akan mampu menjadi seorang blogger yang benar2 diharapkan juga disukai oleh semua kekawan di alam maya ini...:)

    ReplyDelete
  15. dah biasa kecewa ... hehehhh insyallah masih belajar dlm dunia blog ini ^^

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.